Liverpool kembali bernafsu - Kosmo Online
Dua jaringan menerusi Dirk Kuyt (penalti minit 34) dan Luis Suarez (minit 77) dalam setiap babak mencerahkan peluang mereka untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England terutama selepas menewaskan Manchester United 3-1 sebelum ini.
Walaupun kekal di tangga keenam liga dengan 45 mata hasil daripada 30 perlawanan tetapi skuad kendalian Kenny Dalglish itu semakin menghampiri Tottenham Hotspurs yang mengumpul 49 mata tetapi bermain kurang satu perlawanan.
Kelmarin Spurs hanya mampu seri 0-0 dengan West Ham. Begitu juga Arsenal yang terikat 2-2 dengan West Bromwich.
Bagaimanapun, untuk Liverpool mengejar United yang menang 1-0 ke atas Bolton agak sukar.
Jika Liverpool mampu mengekalkan momentum kemenangan ini ketika aksi musim 2010/2011 hanya berbaki lapan perlawanan sahaja lagi, tidak mustahil mereka mampu memintas Spurs dan Chelsea.
Ditambah dengan perlawanan penghujung musim akan menemukan sesama sendiri kelab yang berada dalam kelompok teratas liga, nasib pasukan seperti Arsenal dan City juga masih tidak menentu.
Sementara itu, Chelsea melonjak ke tangga ketiga liga dengan memintas City selepas menang 2-0 ke atas skuad bimbingan Roberto Mancini itu di Stamford Bridge.
Kemenangan itu sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan Chelsea yang ditewaskan City dengan 0-1 di Stadium Manchester, September tahun lalu.
Gol-gol Chelsea semalam dijaringkan David Luiz pada minit ke-78 dan Ramires pada minit ke-90 selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam tempoh lebih sejam permainan. – Agensi
--------------------------------------------------------------------------------
Liverpool tebus kecewa - myMetro
LONDON: JARINGAN kontroversi pemain antarabangsa Belanda, Dirk Kuyt membolehkan Liverpool bangkit daripada kekecewaan tersingkir daripada kempen Liga Europa apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Sunderland yang beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Selepas disingkirkan kelab Portugal, Braga di pusingan ketiga Liga Europa pertengahan minggu lalu, anak buah Kenny Dalglish berkunjung ke Stadium of Light dengan harapan memburu kemenangan buat memburu tempat ke saingan Eropah musim depan.
Paling mencuri tumpuan pada perlawanan itu pastilah penyerang England, Andy Carroll yang diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama untuk bergandingan bersama Luis Suarez di bahagian depan.
Ketika permainan baru masuk minit ke-22, strategi pengurus Sunderland, Steve Bruce terjejas apabila terpaksa membuat dua pertukaran pemain dengan memasukkan Lee Cattermole dan Steed Malbranque menggantikan tempat Sulley Muntari dan Kieran Richardson yang mengalami kecederaan.
Bagaimanapun kedudukan berubah pada minit ke-31 apabila pemain muda Jay Spearing yang jarang diturunkan oleh Dalglish dijatuhkan John Mensah di dalam kotak penalti biarpun pada awalnya pengadil Kevin Friend memberi isyarat sepakan percuma.
Pemain Belanda, Dirk Kuyt seperti biasa mengambil alih tugas mengambil sepakan penalti daripada Steven Gerrard yang tidak beraksi dengan melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol, Simon Mignolet yang tersilap jangkaan.
Bersambung babak kedua, Carroll hampir mencetak gol pertama sejak berpindah ke Liverpool dari Newcastle United Januari lalu namun tandukannya berjaya dikeluarkan Lee Cattermole sebelum melepasi garisan gol pada minit ke-50.
Bagaimanapun, Suarez mengesahkan kemenangan Liverpool dengan gol kedua di minit ke-77 apabila memperdaya pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan dari sudut sukar sekali gus memadam memori luka Liga Europa dan membantu the Reds merapatkan kedudukan empat mata di belakang Tottenham di tangga kelima.
Malam duka Sunderland bertambah apabila Mensah dilayangkan kad merah kerana mengasari Suarez di penghujung perlawanan. - Agensi
--------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Pengulas Sukan tidak Bertauliah di laman deenulfareast!!!
credits to Official Site of the Premier League for the photo and description...
Sunderland (0) vs Liverpool (2)
Stadium of Light (Sunderland's HOME)
it begins here...
Sunderland's John Mensah concedes a penalty against Liverpool's Jay Spearing
sukan@deenulfareast : no '26' ni jarang main untuk liverpool, lebih banyak memanaskan bangku simpanan tapi malam tadi, walaupun kontroversi, kira menyumbang juga laa...
Dirk Kuyt scores for Liverpool with a penalty
sukan@deenulfareast : cara beliau shot on target memang style, tergeliat pinggang buleyh! minit ke 34'
Luis Suarez celebrates scoring the second goal for Liverpool
sukan@deenulfareast : yang ni lagi chantek, norshahrul idlan pun bley buat camni pasni! minit ke 77'
sekian sahaja berita sukan@deenulfareast, berjumpa lagi di lain masa, majulah sukan untuk negara!!!
No comments:
Post a Comment
jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!