hadith of the day

pendokong

20 November 2010

Drama - Geng Surau + mau layan +

~E.O.D.~Entri Olahan Drama (Geng Surau)
Sebelum itu, sejak bila blog deenulfareast ini menjadi medan olahan cerita@drama@seumpama dengannya? Tapi macam seronok pula ingin meluahkan pendapat. Erm, mungkin untuk permulaannya kot... faiz aizudeen in ancient mode~ Entri kali ini, mungkin sedikit olahan sebuah drama yang terpapar di saluran Astro Oasis musim raya eid fitri yang lepas. Penyerilah senang kata, di kala bulan Ramadhan yang semakin manis, mungkin ingin mencari ketenangan disamping bacaan tilawah dan hafazan yang konsisten. Mungkin agak terlambat untuk membuat olahan, tapi inilah kenyataannya. We'll start from the beginning...
starting drama, memang tidak akan miss nyer+lagu sepohon kayu dendangan SAUJANA

Jom layan antara kronologi dan suntingan drama berkenaan... surauzzzzsss...

Produksi: PENA CREATIVE PICTURES & KL MOTION PICTURE (usahasama) Penerbit: Puan Hajjah Ziela Jalil Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin

sources from commercial brake...

Pelakon : Beto Kusyairi, Intan Nor Saina, Anita Baharom, Amran Ismail, Razak Ahmad, Azhan Rani, Sulaiman Yassin

Sinopsis :
Selepas tiga tahun meninggalkan kampungnya, Razif juga cuba menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung dan masyarakat di situ. Bagaimanapun, ada orang kampung yang tidak percayakan Razif terutama Pak Suradi (Mat Over), Pak Abu (Azhan Rani) dan Tok Imam Hisham (Razak Ahmad). Oleh itu Razif yang semakin matang dan beberapa rakan karibnya berusaha menambat hati orang kampung dengan mewujudkan pelbagai kegiatan di surau kampung itu. Antara kegiatan yang dilakukan di surau kampung mereka, mengutip derma untuk surau dan mengadakan ceramah agama. Mereka cuba jadikan surau sebagai pusat komuniti masyarakat dan bukan saja untuk mendirikan solat lima waktu. Sepatutnya semua aktiviti kemasyarakatan bermula di surau itu. Sebagai remaja, Razif juga terjerat dalam percintaan namun cintanya tidak kesampaian. Apabila Razif keluar dari pusat pemulihan, gadis yang dicintai, Azreen (Anita Baharom) sudah bertunang dengan rakan baiknya, Lokman (Amran Ismail).Tanpa disedari Razif, seorang lagi gadis sekampungnya, Uddy (Intan Nor Saina) sangat menyintainya dan sanggup menunggu Razif.

antara olahan cerita yang saya minat juga daripada penulis blog lain seperti berikut (klik sahaja ya):

tapi ada juga mesej negatif yang saya juga amat bersetuju [link]
antara intipatinya, "...kemudian, intipati cerita tu, tak menggambarkan yang sepatutnya macam mane geng geng ahli ahli surau ni sepatutnya boleh terjadi dalam surau, dalam bilik mensyuarat atau bilik gerakan, seorang lelaki berkopiah dengan seorang wanita bertudung cantik berbual berduaan dalam tu sambil bergurau gurau...tak menggambarkan akhlak yang sepatutnya, 2 orang bukan mahram berduaan di dalam surau...tragik tu kemudian ade babak salah seorang ahli surau tu berdeting malam malam tengok bulan aku rase serius tak sesuai langsung nak letak name tajuk geng surau untuk rancangan tu, harap astro oasis amik berat tentang cerita yang menyalahgunakan name agama untuk tujuan rancangan macam ni tok imam surau tu boleh menggatal..."

inilah dia lima teraju utama drama ini, watak sokongan juga tidak dilupakan, kerana tanpa mereka, teraju utama juga tidak mampu berdiri dengan sendirinya.

Beto Kusyairi_as_Razif@Mayat

Intan Nor Saina_as_Uddy

Sulaiman Yassin_as_Cikgu Suradi

Razak Ahmad_as_Tok Imam

Azhan Rani_as_Abang Abu


No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails