Selamat kembali Dalglish, Selamat jalan Hodgson
2011/01/09 - Berita Harian Online
Hodgson yang menyertai antara kelab paling berjaya dalam Liga Perdana Inggeris itu dari Fulham pada Julai lalu, menerima tekanan hebat daripada peminat sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas kekalahan kepada Wolves dan Blackburn Rovers.
“Saya mendapati... beberapa bulan ini adalah tempoh paling mencabar dalam karier saya,” kata Hodgson menerusi laman web kelab itu.
“Saya sedih kerana tidak dapat memberikan sesuatu kepada pasukan, tidak diberi masa untuk mendapatkan pemain baru ketika jendela perpindahan dan terpaksa berpisah daripada menjadi sebahagian proses pembinaan semula Liverpool.”
Peminat yang menjerit-jerit nama Dalglish ketika perlawanan musim ini, pasti mengalu-alukan khabar tokoh yang pernah memenangi lapan gelaran liga ketika menjadi pemain dan pengurus, akan kembali ke Anfield untuk mengisi kekosongan itu.
“Kami gembira Kenny Dalglish sudah bersetuju untuk mengambil alih dan menguruskan pasukan ini bagi perlawanan Piala FA Ahad ini (hari ini) di Old Trafford dan sehingga baki musim,” kata pemilik kelab, John Henry. - Reuters
---------------------------------------------------------------------------------
Fergie sokong Hodgson
2011/01/09 - Berita Harian Online
Pengurus Red Devil mahu budaya pecat pengurus dihapuskan
MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson membidas budaya terkini kebanyakan kelab yang memecat pengurus ketika dia membuat persiapan berdepan antara pengurus yang bakal kehilangan jawatannya.
Barisan Ferguson menjadi tuan rumah kepada Liverpool dalam pusingan ketiga Piala FA hari ini dan mungkin menjadi penamat kepada kerjaya Roy Hodgson selama enam bulan di Merseyside.
"Roy Hodgson tidak perlu membuktikan rekodnya sebagai pengurus. Pengalaman dan prestasinya di mana-mana cukup hebat," katanya.
"Kami berada dalam situasi di mana pengurus berdepan pemecatan dan ugutan dipecat. Tidak ada gunanya walaupun ia dibincangkan, ia adalah industri yang sangat sukar. Saya memahami perasaan semua pengurus yang berada di bawah tekanan dan kehilangan jawatan mereka,"
"Persatuan Pengurus-Pengurus Liga Perdana adalah orang terbaik untuk bercakap mengenainya. Mereka lakukan tugas menakjubkan untuk mewakili pengurus."
Begitupun, Ferguson enggan bersimpati dengan nasib Liverpool apabila mengingati sejarah pertandingan tertua itu.
"Ia adalah trofi yang penting," katanya yang mempunyai rekod memenangi lima kejuaraan pertandingan itu.
"Kami tidak memenanginya sejak 2004 atau beraksi di Wembley sejak tewas kepada Chelsea pada final 2007." - AFP
- M-Star Online
PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson mengambil keputusan berundur diri daripada terus mengemudi The Reds dan tempatnya bakal digantikan dengan legenda bola sepak, Kenny Dalglish sehingga tamat musim ini.
Pengumuman itu dibuat oleh kelab selepas manyaksikan Liverpool kini berada di tangga ke-12 Liga Perdana setelah menghadapi saat sukar dengan 12 kekalahan musim ini.
Hodgson meninggalkan Merseyside dengan rekod membantu pasukan memenangi 13 daripada 31 perlawanan sepanjang mengendalikan kelab itu.
“Menerima tawaran mengendalikan kelab Liverpool merupakan saat manis buat saya. Setiap pengurus akan menghargai peluang ini untuk mencipta sejarah, menanam semangat tradisi serta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminat setia.
“Liverpool merupakan antara kelab terbaik di dunia. Bagaimana pun sejak beberapa bulan lalu ia merupakan cabaran kepada kepada karier saya. Saya sangat sedih kerana tidak sempat memberi sesuatu kepada pasukan, dan diberi masa untuk memilih pemain baru ke kelab ini pada musim perpindahan nanti serta tidak sempat menyaksikan proses kebangkitan kelab ini.
“Kelab ini mempunyai keistimewaan tersendiri, mempunyai pemain kelas dunia yang sanggup bekerja keras dan saya mengharapkan pasukan ini akan berjaya pada musim ini,” katanya.
Hogdson berkata, dia berterima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dengan menjalinkan hubungan baik sepanjang berada di kelab ini.
“Mereka telah memberi kesetiaan kepada kelab serta sokongan yang tidak berbelah bagi ketika saat sukar, dan akhir sekali kepada penyokong-penyokong Liverpool yang telah memberi keghairahan kepada pemain untuk pemain terus menunjukkan aksi terbaik mereka,” katanya.
Sementara itu, Dalglish yang pernah mengemudi Liverpool pada tahun 1985/86 akan bersama kelab ini sehingga tamat musim dan bakal membawa pasukan menghadapi Manchester United di Old Trafford dalam perlawanan Piala FA, Ahad ini.
Selain itu, pemilik kelab, John Henry berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Dalglish yang bersetuju menggantikan Hodgsonsekali gus menguruskan pasukan bagi perlawanan sengit di Old Trafford nanti.
“Kenny bukan sahaja legenda bola sepak, dia juga merupakan antara tiga orang pengurus pasukan yang berjaya. Kami sangat berbesar hati dengan kehadirannya yang turut bersetuju untuk mengendalikan pasukan sehingga tamat musim ini,” katanya.
ape2 pn MU mcm da memnang da ntuk musim neyh~heee
ReplyDeletepapai Liverpool~
haha...tidak dinafikan lagi... xpe... player baru yg power2 ramai... pe citer ko nyer Mesut Ozil tu??
ReplyDeleteowuhhh~
ReplyDeleteMO senantiasa garang di padang. . .heee~
he is very talented!!no doubt~kenyet3. . .