Reds elak episod malang (Utusan Malaysia)
SUNDERLAND - Biarpun tersingkir daripada saingan Liga Europa, penjaga gol Liverpool, Pepe Reina percaya kekecewaan itu tidak menjejaskan semangatnya dan rakan sepasukan di Anfield.
Reina membuat penampilan ke-300 dalam perlawanan yang menyaksikan The Reds diikat tanpa jaringan oleh Sporting Braga - keputusan yang akhirnya memihak kepada kelab Portugal untuk melangkah ke suku akhir dengan agregat 1-0.
Reina menyeru semua rakan-rakan agar bersatu dan melupakan segera episod malang Eropah.
"Kami perlu bangkit sekarang, inilah bola sepak. Ia bukan mengenai bagaimana kamu disingkirkan, ia adalah lebih kepada bagaimana kamu bertindak balas selepas satu kekalahan.
"Prestasi kami meningkat dalam tiga bulan ini dan ini satu perkembangan positif,'' katanya. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
Kami pasti bangkit: Reina (myMetro)
SUNDERLAND: Kekalahan Liverpool di tangan Sporting Braga dalam Liga Europa Khamis lalu tidak menjejaskan keyakinan di Anfield, menurut penjaga gol Pepe Reina (gambar).
Reina melakukan penampilan ke-300 buat Liverpool pada perlawanan yang berakhir tanpa jaringan itu - keputusan yang memastikan Braga mara ke suku akhir.
Ia satu berita buruk buat Liverpool yang terdesak untuk cuba kekal dalam saingan beraksi di Eropah musim depan dan dengan skuad Anfield perlu berakhir di tangga kelima untuk kembali ke Liga Europa, Reina percaya satu tindak balas segera berikutan kekalahan kepada Braga amat diperlukan.
“Kami perlu bangkit sekarang - inilah bola sepak. Ia bukannya mengenai bagaimana anda disingkirkan - ia mengenai bagaimana anda bertindak balas. Kami Liverpool dan kami perlu bertindak balas.
“Kami bertindak baik dalam tempoh tiga bulan kebelakangan dan ia satu perkara positif. Kami perlu memandang ke depan dan kami meningkat, kami makin berkembang.
“Kami kecewa dan kami sedar ia satu trofi yang kami tidak boleh menangi lagi. Kini kami perlu memastikan untuk berakhir setinggi mungkin dalam liga.
“Ia satu saat yang sukar dan tidak bagus tapi masih ada dua bulan dan kami perlu meneruskan rentak yang baik.“Sudah tentu tangga kelima masih boleh dicapai. Ada sembilan perlawanan yang perlu ditempuhi dan banyak mata. Tottenham masih terbabit dengan Liga Juara-Juara dan ada banyak perlawanan. Harapnya kami boleh memenangi perlawanan yang mencukupi untuk berada di tangga kelima tapi sudah tentu setiap orang mengetahui ia sukar.
“Anda tidak boleh berkata kami tidak akan bermain di Eropah kerana tangga kelima masih boleh digapai.” Bagi Sunderland, ketua pasukan Lee Cattermole dijangka kembali selepas diketepikan selama dua setengah bulan kerana kecederaan untuk membantu pasukan merapatkan mata kepada satu di belakang pasukan tangga keenam Liverpool jika mencatat kemenangan pertama dalam enam perlawanan EPL. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------Kami pasti bangkit: Reina 2011/03/20 (Berita Harian)
SUNDERLAND: Tersingkirnya Liverpool daripada saingan Liga Europa Khamis lalu ekoran kekalahan kepada Sporting Braga, tidak menjejaskan keyakinan di Anfield, menurut penjaga gol Pepe Reina (gambar) menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland di Stadium of Light hari ini.
Kekalahan itu adalah igauan buat Liverpool yang terdesak untuk terus kekal dalam usaha merebut tempat kelayakan ke kejohanan Eropah musim depan, dan dengan skuad dari Anfield itu perlu menamatkan saingan di tangga kelima untuk kembali ke saingan Liga Europa, Reina yakin reaksi serta merta adalah perlu terhadap kekalahan kepada Braga itu.
Dia berkata: "Kini kami perlu bangkit semula - itulah bola sepak. Ia bukan mengenai bagaimana anda tersingkir - ia adalah bagaimana reaksi balas anda terhadapnya. Kami adalah Liverpool dan kami perlu memberi reaksi balas."
Bagi Sunderland pula, kaptennya Lee Cattermole sudah sedia untuk kembali beraksi selepas berehat dua setengah bulan akibat kecederaan dan kelab itu boleh merapatkan kepada hanya satu mata dengan Liverpool yang kini di tangga keenam jika mencatat kemenangan pertama mereka dalam enam perlawanan Liga Perdana.
Pemain tengah England berusia 21 tahun, Cattermole tidak dapat diturunkan sejak awal tahun ini akibat kecedera-an belakang, tetapi dalam situasi baik membuat penampilan semula bersama Nedum Onuoha dan Bolo Zenden, bekas pemain tengah Liverpool yang tidak bermain pada dua perlawanan terakhir akibat kecederaan buku lali.
"Untuk memperoleh sesuatu daripada pasukan besar anda perlu bertahan dengan baik," kata pe-ngurus Sunderland, Steve Bruce. Ia perlawanan yang sukar tetapi petunjuk daripada latihan minggu ini adalah baik. Kami mempunyai beberapa pemain yang kembali daripada kecederaan untuk mening-katkan persaingan me-rebut tempat dalam kese-belasan utama yang bakal membantu." - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
opps~ mencelah... antara puncanya.... masalah dalaman & kecederaan tonggak utama.... alasan or kenyataan? oooooooo~ moga ia cepat selesai dan terkawal... kaji kupasan berikutnya...
Dalglish tak senang cara kerja Capello (Kosmo Online)
|
|
Terdahulu, pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mahu Carroll diketepikan daripada skuad England bagi aksi kelayakan Euro 2012 menentang Wales Sabtu ini.
Dalglish juga meminta agar penyerang barunya itu tidak diturunkan ketika England menentang Ghana pada aksi persahabatan di Wembley empat hari kemudian.
Namun, Capello tetap menyenaraikan nama penyerang baru skuad The Reds itu dalam skuadnya, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang Dalglish.
"England perlu lebih bertanggungjawab ke atasnya (Carrol). Tiada apa yang kami boleh buat untuk memastikan dia tidak terpilih tetapi semua ini harus dihentikan.
"Kami bukan mahu berperang dengan sesiapa. Saya tidak tahu sama ada Fabio akan memilihnya atau tidak. Namun, tiada guna kami menjaganya ketika dia masih menjalani program pemulihan sekiranya ada orang lain yang akan mensia-siakan usaha kami itu.
"Kami faham sepenuhnya bahawa jurulatih mahu menurunkan pemain yang terbaik di England tetapi dia juga harus faham hakikat bahawa Andy masih belum mencapai kecergasan yang sepatutnya.
"Tetapi dia (Capello) tetap menyenaraikannya. Terpulanglah kepada jurulatih England itu."
Carroll baru saja membuat penampilan pertama ketika seri Liverpool 0-0 dengan Braga pada aksi Liga Eruopa awal pagi kelmarin selepas dua bulan berehat kerana kecederaan paha dan bergelut dengan tahap kecergasannya. - Agensi
Liverpool lose injured Gerrard for a month; Nani blow for United (CNN)
The England midfielder is thought to have sustained the injury during the February 6 victory at Chelsea, although he continued to play for the club until Sunday's 3-1 win over league leaders Manchester United.
However, Gerrard did not travel to Portugal for Thursday's 1-0 defeat at Braga and will now miss the return leg of the Europa League last-16 tie at Anfield on March 17.
"Gerrard has undergone successful surgery on his groin and will be out for up to four weeks. The decision was made following consultation with a specialist," said a statement on Liverpool's official website.
The 30-year-old will now miss at least three Premier League games, including upcoming trips to Sunderland and West Brom plus a home game against Manchester City.
With Liverpool lying in sixth position in the table, the best manager Kenny Dalglish can hope for is that his skipper will have recovered in time for the club's last six league matches this season.
Gerrard has also been ruled out of England's Euro 2012 qualifying match against Wales on March 26, as well as a friendly against Ghana.
United will be without Nani for Saturday's FA Cup quarterfinal against Arsenal, with the influential Portugal winger expected to be sidelined for about three weeks after requiring stitches in the leg injury he suffered against Liverpool.
"We have managed to stitch it, which is great news," United manager Alex Ferguson told reporters. "What we are guarding against is infection, but the swelling has gone down a great deal.
"It is very difficult to say when he will be back but we do have a two-week break after next Saturday. He will be ready for the return of that, that's for sure."
England defender Rio Ferdinand and midfielder Park Ji-Sung remain sidelined, but Serbia center-back Nemanja Vidic returns from suspension as Ferguson prepares for first Arsenal and then Tuesday's second leg of the Champions League last-16 tie at home to Marseille.
--------------------------------------------------------------------------------nota sneakers : sokongan setakat ini tidak berbelah bahagi... hehehe~
tggu next season je la ea~heeeee. . .
ReplyDeletebaik bos... go2 barca...
ReplyDelete