hadith of the day

pendokong

Showing posts with label SMKAM. Show all posts
Showing posts with label SMKAM. Show all posts

20 July 2011

Sekolah Itu...

Memasuki hari ketiga melayani kerenah generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Susah, senang, suka, duka, dan terkenang pelbagai kenangan semasa berada di zaman persekolahan dahulu. Sekalung penghargaan kepada barisan tenaga pengajar sekolah yang sentiasa berusaha menyemai benih-benih innocent ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Credits to all the teachers of ~ :

SK Sri Subang Jaya, Subang Jaya (1997-2000)
SK Usj 2, Subang Jaya (2001-2002)
SMK Seafield, Subang Jaya (2003)
SMKA Melor, Kota Bharu (2003-2005)
KISAS, Klang (2006-2007)

and recently
SMK USJ 12, Subang Jaya (2011-present)

14 June 2011

Uslub yang Berkesan...

another nice article from iluvislam.com

...alangkah nikmatnya jika semua negara segera kembali di bawah naungan pemerintahan khilafah islamiyah...

Sewaktu di SMAP Kajang dahulu, saya diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah. Hakikatnya, di sanalah juga saya mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah, apa itu amar maaruf nahi mungkar.

Saya terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior SMAP Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi. Tidak jemu menulis dan berkarya, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain. Sedari itulah, saya mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.

Menulis kerana Allah

Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi manusia pertama yang bertanya:

"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"

Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.

Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.

"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"

Atau

"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"

...perjuangan pendakwah tidak akan terhenti sehingga khilafah islamiyah kembali berjaya ditegakkan di muka bumi...

Pengisian yang Berisi

Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islamik, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.

Andai kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.

Andai kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar, bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya.

Jika kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.

Islam itu indah, bukan?

"Islah Nafsak wad'u Ghairak."

"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."

Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.

Bukan :

"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"

"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."

Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.

Buang pemikiran:

"Aku bukan ustaz."

"Aku bukan ustazah."

"Aku bukan baik sangat pun."

"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."

Buang, lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.

Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.

Blogger itu Pendakwah.

"Blogger itu Jundullah."

::nota sneakers::nantikan entri dakwah melalui facebook pula ~-^



23 May 2011

Kembara Ilmu~~

Kembara Ilmu

Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

senilagu: abai os
senikata: frizdan
penerbit: faizal osman



25 March 2011

Usia Penuh Maksiat?

Rugi sia-siakan usia dengan kemaksiatan Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

2011/03/24 - Berita harian Online

Muslim mesti sentiasa beringat manfaat kehidupan di dunia untuk kesejahteraan di akhirat

NIKMAT kehidupan yang dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya ialah gambaran cinta dan kasih sayang yang tidak terbanding. Kesusahan hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan. Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia ini, tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatan dari-Nya.


Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi, lalu ternyata kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira dengan jari. Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan penuh kasih sayang tidak akan diperoleh jika tiada kuasa yang menganugerahkan. Tentu kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Ada kala kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat, bahkan ada orang lain yang tidak dapat merasainya. Sebab itu kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah kehidupan lengkap. Cuma, ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanfaatkan akibat sikap manusia yang tidak tahu menghargai nikmat.

Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia itu sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri sendiri serta orang lain.

Malangnya, ada yang menghabiskan kehidupan dari awal hingga saki bakinya dengan judi dan zina. Tidak pula terkilan dengan kezaliman dan kejahatan meragut atau merompak, bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan dengan kejahilan ini.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan ilmunya untuk apakah ia gunakan dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah, mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana sedar semuanya adalah pinjaman saja, sebaliknya berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat itu.
Ia supaya nikmat Allah yang ada padanya dapat dikongsi dengan orang kurang berkemampuan kerana orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan adalah orang yang tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentu mereka tidak akan melupakan hari akhirat.” (Surah Al-Ankabut, ayat 64)

Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi: “Daripada Abdul Rahman Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.”

Usia panjang adalah satu nikmat tidak ternilai kerana dengannya kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia ini diambil semula pemiliknya maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Sebab itu jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan sangat bermakna. Justeru, jika kita mengerti nikmat Allah yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula, apalah daya kita.
Sedangkan bertahun lamanya Dia berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan lebih abadi. Janji-janji kosong juga tidak mampu menukar qada’ dan qadar-Nya, dan kita sepatutnya sedar bahawa kematian adalah pengakhiran. Oleh itu, sedang pintu taubat sentiasa terbuka, jangan kita longlai usaha untuk menjadi insan berguna.-Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom


nota sneakers : jom layan lagu Nasuha~Mestica 313... Taubat Nasuha~Elhamz...


24 March 2011

SPM 2010 >> released on 23rd of March 2011 II





sambungan daripada entri ambang SPM 2010 >> released on 23rd of March 2011 I

Bismillah,
Alhamdulillah wa Mabruk 'alaik!!!

"Sekitar Keputusan SPM 2010"


Abd. Ghaffar Mahmud menunjukkan keputusan peperiksaan SPM pada sidang media di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu.

''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.

Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran.

''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya,

Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya.

Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.

--------------------------------------------------------------------------------

SMS Tuanku Munawir SBP paling cemerlang - Utusan Online

SEREMBAN 23Mac - Penambahbaikan program serta modul pembelajaran yang berkesan menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SMSTM), di sini dinobatkan sebagai sekolah berasrama penuh (SBP) paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Pencapaian membanggakan itu turut menyaksikan 143daripada 266calon SPM sekolah berkenaan memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajaran termasuk 16calon mendapat pangkat A+ dalam semua subjek.

Pengetuanya, Sabuddin Sani berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha, disiplin, kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak termasuk tenaga pengajar, ibu bapa khususnya pelajar.

''Saya bersyukur dengan keputusan ini dan lebih menggembirakan apabila berjaya mengekalkan rekod cemerlang lima tahun berturut-turut di negeri ini. Hari ini, kami diberitahu SMSTM menjadi 'juara' peringkat kebangsaan," katanya.

Beliau ditemui di sekolah berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser), di sini hari ini.

Sabuddin berkata, antara program dan modul pembelajaran sokongan yang diterapkan di sekolah itu adalah seperti kelas tambahan malam, 'lonjakan Saujana', 'Perkampungan Ilmu', bengkel latih tubikelas pagi dan program 'Guru Muda'.

Sementara itu, seorang pelajar cemerlang SMSTM, Muhammad Fahim Hanaffi Azahan, 17, berkata, kaedah pembelajaran akademik yang diterapkan di sekolah berkenaan banyak membantunya meraih keputusan 10A+.

''Guru banyak memberi tunjuk ajar selain dorongan dan bantuan daripada ibu bapa serta rakan-rakan juga sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada keputusan saya ini," jelas pelajar berasal dari Ampang, Selangor itu yang bercita-cita menjadi ahli geologi.

Seorang lagi pelajar, Mohd. Fateh Mohd. Lani, 17, berkata, walaupun sedih kerana bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan darah, kejayaan meraih 10 A+ akan menggembirakan keluarganya.

''Saya amat berterima kasih kepada semua guru serta rakan-rakan yang banyak membantu mencapai keputusan ini," ujarnya yang turut mengakui program akademik khas yang diwujudkan oleh pihak sekolah menjadi pemangkin terhadap kejayaannya itu.

Bagi, D. Aghilan, 17, pula, kejayaannya memperoleh 10A+ itu merupakan hasil bantuan semua pihak.

"Sekolah ini memang bagus, mereka akan pastikan tiada pelajar yang tercicir dan kalau lemah, rakan-rakan lain pasti akan membantu,"katanya.

deenulfareast : jom usha ranking SBP jap!

deenulfareast : oppss, KISAS! 2nd Runner UP! still maintaining top 5, well~ mabruk alaik!!! mendominasi aliran agama, moga terus cemerlang hendaknya...

--------------------------------------------------------------------------------
SPM 2010: Maahad Muhammadi (L) lulus 100%
Muhammad Yusri Amin - HarakahDaily

KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.

“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.

Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.

“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.

“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.

“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).

Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-).

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh.

--------------------------------------------------------------------------------

1,249 MRSM Candidates Get A In All Subjects In SPM - BERNAMA

KUALA LUMPUR, March 23 (Bernama) -- A total of 1,249 Mara Junior Science College (MRSM) students obtained A in all subjects in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination last year.

Its director-general, Ibrahim Ahmad said they accounted for 18.28 per cent of 6,833 candidates from 38 MRSMs.


He said MRSM Pengkalan Chepa was adjudged the best MRSM as it achieved the Average College Grade (GPM) of 0.83.


Six other MRSMs also achieved excellent results with the GPM under 1.75, namely MRSM Tun Ghafar Baba (0.91), MRSM Taiping (0.97), MRSM Langkawi (1.33), MRSM Kuala Kubu Baharu (1.68), MRSM Kubang Pasu (1.73) and MRSM Kuala Berang (1.73).


"Despite the good showing, Mara and the MRSM's focus is not merely on academic achievement but also to create a holistic human capital, who appreciate noble values and have remarkable personal strengths," he said in a statement. - BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------
nota sneakers : congratz to my brother who was studied in MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang recently with achievements of 7A's & 2B's (i didn't received any detailing of A+,A, A- and etc. from him yet). Dear Muhammad Nazrin Ismail, you've performed the best!!!

Kat bawah ni, caption sekitar Majlis Graduasi MRSM KB, dapat Anugerah Tokoh Ko-Kurikulum Terbaik Keseluruhan tu. Macam abang Muhammad Faris Ismail & abang Muhammad Faizzuddin Ismail dia gak. Mungkin selepas ini, adik Muhammad Aizat Ismail & Nur Izzati Ismail boleh ikut jejak langkah kitorang pula. Kakak yang berdua sudah selesai dah...


24 November 2009

......alhamdulillah, kenangan dahulu menyerbu kembali.....

curi2 ambik drpd blog schoolmates dulu....

Sayangi Sekolah: Misi berjaya

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my


PASUKAN SMKA Melor menjuarai Pertandingan Reka Bentuk Jambatan Antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, baru-baru ini.

SMKA Melor antara sekolah aliran agama terbaik negeri, kebangsaan

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, Kota Bharu, Kelantan kini antara sekolah disegani kerana mencatat pencapaian cemerlang sejak tiga tahun lalu.

Berstatus SMKA Gred A luar bandar, sekolah itu mencapai kecemerlangan setelah memfokuskan hala tujunya, iaitu kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang proaktif, berdaya saing dan inovatif


Kini, SMKA Melor berada dalam kelompok 10 sekolah terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.


Kejayaan sekolah itu diiktiraf apabila menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori SMKA Kebangsaan 2009 dan Anugerah Kualiti SMKA Kebangsaan 2009 oleh Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.

Pengetuanya, Ramli Awang, berkata tumpuan sekolah itu terhadap perancangan program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pemantapan sahsiah pelajar sejak awal tahun lagi.

WAKIL SMKA Melor, (dari kiri) Muhamad Ruzaiman Mohd Ismail, Ilman Ziat dan Nor Hanna Halim menunjukkan piala selepas menjuarai Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009.

Selari dengan misi mentarbiyahkan pelajar untuk mencapai kegemilangan dalam semua aspek terbabit, katanya, setiap aspek dibangun, disubur dan dizahirkan dalam bentuk dokumentasi dan tugas harian pihak pengurusan sekolah serta guru hingga membawa kepada pencapaian membanggakan.

“Dalam peperiksaan SPM 2008 contohnya, kita berjaya mendahului SMKA lain di negeri Kelantan dengan mencatat pencapaian lulus 100 peratus dalam empat subjek iaitu Kimia, Pendidikan Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Prinsip Perakaunan.

“Malah secara keseluruhan, SMKA Melor menduduki tangga keenam dalam kedudukan 10 sekolah terbaik SPM peringkat negeri dan ketujuh di kalangan 10 SMKA peringkat kebangsaan, tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, pencapaian peringkat PMR 2008 juga tidak kurang hebatnya apabila 40 daripada 142 calon memperoleh 9A dengan lulus keseluruhan 99.3 peratus.

Ramli berkata, warga sekolahnya sentiasa menerima perubahan dengan pemikiran positif dan tidak pernah menganggap tanggungjawab diamanahkan sebagai bebanan, sebaliknya cabaran dalam merealisasikan aspirasi pendidikan negara.

“Perancangan dan hala tuju sekolah dijadikan agenda utama selari dengan objektif mendidik pelajar dengan keperibadian Islam dan membekalkan mereka ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.

“Malah, kita juga berusaha mengembangkan potensi, minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan pelajar dengan menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum berteraskan akademik mahupun sukan,” katanya.

Beliau menjelaskan, usaha itu berhasil apabila pencapaian pelajar dalam aktiviti terbabit meningkat, antaranya muncul johan Pertandingan Model Jambatan Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia 2009.

Selain itu, johan Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009, tempat kedua Pertandingan Essei Kepenggunaan Kebangsaan 2008, tempat ketiga Pidato Majlis Keselamatan Jalan Raya anjuran Shell Malaysia 2008.

Seterusnya, menduduki tempat ketiga Tilawah al-Quran Kebangsaan 2009 (Lelaki), pingat perak kategori perempuan 14 hingga 17 tahun Kejohanan Taekwando Kebangsaan 2007.

INFO: SMKA Melor

  • Ditubuhkan 4 Mac 1990 menggunakan peruntukan Projek Bank Dunia.
  • Pada awal penubuhan hanya menawarkan satu mata pelajaran iaitu Bahasa Arab.
  • Enrolmen 665 pelajar dan 21 kelas.
  • Berstatus sekolah kawalan di bawah kendalian Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran.

  • Sumber: Berita Harian, segmen: Pendidikan.

    nota kaki : sekolah ini pernah menjadi medium pendidikan aku sejak tingkatan satu hingga tingkatan tiga, sebelum aku berpindah ke KISAS... banyak juga kenangan dan ingatan aku di sana, teringat hilai tawa, jeritan dan gurauan rakan-rakan dan tenaga pengajar, termasuklah mak cik dewan makan dan tukang kebun sekolah termasuk pengawal keselamatan...

    1 Ibnu Sina (2003)- Mr Zulkifli
    2 Ibnu Rushd (2004)- x ingt nama
    3 Ibnu Sina (2005)- x ingt nama
    4 Ibnu Sina (2006)- x ingt nama

    biarpun ada orng akan melabelkan aku sebagai seorang yang tumpang kaki atas kejayaan orng lain, bila nama tenggelam... x muncul2, bila nama harum subur mekar kembali, entah ceruk mana sekalipun pasti ada orng akan mengakui kehebatan yang dihubungkaitkan dengan empunya diri...

    namun aku sesekali tidak akan ambil pusing pun setiap kata-kata atau sangkaan buruk itu, lebih baik bersangka baik dengan orang lain, buang jauh-jauh sifat sangka buruk tu wahai MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN ISMAIL!!! walaupun hanya berjaya melengkapkan pengajian selama tiga tahun berbanding sahabat ku yang len complete set lima tahun, tapi aku rasa terpanggil untuk meluahkan sekalung PENGHARGAAN buat sekolah lamaku itu.... TAHNIAH!!! moga kejayaan yang ditempa itu berterusan... i-ALLAH...
    Related Posts with Thumbnails