hadith of the day

pendokong

Showing posts with label JPKZ. Show all posts
Showing posts with label JPKZ. Show all posts

28 June 2011

End of Journey~1st Phase

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t.

Kiranya sudah lama menyimpan entry ini dalam mode draft. Mungkin menunggu masa yang sesuai untuk publish. Sewajarnya untuk tatapan sendiri, namun takut jua akan tohmahan negatif yang boleh mencampakkan diri dalam jurang su'u yang paling dalam, tabahnya hati ini bermohon agar dijauhkan daripada sifat tercela dengan disulami doa agar entry ini mampu menjadi pengajaran dan kekuatan diri di saat kian melupa diri dan zat ilahi, dan mungkin jua pada yang lain dalam meneruskan kehidupan sebagai persediaan menghadapi saat 'Pergi Tak Kembali'.

Alhamdulillah, mengharungi genap dua bulan yang pertama saat bergelar fresh graduates. Pengalaman yang pelbagai ditempuh sepanjang 'bersara' sebentar daripada Alam Kampus. Kembali merinduinya kembali. Masakan tidak, setiap kali pengalaman-pengalaman baru, cabaran-cabaran baru dan perkara-perkara baru yang ditempuhi dan dirasai, pasti dapat dikaitkan dengan apa yang pernah dilalui di medan kampus. Kata orang, kehidupan di kampus menjadi suatu medan dimensi ke arah alam yang baru, sebagai persediaan menghadapi realiti tika tamat pengajian nanti. Ya, saya akui pernyataan tersebut.

Petikan Mursyid Imam Muda Musim 2 dalam salah satu siarannya adamenyatakan, "Orang yang Berjaya-Hari ini lebih baik daripada semalam, Orang yang Kurang Berjaya - Hari ini sama sahaja seperti semalam, Orang yang Tidak Berjaya - Hari ini lebih buruk daripada semalam". Sekali lagi saya akui kebenarannya. Qath'ie Jiddan. Pastinya kenangan di kampus dahulu masih segar di ingatan. Di sini saya memperkasakan kefahaman kewajipan seorang Khalifah untuk menjadi seorang Dai'e dan tuntutan dakwahnya - sambungan daripada rentetan kefahaman yang maha sedikit ekoran ketidakseriusan tika zaman sekolah dahulu walaupun pada asasnya pentarbiyahan di mana-mana sekolah memang sudah sedia mantap, di sini saya berupaya membezakan pelbagai kategori insan yang berbeza dengan izin Allah, walaupun pada hakikatnya, tidak perlu membezakan mereka secara jelas, kerana mereka adalah mad'u kita yang mempunyai rencah yang pelbagai seperti firman Allah :
"Maha suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui"(36:36)

Di sini juga kadang-kadang, personaliti boleh diubah, sama ada sengaja atau tidak, disedari atau tidak, malahan ia seolah-olah transformasi transmisi yang serba automatik. Terkejut dengan perubahan secara drastik pada pelbagai keadaan, pada sesuatu yang normal masih boleh diterima barangkali, tetapi pada situasi yang jarang kita lihat, sesuatu yang susah kita terima pada mulanya, namun apabila perkara itu sudah acap kali menjadi tontonan dan hidangan saban semester, ia seakan-akan berlalu pergi begitu sahaja. Seolah kita jua boleh menerimanya walau hakikatnya ia begitu pahit. Sedia baik kepada lebih baik, jahil kepada arif, munkar kepada ma'ruf, malah ada yang terbalik putarannya. Mungkin selama ini terkongkong dalam situasi yang mengawal tindak-tanduk dan jiwa mereka dan apabila berada di tempat yang tiada peraturan yang mengawalnya, maka perasaan yang ditahan itu dapat meletus dan bermaharajalela. Berubahlah ke arah yang leboih baik. Saya juga tidak terkecuali menerima tamparan yang sama. Firman-Nya :
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum tersebut, sebelum (melainkan) mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..."(13:11)

Teringat kata-kata Us Sidek Noor, "... Kadangkala niat baik yang terlahir daripada diri kita hasil daripada bisikan para malaikat yang amat menyayangi keturunan Adam, manakala niat jahat terlahir daripada hasutan iblis syaitan yang amat memusuhi keturunan Adam, namun ingatlah 'Pukulan' Allah mampu menjadikan seseorang itu berubah dengan serta-merta. besarnya rahmat bagi mereka yang beroleh 'Pukulan' Allah itu..."

Jadi ending yang ingin disampaikan? Hurmm... Entry for the 1st Phase... nantikan sambungannya... kalau rajinlaa....
.::End of Journey::.
Diploma in Mechanical Engineering
Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang
~...sweetz~2008-2011~memoriez...~

nota sneakers :: bahasa agak rojak, maaf aktivis bahasa...
Teringat Maqasid Syariat yang menegaskan aspek yang perlu diberi pertimbangan sewajarnya apabila dijustifikasikan sesuatu perkara. 1. Agama 2. Nyawa 3. Akal 4. Keturunan 5. Harta. Alhamdulillah beroleh CGPA yang layak untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda.

14 June 2011

Uslub yang Berkesan...

another nice article from iluvislam.com

...alangkah nikmatnya jika semua negara segera kembali di bawah naungan pemerintahan khilafah islamiyah...

Sewaktu di SMAP Kajang dahulu, saya diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah. Hakikatnya, di sanalah juga saya mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah, apa itu amar maaruf nahi mungkar.

Saya terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior SMAP Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi. Tidak jemu menulis dan berkarya, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain. Sedari itulah, saya mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.

Menulis kerana Allah

Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi manusia pertama yang bertanya:

"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"

Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.

Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.

"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"

Atau

"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"

...perjuangan pendakwah tidak akan terhenti sehingga khilafah islamiyah kembali berjaya ditegakkan di muka bumi...

Pengisian yang Berisi

Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islamik, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.

Andai kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.

Andai kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar, bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya.

Jika kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.

Islam itu indah, bukan?

"Islah Nafsak wad'u Ghairak."

"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."

Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.

Bukan :

"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"

"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."

Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.

Buang pemikiran:

"Aku bukan ustaz."

"Aku bukan ustazah."

"Aku bukan baik sangat pun."

"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."

Buang, lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.

Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.

Blogger itu Pendakwah.

"Blogger itu Jundullah."

::nota sneakers::nantikan entri dakwah melalui facebook pula ~-^



25 March 2011

Usia Penuh Maksiat?

Rugi sia-siakan usia dengan kemaksiatan Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

2011/03/24 - Berita harian Online

Muslim mesti sentiasa beringat manfaat kehidupan di dunia untuk kesejahteraan di akhirat

NIKMAT kehidupan yang dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya ialah gambaran cinta dan kasih sayang yang tidak terbanding. Kesusahan hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan. Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia ini, tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatan dari-Nya.


Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi, lalu ternyata kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira dengan jari. Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan penuh kasih sayang tidak akan diperoleh jika tiada kuasa yang menganugerahkan. Tentu kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Ada kala kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat, bahkan ada orang lain yang tidak dapat merasainya. Sebab itu kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah kehidupan lengkap. Cuma, ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanfaatkan akibat sikap manusia yang tidak tahu menghargai nikmat.

Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia itu sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri sendiri serta orang lain.

Malangnya, ada yang menghabiskan kehidupan dari awal hingga saki bakinya dengan judi dan zina. Tidak pula terkilan dengan kezaliman dan kejahatan meragut atau merompak, bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan dengan kejahilan ini.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan ilmunya untuk apakah ia gunakan dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah, mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana sedar semuanya adalah pinjaman saja, sebaliknya berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat itu.
Ia supaya nikmat Allah yang ada padanya dapat dikongsi dengan orang kurang berkemampuan kerana orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan adalah orang yang tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentu mereka tidak akan melupakan hari akhirat.” (Surah Al-Ankabut, ayat 64)

Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi: “Daripada Abdul Rahman Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.”

Usia panjang adalah satu nikmat tidak ternilai kerana dengannya kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia ini diambil semula pemiliknya maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Sebab itu jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan sangat bermakna. Justeru, jika kita mengerti nikmat Allah yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula, apalah daya kita.
Sedangkan bertahun lamanya Dia berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan lebih abadi. Janji-janji kosong juga tidak mampu menukar qada’ dan qadar-Nya, dan kita sepatutnya sedar bahawa kematian adalah pengakhiran. Oleh itu, sedang pintu taubat sentiasa terbuka, jangan kita longlai usaha untuk menjadi insan berguna.-Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom


nota sneakers : jom layan lagu Nasuha~Mestica 313... Taubat Nasuha~Elhamz...


12 December 2010

AGM JPKZ 09/10 >>> JPKZ 10/11

ayuh kembali ke sekolah!

Bismillah...

Sebenarnya sudah lama menyimpan entri ini di dalam 'draft' dalam ertikata mode -menunggu masa yang sesuai untuk dipublish- Edit yang mana patut dan sukar rasanya untuk 'click' PUBLISH POST. Tapi bila check icon 'Edit Posts', seakan-akan entri ini memberontak untuk dikeluarkan daripada status 'draft', terkesima sebentar, then barulah berupaya untuk 'publish' entri ini...

Satu lagi entri yang bersifat interpersonal lagi sekali, kali ini mode : RTT (Raja Turun Takhta), Daulat Tuanku...

..::5/10/2010::..
..::Bilik TV Kolej Zamrud::..
..::Annual Grand Meeting JPKZ 2009/2010::..

Suasana agak kelam-kabut seketika, dengan suasana hujan renyai-renyai (exco kerohanian kata hujan rahmat), ditambah pula salah seorang jemputan majlis merangkap Resident Staff menerima tugasan yang tidak diduga pada waktu ini, -menghantar seorang penghuni kolej ke hospital u
ntuk menerima rawatan akibat luka serius di buku lali (stitches tak silap) dengan ditemani seorang Exco JPKZ (credit to syarizal, sanggup korbankan majlis dia malam itu, untuk bertugas).Flow majlis berubah. Pada asalnya dikelola oleh barisan sekretariat, namun malam itu, Presiden yang mengambil tempat sebagai Pengacara@Pengerusi majlis.


permulaan yang agak mendebarkan

majlis diteruskan dengan bacaan doa (selamat dan penutup)

antara jemputan yang hadir terdiri daripada Pengurus Asrama, Pegawai Penting dan Pegawai Pembangunan Pelajar

antara hadirin yang memenuhi AGM, terdiri daripada mantan dan bakal pelapis JPKZ dan sekretariat JPKZ

Majlis Tertinggi JPKZ sesi 2009/2010 yang sudah tidak sabar melepaskan bebanan yang ditanggung selama dua semester.
Dari kiri : bendahari, setiausaha, naib presiden dan presiden


Seterusnya, majlis penyampaian dan penghargaan JPKZ sesi 2009/2010 dijalankan. Seramai 12 orang daripada 13 JPKZ yang bakal bergelar mantan meninggalkan portfolio yang dipegang. Seorang lagi masih muda untuk bergelar mantan.

Exco Sukan & Rekreasi (Ahmad Nadzir Abdul Razak)

Exco Tugas-tugas Khas (Muhamad Saiful Jamaludin)

Exco Disiplin & Keselamatan (Muhammad Zulkhairi Azmi)

Exco Kebajikan (Shafiq M. Tunaidi)

Exco Keusahawanan (Muhammad Iqbal Hakim Johari)

Exco Teknikal (Najiy Rizal Suriani Rizal)

Exco Multimedia & Informasi (Muhammad Hazim Ridhwan Zulhainan) - ni yang muda tu

Bendahari Kehormat (Muhammad Yusuf Najamudin)

Setiausaha Agong (Syazwan Sazali)

Naib Presiden@Ketua Sekretariat (Muhammad Faizzuddin Ismail)

Tiada dalam gambar:
1.Azahari Razali (Presiden) - Pengerusi Tetap, tak boleh tinggal majlis
2.Mohamad Syarizal Abdullah (Exco Pengurusan Majlis & Protokol) - Bertugas di sempadan, hantar pelajar sakit
3.Ahmad Khudhairi Mansor (Exco Kerohanian) - Kelas malam yang tidak boleh ditunda


Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelantikan saf barisan baru yang bakal menerajui perwakilan bagi sesi 2010/2011. Seramai 11 muka lama dan 2 muka baru bagi memenuhi portfolio yang tersedia. Namun pada malam itu, hanya empat nama yang merupakan Majlis Tertinggi diumumkan, seperti kelazimannya, keterlibatan dalam exco pula bakal ditentukan oleh MT yang baru.

langkahan bergaya Presiden baru yang dilantik

Pengumuman MT baru menandakan majlis sudah tiba ke penghujungnya. Majlis pada malam itu berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah, credits to all~

sesi bersalam-salaman dan jamuan ringan

Berakhir sudah antara episod bermakna sepanjang penglibatan di dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud. Sepanjang penglibatan, 14 program dapat dijana di semester pertama, dan 14 lagi program di semester berikutnya, boleh rujuk di sini [link]. Apabila ditanyakan@diajukan soalan@pertanyaan sebegini :-
"Apa sumbangan kau setakat ni?"
"So, kau dapat apa? Dah 4 sem rasanya ko join ni kan?"
"Sem depan tak mau join MPP?"
"Sudah cukuplah berpersatuan tu, pasni ubah cara pula..."
"Ada yang tak puas hati dengan ko lah.."
"Ko dapat kolej lagi ek sem depan?"
Soalan last ni kira soalan wajib bagi setiap semester...

Saya rasa, jawapannya hanya mampu disimpan kemas dalam diri setiap perwakilan, kalaupun dia menjawab, mungkin tidak secara sepenuhnya atau keseluruhannya. Kerana, jawapan yang sebenar tidak mampu terucap oleh kata-kata atau riak wajah semata-mata. Bukan mahu membangga atau menonjol diri. Namun itulah yang masing-masing rasakan yang terbaik demi kebaikan tersendiri.

Sehingga ke hari itu, tiada lagi timbul isu perwakilan atau pun diwakilkan, memandangkan masing-masing mampu memahami ruang lingkup tugas seadanya hasil bantuan pelbagai pihak termasuklah pihak mantan, alumni JPKZ, pihak pengurusan dan sebagainya. Walaupun sepanjang era 'pemerintahan', terlalu banyak pertelingkahan sesama perwakilan sendiri, perwakilan lain, pihak admin@pengurusan di peringkat kolej mahupun kampus, hasil daripada kebejatan akal fikiran tanpa memikirkan@mengambil keputusan atas perkara tersebut dengan arus pemikiran yang jernih, namun itulah hakikatnya. Masing-masing mempunyai tujuan dan sebab yang tersendiri. Masing-masing mempunyai rencana dan perancangan yang tersendiri. Masing-masing juga tahu mana yang terbaik untuk diri mereka. Tetapi, sebaik-baik perancangan, adalah perancangan Allah S.W.T. dan DIA jualah yang maha mengetahui apa yang terbaik bagi kita, dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lambat dengan cepat jer orang kata.
Well, that's a lot of task to be done after this guys...

20 October 2010

...mohon dipermudahkan segala urusan...



ALHAMDULILLAH
...nahmaduhu wa nas taa'inu wanastaghfiruhu, wa min sururi anfusina, wa min sayyi aati a'malinaa, man yahdihillah falaa mudhillalah, wa man yudhlil falaa haadiyalah, asyhadu anlaa ilaahaa illallah, wahdahulaa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh sayyidil kholaa ikiwal basyar, amma ba'du...

mood : perubahan 19 ke 20

mungkin entri kali ini lebih bersifat inter-personal ... melayani kerenah diri sendiri barangkali... alhamdulillah juga, entri yang ke 80... gayanya semua genap-genap belaka... tarikh yang sama kembali lagi namun pada tahun yang berlainan... 19-10-2010...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sambutan? kali ini bersama kelompok sahabat pula... hidup di kejauhan... bukan bersama keluarga laa gamaknya... merindui suasana di samping keluarga tersayang... mungkin selepas paper Final yang pertama pada 27hb Okt, i-Allah ada kesempatan untuk pulang, namun pulang tanpa kehadiran mama, yang masih mendokong pembelajaran yang berterusan di Oxford Uni. UK.

hendak dijadikan cerita, detik 0000hrs, 19/10/2010... ketika ini baru selesai perlawanan futsal waktu malam di Bola-Bola Futsal Centre, Mak Mandin, Butterworth. Dengan perlawanan suka-suka malam itu yang amat menyeronokkan... memenuhi undangan sahabat pada asar 18/10/2010 dan perancangan diteruskan... memakai jersi Liverpool, walaupun pada saat ini, Liverpool sedang bergelut dengan penurunan prestasi, menghuni tangga kelompok tiga terbawah Liga Perdana Inggeris.. masih wujudkah lagi sinar kebangkitan? baru 8 perlawanan, rilek bro... you're not die hard fan of EPL...


riadah futsal pada malam itu agak ceria, dengan pertukaran pemain, pertukaran pasukan, dan sebagainya, dan hamdalah, menyumbang 6 gol dalam perlawanan selama sejam itu... (^-^)v... malam tu jelah, sesi lain mungkin prestasi hambar kot...

selesai perlawanan, diundang ke Nasi Kandar Subaidah, menikmati penghilang dahaga, namun pada waktu yang sama, lain pula situasi yang berlaku di kolej, perancangan sahabat seperwakilan JPKZ untuk celebrate dalam erti kata aniaya "kes naya" yang sudah dirancang ke atas saya terkubur begitu sahaja, namun digantikan dengan setiausaha JPKZ yang menjadi galang gantinya kerana tarikh lahir saudara Syazwan (s/u jpkz) jatuh pada 17 okt. sempat melihat hasil konspirasi mereka di fb [link]...

hamdalah saya tiada di tempat kejadian... tapi malam semalam, konspirasi ke atas saya tetap diteruskan, dengan kehadiran azahari, saiful, khudhairi, shafiq, syazwan dan khudhairi, plus ketiadaan rummate (zulkhairi n syarizal) yg overnight di pantai keranchut... pada waktu kejadian, tika saya tertidur kepenatan, saya diperlakukan sedemikian rupa, tidak sanggup untuk diceritakan, namun advantage buat saya, yang buat-buat mamai selepas ketiduran, namun disadvantage buat rummate saya, yusuf yang menjadi mangsa pula... kejamnya mereka (kejam baik kot)... adakah malam ini konspirasi itu diteruskan? namun ada ura-ura yang timbul di antara mereka, ada yang ingin ke stadium darul aman menyaksikan perlawanan KEDAH vs KELANTAN, mungkin selamat di situ... hamdalah...

well~ Salam Sanah Helwah wa Eid Milad kepada diri ini, moga dirimu selepas ini lebih tabah...
Syukran kepada walidain, usrati, sahabatiah dan sekalian yang mengenali diri ini, atas ucapan (wishes), phone call dan sebagainya... moga dijauhi sifat riya' yang berpanjangan, astaghfirullah... moga diri ini juga mudah senyum dan mesra...

~wassalam~
p/s : sengaja post pada masa 20:10 Hr 20:10:2010... walaupun lewat sehari tapi demi mencari yang lain daripada yang lain... agak menarik, unique, tapi jangan taksub dengan tarikh sudahlah yer...

muhammad faizzuddin bin ismail
permatang pauh, pulau pinang
MALAYSIA

12 September 2010

Salam Eid Fitri 1431H/ 2010M

Sudah memasuki raya ketiga, cepatnya masa berlalu... off to 9th. state... nak ikut?

Ramadhan telah berlalu,
Syawal pula kian menjengah,
Zulkaedah Zulhijjah mula nak mendahulu,
Siapkah kita melepaskan 1431 Hijrah?

-ahaks~, pantun apa ni??
kad raya buatan tangan, ini yang sekadar termampu

p/s : di pihak penulis, ingin sekali mengucapkan salam eidulfitri 1431H, maaf lahiriah dan batiniah kepada :

-walidain wa usrati
-atuk nenek dan keluarga kembangan walau di mana jua mereka berada
-warga Taski Saidatina Aishah, SK SSJ, SRAMDE, SK USJ2, SMK SEAFIELD, SMKA MELOR, KISAS, KEM SAN SHUI Tawau
-pihak penaja JPA
-warga UiTM PP, pihak UPK, JPK khususnya
-muslimin-muslimat, mukminin mukminat yang melata di seluruh dunia
-& semua yang mengenali diri ini

sedialah untuk memaafkan khilaf orang lain dan berdoalah agar Allah membukakan hati insan-insan yang pernah terluka dengan perbuatan, lisan atau perilaku kita untuk sedia memaafkan segala khilaf kita jua...

...moga segala amal ibadah mahupun amal islami yang dilaksanakan@ditarbiyah sepanjang keberadaan di madrasah RAMADHAN terus dipertahankan dan istiqamah di bulan-bulan mendatang seiring peningkatan zaman, insya-Allah, moga kita dipertemukan lagi pada ramadhan akan datang...

maaf kepada mana-mana yang berkenaan, saya tidak menjengah henset raya kali ni, even mendadak sms@mms yang diterima... maaf yer, tidak sabar rasanya untuk memulakan puasa 6 syawal + study akademik + gerak kerja dakwah +.... + .... + etc...

sentiasalah muhasabah diri, menyeru orang lain untuk mendekati Allah, sedangkan kita pula makin menjauhi-Nya, istidraj barangkali, ujian, moga dikembalikan ke landasan yang sebenar-benarnya... Ameen~

ikhlas,
faiz aizudeen ismail
final year mechanical engineering (aerospace)
university of sharphills

04 September 2010

MAYS - UP ~Hamdalah... Excellent!!!

The 26th JPKZ's Programme...

Title : Masih Ada Yang Sayang - UiTM Prihatin (M.A.Y.S. - UP)
Director : Shafiq M. Tunaidi (Exco Kebajikan JPKZ)
Date : 28th August 2010 (Saturday)
Venue : Kompleks Warga Emas Darul Hanan, Kepala Batas, P. Pinang

persembahan yang menghiburkan... ~tarian endang~

kemas pejabat urusannya, di sini pun kami menghias sempena aidilfitri

bersama salah seorang penghuni termuda di situ, anak penyelia kompleks sebenarnya, tidak serik-serik ingin bermain dengan kamera kami

mencuba memasang pelita di siang hari

juadah berbuka puasa kami

presiden jpkz bersama imam terawih kami, al-Hafiz tu...

barisan urusetia dan jemputan

Pesanan pihak pengurusan kompleks :

"...kami amat berasa terharu atas program yang pihak UiTMPP jalankan melalui JPK Zamrud di kompleks ini, untuk makluman, tanah waqafan sumbangan yayasan el-Bukhory ini merupakan yang pertama di Malaysia seumpamanya yang menempatkan keseluruhan penghuninya beragama Islam, dan UiTMPP merupakan IPT pertama yang menjalankan program di sini, sejak sekian lama kami kerap menerima tetamu warga sekolah sahaja, kali ini penghuni amat bertuah dengan kedatangan golongan belia dan remaja, harapan pihak pengurusan agar silaturrahim yang tersemai tidak setakat terhenti di sini sahaja, kami mengalukan kedatangan kalian semua pada masa akan datang dan kami menawarkan keahlian semua untuk menjadi Rakan Darul Hanan, semoga dengan demikian, tugas khidmat masyarakat seperti ini dapat diteruskan, sewajarnya kita membela nasib golongan sebegini dan kita jua juga bakal melalui rentetan usia seperti ini, segala kekurangan di pihak kami, kami mohon seribu kemaafan..."



Related Posts with Thumbnails