hadith of the day

pendokong

Showing posts with label KISAS. Show all posts
Showing posts with label KISAS. Show all posts

20 July 2011

Sekolah Itu...

Memasuki hari ketiga melayani kerenah generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Susah, senang, suka, duka, dan terkenang pelbagai kenangan semasa berada di zaman persekolahan dahulu. Sekalung penghargaan kepada barisan tenaga pengajar sekolah yang sentiasa berusaha menyemai benih-benih innocent ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Credits to all the teachers of ~ :

SK Sri Subang Jaya, Subang Jaya (1997-2000)
SK Usj 2, Subang Jaya (2001-2002)
SMK Seafield, Subang Jaya (2003)
SMKA Melor, Kota Bharu (2003-2005)
KISAS, Klang (2006-2007)

and recently
SMK USJ 12, Subang Jaya (2011-present)

19 June 2011

14 June 2011

Uslub yang Berkesan...

another nice article from iluvislam.com

...alangkah nikmatnya jika semua negara segera kembali di bawah naungan pemerintahan khilafah islamiyah...

Sewaktu di SMAP Kajang dahulu, saya diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah. Hakikatnya, di sanalah juga saya mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah, apa itu amar maaruf nahi mungkar.

Saya terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior SMAP Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi. Tidak jemu menulis dan berkarya, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain. Sedari itulah, saya mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.

Menulis kerana Allah

Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi manusia pertama yang bertanya:

"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"

Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.

Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.

"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"

Atau

"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"

...perjuangan pendakwah tidak akan terhenti sehingga khilafah islamiyah kembali berjaya ditegakkan di muka bumi...

Pengisian yang Berisi

Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islamik, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.

Andai kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.

Andai kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar, bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya.

Jika kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.

Islam itu indah, bukan?

"Islah Nafsak wad'u Ghairak."

"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."

Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.

Bukan :

"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"

"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."

Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.

Buang pemikiran:

"Aku bukan ustaz."

"Aku bukan ustazah."

"Aku bukan baik sangat pun."

"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."

Buang, lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.

Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.

Blogger itu Pendakwah.

"Blogger itu Jundullah."

::nota sneakers::nantikan entri dakwah melalui facebook pula ~-^



23 May 2011

Kembara Ilmu~~

Kembara Ilmu

Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

senilagu: abai os
senikata: frizdan
penerbit: faizal osman



25 March 2011

Usia Penuh Maksiat?

Rugi sia-siakan usia dengan kemaksiatan Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

2011/03/24 - Berita harian Online

Muslim mesti sentiasa beringat manfaat kehidupan di dunia untuk kesejahteraan di akhirat

NIKMAT kehidupan yang dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya ialah gambaran cinta dan kasih sayang yang tidak terbanding. Kesusahan hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan. Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia ini, tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatan dari-Nya.


Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi, lalu ternyata kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira dengan jari. Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan penuh kasih sayang tidak akan diperoleh jika tiada kuasa yang menganugerahkan. Tentu kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Ada kala kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat, bahkan ada orang lain yang tidak dapat merasainya. Sebab itu kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah kehidupan lengkap. Cuma, ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanfaatkan akibat sikap manusia yang tidak tahu menghargai nikmat.

Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia itu sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri sendiri serta orang lain.

Malangnya, ada yang menghabiskan kehidupan dari awal hingga saki bakinya dengan judi dan zina. Tidak pula terkilan dengan kezaliman dan kejahatan meragut atau merompak, bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan dengan kejahilan ini.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan ilmunya untuk apakah ia gunakan dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah, mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana sedar semuanya adalah pinjaman saja, sebaliknya berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat itu.
Ia supaya nikmat Allah yang ada padanya dapat dikongsi dengan orang kurang berkemampuan kerana orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan adalah orang yang tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentu mereka tidak akan melupakan hari akhirat.” (Surah Al-Ankabut, ayat 64)

Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi: “Daripada Abdul Rahman Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.”

Usia panjang adalah satu nikmat tidak ternilai kerana dengannya kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia ini diambil semula pemiliknya maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Sebab itu jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan sangat bermakna. Justeru, jika kita mengerti nikmat Allah yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula, apalah daya kita.
Sedangkan bertahun lamanya Dia berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan lebih abadi. Janji-janji kosong juga tidak mampu menukar qada’ dan qadar-Nya, dan kita sepatutnya sedar bahawa kematian adalah pengakhiran. Oleh itu, sedang pintu taubat sentiasa terbuka, jangan kita longlai usaha untuk menjadi insan berguna.-Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom


nota sneakers : jom layan lagu Nasuha~Mestica 313... Taubat Nasuha~Elhamz...


24 March 2011

SPM 2010 >> released on 23rd of March 2011 II





sambungan daripada entri ambang SPM 2010 >> released on 23rd of March 2011 I

Bismillah,
Alhamdulillah wa Mabruk 'alaik!!!

"Sekitar Keputusan SPM 2010"


Abd. Ghaffar Mahmud menunjukkan keputusan peperiksaan SPM pada sidang media di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu.

''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.

Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran.

''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya,

Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya.

Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.

--------------------------------------------------------------------------------

SMS Tuanku Munawir SBP paling cemerlang - Utusan Online

SEREMBAN 23Mac - Penambahbaikan program serta modul pembelajaran yang berkesan menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SMSTM), di sini dinobatkan sebagai sekolah berasrama penuh (SBP) paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Pencapaian membanggakan itu turut menyaksikan 143daripada 266calon SPM sekolah berkenaan memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajaran termasuk 16calon mendapat pangkat A+ dalam semua subjek.

Pengetuanya, Sabuddin Sani berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha, disiplin, kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak termasuk tenaga pengajar, ibu bapa khususnya pelajar.

''Saya bersyukur dengan keputusan ini dan lebih menggembirakan apabila berjaya mengekalkan rekod cemerlang lima tahun berturut-turut di negeri ini. Hari ini, kami diberitahu SMSTM menjadi 'juara' peringkat kebangsaan," katanya.

Beliau ditemui di sekolah berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser), di sini hari ini.

Sabuddin berkata, antara program dan modul pembelajaran sokongan yang diterapkan di sekolah itu adalah seperti kelas tambahan malam, 'lonjakan Saujana', 'Perkampungan Ilmu', bengkel latih tubikelas pagi dan program 'Guru Muda'.

Sementara itu, seorang pelajar cemerlang SMSTM, Muhammad Fahim Hanaffi Azahan, 17, berkata, kaedah pembelajaran akademik yang diterapkan di sekolah berkenaan banyak membantunya meraih keputusan 10A+.

''Guru banyak memberi tunjuk ajar selain dorongan dan bantuan daripada ibu bapa serta rakan-rakan juga sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada keputusan saya ini," jelas pelajar berasal dari Ampang, Selangor itu yang bercita-cita menjadi ahli geologi.

Seorang lagi pelajar, Mohd. Fateh Mohd. Lani, 17, berkata, walaupun sedih kerana bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan darah, kejayaan meraih 10 A+ akan menggembirakan keluarganya.

''Saya amat berterima kasih kepada semua guru serta rakan-rakan yang banyak membantu mencapai keputusan ini," ujarnya yang turut mengakui program akademik khas yang diwujudkan oleh pihak sekolah menjadi pemangkin terhadap kejayaannya itu.

Bagi, D. Aghilan, 17, pula, kejayaannya memperoleh 10A+ itu merupakan hasil bantuan semua pihak.

"Sekolah ini memang bagus, mereka akan pastikan tiada pelajar yang tercicir dan kalau lemah, rakan-rakan lain pasti akan membantu,"katanya.

deenulfareast : jom usha ranking SBP jap!

deenulfareast : oppss, KISAS! 2nd Runner UP! still maintaining top 5, well~ mabruk alaik!!! mendominasi aliran agama, moga terus cemerlang hendaknya...

--------------------------------------------------------------------------------
SPM 2010: Maahad Muhammadi (L) lulus 100%
Muhammad Yusri Amin - HarakahDaily

KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.

“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.

Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.

“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.

“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.

“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).

Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-).

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh.

--------------------------------------------------------------------------------

1,249 MRSM Candidates Get A In All Subjects In SPM - BERNAMA

KUALA LUMPUR, March 23 (Bernama) -- A total of 1,249 Mara Junior Science College (MRSM) students obtained A in all subjects in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination last year.

Its director-general, Ibrahim Ahmad said they accounted for 18.28 per cent of 6,833 candidates from 38 MRSMs.


He said MRSM Pengkalan Chepa was adjudged the best MRSM as it achieved the Average College Grade (GPM) of 0.83.


Six other MRSMs also achieved excellent results with the GPM under 1.75, namely MRSM Tun Ghafar Baba (0.91), MRSM Taiping (0.97), MRSM Langkawi (1.33), MRSM Kuala Kubu Baharu (1.68), MRSM Kubang Pasu (1.73) and MRSM Kuala Berang (1.73).


"Despite the good showing, Mara and the MRSM's focus is not merely on academic achievement but also to create a holistic human capital, who appreciate noble values and have remarkable personal strengths," he said in a statement. - BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------
nota sneakers : congratz to my brother who was studied in MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang recently with achievements of 7A's & 2B's (i didn't received any detailing of A+,A, A- and etc. from him yet). Dear Muhammad Nazrin Ismail, you've performed the best!!!

Kat bawah ni, caption sekitar Majlis Graduasi MRSM KB, dapat Anugerah Tokoh Ko-Kurikulum Terbaik Keseluruhan tu. Macam abang Muhammad Faris Ismail & abang Muhammad Faizzuddin Ismail dia gak. Mungkin selepas ini, adik Muhammad Aizat Ismail & Nur Izzati Ismail boleh ikut jejak langkah kitorang pula. Kakak yang berdua sudah selesai dah...


23 March 2011

ambang SPM 2010 >> released on 23rd of March 2011 I

Untuk Pertama Kalinya Keputusan SPM Boleh Diketahui Melalui SMS - mStar Online

PETALING JAYA: Untuk pertama kalinya dalam sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon-calonnya boleh memperolehi keputusan melalui sistem pesanan ringkas atau SMS.

Untuk melakukannya, apa yang perlu dilakukan ialah menaip SPM SEMAK, kemudian diikuti oleh nombor kad pengenalan dan selepas itu nombor calon sebelum mengirimnya kepada 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan selepas jam 10 pagi Rabu sehingga tengah malam 30 Mac.

Lembaga Peperiksaan Malaysia berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, para calon juga boleh memperolehi keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Seramai 467,970 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu yang berlangsung dari 23 November sehingga 20 Disember.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cara menggunakan perkhidmatan SMS tersebut secara lebih lanjut, calon-calon bolehlah melayari http://apps2.moe.gov.my/

no 2~ tuu...

nota sneakers : SPM 2007 telah tiga tahun berlalu, tapi rasa macam sekejap sahaja dan kini sudah tiba ke SPM 2010, selepas ini 2011 dan seterusnya. Lepasan SPM dalam keluarga kali ada tiga orang, dua orang sepupu, termasuk adik pertama saya yang mungkin sudah tiba di sekolahnya, MRSM Kepala Batas menaiki KTM dari KL Sentral jam 8pm semalam. Masing-masing persaingan sihat kot~.Setangkai doa ku panjatkan agar beliau bisa memperoleh keputusan yang cemerlang... Ameen~


26 January 2011

Syukran Kathiran... credits to captencegu~

Syukran Kathiran
Ditujukan khas buat sahabat rakan blogger@merangkap schoolmateku buat satu tempoh masa dahulu... terima kasih wan syazwani wan sajiri atas sajian entri yang mungkin menjanjikan seribu satu kenangan dan kepuasan apabila membacakannya berulang kali... begitu juga sekalung penghargaan kepada batch 52 alkis, hasbullah mohd isa, khairul fahmi zainuddin, nur asyikin zaini dan azlan ariff mohd salleh serta
sis fazana al-malekian batch 51, atas komitmen kalian semua... tidak lupa kepada fikri nazari (batch52), khadijah abu bakar (batch52), nazrin mazlan (batch 53 & akmal arshad (batch 53), serta abg hafiz & zaujah tercinta (ex-KU KI 2006)... selamat berjaya dalam menempuhi kehidupan seterusnya... (syukran captencegu)

~BEPERGIAN UNTUK SEMENTARA

sila klik link untuk ke pautan seterusnya... (^,^)v


12 September 2010

Salam Eid Fitri 1431H/ 2010M

Sudah memasuki raya ketiga, cepatnya masa berlalu... off to 9th. state... nak ikut?

Ramadhan telah berlalu,
Syawal pula kian menjengah,
Zulkaedah Zulhijjah mula nak mendahulu,
Siapkah kita melepaskan 1431 Hijrah?

-ahaks~, pantun apa ni??
kad raya buatan tangan, ini yang sekadar termampu

p/s : di pihak penulis, ingin sekali mengucapkan salam eidulfitri 1431H, maaf lahiriah dan batiniah kepada :

-walidain wa usrati
-atuk nenek dan keluarga kembangan walau di mana jua mereka berada
-warga Taski Saidatina Aishah, SK SSJ, SRAMDE, SK USJ2, SMK SEAFIELD, SMKA MELOR, KISAS, KEM SAN SHUI Tawau
-pihak penaja JPA
-warga UiTM PP, pihak UPK, JPK khususnya
-muslimin-muslimat, mukminin mukminat yang melata di seluruh dunia
-& semua yang mengenali diri ini

sedialah untuk memaafkan khilaf orang lain dan berdoalah agar Allah membukakan hati insan-insan yang pernah terluka dengan perbuatan, lisan atau perilaku kita untuk sedia memaafkan segala khilaf kita jua...

...moga segala amal ibadah mahupun amal islami yang dilaksanakan@ditarbiyah sepanjang keberadaan di madrasah RAMADHAN terus dipertahankan dan istiqamah di bulan-bulan mendatang seiring peningkatan zaman, insya-Allah, moga kita dipertemukan lagi pada ramadhan akan datang...

maaf kepada mana-mana yang berkenaan, saya tidak menjengah henset raya kali ni, even mendadak sms@mms yang diterima... maaf yer, tidak sabar rasanya untuk memulakan puasa 6 syawal + study akademik + gerak kerja dakwah +.... + .... + etc...

sentiasalah muhasabah diri, menyeru orang lain untuk mendekati Allah, sedangkan kita pula makin menjauhi-Nya, istidraj barangkali, ujian, moga dikembalikan ke landasan yang sebenar-benarnya... Ameen~

ikhlas,
faiz aizudeen ismail
final year mechanical engineering (aerospace)
university of sharphills

04 October 2009

nafas baru, semangat baru n permulaan yang baru, juga... dijauhkan daripada nafas berbau....

perjalanan atas train KL-BTTWRTH ekspress Langkawi, sejak berjinak2 dengan train, rasa malas lakk nak nek bus lagi,,, huhu,,,,


Alhamdulillah....
Masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan hidup dalam suasana iman dan islam... (sejak bila plak pndi gunakan ayat ni??? pengaruh nur kasih??)

Semalam baru je balik from gelugor (kat pulau, bukan kat seberang yer), meet some of the kisasian that studying at IPGM Pulau Pinang, lebih kurang 5km or more from USM, dapatlaa jumpa Azlan Ariff (506) TesL, Khairul Fahmi (508) Mathematics, Hasbullah Md Isa (505) Science, n Asyikin (512) TesL.... yg x sempat jmpa Syazwani (509) TesL n kak Farzana (senior kisasian)...

Mula2 plan nak jumpa diorang jer.... sanggup plak dari kampus UiTM Permatang Pauh ke IPGM P.Pinang... at last diorng bwk gi jenjalan laa plak... fun,,, kebetulan pegi pulau time tu coz ad ex-classmate ajak open house kat bayan baru... alang2 da smpi pulau.. jumpa la diorng skali...

Lepas je bridge, ak tunggu depan USM, manerlaa nak tau jalan gi IPGM, then azlan suh gerak depan lagi, tunggu kat Shell.... sampai je kat Shell ak tunggu azlan laa plak, ingtkan jauh lagi,, rupanyerr opposite Shell tu je diorng nyer pintu pagar belakng IPGM... besar gak IPGM ni,, x menang kampus aku... tp UiTM permatang pauh still on construction ok... bnyk lagi ruang untuk ditebus guna... huhu....

Mula2 lepak laa dulu kat hostel dak2 IPGM ni.. then pukul 3.30pm bru gerak ke Bukit Jambul... smpi kat BJ jer,,,, dah siap isi perut n solat asar... diorng plak plan nak men bowling, then ak ikut jerlaa.... as a guest,,, kenalaaa ikut tuan rumah kann... Aku bukannyer reti men pun bowling.... setakat longkang tu memang as usual setiap kali men mesti kena masuk jugak... ad magnet ke apa dalam longkang tu..... ni antara gambar masa men bowling.. syok laa jugak tengok kitorang nyer game,,, mcm2 gaya,,, tapi salute laa kat hasbullah al-Hafiz... baru first time men... terus je dapat johan... tahfiz baca ayat apa ntah nk bg menang... huhu...

from left - fahmi, faiz n azlan

faiz ngah khusyuk taip nama
azlan setia ngan hp beliau
jeng plak x puas hati



from left- syikin, hannah (kwn syikin), azlan, fahmi n faiz

azlan ready 4 da throw, ak ngan jeng still acting as an observer
kepuasan yang dapat dicapai setelah melakukan strike, tp dpt no 3 jer..
1st-hasbullah
2nd-azlan
3rd-faiz
4th-fahmi
5th-hannah
6th-syikin


Then kuar drpd BJ otw balik,, hujan plak tengah jalan..... makin diredah, makin lebat pula hujan yang mendatang... setelah menghantar geng IPGM pulang ke tempat mereka.. ak truskan perjalanan pulang ke kampus.... laluan atas antara jamabtan terpanjang di dunia ini memang mendebarakan,,, dengan purata speedin 60-70km/j dengan kriss 100 ak... saat mendebarkan mula timbul... dengan suasana hujan lebat sehinggalah fenomena angin lintang di atas jmbatan... aku ters\uskan jua pemanduan dengan selamat dan berhemah... sehinggalah tiba di kampus... sbnrnyer agak rushing jgak ak time tuh,, coz nak mengejar sesi interview barisan Jawatankuasa Perwakilan KOlej Zamrud pd jam 8.30 mlm... ak tiba agk lewat iaitu pd jam 7.30 mlm...

da settle smua.. then bergerak turun ke bawah untuk sesi interview pula... Alhamdulillah,,,, segalanya berjalan lancar dan sesi interview pun tamat dengan jayanya,,, then mlm tu ak gi makan dgn classmate kat Man Seafood...ngah tunggu keputusan temuduga laa plak pasni,,


hari ni plak,,, asyikin ajak g open house kat rumah dia di jln bukit bendera pun kat pulau gak... ak pun willing untuk gi skali lagi ke pulau.... hopefully xde hujan plak pasni...
then jumpa laa kat sana...

selsai je mencekik kat umah ckin........ kitorng pun (orng yg sama)
... bergerak trus pulan ke IPGM... smpi di IPGM plak.. x disangka... jumpa ex-schoolmate ak kat SMKAM, fatin izzati nama beliau,,, sempat gak borak2 ngan dia..... huhu,,, alhamdulillah. dapat jumpa smua kengkawan aku kat area penang ni,,,,
n skrg... da slamat smpi di kampus pun..... tp cabaran sebenar plak bermula... minggu test pun da start,,, assignment pun dijangka bertambah bnyk, dan final exam lakk just around da corner,,,
hurmm... hopefully dapat mengharungi situasi yg sukar inik dengan jayanya,, amennn......

21 May 2009

X Lebih Setahun ditinggalkan... Kekal Terasa Kehilangannya....

* PENDIDIKAN

Sekolah Terbilang: Gedung ilmu
Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my

KISAS menyediakan bahan rujukan lengkap bagi memberi peluang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu.

Kisas himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.

Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.

Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.
LITERASI komputer antara pendekatan dilakukan Kisas bagi membentuk pelajarnya celik teknologi maklumat.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak.

"Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

"Satu lagi perbezaan Kisas berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa.

"Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.

Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan Kisas bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.

Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.

Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.

Info

Pencapaian terbaik Kisas 2008

Antarabangsa

# Johan - Kem Tutti Fratelli International

# Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition

# Finalis - Mondialogo School Contest

Kebangsaan

# Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

# Johan Kem Penulis Muda

# Johan Pertandingan Folio Pengguna

# Johan Debat Bahasa Arab

-seharusnya.... nikmat yang dikurniakan perlu dihargai sewajarnya...
andai hilang pasti tidak ketemu penggantinya...-

>>far-to-east!!!
Related Posts with Thumbnails