hadith of the day

pendokong

08 March 2011

KOSMO - Sukan Liverpool

Kekalkan momentum - Dalglish


KUYT (kiri) meledakkan hatrik ketika membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 di Anfield kelmarin.

LONDON - Kenny Dalglish menggesa Liverpool untuk mengekalkan momentum selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Manchester United di Anfield pada aksi saingan Liga Perdana England kelmarin.

Pengurus Liverpool itu berkata, tidak mustahil skuad The Reds akan menamat- kan saingan musim ini dalam kelompok teratas sekiranya mampu mengekalkan prestasi yang dipamerkan ketika menewaskan pendahulu liga tersebut.

Selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu pada awal musim ini, sekali gus menyaksikan Roy Hodgson dipecat selaku pengurus, Liverpool akhirnya kembali bangkit dan menunjukkan 'taring' mereka yang sebenarnya.

Dalglish yang dilantik bagi mengganti- kan tempat dikosongkan Hodgson pada Januari lalu adalah individu yang paling gembira dengan kemenangan itu.

Terutamanya selepas menyaksikan percaturan menggandingkan bintang Uruguay, Luiz Suarez dengan penyerang Belanda, Dirk Kuyt di posisi serangan.

Percaturan itu ternyata telah membuahkan hasil yang cukup 'lumayan'.

"Semua orang yang menyokong Liverpool selama ini pastinya telah melalui hari yang paling hebat. Aksi cemerlang pemain-pemain, sikap, komitmen dan sema- ngat juang yang tinggi untuk kelab adalah kunci kejayaan kami (Liverpool).

"Kuyt berjaya melakukan hatrik dan namanya kini menjadi sebutan manakala Suarez pula tampil dengan aksi yang cukup hebat. Namun, pemain-pemain lain juga tidak kurang hebatnya dan itu tidak boleh dipersoalkan lagi.

"Semua pemain tahu apa yang mereka mahukan sebelum perlawanan bermula ;agi dan mereka berjaya merealisasikannya dengan baik sekali," jelas Dalglish sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Anfield itu, Kuyt membuktikan kualitinya sebagai penyerang apabila melakukan hatrik menerusi jaringannya pada minit ke-34, 39 dan 65.

United pula memperoleh gol sagu hati menerusi pemain gantian, Javier Hernan- dez yang masuk menggantikan pemain sayap, Nani pada lewat babak perlawanan. - AFP



2 comments:

  1. huhu... di kala real madrid tenggelam dalam kebangkitan barcelona... hoho... jangan marah cegu~

    ReplyDelete

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails