hadith of the day

pendokong

22 December 2011

bahaya... pancaindera...

BAHAYA MULUT

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah kehadrat ALLAH S.W.T yang luas pengampunan-NYA dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W , Rasul yang dianugerahi dengan syafaat bagi ummatnya pada hari kiamat.

Semasa saya berada di Kg Paya Mak Inson, Pendang Kedah bersama pelajar tahfiz saya yang baru mendaftar dan sedang mengikuti program 'Qolbun Salim' saya dapati ada satu gejala yang tidak sihat dan inilah guna program 40 hari yang dirangka...tujuannya untuk pembersihan sebanyak mungkin gejala yang tidak sihat.

Antaranya ialah percakapan....cuba lihat contoh :

1) " Tak boleh la..bodohhhh "

2) " Cepatlah sial "

3) " Celaka betul "

Kita bandingkan dengan ajaran Rasulullah S.A.W yang saya petik daripada Kitab Bahru al-Mazi jilid 13 , Hadith ke 130.

BAB YANG TELAH DATANG IA PADA MENYATAKAN BERMAKI-MAKI.

( Ketahui kiranya ya saudaraku ) : Adalah pada hukum syarak kita mempermaki orang dengan kata : " Hei binatang , hei bodoh , hei lembu dan sebagainya maka iaitu BERDOSA , kerana menyakiti hati saudara sesama Islam bahkan boleh jadi membawa kepada fitnah besar, berkelahi dan bergocoh ( bertumbuk ) dan berpecah kepala dan berbunuh-bunuhan seperti banyak berlaku pada orang kutu-kutu pekan.

Bermula dalil yang menunjukkan atas BERDOSA mempermaki orang itu ialah sebagai hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa at-Tirmizi dengan katanya:

عَن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال

المُستَبَّان مَا قَالَ , فَعَلَى الْبَادِئُ مِنْهُمَا مَالَمْ يَعْتَدِ المَظْلُومُ

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi S.A.W namanya Abi Hurairah Radhiallahuanhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda ia :

" Dua orang yang bermaki-makian itu bermula yang telah dikatakan oleh kedua orang itu akan dia maka DOSANYA atas yang memulai mempermaki daripada keduanya selama tiada mempermaki lebih orang yang kena maki dahulu itu.".

As-Syeikh al-Marbawi RahimahullahuTa'ala seterusnya menjelaskan :

Adalah mempermaki orang itu dapat tiga dosa ;

1) Dosa melanggar hukum ALLAH S.W.T

2) Dosa mula mempermaki orang

3) Dosa mempermaki

Maka jikalau dibalas oleh orang yang kena maki mula tadi maka lepaslah dosa ia mempermaki dan tinggal dosa mula mempermaki dan dosa melanggar hukum ALLAH S.W.T,

Kata qil : Terangkat sekelian dosa daripadanya dengan sebab dibalas permaki orang akan dia.

Wallahua'lam.

Bayangkan perkataan ini keluar daripada remaja kita setiap hari entah berapa kali, dan dosa ini membawa kepada gelap hati seterusnya keras hati yang hasilnya melahirkan hamba ALLAH yang kasar dan tidak suka kepada ibadat bahkan cenderung kepada bersukaria semata-mata serta maksiat.

Esok ( Rabu 9/12/2009 ) selepas habis kuliah Magrib saya dan beberapa sahabat akan bertolak ke Kg Paya Mak Inson, Pendang untuk melihat perkembangan 56 Pelajar di sana...mudahan penyakit mulut seperti yang kita bincangkan di atas sudah terhapus..insyaALLAH.

Wassalam,

kAlAu SeMaLaM aKu MaTi.........

الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

Ustaz Yunus Bin kamaruddin

Ukay Bistari, Ampang

nota sneakers : terlalu lama masa yang hilang untuk ber'blogging'... kehidupan yang semakin mencabar...

2 comments:

  1. jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa.semoga mendapat manfaatnya~ :)
    http://e-storebasyirah.blogspot.com/p/pembukaan-e-store-basyirah.html

    ReplyDelete
  2. 'Kehidupan yang makin mencabar'? Apa indikator tahap cabaran kehidupan?

    ReplyDelete

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails