hadith of the day

pendokong

04 January 2011

Helmet Alaf Baru?

Helmet maut RAF - My Metro Online

CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.

CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.

LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.

‘Topi keledar maut’ yang berharga 250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.


Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.

Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.


Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.


Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.

Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.

“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”

Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - Agensi


No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails