hadith of the day

pendokong

26 January 2011

Syukran Kathiran... credits to captencegu~

Syukran Kathiran
Ditujukan khas buat sahabat rakan blogger@merangkap schoolmateku buat satu tempoh masa dahulu... terima kasih wan syazwani wan sajiri atas sajian entri yang mungkin menjanjikan seribu satu kenangan dan kepuasan apabila membacakannya berulang kali... begitu juga sekalung penghargaan kepada batch 52 alkis, hasbullah mohd isa, khairul fahmi zainuddin, nur asyikin zaini dan azlan ariff mohd salleh serta
sis fazana al-malekian batch 51, atas komitmen kalian semua... tidak lupa kepada fikri nazari (batch52), khadijah abu bakar (batch52), nazrin mazlan (batch 53 & akmal arshad (batch 53), serta abg hafiz & zaujah tercinta (ex-KU KI 2006)... selamat berjaya dalam menempuhi kehidupan seterusnya... (syukran captencegu)

~BEPERGIAN UNTUK SEMENTARA

sila klik link untuk ke pautan seterusnya... (^,^)v


19 January 2011

Pemuda/i Pemimpin Generasi Masa Hadapan

edited sources from : iluvislam.com

Penulis masih ingat ketika mempelajari satu puisi di bangku sekolah dulu yang bertajuk ''Syair Tenaga Pemuda'', karya Gustam Negara, nama sebenarnya Harun Aminurrashid. Puisi ini mungkin dipelajari dengan perasaan bersahaja atau sambil lewa oleh kebanyakan pelajar, termasuklah penulis ketika itu. Namun, puisi ini membicarakan sesuatu yang sangat bernilai dan mengandungi isi yang sangat penting untuk difahami.

Sejarah telah membuktikan para pemuda merupakan agen kebangkitan umat manusia pada umumnya. Lihatlah pada sejarah kebangkitan mana-mana bangsa mahupun negara, maka kita akan dapati pemuda adalah golongan yang mewarnai perjalanan sejarah masing-masing, terutamanya pada era kemerdekaan. Sebagai contoh, revolusi Perancis yang telah menumbangkan kekuasaan Monarki, perjuangan pro demokrasi di RRC dan Burma serta medan Tiananmen di Beijing menjadi saksi keterlibatan para pemuda. Mantan presiden Indonesia, Soekarno yang menyedari hakikat ini pernah menyatakan, "Berikan aku 10 orang pemuda, maka aku akan goncangkan dunia."



Pemuda Islam

Al Quranul Karim telah lama membicarakan peranan pemuda seperti dalam kisah Ashabul Kahfi (al-Kahfi ayat: 9-22), kisah Ibrahim a.s (al-Anbiya': ayat 60 dan al-Baqarah: ayat 258) dan kisah Ashabul Ukhdud seperti dinyatakan dalam hadis panjang riwayat Muslim, Ahmad dan an- Nasa'i berkenaan tafsir surah al Buruj.

Sirah nabawiyyah juga turut menyaksikan para sahabat memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Islam terutamanya ''Assabiqunal Awwalun'' (orang-orang yang terdahulu beriman kepada Rasulullah s.a.w) yang pada umumnya masih muda. Penulis menyenaraikan beberapa nama para sahabat ketika itu walaupun terdapat sedikit khilaf tentang umur sebenar mereka. Antaranya Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam yang masing-masing berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al Arqam bin Abil Arqam (12), Abdullah bin Mas'ud (14), Sa'ad bin Abi Waqash (17), Umar bin Khatthab (26), Ja'far bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritshah (20), Mushab bin Umair (24), Abu Bakar Ash Shiddiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), dan sebagainya. Semua ini menjadi bukti bahawa para pemuda adalah sumber kekuatan kepada dakwah Islam dulu mahupun sekarang.

Sememangnya tidak dapat dinafikan secara psikologinya, manusia mencapai puncak hamasah (semangat) dan quwwatul jasad (kekuatan fizikal) pada usia muda. Berkenaan perkara ini, Imam Asy Syahid Hasan Al Banna pernah menyatakan,

"Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan dengan kuat keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dalamnya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan siap untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya''.

Keempat-empat rukun ini yakni: ''(1) Keimanan, (2) keikhlasan, (3) semangat dan (4) amal merupakan ciri2-ciri yang terdapat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah hati yang peka, dasar keikhlasan adalah hati yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah tekad yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri pemuda. Oleh sebab itu, sejak dahulu hingga sekarang, pemuda merupakan agen kebangkitan setiap umat, rahsia kekuatan pada setiap kebangkitan, dan pembawa bendera setiap fikrah." (Prof. Dr. Abdul Hamid Al Ghazali dalam buku Tiang-Tiang Kebangkitan Umat, m/s: 57).

Ibnu Jauzi turut menyatakan nasihatnya kepada para pemuda dalam kitabnya, Shifatush Shofwah, Jilid 4, m/s: 24 dengan kata-kata, "Wahai para pemuda, kerahkanlah potensi dirimu selagi masih muda kerana aku belum pernah melihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh generasi muda".

Penulis berharap kita dapat memuhasabah diri dengan mafhum hadis riwayat Tirmizi dan seumpamanya berkenaan setiap kaki anak Adam tidak akan berganjak pada hari kiamat sebelum ditanya 4 perkara, salah satunya adalah ke mana masa mudanya dihabiskan?. Hadis ini memberi peringatan bahawa masa muda kita akan ditanya kerana masa inilah lazimnya seseorang mempunyai keupayaan pada tenaga, masa atau harta untuk digunakan kepada kebaikan mahupun keburukan.

Kiriman ini tidaklah bermaksud menafikan kepentingan atau peranan selain para pemuda tetapi bertujuan menyuntik semangat dan menjadi perangsang kepada mereka yang bergelar pemuda termasuklah penulis sendiri.

nota sneakers : layan lagu Putera-Puteri Inteam ft Hisyam Dehearty... layan~

10 January 2011

Boeing 737 at Malacca

LTAM mampu kendali Boeing 737
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
MOHD. ALI (tiga dari kiri) menyambut kedatangan H.M Rusli (empat dari kiri) dan rombongannya dengan persembahan silat di Batu Berendam, Melaka Jumaat lepas.


MELAKA – Walaupun masih banyak syarikat penerbangan tidak menggunakannya, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini sudah teruji dan berkemampuan untuk mengendalikan pesawat jenis Boeing 737.

Buktinya, pesawat Boeing 737-500 milik Riau Airlines yang membawa 124 penumpang membuat pendaratan sulung Jumaat lalu di LTAM.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemampuan LTAM mengendalikan pendaratan pesawat jenis Boeing 737 akan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan luar untuk menggunakan LTAM.

“Ini adalah satu perkembangan yang baik buat LTAM apabila berjaya mengendalikan pendaratan pesawat jenis Boeing 737.

“Secara tidak langsung, LTAM akan membawa perubahan besar bagi mengendalikan penerbangan antarabangsa yang lain,” katanya disini semalam.

Jumaat lalu, pesawat Riau Airlines jenis Boeing 737-500 membuat pendaratan sulung di LTAM yang sebelum ini hanya digunakan oleh pesawat jenis BAE 146-200 dan ATR500-72.

---------------------------------------------------------------------------------

Enjin jet guna kuasa air


SEORANG lelaki menunjukkan demonstrasi penggunaan enjin jet di Sungai Thames, London pada Jumaat lalu.


LONDON - Seorang lelaki menggunakan enjin jet untuk terbang di udara dalam satu demonstrasi yang diadakan di sini pada Jumaat lalu.

Enjin jet yang mempunyai empat lejang dan menggunakan muncung air itu boleh bergerak selaju 35 kilometer sejam dan terbang pada ketinggian 10 meter.

Jurutera-jurutera dari Kanada mencipta enjin itu yang menggunakan kuasa air untuk terbang ke udara. Aksi lelaki itu terbang umpama dalam satu adegan yang pernah disiarkan filem James Bond.


09 January 2011

Juara yang Kian Malap...

Liverpool on the move... Juara yang kian malap vs Pertukaran Pengurus Pasukan

Selamat kembali Dalglish, Selamat jalan Hodgson
2011/01/09 - Berita Harian Online


LONDON: Roy Hodgson meninggalkan Liverpool semalam dan Liverpool melantik bekas pemain dan pengurus Kenny Dalglish sebagai pengganti hingga akhir musim ini dalam usaha kelab itu mengubah nasib buruk yang membelenggu prestasi mereka.

Roy Hodgson

Hodgson yang menyertai antara kelab paling berjaya dalam Liga Perdana Inggeris itu dari Fulham pada Julai lalu, menerima tekanan hebat daripada peminat sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas kekalahan kepada Wolves dan Blackburn Rovers.

Dia meninggalkan Liverpool ketika kelab itu hanya empat mata di luar kelompok bahaya iaitu di tangga ke-12 dan sehari sebelum Liverpool bertandang ke gelanggang musuh ketat Manchester United bagi perlawanan pusingan ketiga Piala FA, malam ini.

“Saya mendapati... beberapa bulan ini adalah tempoh paling mencabar dalam karier saya,” kata Hodgson menerusi laman web kelab itu.

“Saya sedih kerana tidak dapat memberikan sesuatu kepada pasukan, tidak diberi masa untuk mendapatkan pemain baru ketika jendela perpindahan dan terpaksa berpisah daripada menjadi sebahagian proses pembinaan semula Liverpool.”

Peminat yang menjerit-jerit nama Dalglish ketika perlawanan musim ini, pasti mengalu-alukan khabar tokoh yang pernah memenangi lapan gelaran liga ketika menjadi pemain dan pengurus, akan kembali ke Anfield untuk mengisi kekosongan itu.

“Kami gembira Kenny Dalglish sudah bersetuju untuk mengambil alih dan menguruskan pasukan ini bagi perlawanan Piala FA Ahad ini (hari ini) di Old Trafford dan sehingga baki musim,” kata pemilik kelab, John Henry. - Reuters
---------------------------------------------------------------------------------

Fergie sokong Hodgson
2011/01/09
- Berita Harian Online

Pengurus Red Devil mahu budaya pecat pengurus dihapuskan

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson membidas budaya terkini kebanyakan kelab yang memecat pengurus ketika dia membuat persiapan berdepan antara pengurus yang bakal kehilangan jawatannya.

Barisan Ferguson menjadi tuan rumah kepada Liverpool dalam pusingan ketiga Piala FA hari ini dan mungkin menjadi penamat kepada kerjaya Roy Hodgson selama enam bulan di Merseyside.
Jika tewas lagi, Hodgson, bekas pengurus Fulham yang dituntut meletak jawatan oleh peminat dan bekas pemain, hampir pasti ditunjuk pintu keluar. Tetapi Ferguson percaya kawan rapatnya itu adalah antara pengurus yang menduduki kerusi panas yang dilayan secara tidak adil dan diberi tekanan tinggi oleh pengurusan pasukan era kini.

"Roy Hodgson tidak perlu membuktikan rekodnya sebagai pengurus. Pengalaman dan prestasinya di mana-mana cukup hebat," katanya.

"Kami berada dalam situasi di mana pengurus berdepan pemecatan dan ugutan dipecat. Tidak ada gunanya walaupun ia dibincangkan, ia adalah industri yang sangat sukar. Saya memahami perasaan semua pengurus yang berada di bawah tekanan dan kehilangan jawatan mereka,"

"Persatuan Pengurus-Pengurus Liga Perdana adalah orang terbaik untuk bercakap mengenainya. Mereka lakukan tugas menakjubkan untuk mewakili pengurus."

Begitupun, Ferguson enggan bersimpati dengan nasib Liverpool apabila mengingati sejarah pertandingan tertua itu.

"Ia adalah trofi yang penting," katanya yang mempunyai rekod memenangi lima kejuaraan pertandingan itu.

"Kami tidak memenanginya sejak 2004 atau beraksi di Wembley sejak tewas kepada Chelsea pada final 2007." - AFP
---------------------------------------------------------------------------------

Selamat Tinggal Liverpool: Hodgson
- M-Star Online

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson mengambil keputusan berundur diri daripada terus mengemudi The Reds dan tempatnya bakal digantikan dengan legenda bola sepak, Kenny Dalglish sehingga tamat musim ini.

Pengumuman itu dibuat oleh kelab selepas manyaksikan Liverpool kini berada di tangga ke-12 Liga Perdana setelah menghadapi saat sukar dengan 12 kekalahan musim ini.

Hodgson meninggalkan Merseyside dengan rekod membantu pasukan memenangi 13 daripada 31 perlawanan sepanjang mengendalikan kelab itu.

“Menerima tawaran mengendalikan kelab Liverpool merupakan saat manis buat saya. Setiap pengurus akan menghargai peluang ini untuk mencipta sejarah, menanam semangat tradisi serta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminat setia.

“Liverpool merupakan antara kelab terbaik di dunia. Bagaimana pun sejak beberapa bulan lalu ia merupakan cabaran kepada kepada karier saya. Saya sangat sedih kerana tidak sempat memberi sesuatu kepada pasukan, dan diberi masa untuk memilih pemain baru ke kelab ini pada musim perpindahan nanti serta tidak sempat menyaksikan proses kebangkitan kelab ini.

“Kelab ini mempunyai keistimewaan tersendiri, mempunyai pemain kelas dunia yang sanggup bekerja keras dan saya mengharapkan pasukan ini akan berjaya pada musim ini,” katanya.

Hogdson berkata, dia berterima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dengan menjalinkan hubungan baik sepanjang berada di kelab ini.

“Mereka telah memberi kesetiaan kepada kelab serta sokongan yang tidak berbelah bagi ketika saat sukar, dan akhir sekali kepada penyokong-penyokong Liverpool yang telah memberi keghairahan kepada pemain untuk pemain terus menunjukkan aksi terbaik mereka,” katanya.

Sementara itu, Dalglish yang pernah mengemudi Liverpool pada tahun 1985/86 akan bersama kelab ini sehingga tamat musim dan bakal membawa pasukan menghadapi Manchester United di Old Trafford dalam perlawanan Piala FA, Ahad ini.

Selain itu, pemilik kelab, John Henry berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Dalglish yang bersetuju menggantikan Hodgsonsekali gus menguruskan pasukan bagi perlawanan sengit di Old Trafford nanti.

“Kenny bukan sahaja legenda bola sepak, dia juga merupakan antara tiga orang pengurus pasukan yang berjaya. Kami sangat berbesar hati dengan kehadirannya yang turut bersetuju untuk mengendalikan pasukan sehingga tamat musim ini,” katanya.

HOME

AWAY

once a captain, is always a captain
new season officially sponsored, no carlsberg anymore!
mencari detik kegemilangan Anfield semula

p/s : well~ pertukaran penaja daripada Carlsberg kepada Standard Chartered saya setuju 100%... tindakan yang baik, lepas ni orang Islam pun sudah tidak ragu-ragu memakai jersey rasmi pasukan ini...walaupun merundum, tapi saya masih meminati pasukan ini... moga di bawah pengurusan baru, lagi cemerlang... masih berharap agar ada islamic player dalam pasukan ini...


05 January 2011

Penjadualan Semula IPTA

Selaras kalendar IPTA berperingkat
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/01/05

Kementerian tetapkan jadual kemasukan pelajar minggu pertama September

PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan pada setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Jun ke September dapat dilaksanakan sepenuhnya, mulai sesi akademik 2013-2014.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos, manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September 2013 dan pelajar lama pada 9 September.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penyelarasan itu penting dan menjadi sebahagian pendekatan kementerian untuk memperkukuh serta transformasi sektor pengajian tinggi negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015.

"Bagi tahun ini, selepas mengambil kira pandangan IPT, kita menetapkan jadual kemasukan pelajar ke IPTA pada minggu pertama September kerana tarikh pendaftaran asal yang dicadangkan dan cuti Aidilfitri adalah terlalu dekat.
“Oleh itu, kita akan memberikan kebebasan kepada universiti sama ada memanggil pelajar lama mendaftarkan diri, pada September atau mengikut jadual ditetapkan sebelum ini," katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai cadangan penyelarasan kalendar akademik IPTA di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, kementerian percaya pelaksanaan anjakan kalendar akademik dapat meningkatkan perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa menerusi mobiliti pelajar dan pensyarah di IPT tempatan dan luar negara.

Dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi negara, katanya, pelajar IPTA perlu didedahkan dengan senario, budaya dan amalan di luar negara bagi membolehkan mereka membina sahsiah dan menimba pengalaman.

“Sebagai contoh, pendedahan menerusi Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik kepada pelajar IPTA kita mengenai amalan di luar negara, tetapi peluang itu tidak dapat dimanfaatkan kerana perbezaan jadual akademik antara universiti tempatan dengan negara berkenaan.

“Penyelarasan ini juga membolehkan pelajar dan profesor dari universiti luar negara berkongsi pengalaman, kepakaran dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama dengan penuntut serta tenaga akademik Malaysia," katanya.

Mohamed Khaled juga berkata, penyelarasan itu juga dapat membantu mengatasi mobiliti pelajar ke luar negara kerana setiap tahun Unit Pusat Universiti (UPU) berdepan pelajar yang sudah memasuki, keluar selepas mendapat tawaran ke luar negara pada September.
p/s : alhamdulillah, sudah semakin jelas...



04 January 2011

Helmet Alaf Baru?

Helmet maut RAF - My Metro Online

CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.

CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.

LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.

‘Topi keledar maut’ yang berharga 250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.


Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.

Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.


Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.


Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.

Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.

“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”

Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - Agensi


Malaysia meneruskan kecemerlangan sebagai Hub-Halal serantau

Makmal halal pertama di dunia dibangunkan
2011/01/04 - Berita Harian Online

NILAI: Satu-satunya makmal kajian halal milik kerajaan, yang pertama di dunia, akan dibina di Bandar Enstek, tahun depan dengan kos projek fasa pertama RM27.3 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau yakin Malaysia adalah negara pertama yang memiliki makmal seumpamanya memandangkan kebanyakan makmal untuk kajian produk halal dan haram ini adalah milik swasta sedangkan makmal bertaraf institut itu diletakkan di bawah agensi kerajaan, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Ia bukan saja membuat kajian terhadap makanan tetapi ke atas produk lain juga. Khidmatnya akan digunakan pelanggan kita dari dalam dan luar negara," katanya ketika melawat tapak Makmal Institut Halal Malaysia di Bandar Enstek, hari ini.
Katanya, JAKIM ketika ini mempunyai 23 pelanggan dari luar negara malahan sijil halal dari JAKIM diperakui oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.

"Pembinaan fasa pertama institut, bermula dengan bangunan makmal dan balai pengawal, di kawasan seluas 16 hektar akan bermula September ini dan dijadual siap pada Disember 2012," katanya.

Pembinaan makmal itu, katanya selaras dengan penggubalan Rang Undang-undang Halal yang akan dibuat pada sesi Parlimen akan datang.

"Selepas ini, hanya JAKIM saja yang akan mengeluarkan sijil halal. Pihak swasta tidak dibenar mengeluarkan sijil halal lagi," katanya.
Katanya, ketika ini, pengeluaran sijil halal swasta lebih kepada faktor keuntungan dan mereka tidak mempunyai mekanisme untuk memastikan produk yang diberi sijil itu benar-benar mematuhi syarat halal kerana tidak mempunyai kuasa.

"Pengeluaran sijil halal kita lebih terjamin, bukan sekadar halal malah kita titik beratkan faktor kebersihan. Jakim juga menghantar pegawainya ke luar negara untuk melihat sendiri kilang-kilang yang mengeksport makanannya ke Malaysia," katanya.

Jamil Khir berkata, terdapat pihak memohon sijil halal dari JAKIM untuk produk besi.

"Besi bukan untuk dimakan tetapi syarikat terbabit mengeluarkan besi untuk kegunaan perubatan. Besi yang ditanam dalam tubuh manusia. Bagi mereka, adanya sijil halal dari Jakim, ia memberikan produk mereka kelebihan. Pelanggan Islam akan lebih yakin," katanya. - BERNAMA

03 January 2011

Rombakan Pengajian Tinggi?

New academic calendar causes confusion among undergrads

PETALING JAYA: Confusion reigned over the announcement that the new term for universities in the country will start in September instead of July this year. The announcement by Deputy Higher Edu­cation Minister Datuk Saifuddin Abdullah has caught many undergraduates unawares. They are unhappy that they were not informed of the change in the academic calendar.Many are concerned that the later entry will also affect their convocation dates and asked if the extended holidays will not be a “waste of time”.

Although public universities welcomed the move to synchronise their academic calendars with that of foreign universities, many have yet to iron out conflicting details. The new academic calendar, which was originally proposed back in 2009, is aimed at attracting more foreign students to local universities as well as keeping Malaysia from losing its brightest to overseas universities.

---------------------------------------------------------------------------------
Saifuddin: It’s not new as varsities have been told

PETALING JAYA: The start of the new academic term for public universities in September should not cause any confusion as these institutions of higher learning had been notified about the change, said Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah.

Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah (left) with Vice-Chancellor of UiTM Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar(right)

His recent statement that universities would start their new term in September this year instead of July was not “ground-breaking”, he said.

“They should know about this new calendar. The universities have been informed,” he said when questioned why some university students had not been informed of the change.

“It was not a new announcement as the minister (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) had mentioned this several times in the past.

“I was just confirming things to reporters who sought clarification,” he said yesterday.

Asked about claims that students in medical faculties would start their semester in July instead of Sep­tember, Saifuddin said the implementation of the new calendar should be across the board. Speaking in Temerloh on Saturday, Saifuddin had said the move was to align the Malaysian academic term with that of universities abroad and also to circumvent the institutions of higher learning in the country from losing outstanding Sijil Pela­jaran Malaysia candidates to foreign universities. He had reportedly said bright SPM students hardly had time to pick the best local colleges and ultimately chose to study overseas. When contacted, Mohamed Khaled, who was overseas, confirmed the new academic calendar.

It was learnt that although various vice-chancellors were not privy to the announcement, such a move had been on the cards for a while. Khaled first spoke on the matter in December 2009 during a soft launch of the ministry’s nationwide carnival. He had said then that Malaysia’s customary July intake hampered international student recruitment as many foreign students had yet to receive their high school exam results. He said the July intake also complicated student mobility programmes.

Khaled had also said then that it was hoped the new academic calendar – which mirrors countries in the northern hemisphere – would further enhance Malaysia’s status as a regional education hub. The Education and Higher Edu­cation Ministries had agreed in principle on the switch and a joint committee discussed the final de­­tails last year, said former Higher Education secretary-general Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan, a committee member.

According to the Institute of International Education, Malaysia is the 11th most preferred study destination in the world, with around 2% of the global international student market.

---------------------------------------------------------------------------------
Conflicting reports on commencement date throw universities off guard

PETALING JAYA: Conflicting reports about when the new academic calendar will start this year have thrown some universities into a state of confusion. However, the university authorities were making adjustments to accommodate the Government’s decision to move the academic term to start in September instead of July as the practice had been.

Although most universities were positive about the move, there were conflicting reports about the commencement date. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) vice-chancellor Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin welcomed the Go­­vernment’s decision to adjust the academic term.

“It is good for local IPTs to synchronise their academic calendar with universities from countries in the northern hemisphere, taking into account the fact that most universities in the world are located in these countries,” she said yesterday.

Prof Sharifah Hapsah said students entering UKM’s medical faculty would start in July instead of September. However, it was later clarified that only existing medical students would start the term in July while new students entering varsities this year would start in September. However, even this had not been confirmed. Prof Sharifah Hapsah said the new date for the academic term would not pose an issue to the university, adding that it had been making preparations to adjust to the changes.

“Some students may encounter problems as they have already bought their tickets to return to campus in July and the university will look into ways to help them,” she said.

It was reported yesterday that the academic term of public and private institutions of higher learning would start in September and not July to align the term with that of universities abroad. A Universiti Malaysia Sarawak professor said he was told by his department head that students would start the new university term in July.

“But from July until September, students will have to attend English language courses. They will only start on their faculty studies in September,” said the professor who declined to be named.

Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon said he had been informed of the move. Universiti Utara Malaysia vice-chancellor Prof Dr Mohamed Musta­fa Ishak said he received a notice on the change in the academic term about a month ago. Currently, there are 443,745 students in public universities.

----------------------------------------------------------------------------------

Undergrads caught by surprise over new varsity term

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) undergraduates were caught by surprise with the change in the academic term affecting all public and private institutions of higher learning. Many also worry the new term may result in a later date for their convocation. The new term is set to begin in September compared to the usual term which starts in July. Second-year Biology student Peter Soh, 21, was upset with the change. He said he only found out about it when he checked the new academic calendar for the university.

“I had heard about the matter from my friends in UUM (Universiti Utara Malaysia) earlier, but I only discovered it for myself last week,” he said.

He said there was no notice or explanation by the university apart from the announcement by Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah in The Star yesterday.

“I’m worried as there is no information on whether the convocation dates will also be changed from the usual one in August to a later date.

“If there are changes, it will be difficult for us as we will be tied down with jobs after our classes end in July,” he said.

Second-year English Literature student Elizabeth, 21, from Sabah was also upset as she could not spend more time with her family during Christmas.

“Previously we had three weeks of holidays but now it is only one week with the last class on Dec 23,” she said.

Graduate students were also not spared from the change. Siew Kah Mun, 23, who is doing her Masters in Communications, said she initially thought the change would only affect the undergraduates but confirmed the change with her lecturers.

“Graduate students would be less affected compared to the undergraduates as we can use the time to conduct our research, write our thesis and collect more data,” she said.

p/s : saya juga masih menantikan penjelasan yang selanjutnya. andai kata memberikan impak positif, sewajarnya ia diteruskan... insya-Allah

edites sources from the star online...

02 January 2011

Selamat Memulakan Semester Baharu

Jurutera Terbang Masih Kurang


Sebahagian 19 penerima Diploma in Aviation Management bergambar selepas majlis konvokesyen di Bangi, semalam. - Gambar MOHD. NOOR AMIN












KUALA LUMPUR 30 Dis. - Bilangan graduan dalam bidang kejuruteraan berkaitan penerbangan dan aeroangkasa yang dilahirkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini masih terlalu kecil dan ia tidak mampu memenuhi permintaan pasaran kerja semasa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini terdapat enam IPTA menawarkan pengajian dalam bidang berkenaan dan ia hanya melahirkan 180 jurutera setiap tahun.

Jelas beliau, enam IPTA berkenaan adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

''Bukan hanya permintaan pasaran tempatan, sebenarnya di rantau Asia Tenggara sahaja seramai 1,000 jurutera penerbangan dan aeroangkasa diperlukan setiap tahun. Selain enam IPTA di negara ini terdapat enam lagi universiti di negara Asia Tenggara lain menawarkan pengajian sama dan ia masih tidak mencukupi.

''Atas dasar itu, kementerian sedang berusaha untuk menggandakan jumlah graduan supaya Malaysia mampu menjadi negara pengeluar tenaga kerja profesional dalam bidang berkaitan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pertama Kolej Pengurusan Penerbangan (AMC) di Bangi, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif AMC, Kapten Ab. Manan Mansor.

Pada majlis itu, 19 graduan sulung Diploma Pengurusan Penerbangan menerima sijil masing-masing dengan Muhammad Umar M.A. Rasul, 22, diumum sebagai penuntut terbaik.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, dalam usaha menggandakan bilangan graduan berkenaan, kementerian telah menyarankan agar enam IPTA terbabit menjalin kerjasama antara satu sama lain.

''Melalui kerjasama itu setiap IPTA disaran berkongsi dan bertukar kemudahan pengajian antara mereka. Ia akan menjadikan IPTA itu saling melengkapi dan seterusnya mampu menggandakan jumlah graduan berkaitan,'' katanya.

Menurut beliau, bidang kejuruteraan penerbangan dan aeroangkasa adalah bidang yang menjanjikan masa depan cerah terutama di rantau Asia Pasifik.

''Saya difahamkan, sebanyak satu pertiga daripada jumlah penerbangan dan kewangan berkaitan penerbangan berada di wilayah Asia Pasifik termasuk Malaysia,'' katanya.

Mengenai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pula, beliau memberitahu, AMC adalah antara contoh IPTS yang menawarkan pengajian bukan berasaskan kejuruteraan berkaitan penerbangan dan aeroangkasa.

Jumlah IPTS seumpama itu jelasnya, cukup kecil dan hanya mampu melahirkan 250 graduan setahun.

''Atas dasar itu, kementerian akan cuba membantu IPTS berkenaan agar dapat menyediakan lebih ramai tenaga profesional dan sokongan,'' tambahnya.

p/s : masih menduga jalan yang perlu ditempuhi selepas ini... moga dipermudahkan oleh-Nya Insya-Allah...

Related Posts with Thumbnails