SPECIAL POST... after recently 100th, gud!!!
after being very competent in Sea Games Laos, well, excellent game contributed by Malaysian players...
Malaysia 2 Vietnam 0
Safee ledak dua gol; Anak buah Rajagobal sebelah kaki di final
SAFEE Sali menjaringkan dua gol berharga untuk memberi bekalan selesa buat skuad negara bagi perlawanan kedua di Hanoi, Sabtu ini selepas membantu barisan didik K Rajagobal yang tampil memperagakan aksi garang menewaskan Vietnam 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Tidak dinafikan skuad muda negara harus diberikan segala pujian atas komitmen dan semangat tinggi ditonjolkan sepanjang saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF – intipati yang membutirkan kemenangan penting buat menyalakan impian layak ke final buat kali kedua sejak 1996.

Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad
2010/12/16
SAFEE (kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan, S Kunanlan ketika aksi separuh akhir menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan
Safee ledak dua gol; Anak buah Rajagobal sebelah kaki di final
SAFEE Sali menjaringkan dua gol berharga untuk memberi bekalan selesa buat skuad negara bagi perlawanan kedua di Hanoi, Sabtu ini selepas membantu barisan didik K Rajagobal yang tampil memperagakan aksi garang menewaskan Vietnam 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Tidak dinafikan skuad muda negara harus diberikan segala pujian atas komitmen dan semangat tinggi ditonjolkan sepanjang saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF – intipati yang membutirkan kemenangan penting buat menyalakan impian layak ke final buat kali kedua sejak 1996.
Lautan penyokong tempatan yang membanjiri stadium serta kelompok kecil penyokong Vietnam berpakaian serba kemerahan turut mengapikan semangat perjuangan pemain tuan rumah ketika berjaya menyajikan persembahan terpuji penuh dominasi di laman sendiri.
“Setiap pemain bertindak seperti diarah dan ini punca kemenangan pasukan malam ini (malam tadi). Kami berjaya mengawal permainan dan seharusnya menjaringkan gol pada babak pertama. Tapi tugas masih belum selesai, pemain begitu gembira pada saat ini,” kata Rajagobal.
Safee yang hanya dimasukkan selepas senarai kecederaan yang bertambah serta diketepikan daripada Sukan Asia 2010, menanduk padu sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pada minit ke-60 walaupun usahanya terkena tangan penjaga gol, Bui Tan Truong.
Penyerang Selangor itu kemudian memastikan Malaysia memiliki kelebihan selesa untuk dipertahankan dalam tempoh tiga hari lagi apabila pantas menyambar bola muntah Tan Truong yang gagal menangkap kemas rembatan deras Safiq, 10 minit sebelum tamat permainan.
Ia adalah habuan terbaik buat barisan K Rajagobal yang banyak menguasai perlawanan dengan gerakan pantas yang sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan, manakala berjaya mengehadkan Vietnam kepada percubaan jarak jauh.
----------------------------------------------------------------------------------

Malaysia diramal menang 2-0, bukan pasukan underdog: Subkhiddin
Oleh Zef Othman
zefbh@bharian.com.my
2010/12/15
KUALA LUMPUR: Pengadil nombor satu negara, Subkhiddin Mohd Salleh, menggesa pemain kebangsaan yang akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 menentang Vietnam malam ini menyambut kedatangan pelawat dengan kemenangan di tempat sendiri.
Beliau berkata, berdasarkan prestasi terkini skuad bola sepak negara, Malaysia mampu menundukkan Vietnam dengan keputusan 2-0.

Katanya, bermain di tempat sendiri sewajarnya dimanfaatkan pemain untuk membuktikan bahawa Malaysia adalah pasukan terbaik di ASEAN.
“Jangan letakkan diri terlalu rendah kerana kita bukan underdog (bukan pasukan pilihan) dalam kejohanan ini.
“Pemain perlu menyahut cabaran pihak lawan dengan memberikan aksi terbaik dan sekiranya ia ditanam di dalam fikiran pemain pastinya…saya yakin Malaysia mampu menang bergaya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Online di sini, sebentar tadi.
Mengulas peranan penyokong bagi membantu kemaraan Malaysia ke peringkat akhir, Subkhiddin berkata, penyokong perlu memberikan sokongan secara berterusan dan sentiasa memberikan galakan kepada pasukan negara sehingga tamat permainan.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan pemerhatian terhadap karakter penyokong Malaysia, sokongan hanya diberikan apabila pasukan negara menjaringkan gol dan tidak kepada permainan secara keseluruhan.
Beliau berkata, ia mampu memainkan peranan untuk menyemarakkan lagi semangat pemain negara khususnya jika ketinggalan jaringan.
“Apabila kita lihat ketika pasukan negara beraksi atau pun pasukan negeri yang bermain di liga tempatan, sorakan yang diberikan tidak konsisten. Kita dapat dengar ada kalanya suasana di stadium senyap.
“Situasi berbeza jika kita lihat sokongan penyokong Indonesia yang akan bersorak dari mula permainan hingga ke wisel penamat,” katanya.

No comments:
Post a Comment
jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!