hadith of the day

pendokong

08 December 2010

a bright future i-Allah... (di negara sendiri)

Industri aeroangkasa disasar sumbang RM50 bilion pada 2012

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan menyasarkan perolehan industri aeroangkasa negara akan menyumbang RM50 bilion kepada ekonomi negara dalam tempoh dua tahun lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, industri itu yang ketika ini digunakan oleh sektor pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan serta komersial telah menjana pendapatan RM25.7 bilion kepada ekonomi negara.

Menurut beliau, sasaran itu berdasarkan kepada jangkaan ekonomi negara ASEAN akan pulih sepenuhnya dan merealisasikan negara sebagai hab bagi aset berkenaan di rantau ini dengan mendapat kerjasama syarikat prinsipal dalam industri itu.

"Ketika ini industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan negara banyak menggunakan aset yang dipasang dalam negara tetapi masih terdapat juga yang diperoleh daripada luar negara.

"Kerajaan amat menekankan program pemindahan teknologi (offset) dengan beberapa komponen yang dikeluarkan di sini dapat dijadikan nilai tambah kepada aset import itu.

"Contohnya Keupayaan Littoral Cobatant Ship (LCS), simulator bagi helikopter utiliti EC725 yang akan digunakan oleh negara ASEAN. Ia sebahagian offset yang dipersetujui oleh EADS, (kumpulan aeroangkasa dan pertahanan utama Eropah) yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat tempatan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES) kali ketiga di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, negara juga menyasarkan tahun 2015 bagi Malaysia untuk menjadi hab kepada industri pertahanan di rantau Asia Tenggara.

Pada masa ini, katanya, industri pertahanan bagi pasaran tempatan telah mencapai perolehan hampir RM5 bilion setiap tahun manakala bagi pasaran luar negara hanya sekadar 50 peratus daripada perolehan itu.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat mahu industri ini berkembang pesat iaitu bukan hanya sekadar pengguna sahaja tetapi turut mampu menjadikannya sebagai industri yang mampu memberi keuntungan kepada ekonomi negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata, pada prinsipnya negara telah mendapat sambutan dan kerjasama memberangsangkan daripada negara-negara ASEAN lain.

"Pada dasarnya mereka bersetuju bahawa industri pertahanan rantau ini bukan hanya bertujuan memperkasakan pertahanan negara semata-mata tetapi menjadikannya sebagai industri yang akan mengguatkan ekonomi seluruh negara terlibat.

"Pada masa ini jalinan dan kerjasama antara syarikat tempatan dan negara jiran telah berjalan, ia amat positif dan percaya akan memberikan hasil yang baik kepada negara menjelang 2015," katanya.

Ahmad Zahid menambah, dalam masa terdekat ini, pihaknya menerusi MIDES akan mengadakan satu bengkel dan dialog melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Katanya, majlis yang dijangka diadakan pada Mac tahun depan akan dihadiri oleh Najib yang akan menyampaikan ucapan dasar mengenai hala tuju pertahanan negara.


No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails