hadith of the day

pendokong

15 December 2010

Aiyak?! Camner Statistik Tinggi ni...

Selangor Catat Kes Buang Bayi Tertinggi

2010/12/15 - Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kes pembuangan bayi berbanding negeri lain dari 2004 sehingga Khamis lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, negeri itu mencatatkan sebanyak 147 kes daripada keseluruhan 571 yang direkodkan di seluruh negara.Katanya, statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan Johor menduduki tempat kedua dengan 113 kes, jauh berbeza dengan Perlis yang hanya mencatatkan satu kes.
Shahrizat menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin tahu statistik kes pembuangan bayi mengikut kaum dan negeri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau, bagaimanapun, tidak menyertakan statistik kes berdasarkan kaum dan negeri. Kepada soalan lain Shahrizat berkata, kementerian memandang serius kegiatan pelacuran dan zina sehingga menyebabkan kanak-kanak atau wanita mengandung.

Beliau berkata, bagi menangani dan membanteras isu tersebut, kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan lima langkah penting.

"Ini termasuk menyediakan khidmat kaunseling di peringkat negeri dan daerah dan melaksanakan bengkel interaktif melibatkan keluarga dan kanak-kanak selaras dengan keperluan Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Shahrizat berkata, kementerian juga melaksanakan program pencegahan melalui pembabitan anggota masyarakat dalam organisasi akar umbi melalui Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah (JKKD), mengadakan kursus kemahiran keibu bapaan seperti Smart Start, Modul Kasih, program Parenting@Work di tempat kerja serta mewujudkkan Pusat Remaja Kafe yang menyediakan khidmat kaunseling dan kesihatan.

"Tanggungjawab ini tidak hanya terletak pada kementerian sebaliknya juga agensi seperti Jabatan Agama Islam serta badan-badan bukan kerajaan, sektor korporat dan masyarakat umum," katanya. - BERNAMA

::deenulfareast:: Itu antara yang dilaporkan oleh Media, realitinya, rasanya seimbang di setiap negeri, rasional penubuhan Rumah Harapan bagi menempatkan bayi luar nikah? membantu kah?
Setiap kali solat Jumaat di Selangor, Khatib akan berdoa begini "...Ya Allah, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang KAU redhai..." Generasi Muda, jom berubah!!! Jom hayati gambar...
::deenulfareast::


::deenulfareast:: PESANAN PENAJA::deenulfareast::


No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails