AJK Masjid dan Qaryah
Heboh pula ajk masjid dan qaryah
Sebelum ini dikawal parti pemerintah
Hanya sebab kedudukan dalam daerah
Walaupun jarang datang berjemaah
Kadangkala mucul bila orang besar ziarah
Atau bila ada majlis kenduri atau walimah
Apakah tugas ajk dan qaryah
Pertama beriman dengan Allah
Mempunyai ciri cekap dan amanah
Tidak takut sesiapa melainkan Allah
Selari seperti diajar oleh Rasulullah
Dan ayat 18 dalam Surah at Tawbah
Jangan bila kita derma pisang atau buah
Atau buat kenduri gulai udang galah
Kita ambil bahagian kita letak sebelah
Atau simpan untuk keluarga kat rumah
Masjid hendaklah di imarah
Hidupkan budaya AlQuran dan Sunnah
Dapat ganjaran imarah rumah Allah
Buat program dan adakan kuliah
Kelas bimbingan akhlak dan aqidah
Panggil khatib handal bagi khutbah
Khutbah mengetuk minda anak qayrah
Sekali-sekala panggil penceramah
Wanita suka Ustazah Siti Nor Bahiyah
Atau ustazah TV3 macam Dato Masitah
Tapi yang favorite Fatimah Az-Za hr ah
Atau Ustaz Kazim yang cukup petah
Sekali sekala tunjuk video Sang Pencerah
Atau filem Emak Ingin ke Mekah
Dari duduk saja si Pak Long dan Pak Ngah
Asalkan buat perkara yang berfaedah
Gunalah wang derma untuk jalan Allah
Jangan hanya disimpan kutip faedah
Jangan biar masjid sepi dan bersepah
Disana-sini terdapat debu dan sampah
Tandas kotor bau macam nak muntah
Geli nak pijak selalu saja basah
Kebersihan penting dalam bab taharah
Barulah imej masjid semakin terserlah
Akaun hendaklah diodit juruodit bertauliah
Walaupun ada duit ringgit atau rupiah
Satu sen pun akan disoal yaumul qiyamah
Kalau salahguna duit masjid jawabnya padah
Sebab kita ialah orang yang diberi amanah
Jadi hati-hati ini bukan boleh ambil mudah
Kadang-kadang orang beri sedeqah
Kita terlupa kita letak kat dalam rumah
Bini ingat duit abang dia guna beli mee kuah
Dan jangan sekali ambik rasuah
Misalnya masjid buat kenduri gulai kawah
Harga katering dalam lima ratus setengah
Kita suruh dia tulis resit lapan ratus setengah
Orang tak nampak tapi sentiasa dilihat Allah
Teringin lihat masjid hebat dan di imarah
Tapi tak nampak sebab ajk yang lemah
Bagilah orang muda bersama ajk qaryah
Ini budak-budak selalu asyik kena marah
Jadi dia orang selalu tuang lah
Di masjid boleh buat program riadah
Gelanggang sepak takraw atau silat lincah
Aktiviti yang menyihatkan jauh dari dadah
Itulah serba sedikit cerita ajk masjid dan qaryah
Supaya menjadi pengajaran dan hikmah
Janganlah jadi medan politik murah
Masjid adalah medan penyatuan ummah
Masjid yang baik membawa Rahmah
Masjid juga adalah pusat dakwah
Disinilah kita rapatkan ukhuwah
Semoga diberkati dan dirahmati Allah.
Keris Silau
17 June 2011
Firman Allah:
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
At Tawbah (Ayat 18)
No comments:
Post a Comment
jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!