hadith of the day

pendokong

28 June 2011

End of Journey~1st Phase

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t.

Kiranya sudah lama menyimpan entry ini dalam mode draft. Mungkin menunggu masa yang sesuai untuk publish. Sewajarnya untuk tatapan sendiri, namun takut jua akan tohmahan negatif yang boleh mencampakkan diri dalam jurang su'u yang paling dalam, tabahnya hati ini bermohon agar dijauhkan daripada sifat tercela dengan disulami doa agar entry ini mampu menjadi pengajaran dan kekuatan diri di saat kian melupa diri dan zat ilahi, dan mungkin jua pada yang lain dalam meneruskan kehidupan sebagai persediaan menghadapi saat 'Pergi Tak Kembali'.

Alhamdulillah, mengharungi genap dua bulan yang pertama saat bergelar fresh graduates. Pengalaman yang pelbagai ditempuh sepanjang 'bersara' sebentar daripada Alam Kampus. Kembali merinduinya kembali. Masakan tidak, setiap kali pengalaman-pengalaman baru, cabaran-cabaran baru dan perkara-perkara baru yang ditempuhi dan dirasai, pasti dapat dikaitkan dengan apa yang pernah dilalui di medan kampus. Kata orang, kehidupan di kampus menjadi suatu medan dimensi ke arah alam yang baru, sebagai persediaan menghadapi realiti tika tamat pengajian nanti. Ya, saya akui pernyataan tersebut.

Petikan Mursyid Imam Muda Musim 2 dalam salah satu siarannya adamenyatakan, "Orang yang Berjaya-Hari ini lebih baik daripada semalam, Orang yang Kurang Berjaya - Hari ini sama sahaja seperti semalam, Orang yang Tidak Berjaya - Hari ini lebih buruk daripada semalam". Sekali lagi saya akui kebenarannya. Qath'ie Jiddan. Pastinya kenangan di kampus dahulu masih segar di ingatan. Di sini saya memperkasakan kefahaman kewajipan seorang Khalifah untuk menjadi seorang Dai'e dan tuntutan dakwahnya - sambungan daripada rentetan kefahaman yang maha sedikit ekoran ketidakseriusan tika zaman sekolah dahulu walaupun pada asasnya pentarbiyahan di mana-mana sekolah memang sudah sedia mantap, di sini saya berupaya membezakan pelbagai kategori insan yang berbeza dengan izin Allah, walaupun pada hakikatnya, tidak perlu membezakan mereka secara jelas, kerana mereka adalah mad'u kita yang mempunyai rencah yang pelbagai seperti firman Allah :
"Maha suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui"(36:36)

Di sini juga kadang-kadang, personaliti boleh diubah, sama ada sengaja atau tidak, disedari atau tidak, malahan ia seolah-olah transformasi transmisi yang serba automatik. Terkejut dengan perubahan secara drastik pada pelbagai keadaan, pada sesuatu yang normal masih boleh diterima barangkali, tetapi pada situasi yang jarang kita lihat, sesuatu yang susah kita terima pada mulanya, namun apabila perkara itu sudah acap kali menjadi tontonan dan hidangan saban semester, ia seakan-akan berlalu pergi begitu sahaja. Seolah kita jua boleh menerimanya walau hakikatnya ia begitu pahit. Sedia baik kepada lebih baik, jahil kepada arif, munkar kepada ma'ruf, malah ada yang terbalik putarannya. Mungkin selama ini terkongkong dalam situasi yang mengawal tindak-tanduk dan jiwa mereka dan apabila berada di tempat yang tiada peraturan yang mengawalnya, maka perasaan yang ditahan itu dapat meletus dan bermaharajalela. Berubahlah ke arah yang leboih baik. Saya juga tidak terkecuali menerima tamparan yang sama. Firman-Nya :
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum tersebut, sebelum (melainkan) mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..."(13:11)

Teringat kata-kata Us Sidek Noor, "... Kadangkala niat baik yang terlahir daripada diri kita hasil daripada bisikan para malaikat yang amat menyayangi keturunan Adam, manakala niat jahat terlahir daripada hasutan iblis syaitan yang amat memusuhi keturunan Adam, namun ingatlah 'Pukulan' Allah mampu menjadikan seseorang itu berubah dengan serta-merta. besarnya rahmat bagi mereka yang beroleh 'Pukulan' Allah itu..."

Jadi ending yang ingin disampaikan? Hurmm... Entry for the 1st Phase... nantikan sambungannya... kalau rajinlaa....
.::End of Journey::.
Diploma in Mechanical Engineering
Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang
~...sweetz~2008-2011~memoriez...~

nota sneakers :: bahasa agak rojak, maaf aktivis bahasa...
Teringat Maqasid Syariat yang menegaskan aspek yang perlu diberi pertimbangan sewajarnya apabila dijustifikasikan sesuatu perkara. 1. Agama 2. Nyawa 3. Akal 4. Keturunan 5. Harta. Alhamdulillah beroleh CGPA yang layak untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda.

2 comments:

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails