hadith of the day

pendokong

22 June 2011

Seimbang, Adil Dan Telus

Wartawan, Blogger Digesa Lapor Berita Seimbang, Adil Dan Telus

TAWAU: Wartawan dan pengamal media seperti blogger digesa sentiasa bertanggungjawab dengan melaporkan berita secara seimbang, benar, adil dan telus.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata fokus laporan seharusnya menjurus kepada agenda pembentukan minda rakyat yang positif supaya mereka terus bersatu padu bagi membangunkan negara (tambahan - dari pelbagai aspek pembangunan tanpa ketirisan sana-sini).

"Bantu kerajaan bentuk fikiran positif masyarakat. Rakyat perlu selalu diingatkan supaya tidak menjadikan perbezaan kaum, agama dan kepercayaan sebagai penghalang bagi rakyat terus bersatu padu," katanya ketika menerima kunjungan hormat anggota Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta) pada Selasa.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata pengamal media perlu berpegang kepada etika kewartawanan dan melaporkan maklumat sahih atau disahkan kebenarannya (berapa ramai je yang buat???).

Beliau berkata mereka tidak sepatutnya menyiarkan perkara berbau provokasi kerana ia mampu menjejaskan perpaduan (dan di saat ini, fikiran masyarakat akan bercelaru dengan pelbagai isu yang dibangkitkan media massa yang tidak telus).

"Jangan bantu orang buat provokasi. Jangan sebar berita berunsur provokasi kerana ia akan mengundang provokasi lain. Buat laporan bukan untuk sensasi, tetapi menyebarkan maklumat untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan cemerlang," katanya. -BERNAMA via mStar online

nota sneakers : sokong 100 %. Jom berubah! Buktikan ketelusan kita. Jangan hanya pandai melafazkan kata-kata dan aksi berat sebelah. Check and balance.

No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails