hadith of the day

pendokong

28 June 2011

End of Journey~1st Phase

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t.

Kiranya sudah lama menyimpan entry ini dalam mode draft. Mungkin menunggu masa yang sesuai untuk publish. Sewajarnya untuk tatapan sendiri, namun takut jua akan tohmahan negatif yang boleh mencampakkan diri dalam jurang su'u yang paling dalam, tabahnya hati ini bermohon agar dijauhkan daripada sifat tercela dengan disulami doa agar entry ini mampu menjadi pengajaran dan kekuatan diri di saat kian melupa diri dan zat ilahi, dan mungkin jua pada yang lain dalam meneruskan kehidupan sebagai persediaan menghadapi saat 'Pergi Tak Kembali'.

Alhamdulillah, mengharungi genap dua bulan yang pertama saat bergelar fresh graduates. Pengalaman yang pelbagai ditempuh sepanjang 'bersara' sebentar daripada Alam Kampus. Kembali merinduinya kembali. Masakan tidak, setiap kali pengalaman-pengalaman baru, cabaran-cabaran baru dan perkara-perkara baru yang ditempuhi dan dirasai, pasti dapat dikaitkan dengan apa yang pernah dilalui di medan kampus. Kata orang, kehidupan di kampus menjadi suatu medan dimensi ke arah alam yang baru, sebagai persediaan menghadapi realiti tika tamat pengajian nanti. Ya, saya akui pernyataan tersebut.

Petikan Mursyid Imam Muda Musim 2 dalam salah satu siarannya adamenyatakan, "Orang yang Berjaya-Hari ini lebih baik daripada semalam, Orang yang Kurang Berjaya - Hari ini sama sahaja seperti semalam, Orang yang Tidak Berjaya - Hari ini lebih buruk daripada semalam". Sekali lagi saya akui kebenarannya. Qath'ie Jiddan. Pastinya kenangan di kampus dahulu masih segar di ingatan. Di sini saya memperkasakan kefahaman kewajipan seorang Khalifah untuk menjadi seorang Dai'e dan tuntutan dakwahnya - sambungan daripada rentetan kefahaman yang maha sedikit ekoran ketidakseriusan tika zaman sekolah dahulu walaupun pada asasnya pentarbiyahan di mana-mana sekolah memang sudah sedia mantap, di sini saya berupaya membezakan pelbagai kategori insan yang berbeza dengan izin Allah, walaupun pada hakikatnya, tidak perlu membezakan mereka secara jelas, kerana mereka adalah mad'u kita yang mempunyai rencah yang pelbagai seperti firman Allah :
"Maha suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui"(36:36)

Di sini juga kadang-kadang, personaliti boleh diubah, sama ada sengaja atau tidak, disedari atau tidak, malahan ia seolah-olah transformasi transmisi yang serba automatik. Terkejut dengan perubahan secara drastik pada pelbagai keadaan, pada sesuatu yang normal masih boleh diterima barangkali, tetapi pada situasi yang jarang kita lihat, sesuatu yang susah kita terima pada mulanya, namun apabila perkara itu sudah acap kali menjadi tontonan dan hidangan saban semester, ia seakan-akan berlalu pergi begitu sahaja. Seolah kita jua boleh menerimanya walau hakikatnya ia begitu pahit. Sedia baik kepada lebih baik, jahil kepada arif, munkar kepada ma'ruf, malah ada yang terbalik putarannya. Mungkin selama ini terkongkong dalam situasi yang mengawal tindak-tanduk dan jiwa mereka dan apabila berada di tempat yang tiada peraturan yang mengawalnya, maka perasaan yang ditahan itu dapat meletus dan bermaharajalela. Berubahlah ke arah yang leboih baik. Saya juga tidak terkecuali menerima tamparan yang sama. Firman-Nya :
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum tersebut, sebelum (melainkan) mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..."(13:11)

Teringat kata-kata Us Sidek Noor, "... Kadangkala niat baik yang terlahir daripada diri kita hasil daripada bisikan para malaikat yang amat menyayangi keturunan Adam, manakala niat jahat terlahir daripada hasutan iblis syaitan yang amat memusuhi keturunan Adam, namun ingatlah 'Pukulan' Allah mampu menjadikan seseorang itu berubah dengan serta-merta. besarnya rahmat bagi mereka yang beroleh 'Pukulan' Allah itu..."

Jadi ending yang ingin disampaikan? Hurmm... Entry for the 1st Phase... nantikan sambungannya... kalau rajinlaa....
.::End of Journey::.
Diploma in Mechanical Engineering
Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang
~...sweetz~2008-2011~memoriez...~

nota sneakers :: bahasa agak rojak, maaf aktivis bahasa...
Teringat Maqasid Syariat yang menegaskan aspek yang perlu diberi pertimbangan sewajarnya apabila dijustifikasikan sesuatu perkara. 1. Agama 2. Nyawa 3. Akal 4. Keturunan 5. Harta. Alhamdulillah beroleh CGPA yang layak untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda.

22 June 2011

Renungkan Wahai Sahabat




Seloka Santai

AJK Masjid dan Qaryah


Heboh pula ajk masjid dan qaryah

Sebelum ini dikawal parti pemerintah

Hanya sebab kedudukan dalam daerah

Walaupun jarang datang berjemaah

Kadangkala mucul bila orang besar ziarah

Atau bila ada majlis kenduri atau walimah

Apakah tugas ajk dan qaryah

Pertama beriman dengan Allah

Mempunyai ciri cekap dan amanah

Tidak takut sesiapa melainkan Allah

Selari seperti diajar oleh Rasulullah

Dan ayat 18 dalam Surah at Tawbah

Jangan bila kita derma pisang atau buah

Atau buat kenduri gulai udang galah

Kita ambil bahagian kita letak sebelah

Atau simpan untuk keluarga kat rumah

Masjid hendaklah di imarah

Hidupkan budaya AlQuran dan Sunnah

Dapat ganjaran imarah rumah Allah

Buat program dan adakan kuliah

Kelas bimbingan akhlak dan aqidah

Panggil khatib handal bagi khutbah

Khutbah mengetuk minda anak qayrah

Sekali-sekala panggil penceramah

Wanita suka Ustazah Siti Nor Bahiyah

Atau ustazah TV3 macam Dato Masitah

Tapi yang favorite Fatimah Az-Za hr ah

Atau Ustaz Kazim yang cukup petah

Sekali sekala tunjuk video Sang Pencerah

Atau filem Emak Ingin ke Mekah

Dari duduk saja si Pak Long dan Pak Ngah

Asalkan buat perkara yang berfaedah

Gunalah wang derma untuk jalan Allah

Jangan hanya disimpan kutip faedah

Jangan biar masjid sepi dan bersepah

Disana-sini terdapat debu dan sampah

Tandas kotor bau macam nak muntah

Geli nak pijak selalu saja basah

Kebersihan penting dalam bab taharah

Barulah imej masjid semakin terserlah

Akaun hendaklah diodit juruodit bertauliah

Walaupun ada duit ringgit atau rupiah

Satu sen pun akan disoal yaumul qiyamah

Kalau salahguna duit masjid jawabnya padah

Sebab kita ialah orang yang diberi amanah

Jadi hati-hati ini bukan boleh ambil mudah

Kadang-kadang orang beri sedeqah

Kita terlupa kita letak kat dalam rumah

Bini ingat duit abang dia guna beli mee kuah

Dan jangan sekali ambik rasuah

Misalnya masjid buat kenduri gulai kawah

Harga katering dalam lima ratus setengah

Kita suruh dia tulis resit lapan ratus setengah

Orang tak nampak tapi sentiasa dilihat Allah

Teringin lihat masjid hebat dan di imarah

Tapi tak nampak sebab ajk yang lemah

Bagilah orang muda bersama ajk qaryah

Ini budak-budak selalu asyik kena marah

Jadi dia orang selalu tuang lah

Di masjid boleh buat program riadah

Gelanggang sepak takraw atau silat lincah

Aktiviti yang menyihatkan jauh dari dadah

Itulah serba sedikit cerita ajk masjid dan qaryah

Supaya menjadi pengajaran dan hikmah

Janganlah jadi medan politik murah

Masjid adalah medan penyatuan ummah

Masjid yang baik membawa Rahmah

Masjid juga adalah pusat dakwah

Disinilah kita rapatkan ukhuwah

Semoga diberkati dan dirahmati Allah.

Keris Silau

17 June 2011

Firman Allah:

9:18

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

At Tawbah (Ayat 18)

Seimbang, Adil Dan Telus

Wartawan, Blogger Digesa Lapor Berita Seimbang, Adil Dan Telus

TAWAU: Wartawan dan pengamal media seperti blogger digesa sentiasa bertanggungjawab dengan melaporkan berita secara seimbang, benar, adil dan telus.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata fokus laporan seharusnya menjurus kepada agenda pembentukan minda rakyat yang positif supaya mereka terus bersatu padu bagi membangunkan negara (tambahan - dari pelbagai aspek pembangunan tanpa ketirisan sana-sini).

"Bantu kerajaan bentuk fikiran positif masyarakat. Rakyat perlu selalu diingatkan supaya tidak menjadikan perbezaan kaum, agama dan kepercayaan sebagai penghalang bagi rakyat terus bersatu padu," katanya ketika menerima kunjungan hormat anggota Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta) pada Selasa.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata pengamal media perlu berpegang kepada etika kewartawanan dan melaporkan maklumat sahih atau disahkan kebenarannya (berapa ramai je yang buat???).

Beliau berkata mereka tidak sepatutnya menyiarkan perkara berbau provokasi kerana ia mampu menjejaskan perpaduan (dan di saat ini, fikiran masyarakat akan bercelaru dengan pelbagai isu yang dibangkitkan media massa yang tidak telus).

"Jangan bantu orang buat provokasi. Jangan sebar berita berunsur provokasi kerana ia akan mengundang provokasi lain. Buat laporan bukan untuk sensasi, tetapi menyebarkan maklumat untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan cemerlang," katanya. -BERNAMA via mStar online

nota sneakers : sokong 100 %. Jom berubah! Buktikan ketelusan kita. Jangan hanya pandai melafazkan kata-kata dan aksi berat sebelah. Check and balance.

21 June 2011

New Schedule for New Season...

Kembali memulakan kuliah? Oh, tidak... Masih di dalam mode holiday. Goyang kaki? Pun tidak... Tuntutan sebagai khalifah yang masih berbaki wajar diisi meskipun tidak menjanjikan pulangan material malahan tanpa allowance yang tinggi. Berjinak-jinak dahulu demi membiasakan diri agar tidak kecundang di kemudian hari. Besar azam di hati agar kesilapan-kesilapan dahulu dapat ditebus kembali dan mencelikkan mata dan persepsi sesetengah pihak yang sedia buta dengan kebaikan yang ditabur sebaliknya terus mencaci dan merendah-rendahkan kelemahan yang bisa diperbaiki.

Kembali dalam rencah kehangatan Pre-Season. Sekadar perkongsian yang diambil daripada die hard fan and i'm not the one of them, but seriously it was just a medium of peace to be express whenever jumped into critical conditions. Sekurang-kurangnya ada juga yang mahu dibualkan...

Kalendar perlawanan LIVERPOOL 2011-12

AUGUST:
13 - Sunderland (h)
20 - Arsenal (a)
27 - Bolton Wanderers (h)

SEPTEMBER:
10 - Stoke City (a)
17 - Tottenham Hotspur (a)
24 - Wolverhampton Wanderers (h)

OCTOBER:
1 - Everton (a)
15 - Manchester United (h)
22 - Norwich City (h)
29 - West Bromwich Albion (a)

NOVEMBER:
5 - Swansea City (h)
19 - Chelsea (a)
26 - Manchester City (h)

DECEMBER:
3 - Fulham (a)
10 - Queens Park Rangers (h)
17 - Aston Villa (a)
20 - Wigan Athletic (a)
26 - Blackburn Rovers (h)
31 - Newcastle United (h)

JANUARY:
2 - Manchester City (a)
14 - Stoke City (h)
21 - Bolton Wanderers (a)
31 - Wolverhampton Wanderers (a)

FEBRUARY:
4 - Tottenham Hotspur (h)
11 - Manchester United (a)
25 - Everton (h)

MARCH:
3 - Arsenal (h)
10 - Sunderland (a)
17 - Queens Park Rangers (a)
24 - Wigan Athletic (h)
31 - Newcastle United (a)

APRIL:
7 - Aston Villa (h)
9 - Blackburn Rovers (a)
14 - Fulham (h)
21 - West Bromwich Albion (h)
28 - Norwich City (a)

MAY:
5 - Chelsea (h)
13 - Swansea City (a)


data pastinya tidak 100% tepat...
thanx for sharing, credits to~
http://my-reds.blogspot.com/
http://simple-mzs.blogspot.com/
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

19 June 2011

18 June 2011

Reliti yang Kita patut Kaji

credits to Iluvislam.com for sharing...

"Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." [Al-Baqarah:50]

Nabi Allah Musa AS dikurniakan Allah sebanyak 9 mukjizat sebagaimana yang direkodkan dalam Al-Qur'an. Antara mukjizat yang dikurniakan itu ialah berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular dan membelah Laut Merah. Adapun bukanlah kuasa tongkat itu yang menyebabkan mukjizat dan bukan juga kuasa Nabi Musa, akan tetapi hakikatnya mukjizat itu didatangkan dari Allah SWT lalu disandarkan ke atas Nabi-Nya sebagai bukti kenabian.

Kisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur'an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian. Para saintis Barat sangat berminat untuk mengkaji peristiwa mukjizat ini dan beberapa teori telah dikemukakan sebagai membuktikan kebenaran mukjizat tersebut.

Jambatan Bawah Laut

Ron Wyatt, seorang ahli arkeologi amatur (bermakna beliau tidak menjalani sebarang disiplin ilmu arkeologi) yang telah membuat dakwaan menemukan tempat-tempat dan artifak seperti yang disebutkan di dalam Bible. Salah satu dakwaan beliau ialah tempat sebenar penyeberangan Laut Merah oleh Nabi Musa dan Bani Israel. Beliau membuat kenyataan dengan mengatakan kawasan sebenar berlaku peristiwa mukjizat tersebut adalah di Teluk Aqabah dan bukannya di Teluk Suez.

Dakwaan ini adalah kesimpulan beliau dari beberapa penemuan yang dilakukan ketika melakukan kajian di Timur Tengah. Antaranya ialah penemuan 'the chariot wheel' yang dikatakan adalah roda kereta kuda tentera Firaun (Ramses II). Beliau juga mendakwa kedudukan Gunung Sinai sebenar adalah di Arab Saudi iaitu di Jabal AL-Lawz kerana di sana terdapat beberapa penemuan yang selari dengan Bible seperti lukisan lembu Samiri di batu-batu, batu besar yang terbelah dua, dan lain-lain lagi.

Wyatt yang mengasaskan Wyatt Archaeological Research (WAR) telah menemukan satu penemuan yang mengejutkan ketika mengkaji Teluk Aqabah, tempat yang didakwanya sebagai tempat peristiwa tersebut. Beliau mendapati bahawa di Teluk Aqabah, terdapat satu kawasan yang airnya jauh lebih cetek dari sekeliling. Kawasan tersebut bermula dari Nuweiba, Mesir. Kelihatan di situ seolah-olah ada jambatan bawah laut yang menghubungkan antara Mesir dan pesisiran Arab Saudi.

Kawasan cetek ini lebih kurang 11 hingga 16 km lebar. Di kawasan yang dalam pula kedalamannya sehingga 3000 kaki di sebelah utara dan 5000 kaki di sebelah selatan. Walaubagaimana pun, Wyatt tidak pula memberi keterangan tentang bagaimana Nabi Musa AS membelah air laut.

Meskipun berjaya melaksanakan banyak penemuan, idea dan dakwaan beliau tidak diterima ahli arkeologi yang tulen. Dakwaan Wyatt dikatakan skeptikal kerana berat sebelah dengan melebihkan Bible dari kajian sains sebenar. Beliau juga melakukan ekskavasi secara tidak sah kerana disyaratkan seseorang itu mestilah sekurang-kurangnya memiliki BA(ijazah) dalam arkeologi. Hal ini menyebabkan dakwaan beliau langsung dicampak ke dalam tong sampah.

Pergerakan Kerak Bumi

Saintis berpendapat mungkin berlakunya pergerakan pada kerak Bumi ketika berlakunya peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah. Hal ini berikutan dengan kajian tentang rekahan pada kerak Bumi berhampiran laut di Ethiopia pada September 2005 yang merupakan rekahan yang terbesar sejak satelit digunakan untuk pemerhatian. Rekahan ini berpunca dari pergerakan plat tektonik Arab dan plat Afrika yang saling menjauhi lalu meregangkan kerak Bumi dan melebarkan lagi hujung selatan Laut Merah.

Pemerhatian ini dapat menjelaskan bagaimana plat Bumi terpisah dan bagaimana kerak yang baru terbentuk. Menurut kajian, pemisahan tersebut tidak berpunca dari gempa bumi pada tektonik akan tetapi ia berlaku kerana magma yang berada di bawah tanah mengalir ke tempat rekahan. Tim Wright, saintis dari University of Leeds mengatakan bahawa peningkatan magma pada plat mampu memisahkan benua Arab dan benua Afrika.

Sejak 30 juta tahun lalu, benua Afrika dan Arab telah sekian lama mengalami proses rekahan yang kini membentuk Laut Merah. Dalam tempoh yang lama tersebut, 298 km (186) lebar lekukan Afar (Afar depression) terbentuk. Wright mengatakan bahawa pergerakan plat yang sentiasa berlaku ini lebih kerap setelah munculnya rekahan. Secara puratanya, dua plat tersebut bergerak menjauhi satu sama lain kira-kira 2 cm setiap tahun.

Terumbu Karang Dan Tiupan Angin

Naum Volzinger, ahli matematik dari St. Petersburg, Russia dan Alexei Androsov dari Hamburg, Germany telah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah adalah munasabah menurut sains dan tidak bercanggah dengan hukum fizik. Volzinger yang merupakan penyelidik di St. Petersburg's Institute of Oceanology dan Androsov menggunakan sistem persamaan bezaan (differential equation) untuk menerangkan kemungkinan bagaimana air laut itu terbelah.

Teori mereka menyatakan bahawa terdapat terumbu karang di Laut Merah betul-betul pada tempat yang diseberangi Nabi Musa dan Bani Israil. Zaman dahulu kira-kira 1500 BC, terumbu karang ini masih elok dan lebih hampir dengan permukaan laut berbanding sekarang. Bible menyatakan bahawa ketika berlaku peristiwa itu, angin dari timur bertiup dengan kuat sepanjang malam. Berdasarkan kenyataan itu, mereka membuat persamaan yang mengambil kira kelajuan dan kekuatan angin sehingga mendedahkan dan mengeringkan terumbu karang ketika air surut serta tempoh masa sebelum air laut kembali ke keadaan asal dan kadar kelajuannya.

Menurut pengiraan, Volzinger mengatakan bahawa angin perlu bertiup pada 108 km sejam (67 batu sejam) dengan kelajuan yang sekata membolehkan terumbu karang terdedah di permukaan laut. Beliau menyatakan lagi penyeberangan sepanjang 7 km (4.2 batu) dengan seramai 600,000 orang Bani Israel itu memakan masa selama 4 jam dan setengah jam kemudian air laut kembali ke keadaan asal. Hasil penemuan ini meyakinkan beliau bahawa Tuhan mengatur alam ini tidak lari dari hukum fizik (sunnatullah).

Tiada Bukti Penemuan

Namun begitu, terdapat juga saintis yang menolak peristiwa terbelahnya Laut Merah. Dr Zahi Hawwas, pakar arkeologi Mesir menyatakan bahawa peristiwa ini cuma mitos semata kerana beliau tidak menemukan sebarang bukti ketika menjalankan ekskavasi di utara Sinai. Menurutnya, meskipun perkara ini boleh mengecewakan orang ramai, sebagai ahli arkeologi beliau perlu menyatakan kebenaran.

Beliau juga berteori, sekiranya peristiwa tersebut benar-benar berlaku, maka seharusnya peristiwa Ramses II dan seluruh bala tenteranya ditenggelami Laut Merah direkodkan di dalam dokumen kerajaan Mesir Kuno kerana hal ini merupakan krisis yang besar terhadap kerajaan Mesir. Akan tetapi tiada sebarang dokumen yang ditemui yang merakamkan perkara ini.

Penutup

Suka saya memetik tulisan Sayyid Ahmad Khan, Muslim modernis di India,

For truth cannot contradict truth: therefore there cannot be any discrepancy between the truth of God (of the Qurâan) and of science. Further, the word of God and the work of God (as we get to know it better by the advance of science) cannot contradict each other or be at variance.

Kebenaran itu tidak saling bercanggah: Dengan itu, pastinya tiada sebarang percanggahan antara kebenaran dari Tuhan (Al-Qur'an) dan sains. Justeru, adalah mustahil berlaku percanggahan dan pertentangan antara perkataan Tuhan (Al-Qur'an) dan kerja Tuhan (sains).

Wallahua'lam.

nota sneakers :: teringat Bingkisan Subuh oleh Ustaz "...Nabi Musa lagi hebat, boleh menemui ajal orang itu dengan tamparannya, tongkatnya boleh membelah laut, semuanya dengan izin Allah. Tetapi pelik orang kita, lagi mengagungkan Saidina Ali, tongkat Ali pun boleh jadi taksub. Mana ada Ali ada tongkat, tak pernah cerita pun..." Boleh faham kan kiasannya?

Hackers (Ruang atau Peluang?)

credit to Iluvislam.com

Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi tadi menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Namun, suruhanjaya itu berkata, ia yakin tempoh memulihkan kesemua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama.

"Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang 4 pagi tadi, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesannya serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," kata SKMM dalam satu kenyataan.

Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.

Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius.

Kuala Lumpur, 16 Jun

nota sneakers : UiTMPP pun kena sekali dikala pada keesokan harinya mereka menyambut Ulangtahun ke 15 UiTM dan ExKepp...

16 June 2011

Another New Away Kit!

JERSI DITEMPAT LAWAN TERBARU

thanx Liverpool Kita for sharing!



Biru adalah warna pantang bagi sesetengah peminat Liverpool. Namun harus dingat bahawa warna asal pasukan kita adalah biru dan memang sama dengan musuh ketat Everton. Namun Bill Shankley telah suruh tukar kepada semua merah supaya tak nampak poyo macam pasukan jiran. Namun setelah berpuluh tahun tak pakai jersi biru, Adidas yang bakal mengakhiri kontrak membuat jersi kita telah membuat jersi putih biru yang saya akui amat cantik rekaannya. Apa lagi cepat simpan duit untuk beli yang Ori sebab dah dibuka untuk tempahan, tapi bagi yang pokai kena tunggu versi Padang Besar mungkin lambat lagi kot.

nota sneakers :: ni antara Kit terkini, di samping Kit lain seperti yang terdapat dalam entri 2012... tidak berkesempatan mendapatkan keduanya lagi, di Store2 & Butik juga tak nampak lagi.

ini antara kit LFC untuk next season...
Home Kit - (ini dah ada)
Away 1st Kit (macam jersey Germany my bro jer)
Away 2nd Kit (latest! tapi tidak berminat untuk mendapatkannya kot)

14 June 2011

Uslub yang Berkesan...

another nice article from iluvislam.com

...alangkah nikmatnya jika semua negara segera kembali di bawah naungan pemerintahan khilafah islamiyah...

Sewaktu di SMAP Kajang dahulu, saya diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah. Hakikatnya, di sanalah juga saya mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah, apa itu amar maaruf nahi mungkar.

Saya terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior SMAP Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi. Tidak jemu menulis dan berkarya, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain. Sedari itulah, saya mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.

Menulis kerana Allah

Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi manusia pertama yang bertanya:

"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"

Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.

Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.

"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"

Atau

"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"

...perjuangan pendakwah tidak akan terhenti sehingga khilafah islamiyah kembali berjaya ditegakkan di muka bumi...

Pengisian yang Berisi

Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islamik, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.

Andai kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.

Andai kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar, bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya.

Jika kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.

Islam itu indah, bukan?

"Islah Nafsak wad'u Ghairak."

"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."

Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.

Bukan :

"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"

"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."

Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.

Buang pemikiran:

"Aku bukan ustaz."

"Aku bukan ustazah."

"Aku bukan baik sangat pun."

"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."

Buang, lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.

Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.

Blogger itu Pendakwah.

"Blogger itu Jundullah."

::nota sneakers::nantikan entri dakwah melalui facebook pula ~-^



Masjid Kobe

Syukran Mr. Ferdaos Arbaie for sharing...

Masjid tidak roboh walaupun digugurkan Bom Atom dan Gempa Bumi

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe berarti 'gate of God atau gerbang Tuhan'.Pada tahun 1945, Jepun terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuatkan pemerintah Amerika memutuskan untuk melakukan pengeboman menggunakan bom atom pertama kali dalam peperangan.

Akhirnya Jepun kalah. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Pada masa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima kesannya. Bandar Kobe menjadi rata dengan tanah. Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah.


Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di beranda masjid selamat dari serangan bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pengumpulan korban perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana ubahsuai dengan jumlah yang besar. Kaca-kaca jendela yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang dibawa khas dari Jerman. Sebuah lampu hias baru digantung di tengah ruang solat utama. Sistem pengatur suhu ruangan juga dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mulai dibina. Umat Islam kembali menikmati aktiviti keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering merungsingkan jawatankuasa masjid. Pajakan bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid terpaksa mengeluarkan cukup belanja yang besar dari simpanannya.

Syukurlah banyak penderma yang datang menghulurkan derma untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan ubahsuai masjid ini. Derma yang diterima besar sehingga dapat menjadikan Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Keutuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat pada tahun 1995. Tepat jam 5.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.

Walaupun gempa ini hanya berlangsung 20 saat, namun gempa ini memakan korban sebanyak 6.433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk kota Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar kota seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun setelah Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan korban jiwa 140.000 orang.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh, seolah-olah tidak berlaku apa-apa walaupun menghadapi berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun sehebat masjid ini.

Related Posts with Thumbnails