hadith of the day

pendokong

11 November 2010

di manakah aku?


antara intipatinya :

"...kita melihat, terlampau banyaknya korupsi, jenayah kolar putih, projek gajah putih dan sebagainya yang bertaburan di mana-mana, yang menyeru kepada ma'ruf terus tertindas, yang menggalakkan munkar, terus disanjung, maksiat berlaku di sebelah orang yang beriman, namun tiada daya dan upaya orang yang beriman itu untuk mencegahnya, si pelaku maksiat, tanpa segan silu menruskan jejak langkahnya, berpaling sedikit untuk mencemuh orang yang beriman itu lantas mengagungkan maksiat yang dilakukannya, kata cendekiawan islam, "..dunia ibarat penjara bagi orang yang beriman, namun syurga bagi orang yang kufur...", di akhirat kelak, apabila masing-masing sudah dihisab dan ditentukan pengakhiran masing-masing sama ada syurga atau neraka, dan telah masuk ke tempat yang sepatutnya pun, penghuni syurga seakan-akan terpanggil untuk menjenguk apa kondisi penghuni neraka, sementelah penghuni neraka terlalu beria-ia untuk melihat sendiri ganjaran yang diterima penghuni syurga, lantas kedua-dua golongan tersebut menyiapkan jambatan untuk sampai ke tempat yang berasingan, ditakdirkan Allah, jambatan yang dibina penghuni neraka lebih cepat siap berbanding penghuni syurga, dibahaskan, ini kerana ramainya arkitek, kontraktor, mandur, pekerja binaan dan jurutera kelas atasan yang berkaliber menjadi penghuni neraka..."

p/s : entri pendek, namun saya tercengang, ada benarnya tazkirah selepas liqa' dan musyafahah tafsir surah al-muthoffifin ini... di manakah saya? eh, silap, di manakah kita?


2 comments:

  1. "jambatan yang dibina penghuni neraka lebih cepat siap berbanding penghuni syurga, dibahaskan, ini kerana ramainya arkitek, kontraktor, mandur, pekerja binaan dan jurutera kelas atasan yang berkaliber menjadi penghuni neraka..."

    gulp~ agak la.. jap, yg ckp pasal arkitek, engineer ni sume mmg hadith/ayat Quran ke? ke contoh je?

    ReplyDelete
  2. wallahua'lam... ustaz tu x terangkan plak... kena banyak tadabbur surah al-muthoffifin semula, penipuan dalam timbangan, orng jahil persendakan orng mukmin di dunia, dan sebaliknya berlaku di akhirat.. go2..

    ReplyDelete

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails