hadith of the day

pendokong

28 February 2010

~sesungguhnya aku (Rasullullah s.a.w) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak~

Untukmu Rasulullah
www.iLuvislam.com
Penulis: hudaukhwah
Editor: b_b

Sayu hatiku mengungkap rindu,
Kepada insan kekasihku,
Teringinku mendakap wajahmu,
Wajah yang bercahaya,
Mengalahkan sang suria.

Ya Rasulullah,
Cair qalbuku,
Sebak qalbuku,
Melihat dirimu,
Sinar akhlakmu,
Indah peribadimu,
Kata-katamu,
Indah menusuk qalbuku...

Ya Mustofa,
Resah hatiku,
Pilu hatiku,
Melihat dirimu,
Disisih ummatmu,
Tidak pernah mereka sedar,
Pahit, pedih yang kau hadapi,
Tika Jibrail datang bertemu,
Membawa wahyu dari Ilahi,
Pasti basah peluh di dahi,
Menahan beratnya amanah ini...

Ya Rasulullah,
Cintanya dirimu kepada ummatmu,
Saat Izrail menarik nyawamu,
Menahan pedih nyawa ditarik,
Tika nyawa dihujung kerongkongmu,
Kalimah 'UMMATI!' terpatri dibibirmu,
Tanda kasih pada ummatmu...

Berakhirlah hidup seorang insan,
Berakhirlah ujian,
Berakhirlah keperitan,
Tubuh muliamu terbujur kaku,
Terkulai layu di pangkuan isterimu yang dicintai,
Tangisan sahabat mula bergema,
Merantapi pemergianmu,
Susah untuk menerima,
Pemergian seorang insan,
Insan bernama Muhammad,
Telah pergi buat selamanya,
Bergembiralah engkau Ya Rasulullah,
Bertemu habib yang kau cintai,
Bergembiralah engkau Ya Muallim,
Berumahkan istana di taman syurga...

Ya Rasulullah,
Tidak tahan hati ini,
Rinduku padamu kini menguasai,
Butir mutiara membasahi pipi,
Hatiku meronta ke sana sini,
Sudah letih ku menunggu lagi,
Meraut ketenangan diwajahmu...

Ya Habibi,
Syafaatkanlah diri ini,
Agar tenang bersemadi di sini,
Moga bertemu di taman Ilahi,
Di taman Syurga Firdausi...



Selawat dan Salam hadiah dariku, buatmu cintaku, UNTUKMU, YA RASULULLAH.......
salam Maulidur Rasul 1431H/2010M

19 February 2010

~exam crisis~

entitled : berehat sebentar bersama kit-kat
interval : 23/02/2010 - 01/03/2010
9 R'awal 1431H - 15 R'awal 1431H
mood : tests, quizzes, assignments, commitments n etc (fiqh aulawiyat and priorities)



23/02/10 - MEC 221
24/02/10 - MEC 241
25/02/10 - MEC 251
26/02/10 - CSC 130
28/02/10 - ELE 290
01/03/10 - MAT 235

31 January 2010

semua dah faham ker???

"Ada soalan tak? Kalau tiada soalan, kita teruskan pada bab seterusnya," bertanya seorang pensyarah di dalam kelas dengan harapan ada yang bertanyakan soalan. Tetapi ternyata tiada soalan yang dikemukakan.

"Mungkin semua belum jelas dengan apa yang kita pelajari, tapi tidak mengapa, saya yakin akan ada soalan daripada benak pemikiran kamu semua sepanjang pengajaran saya selepas ini," jelas pensyarah itu lagi sambil matanya melilau melihat wajah sayu pelajar harapan bangsa yang mempunyai persepsi dan latar belakang pelbagai rupa di institusi pengajian tinggi tempatan itu.

"Ada sebarang soalan atau kemusykilan sehingga ke bab ini?" pensyarah muda itu bertanya lagi di akhir waktu pembelajaran. namun tiada juga persoalan yang diajukan.

"Kalau tiada soalan saya anggap semua sudah faham dengan bab ini. Pulang ke rumah masing-masing nanti, sudah boleh mengulangkaji tajuk ini dan tajuk akan datang. Tidak rugi belajar awal kerana ia bakal memberi nilai tambah kepada pemahaman kita selepas ini. Saya alukan kedatangan kamu semua di bilik saya pada bila-bila masa untuk bertanyakan masalah dalam memahami bab ini. Jadi, sampai di sini sahaja kuliah kita dan i-Allah kita akan berjumpa lagi pada sesi akan datang. Terima kasih semua,"

Situasi di atas ini merupakan senario yang biasa berlaku di institusi pengajian tidak kira rendah atau tinggi. Mungkin di peringkat IPT sudah biasa berlaku. Namun kita perlu akui, istilah makan suap seperti yang dipraktikkan di peringkat pendidikan rendah dan menengah kadangkala sememangnya mustahil untuk dilaksanakan dan diaplikasi di peringkat pengajian tinggi kerana suasana, biah dan waqi' yang sememangnya berlainan dan berbeza. Tidak salah menggunakan kaedah ini, namun kebanyakan usaha sememangnya bergantung kepada diri sendiri. Andai dirafa'kan kebergantungan kepada Allah, sememangnya itulah yang terbaik setelah bertungkus-lumus berusaha sedaya upaya. Di peringkat tinggi, masing-masing akan berlumba mencari posisi yang terbaik untuk terus maju ke hadapan dalam bidang akademik seiring dengan kemajuan bidang lain. Namun ada juga yang terkapai-kapai keseorangan tanpa mereka sedari. Paling tidak dia hanya mengikut arus waktu sehingga betul-betul tamat sepenuhnya tanpa dia sedari bahawasanya dialah yang selayaknya mengatur dan merancang kehidupannya dengan teliti. Bila ditanyakan apa pengalaman yang kamu timba sehingga sampai di peringkat ini? Dia menjelaskan bahawa dia sendiri pun tidak menyedari apa yang berlaku. Seingatnya pada awal dahulu ketika dia mendaftar masuk dengan semangat yang berkobar-kobar, dan proses pengajian selama tiga tahun dirasakan terlalu singkat dengan aktiviti luaran yang dia jalani dengan mengetepikan akademik. Hasilnya, akademik entah ke mana dan pengalaman bercampur baur dan tidak seperti yang dia harapkan.

Tidak salah rasanya mengajukan soalan andai soalan itu pun kita sudah tau jawapannya. ataupun soalan itu dikategorikan sebagai bodoh tapi biarlah soalan bodoh itu berkait rapat dengan subjek yang kita ambil. Mungkin dengan bertanya sekali lagi, kefahaman kita bertambah berlipat kali ganda berbanding teman sekuliah yang lain. Contoh terdekat, kita ambil situasi pada zaman Rasulullah, ketika Rasulullah menyampaikan pengisian dalam majlis ilmu yang dihadiri para sahabat sohibiyin sijn, Rasulullah bertanyakan soalan kepada jemaah yang hadir di mana dalam kalangan jemaah itu sememangnya sudah tau jawapannya namun mereka memberi reaksi bahawa mereka tidak tahu. Lalu Rasulullah menjelaskan jawapannya. Di sini kita dapat ambil inisiatif betapa tawadhuknya dan merendah diri yang diterapkan Rasulullah dalam diri sahabat. Mungkin kita beranggapan mereka sudah gaharu cendana pula, sudah tua bertanya pula, kura-kura naik perahu.... dan sebagainya. Namun atas sifat merendah diri dan hormatkan sang pengajar di hadapan dalam sesi liqa' dan musyafahah ini, cukup takjub jika kita dapat menghayati situasi yang berlaku pada waktu itu. Ada satu pantun berbunyi begini :

Buah durian berduri-duri,
Jatuh tergolek di atas tanah,
Kesian durian tu.

Hanyalah sekadar selingan sahaja...
Jika kita bandingkan situasi yang berlaku pada zaman Rasulullah dengan situasi kita pada hari ini, ternyata amat jauh bezanya. Bila ditanyakan soalan semua tunduk membisu seakan-akan malas menimbulkan soalan, dengan harapan sesi pembelajaran tamat lebih awal dan buat revision sendiri di rumahlah, baru faham. Samapai satu tahap, sikap menangguh kerja menjadi rutin harian. Saya juga akui, kadangkala tidak terlepas daripada berbuat demikian. Sememangnya jika banyak tanggungjawab penting yag kita pegang, seharusnya kita mampu menyesuaikan diri dengan suasana dan pandai membahagikan dan memperuntukkan masa dengan selayaknya.

Jumaat lepas saya ada menghadiri satu taklimat anjuran kampus untuk menghargai lawatan rasmi Naib Canselor yang baharu dilantik memandangkan kampus kami merupakan kampus cawangan pertama yang beliau lawati memandangakan beliau juga merupakan mantan pengarah kampus cawangan ini. Semua kakitangan diwajibkan hadir tanpa sebarang alasan oleh TP Hal Ehwal Pelajar malahan semua warga kampus juga diwajibkan mematuhi sahsiah rupa diri. Makanya kuliah in interval 9am-12pm dibatalkan bagi memberi lintas hormat kepada NC yang baharu ini. Wow, alhamdulillah... Gembiranya kawan saya bukan kepalang bila mendapat berita ini. Kuliah x kuliah sama sahaja bagi saya kerana saya pun bersama MT semua Jawatankuasa Perwakilan diwajibkan hadir ke sesi taklimat ini sebagai badan induk wakil pelajar. Kami ditempatkan di dewan yang berlainan dengan staf tetapi bersebelahan namun disediakan sesi tayangan via LCD n Projector dari dewan bersebelahan. Usai taklimat NC, sesi soal jawab dibuka. Kiranya NC menunggu hampir 10 minit saya kira untuk menunggu soalan pertama terpacul daripada mulut hadirin yang hadir. Kami di dewan bersebelahan tidak pula diberi peluang untuk bertanyakan soalan. Tapi tidak mengapa kerana tiada soalan pun yang membelenggu diri kami. Bukan itu yang saya nak jelaskan. Cuma situasi yang berlaku sebentar tadi, suatu jangka masa yang agak lama untuk bertanyakan soalan yang pertama. Situasi berat bertanyakan soalan juga berlaku dalam kalangan para kakitangan malahan para pensyarah itu sendiri. Kita sendiri mampu melihat jika dibandingkan situasi dalam kuliah dan dalam sesi taklimat ini, saya anggap perhubungannya lebih kurang sama. Jika pensyarah mengharapkan anak muridnya bertanyakan soalan, dalam sesi taklimat ini, pensyarah pula yang tidak bertanyakan soalan. Jadi barokah kepada anak muridnya kadangkala tidak sampai. Saya ingin gariskan di sini bahawa saya tidak menyalahkan pihak tenaga pengajar, dan bukan salah mereka pun. tetapi situasi yang mendokong senario di atas ini memungkinkan situasi yang sama berlaku bila mereka handle situasi. Mungkin masa keadaan. Tidak salah pun bertanyakan soalan walaupun soalan itu terlalu bodoh sekalipun tetapi mestilah harus berkait dengan apa yang disampaikan. Tolak ke tepi istilah loyar buruk kerana tidak memberi manfaat pun melainkan jika itu salah satu cara untuk menghiburkan hati kita namun kadang-kadang sahaja boleh diaplikasi dan bukannya selalu.

Jadi seharusnya kita mengambil pendekatan dalam diri masing-masing baik golongan yang mengajar, golongan yang belajar, golongan yang diajar dan golongan yang terpelajar untuk beusaha sedaya mungkin untuk melakukan dan mencapai yang terbaik sehingga sampai ke kemuncaknya. Ingatlah pembelajaran itu daripada buaian sehingga ke liang lahad. Proses pembelajaran itu berterusan dalam kehidupan seharian sehinggalah kita dipanggil oleh ar-Rahman. Setiap ilmu yang dipelajari masih ada huraian dan perkembangannya. Bermakna, tiada istilah dan situasi yang boleh diklasifikasikan sebagai AKU DAH HABIS BELAJAR!!!


01 January 2010

Salam Tahun Baru



makin bertambah tahun, makin berkurang usia yang dilewati, azam tahun baru??? sempurnakan azam-azam yang x terlaksana... dan yang pastinya dalam melaksanakan azam ini, sewajarnya tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan...

27 December 2009

Re-Treat JPK at UiTM Kampus Bandaraya JB

Assalamualaikum w.b.t.

title up : pengisian cuti sem
mood : sad... cuti dibekukan
vacation : whole day journey from northerst to southerst state
participants : those who involved in da comittee
date and intervals : 13/12/09-16/12/09

Kepulangan ke Pulau Pinang pada hari sabtu itu diselangi pembay
ang teka silangkata yang agak menarik... perasaan saling bercampur baur, resah gelisah, dan sebagainya... tapi tidaklah sangat memikirkan dan melayan perasaan yang gundah gelana ketika itu... mungkin bukan diri yang sebenar agaknya (cuba untuk susun ayat)... esoknya sudah mula bertolak ke Johor Bahru... direct trip from Pulau Pinang... Pada mulanya mula merancang untuk peserta dari Selangor dan kawasan yang sama waktu dengannya diambil di pick-up point R&R Sungai Besi... Tapi arahan keras daripada pihak atasan melarang kami untuk berbuat demikian atas dasar pick-up and drop point hanya boleh dilakukan sekali sahaja... erm.. akur dengan kehendak pihak berkenaan...

Pagi ahad itu, berkumpul di hentian bas berhadapan kolej siswi untuk pergerakan awal bermula... bertolak dalam jam 8.30 a.m. dari kampus Permatang Pauh... dan pengembaraan bermula merentasi semenanjung Malaysia....


inilah driver bus sepanjang perjalanan dari P.Pinang ke Johor









ini pula penumpang yang amat mempercayai pemandu bas tadi






namun apakan daya, bas siswi pula rosak di tengah jalan, bukan salah pemandu bas tadi yer...







diorang ni plak, sempat snap photo, bukan nak tolong baiki bas, although semua engineer to be...






Setelah ranjau dan liku dalam perjalanan ke JB, akhirnya selamat jua tiba di kampus bandaraya JB pada jam 9pm lebih kurang ah... tidak banyak aktiviti yang dibuat pada malam pertama... Hanya pembahagian pakaian, kumpulan dan penerangan serba ringkas tentang setiap aktiviti yang bakal kami jalani sepanjang dua hari berkursus... kalau dihitung jumlah hari pergi dan balik... alamatnya makan masa 4 hari jugalah kami berusaha untuk menumpukan perhatian kepada kursus JPK ini...

Hari Pertama Berkursus......



ceramah pertama di pagi hari daripada salah seorang kaunselor dan tenaga pengajar UiTM kampus bandaraya JB







peserta agak bersemangat... apabila diberi tips bagaimana menguruskan tekanan... are u ready?? yes i'm ready, CHANGE!!!







namun semangat berkobar itu terkubur apabila salah seorang daripada kami collapse (ZZZ.....) dan inilah hukumannya







semangat kembali pulih setelah senaman ringan









slot LDK sesi petang









sesi suap-menyuap, moderator x terlibat








Malam tu pulak ada perasmian daripada koordinator kampus bandaraya JB...
Bukan sekadar perasmian... penggulungan pun ada gak...


penceramah kami yang berbaju batik






Dan malam tu juga berakhir dengan sesi LDK semua peserta....
Sedang menantikan hari esoknya pula.....

Hari kedua......

Sesi yang sama juga diteruskan.... LDK dan ceramah...



antara peserta yang terlibat








penceramah kedua, Ustaz Zack....
cara menguruskan perbelanjaan program dengan berhemah








antara para juri pada sesi pembentangan kumpulan









...and this is my LDK team






Penukaran kostum semasa photo capturing memang biasa berlaku... orang banyak baju katakan... yeah!!! tapi yang basuh sket jer...



para peserta re-treat JPK UiTMPP










duta JPK Zamrud







delegasi bersama penasihat









nak tahu sape amik gambar kat atas ni?? sayalah...







Hari terakhir program... setelah selesai segala ceramah dan LDK... jenjalan sekitar JB... nak tau jugak apa yang ada kat JB, ada sorang sekretariat JPK berasal daripada Kg Parit Jerman... pernah jugak dia provoke Johor kat kitorang... tapi macam biasalaa... x makan pujuk...tempat first yang dilawati ialah kilang APOLLO... produk Apollo semua murah kat sini... harga kilang semua... memang agak jauh berbeza daripada harga di pasaraya terdekat... tapi aku x beli pun... window shopping je... dan snap photo...


bergaya depan kilang










setia menunggu ketibaan pembeli Apollo menghabiskan jual beli






Selepas itu pula, bergerak ke kawasan Iskandar Malaysia kawasan selatan, kalau di utara dipanggil NCER, dan di timur ECER... sebelum tiba di sana, kami singgah di kawasan pentadbiran dan perancangan kawasan Iskandar Malaysia iaitu NUSAJAYA... kata seorang kawan daripada Johor projek ini adalah FreeHolders namun pemegang saham terbahagi kepada tiga pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Johor, dan Republic of Singapore...


sedang meninjau kawasan dan tapak projek








dah bosan sangat dengar ceramah daripada pihak pemaju, lepak kat luar pulak








buat 'onar' depan bas







ni pula kawasan perairan NUSAJAYA, tempat persinggahan kapal layar dan bot-bot esekutif, memang berpestij






Tempat terakhir dilawati ialah kawasan paling popular di JOhor... Teluk Danga@Danga Bay atau nama sebelum penjajahan kami ialah Pantai Lido... Ini kunjungan saya yang kedua ke Danga Bay, sebelum ini pun pernah singgah di sini hasil daripada kunjungan ke Johor untuk menyertai Kejohanan Taekwondo Terbuka IPT anjuran UTM Skudai... Kat sini pun saya sekadar window shopping, walaupun rambang mata kepada certain things anf souvenir yang ada kat situ, tapi yang saya berkenan kebanyakannya saya dah ada pun... layan asam n jeruk pun jadilah....

Malam tu ada dianjurkan BBQ dan sesi ramah mesra antara staff dan peserta di samping majlis penutupan dan sesi persembahan para peserta mengikut kumpulan jawatankuasa perwakilan masing-masing...



kumpulan JPK Zamrud mendendangkan lagu









JPK Zamrud dinobatkan Anugerah Kumpulan Kreatif, pada hemat saya, anugerah paling berprestij untuk kursus ini







antara sebahagian staff yang terlibat dalam menjayakan kursus kali ini, jutaan terima kasih kepada semua






Setakat ini sahaja pengisian pada kali ini, bukan untuk membanggakan diri, namun untuk berkongsi pengalaman kepada para 'pembaca' sekalian hehe...ini pengalaman saya dan saya yakin dan pasti orang yang di luar sana juga mempunyai pengalaman masing-masing untuk dikongsikan... jangan lupa dan jangan malu untuk berkongsi... hidup ini pun perlu dikongsi dan sewajarnya dalam kehidupan kita pun tiada apa yang menjadi milik kita... semuanya dikongsi... erm.. dah x larat nak melalut da rasanya... wassalam....

18 December 2009

Tahniah Malaysia!!! Hikmah Awal Muharram 1431H

'Kejayaan terbesar dalam hidup saya'



Aidil Zafuan

Saya bangga kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan amat baik: Aidil Zafuan

"INI kejayaan terbesar dalam hidup saya. Inilah permulaan yang terbaik untuk kami."

Luahan itu adalah yang pertama diucapkan kapten, Aidil Zafuan Abdul Radzak, sebaik skuad negara menamatkan penantian emas selama 20 tahun untuk kembali mengungguli pentas saingan Sukan Sea.

Wajahnya jelas penuh kelegaan, terutama mengambil kira betapa hebatnya Aidil dan rakan seganding lain - Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Sabre Mat Abu dan Nasriq Baharom - diuji dengan serangan tanpa henti Vietnam, terutamanya pada babak pertama perlawanan.


"Memang kami jadi mangsa asakan yang ibarat tanpa henti pada babak pertama. Saya amat-amat bersyukur kerana kami berjaya bertahan dengan baik. Selepas gol itu, matlamat saya ialah memastikan kubu kami kekal tidak dibolosi.

"Terima kasih kepada semua rakan sepasukan. Kami sudah berusaha sebaik mungkin dan hadiah ini juga bukan untuk kami, tetapi juga kepada semua pihak yang memberikan sokongan. Juga kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Turut wajar diberi pujian ialah penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee, yang ibarat tembok tanpa ada ruang mampu ditembusi lawan.

Beberapa gerak aksinya menakjubkan, dengan layangan badan untuk menepis keluar cubaan ataupun bertindak berani keluar merebahkan diri dan merampas bola di kaki penyerang lawan.

"Saya berterima kasih kepada jurulatih, K Rajagobal, kerana percaya kepada saya. Saya sentiasa ingat bahawa ini rezeki saya - untuk dapat awalnya terpilih dalam pasukan dan kemudiannya mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

"Saya bangga kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan amat baik," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemarau sudah berakhir



RAJAGOBAL meraikan kejayaan skuadnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0, malam tadi.

Emas ke-40 kontinjen negara sumbangan anak buah Raja

DUA puluh tahun menanti, ianya berakhir dengan nikmat yang sukar digambarkan.

Malaysia kini kembali bermegah selaku juara Sukan Sea apabila menangani dengan bijak segala percaturan dijelmakan Vietnam dalam laluan melakar kemenangan 1-0 pada final, semalam.

Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1979.

Ia juga mengembalikan gembira bergelar juara yang kali terakhir dirasai di Stadium Merdeka, 20 tahun lalu.

"Perasaan ini sukar digambarkan. Ini untuk bola sepak negara. Untuk rakyat Malaysia. Tetapi sekali lagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Kita perlu bersabar untuk melihat skuad negara yang lebih mantap pada masa depan," tegas jurulatih, K Rajagobal.
GOL kemenangan Malaysia bermula detik ini apabila percubaan Norshahrul Idlan Talaha (kiri) terkena pertahanan lawan menyebabkan bola membias sekali gus menewaskan penjaga gol Vietnam, Tan Truong Bui, semalam.

Cuma, Rajagobal tidak lokek pujian kepada barisan pemain yang jelas mencetus rasa bangga buatnya.

Kerana sejak awal permainan, rintangan menanti memang tidak mudah. Vietnam barisan jauh lebih tersusun dan kemas berbanding Laos yang ditumpaskan sebelum ini. Malah untuk beberapa detik awal, mereka lebih kerap mengatur gerak ancaman buat menguji kubu skuad negara.

Selepas saling mematahkan ancaman cuba dijelmakan, Vietnam beroleh peluang pertama pada minit ke-26 apabila umpanan lintang jauh melepasi Mohd Sabre Mat Abu dan S Kunanlan dalam kawasan penalti untuk ditanduk Mai Tien Thanh.

Namun penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sempat melayangkan diri untuk menepis keluar ancaman.

Empat minit kemudiannya, Kunanlan meledakkan rembatan dari jarak 25 meter yang bagaimanapun terus ke dakapan penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong manakala umpanan lintang dari sebelah kanan, beberapa minit kemudiannya, melepasi Safiq Rahim untuk menanduk ke sasaran.

Dominasi babak kedua jelas milik skuad negara. Terbukti menerusi cubaan K Gurusamy yang sipi pada minit ke-46, tandukan Ahmad Fakri Saarani yang sedikit melewati palang pada minit ke-57 serta cubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan benteng lawan di atas garisan pada minit ke-62.

Vietnam dipaksa lebih bertahan, dengan dihadkan sesekali mengatur ancaman yang ditangani cantik barisan benteng penuh berdisiplin diterajui Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabre Mat Abu dan Sharbinee di gawang.

Pemecah kebuntuan gol akhirnya ditemui skuad negara pada minit ke-84. Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena kaki pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Masuk ke padang, nikmati detik hebat ini'





BABAK pertama terikat tanpa jaringan. Apa yang dilakukan kesebelasan negara tampak lebih kepada melunturkan sebarang percaturan taktikal Vietnam.

Tetapi segalanya berubah pada babak kedua apabila dominasi dan ancaman ketara milik negara dalam laluan menang 1-0 dan meraih emas bola sepak temasya kali ini.

Lantas, apa rahsianya? Jurulatih, K Rajagobal berkongsi juga apa mesejnya kepada pemain, sebaik tamat upacara penyampaian hadiah di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, malam tadi.

"Saya katakan kepada pemain bahawa mereka sudah melakukan tugas yang baik pada 45 minit pertama. Vietnam langsung tidak berjaya memperolehi jaringan. Cuma, ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Ketika itu, mereka kerap dan cepat hilang penguasaan bola. Peluang yang ada juga tidak dimanfaatkan.

"Saya tegaskan kepada penyerang-penyerang saya, jika mereka tidak agresif pada babak kedua, saya tidak akan teragak-agak mengeluarkan mereka, tidak kira siapa.

"Saya mahu mereka yakin dengan diri sendiri. Mereka sudah buktikan dengan kemaraan sejauh ini. Beraksi di final yang tiada siapa percaya pada mulanya. Jadi, jangan biarkan tekanan ataupun harapan tinggi mengganggu mereka lagi.

"Saya mahu mereka fikirkan bagaimana perasaannya nanti apabila dapat membawa balik emas. Lebih utama, saya mahu mereka masuk ke padang dan menikmati detik bersejarah buat mereka ini. Bermain, dan nikmatilah detik ini," katanya.

Ianya jelas menjadi kerana Vietnam yang sebelumnya berbangga dengan kelebihan psikologi selepas menang 3-1 di peringkat kumpulan, akhirnya akur dengan hakikat betapa malam tadi, kesebelasan negara adalah pemenang yang berhak.

Lawan itu kini pulang dengan kecewa dan dipaksa terus menanti - tanpa pernah sekalipun merasai nikmat dikalungkan pingat emas bola sepak Sukan Sea dalam sejarah penyertaan mereka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Impian jadi kenyataan


UNTUKMU MALAYSIA... Pemain negara merealisasikan impian negara untuk meraih pingat emas
di pentas Sukan SEA selepas 20 tahun.





VIENTIANE, Laos - Selepas menanti selama 20 tahun, akhirnya pingat emas acara bola sepak Sukan SEA kembali berada dalam genggaman Malaysia.

Skuad negara kendalian K. Rajagobal mengakhiri kemarau selama 20 tahun itu apabila berjaya membenam Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional.

Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup buat barisan muda negara melakar sejarah penuh gemilang di bumi Laos, sekali gus membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas ke-40 semalam.

"Selepas kita menanti 20 tahun, kini anak-anak buah saya sudah mengembalikan semula pingat emas acara bola sepak Sukan SEA buat Malaysia. Kami sememangnya berhak meraih untuk pingat emas ini.

"Selama ini, kita menunggu untuk bergelar juara Sukan SEA dan akhirnya para pemain saya telah merealisasikan impian seluruh peminat bola sepak Malaysia. Saya harap, dengan kejayaan ini, ia akan kembali mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia," kata Rajagobal.

Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 1-0. Pada Sukan SEA 2001 juga di Kuala Lumpur, skuad negara turut melangkah ke final, namun tewas 0-1 kepada Thailand.

Mengulas lanjut kejayaan anak-anak buahnya mengulangi pencapaian pada Sukan SEA 1989, Rajagobal berkata, kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan menjadi antara kunci utama mereka ditabalkan selaku juara pada temasya kali ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Related Posts with Thumbnails