hadith of the day

pendokong

13 September 2010

no respect and common sense at all??

Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”

Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?

MALANGNYA

Umat Islam sejak sekian lama percaya terhadap kebenaran agama mereka, dan ketinggian pegangan hidup ini. Mereka mempunyai sandaran sejarah yang hebat dan meyakinkan. Namun semenjak sekurang-kurangnya kurun ke-12, Dunia Islam mengalami kejumudan dan gagal menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Inilah yang menjadi igauan umat Islam semasa berdepan dengan kuasa Barat. Mereka rasa kuat namun kekuatan itu tertanam di dalam sejarah. Hakikatnya mereka lemah. Bukan sahaja lemah malah keliru. Tidak hairan, ketika Napoleon Bonaparte dan saintisnya membuat demonstrasi uji kaji kimia di Mesir, ulama’ ketika itu teruja dan memberi komen, “sesungguhnya ini adalah sihir yang nyata!”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

below is edited source from berita harian 12/9/2010


**********************************************************
Koyak, bakar kitab suci ketika Obama minta warga AS bertenang isu bina masjid, 9/11

WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.

Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.
Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”

Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya,”

Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.

Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.

Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.

Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.

Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.

“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.

Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.

Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.

Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi

**********************************************************

Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.”
- Riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:”Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:”Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.”
- (Bukhari)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
- Riwayat Muslim


masyarakat dunia kini akan sentiasa menuding jari kepada agama Islam tiap kali menjelangnya tarikh 9/11 berkenaan, malah yang menyedihkan, umat Islam adakalanya juga terlibat dalam kempen memusuhi Islam yang dianjurkan pihak yang memusuhi Islam terbabit, di manakah sensitiviti umat Islam kini? di atas bahu siapakah tergalasnya bebanan untuk memurnikan ajaran Islam jika bukan pada diri kita selaku umat Islam itu sendiri?

rentetan peristiwa yang berlaku saban waktu telah mencerminkan jatuh bangunnya umat Islam... kian ditindas, tertindas, kadangkala menindas sesama teman seagama... namun umat Islam masih tidak menyedari perilaku yang berlaku, malah ada yang menganggap, perkara ini terlalu remeh dan sia-sia jika dibawa kepada perbincangan, merugikan dan sebagainya... adakah dengan memberi keluhan sudah mampu melepaskan kita daripada bebanan yang ditanggung? sekian lama mereka yang memusuhi Islam makin kedengaran hilaian tawa yang kerap mentertawakan umat Islam itu sendiri... wallahua'lam...

another dramatic+tragic murder cases in Malaysia

Penghabisan Ramadhan, permulaan syawal, dan seterusnya... namun dicemari dengan perkhabaran berita yang tidak mudah untuk kita dengar dan bercerita...

Buang Bayi>>Pembunuhan>>
Penculikan>>......>>.....>>etc...
Sejauh manakah pentarbiyahan di bulan mulia, dijana sebaiknya... atau adakah di bulan mulia itu, kita cuti sebentar dan setelah berlalu, kita qadha' semula aktiviti yang telah sebulan lama ditahan??

Selanjutnya, dalam sumber-sumber di bawah...

From Berita Harian...

Misteri Kehilangan Sosilawati: Penahanan suspek bantu rungkai 4 lagi kes hilang
Oleh Hardi Effendi Yaacob, Irwan Shafrizan Ismail, Ifwan Tun Tuah, Mohamed Farid Noh, Khairul Azran Hussin, Nor Fazlina Abdul Rahim, Nadia Hamid, Faridzwan Abdul Ghafar, Sukhairi Thani, Muhamad Fairoz Azizan dan Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/09/13

Empat dipercayai hilang selepas urusan tanah dengan peguam

BANTING: Penahanan suspek utama dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, juga dipercayai dapat membantu polis merungkai empat lagi kes seumpamanya sebelum ini.

Difahamkan, suspek itu seorang peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk, boleh membantu siasatan berhubung kehilangan empat individu, termasuk warga India yang dilaporkan hilang kira-kira setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata empat individu itu, termasuk beberapa ahli perniagaan dikatakan hilang selepas berurus niaga tanah membabitkan suspek sama.

“Selain kes Sosilawati, ada empat lagi kes seumpamanya dilaporkan sejak setahun lalu dipercayai membabitkan suspek sama, dengan motif juga dikatakan soal kewangan dan urus niaga tanah.

“Kita sedang meneliti kaitan semua kes itu dan usaha mengesan mangsa sedang giat dilakukan hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi Sosilawati dan tiga individu bersamanya dibunuh sebelum mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti-Pengganas) Bukit Aman, Datuk Fuzi Md Harun; Timbalan Pengarah JSJ (Operasi/Risikan) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Bakri berkata, identiti keempat-empat mangsa yang masih hilang itu sedang dikenal pasti namun tidak menolak kemungkinan mereka adalah ahli perniagaan.

“Kita masih menyiasat suspek berhubung kes itu. Hanya suspek yang mempunyai maklumat dan petunjuk berhubung kes itu,” katanya.

Ditanya apakah keempat-empat mangsa itu menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga individu lain yang dilaporkan hilang bersama, beliau enggan mengulas lanjut namun mengesahkan modus operandi digunakan adalah sama.

“Dalam kes Sosilawati, semua mangsa dipercayai ditahan, dipukul (hingga mati) sebelum dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sungai bersama barang peribadi mangsa bagi tujuan menghapuskan bahan bukti.

“Ada kemungkinan mereka menggunakan cara sama dalam empat lagi kes sebelum ini,” katanya.

Berdasarkan corak perlakuan jenayah, Bakri yakin perbuatan itu dilakukan lebih daripada seorang suspek.

“Bagi kes Sosilawati, lapan suspek ditahan setakat ini dan akan ada lebih banyak tangkapan selepas ini. Kita juga mengenalpasti motif jenayah ini,” katanya.

Bakri berkata, walaupun suspek, termasuk dalangnya dikenal pasti dan ditahan, polis tidak menganggap kes itu selesai.

**********************************************************

From Harakah Daily...

Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya-PAS
Dzulfikar Mashoor
JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.


p/s : takziah kepada keluarga mangsa, moga redha dengan setiap ketentuan-Nya, moga yang bersalah dibalas dengan kesalahan yang setimpal dan seadil-adilnya, walau tidak di dunia, tetap jua dibalas di akhirat kelak...

keluarga saya juga antara pengguna produk kecantikan beliau suatu ketika dulu, NV whitening n etc...

amalkan doa :

...allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan, wa a'uzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'uzubika minal jubnil wal hubz, wa a'uzubika min gholabati dain wa qohri rijal...

12 September 2010

Salam Eid Fitri 1431H/ 2010M

Sudah memasuki raya ketiga, cepatnya masa berlalu... off to 9th. state... nak ikut?

Ramadhan telah berlalu,
Syawal pula kian menjengah,
Zulkaedah Zulhijjah mula nak mendahulu,
Siapkah kita melepaskan 1431 Hijrah?

-ahaks~, pantun apa ni??
kad raya buatan tangan, ini yang sekadar termampu

p/s : di pihak penulis, ingin sekali mengucapkan salam eidulfitri 1431H, maaf lahiriah dan batiniah kepada :

-walidain wa usrati
-atuk nenek dan keluarga kembangan walau di mana jua mereka berada
-warga Taski Saidatina Aishah, SK SSJ, SRAMDE, SK USJ2, SMK SEAFIELD, SMKA MELOR, KISAS, KEM SAN SHUI Tawau
-pihak penaja JPA
-warga UiTM PP, pihak UPK, JPK khususnya
-muslimin-muslimat, mukminin mukminat yang melata di seluruh dunia
-& semua yang mengenali diri ini

sedialah untuk memaafkan khilaf orang lain dan berdoalah agar Allah membukakan hati insan-insan yang pernah terluka dengan perbuatan, lisan atau perilaku kita untuk sedia memaafkan segala khilaf kita jua...

...moga segala amal ibadah mahupun amal islami yang dilaksanakan@ditarbiyah sepanjang keberadaan di madrasah RAMADHAN terus dipertahankan dan istiqamah di bulan-bulan mendatang seiring peningkatan zaman, insya-Allah, moga kita dipertemukan lagi pada ramadhan akan datang...

maaf kepada mana-mana yang berkenaan, saya tidak menjengah henset raya kali ni, even mendadak sms@mms yang diterima... maaf yer, tidak sabar rasanya untuk memulakan puasa 6 syawal + study akademik + gerak kerja dakwah +.... + .... + etc...

sentiasalah muhasabah diri, menyeru orang lain untuk mendekati Allah, sedangkan kita pula makin menjauhi-Nya, istidraj barangkali, ujian, moga dikembalikan ke landasan yang sebenar-benarnya... Ameen~

ikhlas,
faiz aizudeen ismail
final year mechanical engineering (aerospace)
university of sharphills

04 September 2010

MAYS - UP ~Hamdalah... Excellent!!!

The 26th JPKZ's Programme...

Title : Masih Ada Yang Sayang - UiTM Prihatin (M.A.Y.S. - UP)
Director : Shafiq M. Tunaidi (Exco Kebajikan JPKZ)
Date : 28th August 2010 (Saturday)
Venue : Kompleks Warga Emas Darul Hanan, Kepala Batas, P. Pinang

persembahan yang menghiburkan... ~tarian endang~

kemas pejabat urusannya, di sini pun kami menghias sempena aidilfitri

bersama salah seorang penghuni termuda di situ, anak penyelia kompleks sebenarnya, tidak serik-serik ingin bermain dengan kamera kami

mencuba memasang pelita di siang hari

juadah berbuka puasa kami

presiden jpkz bersama imam terawih kami, al-Hafiz tu...

barisan urusetia dan jemputan

Pesanan pihak pengurusan kompleks :

"...kami amat berasa terharu atas program yang pihak UiTMPP jalankan melalui JPK Zamrud di kompleks ini, untuk makluman, tanah waqafan sumbangan yayasan el-Bukhory ini merupakan yang pertama di Malaysia seumpamanya yang menempatkan keseluruhan penghuninya beragama Islam, dan UiTMPP merupakan IPT pertama yang menjalankan program di sini, sejak sekian lama kami kerap menerima tetamu warga sekolah sahaja, kali ini penghuni amat bertuah dengan kedatangan golongan belia dan remaja, harapan pihak pengurusan agar silaturrahim yang tersemai tidak setakat terhenti di sini sahaja, kami mengalukan kedatangan kalian semua pada masa akan datang dan kami menawarkan keahlian semua untuk menjadi Rakan Darul Hanan, semoga dengan demikian, tugas khidmat masyarakat seperti ini dapat diteruskan, sewajarnya kita membela nasib golongan sebegini dan kita jua juga bakal melalui rentetan usia seperti ini, segala kekurangan di pihak kami, kami mohon seribu kemaafan..."



02 September 2010

Lambaian Terakhir Ramadhan... Kita Yang Melambai atau Kita Yang Menghalau???

Fasa Ke-3... Ithqun Minan Naar~

doa memohon pengampunan di malam lailatul-Qadr

Khabar Dari Langit
Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Kau melangkah tanpa henti
Acapnya engkau berlari
Tak memandang kanan kiri

Laut luas kau renangi
Gunung tinggi engkau daki
Tak endah apa di sisi

Lahar dunia tak terasa panasnya
Emas di hujung gapai
Tak kira apa korbannya
Kejar…

Turunlah walau sejuta
Khabar dari neraka
Atau digentarkan seksa
Dari yang Mengenggam Nyawamu

Pabila waktu telah pun terhenti
Tak kan kau dengar
Walaupun cuma nafas yang terhela
Semua indera telah dibelenggu
Terik mentari mencairkan
Segenap isi tubuh yang hina
Bencana itu makin depan mata
Tidak kau mampu
Larikan dirimu dari sengsara
Azab-Nya

Tetap juga kau berlari
Dan melangkah tanpa henti
Bagai hidup tak kan mati

Murka-Nya tak kau peduli
Walaupun bergegar bumi
Ranapkan segenap isi

Biar gegak gempita guruh di langit
Tak kau hirau
Asalkan petirnya tak memanahmu
Lebur…

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Isman Nadim
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd


01 September 2010

songs like?



nota kaki : "...selamat berbuka puasa di malam yang ke-23... carilah keberkatan di malam ganjil... ramadhan kian jauh... namun pertambahan amalan??? sedihnya... ampunilah dosaku Ya Allah, dosa kedua ibubapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dan dosa muslimin-muslimat, mukminin-mukminat, golongkanlah kami di dalam golongan yang KAU redhai, jaahkanlah kami dari api neraka seiring dengan janji-Mu di fasa terakhir ramadhan iaitu pelepasan daripada api neraka.. ameen ya rabb~..."

representative outermost layer...

title mode : proksi limited edition~

tidak kurang 3 bulan lagi sebelum melepaskan jawatan yang sudah didokong dan diamanahkan selama dua semester (walaupun sebenarnya 4 semester = 1 sem seki jpkz + 1 sem exco jpkz + 2 sem vp jpkz), sejujurnya banyak pengalaman yang ditimba, akan tetapi, mungkin pengalaman dalam saf perwakilan ini saya simpan untuk dicoretkan apabila betul-betul bersedia dan tidak terikat dengan jawatan ini lagi, dalam erti kata lain pencen@bersara...

lama sudah kiranya tidak post entry berkenaan dengan jpkz uitmpp, pada mulanya memberi pengharapan dan penghormatan kudrat dan kepakaran exco yang sewajarnya yang menjadi admin blog jpkz, namun kekangan masa beliau, ditambah pelbagai bebanan tugas yang lain, menyebabkan langkah meng'update' blog setiap kali aktiviti menjadi longlai, saya tidak menyalahkan beliau, mungkin kemampuan beliau bukan di tahap itu, namun perlu dipuji kepakaran dan kemahiran beliau di bidang yang lain, dengan ucapan TAHNIAH!!! kami di barisan perwakilan juga tidak mampu secemerlang KAMU!!! banyak perkara yang dia lakukan sedikit sebanyak telah memudahkan kami, itulah yang menjadi sebab saya tidak menyalahkannya...

kondisi seseorang terbatas, bergantung kepada kemampuan, tapi kondisi sebagai umat akhir zaman yang mantap, ibarat sebutir peluru yang jitu, padat dan tepat mencapai sasaran dan menembusi apa jua yang berada di hadapannya, namun apabila merapati atau cuba untuk menembusi permukaan yang tidak mampu ditembusinya, dia tidak pecah atau patah tapi sebaliknya terus berada dalam keadaan sama, cuma kondisi permukaan itu yang membataskan peluru itu pergi lebih jauh, saya amat menyukai pepatah ini...

berbalik kepada kenyataan saya di awal entry, hamdalah... selama bersama-sama para jawatankuasa lain dalam menerajui perwakilan... keseluruhan program seperti yang dicanangkan oleh pihak kami dengan bantuan pihak pengurusan berjumlah 28 program kesemuanya, melibatkan setiap kategori dan pelbagai peringkat, sehingga ke saat ini, sebanyak 26 program telah berjalan dan tinggal lagi dua program selepas eid fitri nanti...

secara keseluruhannya, sesi lepas iaitu sesi dis 2009/ april 2010, program yang dianjurkan yang melibatkan sepenuhnya JPK Zamrud dan jawatankuasa lain berjumlah 14 program, dengan diikuti sesi julai 2010/ nov 2010 juga berada pada jumlah yang sama, berikut merupakan kalendar tahunan aktiviti jpkz di bawah pemantauan dan kelolaan MT JPKZ 09/ 10: [klik gambar untuk paparan lebih besar]

sekadar perkongsian buat tatapan para perwakilan saya, termasuk barisan sekretariat, terima kasih tidak terhingga atas bantuan kalian... moga kalian terus teguh atas jalan perwakilan selagi masa untuk menikmatinya masih belum berakhir, syukran...

~credits to MT, all of my exco n seki~

"~salam pengakhiran ramadhan, ramadhan kian melabuhkan tirainya, bagimana situasi kita?~"
Related Posts with Thumbnails