Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”
Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?
MALANGNYA
Umat Islam sejak sekian lama percaya terhadap kebenaran agama mereka, dan ketinggian pegangan hidup ini. Mereka mempunyai sandaran sejarah yang hebat dan meyakinkan. Namun semenjak sekurang-kurangnya kurun ke-12, Dunia Islam mengalami kejumudan dan gagal menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Inilah yang menjadi igauan umat Islam semasa berdepan dengan kuasa Barat. Mereka rasa kuat namun kekuatan itu tertanam di dalam sejarah. Hakikatnya mereka lemah. Bukan sahaja lemah malah keliru. Tidak hairan, ketika Napoleon Bonaparte dan saintisnya membuat demonstrasi uji kaji kimia di Mesir, ulama’ ketika itu teruja dan memberi komen, “sesungguhnya ini adalah sihir yang nyata!”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang
below is edited source from berita harian 12/9/2010
**********************************************************
Koyak, bakar kitab suci ketika Obama minta warga AS bertenang isu bina masjid, 9/11
Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya,”
Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.
Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.
Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.
“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.
Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.
Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.
Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi
**********************************************************
rentetan peristiwa yang berlaku saban waktu telah mencerminkan jatuh bangunnya umat Islam... kian ditindas, tertindas, kadangkala menindas sesama teman seagama... namun umat Islam masih tidak menyedari perilaku yang berlaku, malah ada yang menganggap, perkara ini terlalu remeh dan sia-sia jika dibawa kepada perbincangan, merugikan dan sebagainya... adakah dengan memberi keluhan sudah mampu melepaskan kita daripada bebanan yang ditanggung? sekian lama mereka yang memusuhi Islam makin kedengaran hilaian tawa yang kerap mentertawakan umat Islam itu sendiri... wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment
jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!