hadith of the day

pendokong

13 September 2010

another dramatic+tragic murder cases in Malaysia

Penghabisan Ramadhan, permulaan syawal, dan seterusnya... namun dicemari dengan perkhabaran berita yang tidak mudah untuk kita dengar dan bercerita...

Buang Bayi>>Pembunuhan>>
Penculikan>>......>>.....>>etc...
Sejauh manakah pentarbiyahan di bulan mulia, dijana sebaiknya... atau adakah di bulan mulia itu, kita cuti sebentar dan setelah berlalu, kita qadha' semula aktiviti yang telah sebulan lama ditahan??

Selanjutnya, dalam sumber-sumber di bawah...

From Berita Harian...

Misteri Kehilangan Sosilawati: Penahanan suspek bantu rungkai 4 lagi kes hilang
Oleh Hardi Effendi Yaacob, Irwan Shafrizan Ismail, Ifwan Tun Tuah, Mohamed Farid Noh, Khairul Azran Hussin, Nor Fazlina Abdul Rahim, Nadia Hamid, Faridzwan Abdul Ghafar, Sukhairi Thani, Muhamad Fairoz Azizan dan Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/09/13

Empat dipercayai hilang selepas urusan tanah dengan peguam

BANTING: Penahanan suspek utama dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, juga dipercayai dapat membantu polis merungkai empat lagi kes seumpamanya sebelum ini.

Difahamkan, suspek itu seorang peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk, boleh membantu siasatan berhubung kehilangan empat individu, termasuk warga India yang dilaporkan hilang kira-kira setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata empat individu itu, termasuk beberapa ahli perniagaan dikatakan hilang selepas berurus niaga tanah membabitkan suspek sama.

“Selain kes Sosilawati, ada empat lagi kes seumpamanya dilaporkan sejak setahun lalu dipercayai membabitkan suspek sama, dengan motif juga dikatakan soal kewangan dan urus niaga tanah.

“Kita sedang meneliti kaitan semua kes itu dan usaha mengesan mangsa sedang giat dilakukan hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi Sosilawati dan tiga individu bersamanya dibunuh sebelum mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti-Pengganas) Bukit Aman, Datuk Fuzi Md Harun; Timbalan Pengarah JSJ (Operasi/Risikan) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Bakri berkata, identiti keempat-empat mangsa yang masih hilang itu sedang dikenal pasti namun tidak menolak kemungkinan mereka adalah ahli perniagaan.

“Kita masih menyiasat suspek berhubung kes itu. Hanya suspek yang mempunyai maklumat dan petunjuk berhubung kes itu,” katanya.

Ditanya apakah keempat-empat mangsa itu menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga individu lain yang dilaporkan hilang bersama, beliau enggan mengulas lanjut namun mengesahkan modus operandi digunakan adalah sama.

“Dalam kes Sosilawati, semua mangsa dipercayai ditahan, dipukul (hingga mati) sebelum dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sungai bersama barang peribadi mangsa bagi tujuan menghapuskan bahan bukti.

“Ada kemungkinan mereka menggunakan cara sama dalam empat lagi kes sebelum ini,” katanya.

Berdasarkan corak perlakuan jenayah, Bakri yakin perbuatan itu dilakukan lebih daripada seorang suspek.

“Bagi kes Sosilawati, lapan suspek ditahan setakat ini dan akan ada lebih banyak tangkapan selepas ini. Kita juga mengenalpasti motif jenayah ini,” katanya.

Bakri berkata, walaupun suspek, termasuk dalangnya dikenal pasti dan ditahan, polis tidak menganggap kes itu selesai.

**********************************************************

From Harakah Daily...

Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya-PAS
Dzulfikar Mashoor
JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.


p/s : takziah kepada keluarga mangsa, moga redha dengan setiap ketentuan-Nya, moga yang bersalah dibalas dengan kesalahan yang setimpal dan seadil-adilnya, walau tidak di dunia, tetap jua dibalas di akhirat kelak...

keluarga saya juga antara pengguna produk kecantikan beliau suatu ketika dulu, NV whitening n etc...

amalkan doa :

...allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan, wa a'uzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'uzubika minal jubnil wal hubz, wa a'uzubika min gholabati dain wa qohri rijal...

1 comment:

  1. awal bln 8 shgga bln 9~
    sebuk dgn kes 2B

    msuk Syawal da naek kes 3B pulak~

    ingtnye kat las vegas ke, new york city or miami je yg ad bnd2 neyh sume~Malaysia pn ade woah~

    ReplyDelete

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails