hadith of the day

pendokong

27 August 2010

MUHASABAH DIRI di pengakhiran

Assalamualaikum w.b.t.~
Salam Pertengahan Ramadhan...
Mode ~ Mendambakan Maghfirah, selepas berlalunya Rahmah sementara bersedia menantikan 'Ithqun minan Naar


Jika diteliti di bulan penuh barakah ini, peristiwa yang berlaku kepada golongan yang memanfaatkannya:
01) helaian al-Quran di sebelah kiri semakin menipis, manakala di sebelah lainnya makin menebal ke terbalik??
02) semakin terbiasa dengan tidak makan atau minum (menahan diri) berlainan dengan bulan biasa yang dia lazimnya melantak tak ingat acara
03) terseksa dengan penuh hikmah melawan nafsu yang membelenggu semahunya dengan menjaga mata, telinga, hati. akal, kelakuan dan etc. dari terjebak kepada kancah maksiat, mazmumah dan sebagainya
04) mohon semahunya berdoa ditemukan dengan Lailatul - Qadr - sebaik-baik malam dari seribu bulan

Antara Perkara pelik:
01) Bila berhadapan dengan orang bukan Islam, yakni tika berinteraksi, mereka senang berhadapan dengan kita, tapi bila berinteraksi dengan orang Islam (sekelumit je, bukan semua), mereka mengatakan, " Hang gosok gigi tak lepas sahur tadi? Mulut Hang busuk gila, bau macam longkang! ", tanpa segan silu menyedari mereka juga dalam keadaan yang sama, tidakkah mereka mengetahui bahawa bau mulut orang yang berpuasa itu semerbak kasturi di sisi Allah? Kenapa hikmah itu ada pada bukan Islam dan bukan pada orang Islam? Indahnya tarbiyah Allah buat mereka yang menyakini kebenaran Islam...
02) Tidak mampu untuk menuturkan perkara yang lain, cukuplah satu situasi yang diberikan, tak termasuk lagi yang curi-curi minum@makan, "...banyak mana sangat hang kenyang cheq oii?kedai makan semua tutup laa, kalau lapaq sangat, buka mulut luas-luas, makan angin sampai perut berbuai, nanti hang kata perut masuk angin pulak kan? haa.. pi laa klinik, dapat MC free.. tape ganti laa plak posenyer... xdak penyakit hang cari penyakit!!"

tanpa kita sedari, itu petanda kita kian menghampiri pengakhiran ramadhan, adakah kita berpeluang lagi untuk menikmati madrasah tarbiyah sebaik bulan ini pada tahun mendatang, masa akan datang atau sepanjang liku kehidupan kita selepas ini? manfaatkan peluang ketika masih terbentang luas di hadapan, andai tertutup peluang, janganlah disesalkan...

mohon seinfiniti kemaafan (tidak setanding seinfiniti kesyukuran) andai diri ini banyak melakukan khilaf dan salah, sejujurnya sedang dan masih lagi berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya, mungkin dipengaruhi faktor sekeliling yang kadangkala membataskan atau membantutkan transformasi perubahan itu buat sementara malah mungkin menjangkau masa yang lama...

didoakan agar masing-masing mampu menempuh dan mengharungi madrasah ramadhan ini dengan sebaik-baiknya...

"...berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, beribadahlah kamu seperti kamu akan mati esok..."

"oh insan sedarlah... pembalasan tuhan pasti akan datang..."

4 comments:

  1. dr aspirasi bole menjadi realiti~
    ayuh menjana transformasi. . .insyALLAH~

    ReplyDelete
  2. mohon doanya... ameen~ ingat lg tagline evolusi implementasi dakwah?

    ReplyDelete
  3. cop2~
    ingt tagline tue. . .tp lupa sempena ape~huhu. . .

    ReplyDelete

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails