hadith of the day

pendokong

19 May 2010

Benchmarking~Road Tour Kenyalang pt.1

Alhamdulillah, di kesempatan “couple of days” selepas final exam yang berakhir pada 9hb Mei, warga Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud (JPKZ) sesi 09/10, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, berpeluang untuk terbang ke daerah borneo yang terkenal dengan jolokan Bumi Kenyalang. Hampir keseluruhan warga JPKZ terlibat dalam lawatan ini iaitu terdiri daripada 22 orang pelajar (sepatutnya 23 orang), dan 2 orang pegawai pengiring terdiri daripada kakitangan Unit Pengurusan Kolej. Bertemakan “Ke Arah Melahirkan Mahasiswa hasil Implementasi 1 Malaysia”, lawatan berteraskan akademik dan ilmiah ini Alhamdulillah terus berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekangan sebelum, semasa, dan selepas program. Dulu, Kini dan Selamanya.

Syukur yang teramat dipanjatkan kepada yang Maha Perancang dan Maha Menjayakan, kerana diri ini diberi peluang sekali lagi oleh-Nya untuk merangka sebuah program berteraskan akademik dan ilmiah, serta terselit elemen kerohanian dalam menjayakan program pengantarabangsaan ini, walaupun peringkat antarabangsanya hanyalah di dalam Malaysia sahaja. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada barisan jawatankuasa pelaksana program yang telah bertungkus-lumus membantu dalam menjayakan program ini. Credits to all of them. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merencanakan program ini. Ini dah macam ayat dalam laporan esekutif. Alahaiii…

“Benchmarking – Road Tour Kenyalang”

JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD (JPK ZAMRUD)

UiTM PULAU PINANG SESI 2009/2010

11-15 MEI 2010

UiTM KAMPUS SARAWAK &

SEKITAR NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG

…pengembaraan bermula


dalam perjalanan ke LTBL (UiTMPP - LTBL)


1st Day (11th of May)

Perjalanan kami bermula agak lewat sekitar jam 1515H, walaupun masa yang diperuntukkan untuk bertolak adalah seawal jam 1500H. Flight dijangka pada jam 1825H dan sememangnya kami mempunyai tidak kurang daripada 2 jam sebelum departure. Kami tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas yang dinobatkan sebagai kawasan zero crime oleh Kementerian Dalam Negeri tepat jam 1600H. Setelah check-in seramai 24 orang beserta keseluruhan bagasi yang beratnyer mencecah *250/360kg (not so sure), kami terus melangkah ke pintu masuk penerbangan domestik. Namun, masih terlalu awal untuk berada di dalam, lantas kami mengorak langkah ke surau lapangan terbang untuk santapan rohani dan semestinya McDonald’s untuk santapan jasmani kerana itu sahaja pilihan yang ada. Tepat jam 1755H, kami bergerak ke pintu pelepasan. Terhenti sejenak melihat keletah jentera perwakilan yang begitu banyak gelagatnya. Hilai tawa mereka, meredakan sekelumit rasa bimbang yang saya rasai apabila memikirkan situasi yang kami bakal tempuh selama 4 hari di negeri orang. Ini baru dalam Malaysia, kalau berangkat ke luar negara… hurmmm…


selesai check-in by group seramai 24 orang

para peserta bersama salah seorang pegawai pengiring

haiyya 'aalaa Sarawak!!!

Tepat jam 1625H, pesawat Airbus Airasia AK6506 berangkat meninggalkan lapangan. Kami sempat merasai susasana tika waktu siang dan waktu malam di atas penerbangan ini. Tidak banyak yang dikongsikan ketika berada di dalam kabin. Hanya hilai tawa yang semakin reda memandangkan rata-ratanya sedang lena diulit mimpi indah masing-masing. Mana tidaknya, penerbangan memakan masa hampir dua jam. Kami amat beruntung kerana penerbangan ini merupakan penerbangan terus ke Kuching dan bukannya transit di mana-mana lapangan. Jimat masa dan jimat kos. Perbelanjaan berhemah.


awan gebu-gebu sepanjang penerbangan. Subhanallah!

Tayar pesawat yang bergegar jam 2050H menyentuh landasan, mengejutkan rata-rata penumpang di dalam pesawat. Ini bermakna kami telah tiba ke destinasi yang dituju. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami disambut oleh dua buah bas daripada UiTM Sarawak bertemankan barisan JPK mereka yang teramat mesra. Umpama kami sudah kenal lama. Sungguh meriah sekali sambutan yang kami terima. Pengisian pada malam pertama itu tidaklah seberat mana kerana memikirkan nasib peserta yang masih lagi kebingungan dan memberi peluang kepada mereka untuk berehat. Kami sempat menunaikan solat jamak qasar maghrib dan isyak di masjid kampus UiTM Sarawak. Terasa suasana di R&R PLUS apabila menunaikan solat di sini. Pulang ke bilik masing-masing untuk persiapan pada esok hari dan zzzzz…..


berada di atas bas UiTM Sarawak, dalam perjalanan ke tempat penginapan

last briefing kepada peserta perancangan program keesokannya

personal briefing kepada exco TTK berkenaan tugas yang bakal dilaksanakan esok

deretan pluque yg bakal diberikan sebagai cenderamata, mana lagi dua set??

No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails