hadith of the day

pendokong

30 May 2010

Benchmarking~Road Tour Kenyalang pt.5 (final episode!!!)

Pengarah Program vs Pegawai Pengiring (^,^)v

5th Day (15th of May)

Hari terakhir dan semestinya peluang keemasan yang tidak mampu dilepaskan oleh para peserta. Kami berangkat seawal jam 0600H lagi. Perjalanan hari ini boleh dikira jauh dan amat memenatkan. Jangka masa perjalanan boleh diibaratkan dengan tempoh masa sepanjang menaiki pesawat ke Kuching daripada semenanjung. Perhentian seterusnya, Serikin>>Pasar Satok>>UiTM Samarahan>>Kuching International Airport. Daripada semalam, saya sudah mengingatkan para peserta untuk berkemas siap-siap, dan bersedia untuk bangun awal memandangkan perjalanan jauh yang bakal ditempuh hari ini. Alhamdulillah, para peserta amat menepati waktu dan terima kasih kerana akur pada arahan yang diberikan. Kami menikmati panorama indah sepanjang perjalanan yang memakan masa satu jam setengah itu. Serikin dan bukannya Sarikei. Hendak digambarkan, umpama Rantau Panjang di Kelantan dan Padang besar di Perlis. Saya sempat memborong barangan kulit yang ditawarkan dengan harga yang murah di sini.


Meluangkan masa selama 3 jam di sini, terasa sungguh singkat, apatah lagi bila memikirkan kami mempunyai destinasi lagi selepas ini. Seterusnya kami berangkat ke Pasar Satok atau lebih dikenali Satok Wet Market. Di sini juga tempat memborong. Sasaran utama peserta ialah IKAN TERUBOK MASIN!!! Tiada semampunya yang mampu digambarkan di sini. Para peserta juga sibuk mencari barang-barang keperluan masing-masing memandangkan inilah sesi membeli-belah yang terakhir buat kami. Tepat jam 1500H, kami pulang ke tempat penginapan untuk persiapan terakhir sebelum pulang ke Pulau Pinang.



abdikan kenangan terakhir sebelum bertolak ke airport

Tepat jam 1830H, rombongan kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Melihatkan kepada muatan bagasi para peserta yang beranak-pinak, bertambah berlipat kali ganda daripada apa yang dibawa sebelum ini, membuatkan hati saya resah kembali. Lantas ketika check-in, saya mengarahakan Bendahari Program untuk berada di samping saya jika berlaku situasi “muatan terlebih” yang sememangnya memerlukan tambahan dari segi matawang. Mujurlah duit lebihan daripada akaun JPK mencukupi untuk membayar nilai muatan yang lebih itu. Namun, Alhamdulillah… Jumlah bagasi yang ditimbang milik kesulurhan peserta seberat 329.98/330kg!!! Berbaki lagi 0.02kg yang menyelamatkan kami daripada membayar harga muatan yang lebih. Mujurlah petugas Air Asia itu memahami kondisi kami. Penerbangan pulang kami Kuching-Penang dijangka pada jam 2105H. Di sinilah titik noktah lawatan kami. Juga titik tolak kepada kami mungkin dengan semangat dan harapan baru dalam perwakilan, diri, keluarga, universiti, bangsa, negara dan agama. Alhamdulillah telah selesai program kami yang terakhir pada semester ini dengan jayanya. Moga kami terus berpeluang menjana aktiviti yang lebih membangun dan kehadapan selepas ini. Di kesempatan ini, saya selaku Pengarah Program bagi Program Benchmarking-Road Tour Kenyalang ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa, tersalah budi bicara dan teguris hati sepanjang kalian bekerjasama dengan saya dalam melaksanakan program ini. Jasa kalian semua hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Bagi yang telah berubah kearah yang lebih baik selepas program ini, kekalkan momentum perubahan anda. I-Allah, moga kalian lebih berjaya pada masa akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua.



safely landed at LTBL, Pearl Island


16th of May

“SELAMAT HARI GURU” – diucapkan kepada barisan warga pendidik dan bakal warga pendidik yang telah menabur bakti mendidik dan memperjuangkan hak anak bangsa. Moga kalian terus menyumbang bakti demi keluarga, bangsa , agama dan Negara. Niatkan lillahi ta’ala.Semoga Allah terus memberkati segala usaha murni kalian.

Dedicated to all the teachers of:

- Taski Saidatina Aishah

- SRK Sri Subang Jaya

- SK USJ 2

- SRA Masjid Darul Ehsan

- SMK Seafield

- SMKA Melor

- K.I.S.A.S.

- PLKN Kem San Shui, TAWAU

- UiTM Pulau Pinang

- Warga bakal pendidik ex-kisasian IPGM Kampus Pulau Pinang

(syukran 4 ur time melayan kerenah saya, yang pada mulanya merasakan sunyi tercampak jauh ke Pulau Mutiara ini, I’ve shared the most memorable experience with u guys, thanx a lots) credits to azlan ariff, khairul fahmi, hasbullah isa, asyikin, wan syazwani n sis fazana.

Sampai di sini sahaja kiranya saya dapat berkongsi pengalaman saya. Lot of thanks and delightful pleasure to those who were well involved in this visits. To Muhammad amirull iqbal bin Muhammad nasier, may Allah bless u and make u always in good health condition. Sorry for any doubt or insane. Thanx 4 everything guys… -Pengarah Road Tour Kenyalang-

Wallahua’lam n wassalam….

p/s : aku juga yang masih tersangkut di penang, untuk memantau pelarasan dan laporan program yang dikelolakan oleh setiausaha dan bendahari program… credits to azahari, bob, deq wan, ucop n jpk2 len.. thanx to u guys coz sanggup teman aku dalam menyelesaikan perkara yang berbaki lagi ini…

Alhamdulillah

Selesai digarap pada 17 Mei 2010

Di bumi USJ 2, Subang Jaya, Selangor


Benchmarking~Road Tour Kenyalang pt.4

4th Day (14th of May)



Seperti semalam, kami bertolak dari tempat penginapan sekitar jam 0700H. Berpeluang breakfast di pertengahan jalan. Destinasi kami pagi ini; Kampung Budaya atau lebih dikenali pelancong antarabangsa sebagai Sarawak Cultural Village. Rugi kiranya kalau berkunjung ke Sarawak tetapi melepaskan peluang berkunjung ke sini. Hal ini kerana, kemajuan infrastruktur di Sarawak menjadikan kami seperti berada di semenanjung gamaknya. Tiket masuk harga biasa mencecah RM 45-60, tetapi dengan student cardholder harga tiket dikurangkan sehingga RM 15. Diskaun sehingga RM 30!!! Berbaloi dengan pengalaman yang kami terima.


Di sinilah terkandung pelbagai warisan khazanah dan himpunan etnik di negeri Sarawak. Tapi ini bukanlah titik noktah kunjungan kami ke Sarawak. Banyak lagi tempat menarik yang wajib dilawati, namun kami tidak berkesempatan untuk melawatinya memandangkan kami menyedari bahawa kunjungan kami ke Sarawak atas tiket perwakilan dan bukannya percutian. Rumah Panjang, Rumah Tinggi, Rumah Iban, Rumah Penan dan sebagainya terdapat di sini. Boleh dikatakan, jika berkunjung ke sini, kita dapat memahami secara keseluruhan apa yang berlaku di Sarawak. Daripada yang misteri, dengan disajikan dengan tengkorak manusia sebagai santapan permulaan, sehinggalah perkara yang remeh-temeh. Semuanya ada di sini. Kami juga berpeluang mencuba pelbagai alat tradisi masyarakat bumiputera Sarawak. Sape, sumpit, pakaian etnik dan sebagainya. Kemuncak lawatan kami di sini berakhir dengan persembahan daripada pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak di auditorium yang disediakan.

kegirangan yang jelas terpancar sebaik memasuki pintu gerbang Kg Budaya

peserta bergaya dengan baju tradisi etnik negeri Sarawak

bergambar bersama salah seorang penduduk tetap di situ



terkejut melihat tengkorak di atas kepala

tanpa segan silu mengacau nenek tua yang sedang menganyam

mengasah bakat yang terpendam




nasib x roboh je jambatan ni



inilah pakar pembuat sape

di auditorium untuk menyaksikan persembahan






gah di pintu gerbang, tiba untuk pulang

Kunjungan kami berakhir jam 1245H. Seterusnya kami dibawa ke kawasan Bandar untuk juadah tengahari sebelum dibawa ke Swinburne University of Technology. Swinburne merupakan antara salah sebuah IPTS terkemuka di Malaysia. Mana tidaknya, hampir keseluruhan cawangannya berada di Australia dan hanya kampus Sarawak merupakan satu-satunya cawangan Swinburne di Malaysia.

LUNCH HOUR

Sama seperti slot di UNIMAS, pengisiannya juga tetap serupa, Cuma berlainan di Swinburne, kerana slot kami dihadiri oleh unit korporat, wakil school of engineering, wakil Swinburne Students Council, dan wakil pelajar school of engineering. Di sini pengalaman yang kami terima cukup berbeza. Hampir keseluruhan peserta lawatan ini bertukar bahasa serta-merta. Daripada loghat pelbagai negeri yang pekat, kami mampu bertutur dalam bahasa inggeris pelat versi kacukan Germany dan Australia. Tambahan pula, rata-rata pelajar yang turut serta dalam taklimat itu merupakan pelajar antarabangsa. Nepal, Nigeria, Bangladesh, Hong Kong, China, Australia, New Zealand dan sebagainya.




Prof Anatoli




wakil Swinburne Sarawak Student Council



sesi penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan




kek lapis~!

Selesai di Swinburne, kami bergegas menuju ke kilang pembuatan kek lapis antara yang popular di Sarawak. Kilang Kek Lapis Dayang nama diberi. Namun bukanlah kilang seperti yang kami sangka. Hanya rumah kedai seuunit yang diubah suai mengikut citarasa pengusahanya. Walaupun kami tidak dipertotonkan kaedah pembuatan kek lapis ini, namun bila melihat kepada deretan kek lapis yang siap tersusun rapi di rak yang disediakan dan katanya siap sedia untuk dipos ke merata tempat sehinggalah ke luar negara, hati kami berbunga riang. Harga amat berpatutan. Bermula RM 10-RM35 sebungkus. Para peserta pula sibuk memilih dan tidak ketinggalan juga yang sedang bersantai sambil leka menikmati juadah kek lapis yang disediakan. Leka dibuai mimpi indah di perjalanan pulang, sedar-sedar sahaja kami telah tiba di tempat penginapan. Pengalaman yang berharga diterima pada hari ini. Saya pula hilang habis suara. Apalah nasib Pengarah Program. Saya sedikit terkilan kerana tidak mampu menyumbang sepenuhnya dalam lawatan ini. Ibarat sebagai seorang peserta yang tidak melakukan apa-apa. Mujurlah beban saya sepenuhnya diringankan oleh barisan jentera perwakilan yang tidak jemu-jemu membantu saya dalam melaksanakan tugasan. Thanx a lots u guys!!! Sedang menanti hari terakhir esok yang semestinya masih menjanjikan pengalaman yang menarik. I-Allah… Sweet Dreams… Sleep Tight…

28 May 2010

kuntum khoiru ummatin ukhrijat linnaas

Alhamdulillah, berkesempatan mengikuti kuliah subuh pada pagi jumaat di Masjid al-Mukminun USJ 2..

Us. Zulkifli nama murabbi tesebut..

Saya tertarik dengan isi kuliah ustaz tersebut, penceritaan tentang umat manusia zaman kini, direlatekan dengan pemuda yang bernama Qarun & Samiri pada zaman Nabi Musa dan dikonklusikan dengan umat Nabi Muhammad S.A.W. Sungguh bernas nas dan ayat yang dikemukakan. Ditambah dengan sokongan dalil dan huraian ayat yang ringkas namun mudah difahami mengikut waqi' jemaah subuh pada pagi tadi.

Saya tertarik dengan kupasan beliau tentang amar ma'ruf nahi munkar yang selalu dipandang enteng dan diambil mudah oleh umat 1Malaysia sekarang. Ujarnya begini:

Konsep amar ma'ruf nahi munkar dapat diklasifikasikan kepada empat bahagian:
1. amar ma'ruf nahi munkar (menyuruh kepada ma'ruf, mencegah kemungkaran)
2. amar ma'ruf amar munkar (menyuruh kepada ma'ruf, menyuruh kemungkaran)
3. nahi ma'ruf amar munkar (mencegah kepada ma'ruf, menyuruh kemungkaran)
4. nahi ma'ruf nahi munkar (mencegah kepada ma'ruf, mencegah kemungkaran)

Rasanya tidak perlu kepada huraian selanjutnya, kerana saya pun dalam proses memahamkan dan mengaitkan perkara tersebut dengan situasi terkini.

Ujarnya lagi:

" Pada zaman Rasulullah, ada sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, adakah jika wujud dalam golongan mereka yang suka melakukan kemungkaran itu orang yang soleh, adakah mereka akan dibinasakan juga?" Jawab Rasulullah, "YA. Kerana orang yang soleh itu tidak menggunakan ilmu dan kepakaran yang ada untuk mencegah kemungkaran yang berlaku dihadapannya," Huraian hadis ini ada menyebut, orang yang soleh itu hendaklah menggunakan kepakaran yang sedia ada untuk mencegah kemungkaran tersebut. Namun jika dia tidak mampu atau berjaya, hendaklah dia berhijrah meninggalkan kawasan tersebut. Tunggulah bala Allah ke atas golongan yang melakukan kemungkaran itu,"

" Situasi ini dapat dianalogikan sebagai, dua golongan yang sedang belayar di lautan. Satu golongan berada di atas bahtera dan satu lagi golongan berada di bahagian bawah bahtera. Apabila sampai di kawasan air bersih, sesuai untuk diminum, mandi dan mendapatkan bekalan air bersih, kedua-dua golongan ini memerlukan bekalan air tersebut dan masing-masing naik ke atas kapal untuk mendapatkan bekalan air tersebut. Namun, golongan bawah kapal merasakan kesukaran hendak naik ke atas kapal apabila setiap kali hendak mendapatkan bekalan air tersebut. Jadi mereka membuat perancangan untuk tebuk sahaja dinding kapal di bahagian bawah agar kesulitan mereka dapat diatasi, bekalan air pun senang dapat tanpa memikirkan akibat atas perbuatan mereka. Jika golongan di atas kapal yang menyedari hal ini dan mereka membiarkan sahaja usaha tersebut tanpa ada terdetik di hati mereka untuk menghalang, nescaya bukan golongan bawah sahaja yang karam, malahan golongan yang berada di bahagian atas juga akan turut binasa,"

Pada hemat saya, contoh berkenaan sudah mencakupi kesemua huraian yang disertakan. Jadi apa kondisi dan situasi saya jika disuruh mengklasifikasikan diri ini berada di kategori yang mana? Pembaca sekalian? Renung-renungkan dan selamat beramal!!! Wallahua'lam...




20 May 2010

Benchmarking~Road Tour Kenyalang pt.3

3rd Day (13th of May)

Kami bertolak dari tempat penginapan pada jam 0700H.



singgah sebentar untuk breakfast

dan makan lagi~

Destinasi pagi ini, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tiba di UNIMAS, kami disambut oleh para pegawai Unit Komunikasi Korporat dan Fakulti Kejuruteraan. Kami terus dibawa ke bilik seminar untuk sesi kami pada pagi itu. Seperti biasa, slot pengenalan tentang UNIMAS dan Fakulti Kejuruteraan menjadi pembuka sesi kami. Seterusnya giliran kami menyangkan video korporat UiTM P.Pinang dan taklimat penerangan daripada pegawai pengiring yang merupakan Pengurus Asrama, En Zainuddin al-Mansor. Sesi itu berakhir jam 1030H. Seterusnya kami dibawa melawat sekitar kawasan kampus UNIMAS yang luasnya tidak terkata. Saujana mata memandang. Sehinggakan mereka mempunyai tasik yang menjadi lapangan aktiviti sukan air dan padang golf, termasuklah bowling alley!!!


bergambar di laman UNIMAS

sesi taklimat bersama unit komunikasi korporat dan fakulti kejuruteraan


sesi gurau senda~ dengan pegawai pengiring







lawatan ke sekitar kampus

Sungguh bertuah pelajar UNIMAS ini. Kami tertanya-tanya alangkah bangganya jika kampus kami dilengkapi kemudahan seperti ini. Namun kami menyedari perihal pro dan kontranya. Kami tetap bersyukur dengan kemudahan yang disediakan di dalam kampus ditambah dengan lokasi kampus UiTM P.Pinang yang amat strategik dan kemudahan-kemudahan seumpama itu malah lebih lagi daripada itu mudah didapati. Pengalaman Benchmarking ini menjadi panduan dan pendedahan kepada kami tentang asam garam kehidupan yang sewajarnya perlu diteruskan.


solat jamak qasar di masjid berdekatan

Dari UNIMAS, kami dibawa pula ke temppt-tempat menarik yang lain. Destinasi seterusnya; SEMANGGOH WILDLIFE. Dengan berbekalkan yuran masuk sebanyak RM 3 ditambah yuran pengangkutan pergi dan balik RM 1 sehala, kami dibawa masuk ke tempat lawatan. Tarikannya adalah ORANG UTAN. Kami dibawa melihat habitat asal spesies yang diancam kepupusan ini. Daripada yang baru lahir sehinggalah yang paling dominan dan garang terdapat di sini. Berbaloi dengan bayaran yang dijelaskan dengan pengalaman yang kami terima. Saya terfikir, padanlaa Charles Darwin mengemukakan teori evolusi yang sudah terbukti kepalsuannya kepada mata dunia apabila melihatkan perwatakan orang utan ini. Namun hikmah kejadian manusia daripada setitis air mani mampu menjelaskan semuanya. Hikmah bermusafir juga membantu manusia mentadabbur alam ciptaan-Nya.

orang utan~ sedang memanjat










Seterusnya, dalam keadaan hujan yang renyai-renyai bertambah lebat, kami dibawa pula melawat Yong Huat Heng: Brick & Earthern Factory atau Kilang Pembuatan Pasu antara yang terkenal di kawasan ini. Di sini, kami berpeluang mencuba sendiri membuat pasu yang bahan binaannya merupakan tanah liat yang dibentuk menjadi pasu pelbagai rupa. Deretan pasu yang sudah siap diproses juga dipamerkan di sini. Para peserta tidak ketinggalan juga membeli pasu yang beraneka jenis untuk dibawa pulang ke semenanjung. Malam itu kami dibawa untuk menikmati hidangan makan malam di Bandar Kuching. Menunya, NASI AYAM PENYEK. Lawatan kami pada hari itu, berakhir di sini.

setelah bertungkus lumus mengerjakan~ tanah liat

belum berpuas hati

dan inilah hasilnya... cantik kan?

Related Posts with Thumbnails