Assalamualaikum W.B.T
Salam satu malaysia~... huk2... gila gempak post title... segan gak guna perkataan ni... tp dalam pekeliling UiTM da diwartakan supaya guna tagline "1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dalam setiap surat rasmi berkuatkuasa serta-merta... Padanlaa... Format surat rasmi terbaru kot, tak pernah belajar pun kat sekolah dulu kena letak tagline n etc ni smua... revised syllabus... then kena ikut laa... sekarang ni pun sedang berhempas pulas menghabiskan bacaan novel "Mikhail" karangan Ramlee Awang Murshid... di samping pelbagai rujukan ilmiah yang lain...
Hari sabtu bersamaan 5 dis 2009 merupakan detik keberangkatan pulang ke selangor daripada kelantan... dekat ngan sebulan gak stay kat kelantan start drpd 15 nov lagi... di samping sambutan eidul adha 1430 H yang agak berlainan daripada tahun sebelumnya... kenapa? ermm... tak tahu camner nak menggambarkannya... hehe.. selain sambutan raya, sempat juga membawa diri berkunjung ke Pengkalan Kubor - Kawasan Bebas Cukai- sempadan Malaysia-Thailand selain exit Rantau Panjang... Alang-alang berkunjung ke sana, sempat juga tibai beberapa helai pakaian di samping tumpang belian dan tempahan jersey adik dalam pelaburannya... dapat harga murah gila kot beli banyak-banyak...
Kat bawah ni antara caption sepanjang road tour to Pengkalan Kubor... first timer berkunjung ke sini... nama je orang Kelantan, tapi tidak semua tempat di negeri Cik Siti Wan Kembang ni aku berjaya jelajahi... Semestinya pembaca sekalian pun begitu juga kan?
pemandangan dari menara di pantai sri tujuh
kawasan sempadan Malaysia-Thailand melalui lautan kelihatan benteng batuan di sebelah kanan milik Malaysia manakala di sebelah kiri milik negara jiran
Sepanjang keberadaan di kelantan, banyak juga pengalaman yang aku timba, selain menyertai usrah zon timur di rumah Kak Shaliani di Pulau Melaka, walaupun sebenarnya aku ahli zon tengah, berkunjung ke rumah kenalan yang lain, ziarah menzarahi dan pelbagai lagi per kara menarik yang sukar digambarkan melalui mata pena... maaf buat sahabat-sahabat zon timur coz tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam program yang kalian jalankan... terpaksa berangkat ke tanah air... harapanku untuk menyertai program zon tengah pula di sana nanti... namun tidak juga kesampaian kerana aku akan melabuhkan pula diri ke kampus di Penang dalam jangka masa program zon tengah itu dijalankan... huhu... sadis.. xpelaa...
bagasi yang sudah ditagging
Tiba di KLIA tepat jam 6.30pm... sempat merakamkan suasana di tempat 'parking' pesawat dan hangar... ntahlaa.. rasa minat mendalam melihat penyelenggaraan pesawat dan kerja lapangan sebegini... itulah sebabnya memilih bidang kejuruteraan mekanikal dalam bidang aeronautik... alhamdulillah...
Tinggal lagi seminggu tempoh stay kat rumah... then 12 hb da kena berangkat ke Penang... Trying to manage my time wisely... hehe...
nota kaki : ermm,,, kurang mahir lagi dalam menyelaraskan gambar :-( dan apesal kuar background putih plak ni.. haishhh...
haha..aku org penang pon dah dua kali sampai pgkln kubor...haha
ReplyDelete'salam 1 malaysia' rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan??baru2 ni indeks rasuah di malaysia jatuh dari 47 ke 56...pencapaian ni ke??haha..setakat retorik budak baru boelh bercakap pon boleh buat..
mikhail? best!!
ReplyDeletesila habeskn
>>nazrul fazli
ReplyDeletehaha... manerlaa menyempat balik kelantan gi lepak2... 2 naseb bek x naik feri seberang thailand tau...
wohoii... macam salahkan aku plak... wallahua'lam, da nak buat cmner... orang2 SPRM pun buat bende tu... kita yg terpelajar ni yg kena take into consideration..
>> syaimaa
ReplyDeleteda berjaya menghabiskannya...
ermm... x jangka pun nak baca... masuk bilik my sis da wujud benda tu... tangan gatal je nak capai...
btw, trio bagaikan puteri-cinta sang ratu-hijab sang pencipta da lunas dua tahun lepas... hik3...
FAIZ!!
ReplyDeleteApa maksud 'kewujudannya diragui'? X faham.. he3..
Jamal
ReplyDeletehaa... sama2 kita bongkar rahsianya sekarang...
Rahasia itu hanya KAU yang tahu...