hadith of the day

pendokong

27 December 2009

Re-Treat JPK at UiTM Kampus Bandaraya JB

Assalamualaikum w.b.t.

title up : pengisian cuti sem
mood : sad... cuti dibekukan
vacation : whole day journey from northerst to southerst state
participants : those who involved in da comittee
date and intervals : 13/12/09-16/12/09

Kepulangan ke Pulau Pinang pada hari sabtu itu diselangi pembay
ang teka silangkata yang agak menarik... perasaan saling bercampur baur, resah gelisah, dan sebagainya... tapi tidaklah sangat memikirkan dan melayan perasaan yang gundah gelana ketika itu... mungkin bukan diri yang sebenar agaknya (cuba untuk susun ayat)... esoknya sudah mula bertolak ke Johor Bahru... direct trip from Pulau Pinang... Pada mulanya mula merancang untuk peserta dari Selangor dan kawasan yang sama waktu dengannya diambil di pick-up point R&R Sungai Besi... Tapi arahan keras daripada pihak atasan melarang kami untuk berbuat demikian atas dasar pick-up and drop point hanya boleh dilakukan sekali sahaja... erm.. akur dengan kehendak pihak berkenaan...

Pagi ahad itu, berkumpul di hentian bas berhadapan kolej siswi untuk pergerakan awal bermula... bertolak dalam jam 8.30 a.m. dari kampus Permatang Pauh... dan pengembaraan bermula merentasi semenanjung Malaysia....


inilah driver bus sepanjang perjalanan dari P.Pinang ke Johor









ini pula penumpang yang amat mempercayai pemandu bas tadi






namun apakan daya, bas siswi pula rosak di tengah jalan, bukan salah pemandu bas tadi yer...







diorang ni plak, sempat snap photo, bukan nak tolong baiki bas, although semua engineer to be...






Setelah ranjau dan liku dalam perjalanan ke JB, akhirnya selamat jua tiba di kampus bandaraya JB pada jam 9pm lebih kurang ah... tidak banyak aktiviti yang dibuat pada malam pertama... Hanya pembahagian pakaian, kumpulan dan penerangan serba ringkas tentang setiap aktiviti yang bakal kami jalani sepanjang dua hari berkursus... kalau dihitung jumlah hari pergi dan balik... alamatnya makan masa 4 hari jugalah kami berusaha untuk menumpukan perhatian kepada kursus JPK ini...

Hari Pertama Berkursus......



ceramah pertama di pagi hari daripada salah seorang kaunselor dan tenaga pengajar UiTM kampus bandaraya JB







peserta agak bersemangat... apabila diberi tips bagaimana menguruskan tekanan... are u ready?? yes i'm ready, CHANGE!!!







namun semangat berkobar itu terkubur apabila salah seorang daripada kami collapse (ZZZ.....) dan inilah hukumannya







semangat kembali pulih setelah senaman ringan









slot LDK sesi petang









sesi suap-menyuap, moderator x terlibat








Malam tu pulak ada perasmian daripada koordinator kampus bandaraya JB...
Bukan sekadar perasmian... penggulungan pun ada gak...


penceramah kami yang berbaju batik






Dan malam tu juga berakhir dengan sesi LDK semua peserta....
Sedang menantikan hari esoknya pula.....

Hari kedua......

Sesi yang sama juga diteruskan.... LDK dan ceramah...



antara peserta yang terlibat








penceramah kedua, Ustaz Zack....
cara menguruskan perbelanjaan program dengan berhemah








antara para juri pada sesi pembentangan kumpulan









...and this is my LDK team






Penukaran kostum semasa photo capturing memang biasa berlaku... orang banyak baju katakan... yeah!!! tapi yang basuh sket jer...



para peserta re-treat JPK UiTMPP










duta JPK Zamrud







delegasi bersama penasihat









nak tahu sape amik gambar kat atas ni?? sayalah...







Hari terakhir program... setelah selesai segala ceramah dan LDK... jenjalan sekitar JB... nak tau jugak apa yang ada kat JB, ada sorang sekretariat JPK berasal daripada Kg Parit Jerman... pernah jugak dia provoke Johor kat kitorang... tapi macam biasalaa... x makan pujuk...tempat first yang dilawati ialah kilang APOLLO... produk Apollo semua murah kat sini... harga kilang semua... memang agak jauh berbeza daripada harga di pasaraya terdekat... tapi aku x beli pun... window shopping je... dan snap photo...


bergaya depan kilang










setia menunggu ketibaan pembeli Apollo menghabiskan jual beli






Selepas itu pula, bergerak ke kawasan Iskandar Malaysia kawasan selatan, kalau di utara dipanggil NCER, dan di timur ECER... sebelum tiba di sana, kami singgah di kawasan pentadbiran dan perancangan kawasan Iskandar Malaysia iaitu NUSAJAYA... kata seorang kawan daripada Johor projek ini adalah FreeHolders namun pemegang saham terbahagi kepada tiga pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Johor, dan Republic of Singapore...


sedang meninjau kawasan dan tapak projek








dah bosan sangat dengar ceramah daripada pihak pemaju, lepak kat luar pulak








buat 'onar' depan bas







ni pula kawasan perairan NUSAJAYA, tempat persinggahan kapal layar dan bot-bot esekutif, memang berpestij






Tempat terakhir dilawati ialah kawasan paling popular di JOhor... Teluk Danga@Danga Bay atau nama sebelum penjajahan kami ialah Pantai Lido... Ini kunjungan saya yang kedua ke Danga Bay, sebelum ini pun pernah singgah di sini hasil daripada kunjungan ke Johor untuk menyertai Kejohanan Taekwondo Terbuka IPT anjuran UTM Skudai... Kat sini pun saya sekadar window shopping, walaupun rambang mata kepada certain things anf souvenir yang ada kat situ, tapi yang saya berkenan kebanyakannya saya dah ada pun... layan asam n jeruk pun jadilah....

Malam tu ada dianjurkan BBQ dan sesi ramah mesra antara staff dan peserta di samping majlis penutupan dan sesi persembahan para peserta mengikut kumpulan jawatankuasa perwakilan masing-masing...



kumpulan JPK Zamrud mendendangkan lagu









JPK Zamrud dinobatkan Anugerah Kumpulan Kreatif, pada hemat saya, anugerah paling berprestij untuk kursus ini







antara sebahagian staff yang terlibat dalam menjayakan kursus kali ini, jutaan terima kasih kepada semua






Setakat ini sahaja pengisian pada kali ini, bukan untuk membanggakan diri, namun untuk berkongsi pengalaman kepada para 'pembaca' sekalian hehe...ini pengalaman saya dan saya yakin dan pasti orang yang di luar sana juga mempunyai pengalaman masing-masing untuk dikongsikan... jangan lupa dan jangan malu untuk berkongsi... hidup ini pun perlu dikongsi dan sewajarnya dalam kehidupan kita pun tiada apa yang menjadi milik kita... semuanya dikongsi... erm.. dah x larat nak melalut da rasanya... wassalam....

18 December 2009

Tahniah Malaysia!!! Hikmah Awal Muharram 1431H

'Kejayaan terbesar dalam hidup saya'



Aidil Zafuan

Saya bangga kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan amat baik: Aidil Zafuan

"INI kejayaan terbesar dalam hidup saya. Inilah permulaan yang terbaik untuk kami."

Luahan itu adalah yang pertama diucapkan kapten, Aidil Zafuan Abdul Radzak, sebaik skuad negara menamatkan penantian emas selama 20 tahun untuk kembali mengungguli pentas saingan Sukan Sea.

Wajahnya jelas penuh kelegaan, terutama mengambil kira betapa hebatnya Aidil dan rakan seganding lain - Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Sabre Mat Abu dan Nasriq Baharom - diuji dengan serangan tanpa henti Vietnam, terutamanya pada babak pertama perlawanan.


"Memang kami jadi mangsa asakan yang ibarat tanpa henti pada babak pertama. Saya amat-amat bersyukur kerana kami berjaya bertahan dengan baik. Selepas gol itu, matlamat saya ialah memastikan kubu kami kekal tidak dibolosi.

"Terima kasih kepada semua rakan sepasukan. Kami sudah berusaha sebaik mungkin dan hadiah ini juga bukan untuk kami, tetapi juga kepada semua pihak yang memberikan sokongan. Juga kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Turut wajar diberi pujian ialah penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee, yang ibarat tembok tanpa ada ruang mampu ditembusi lawan.

Beberapa gerak aksinya menakjubkan, dengan layangan badan untuk menepis keluar cubaan ataupun bertindak berani keluar merebahkan diri dan merampas bola di kaki penyerang lawan.

"Saya berterima kasih kepada jurulatih, K Rajagobal, kerana percaya kepada saya. Saya sentiasa ingat bahawa ini rezeki saya - untuk dapat awalnya terpilih dalam pasukan dan kemudiannya mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

"Saya bangga kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan amat baik," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemarau sudah berakhir



RAJAGOBAL meraikan kejayaan skuadnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0, malam tadi.

Emas ke-40 kontinjen negara sumbangan anak buah Raja

DUA puluh tahun menanti, ianya berakhir dengan nikmat yang sukar digambarkan.

Malaysia kini kembali bermegah selaku juara Sukan Sea apabila menangani dengan bijak segala percaturan dijelmakan Vietnam dalam laluan melakar kemenangan 1-0 pada final, semalam.

Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1979.

Ia juga mengembalikan gembira bergelar juara yang kali terakhir dirasai di Stadium Merdeka, 20 tahun lalu.

"Perasaan ini sukar digambarkan. Ini untuk bola sepak negara. Untuk rakyat Malaysia. Tetapi sekali lagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Kita perlu bersabar untuk melihat skuad negara yang lebih mantap pada masa depan," tegas jurulatih, K Rajagobal.
GOL kemenangan Malaysia bermula detik ini apabila percubaan Norshahrul Idlan Talaha (kiri) terkena pertahanan lawan menyebabkan bola membias sekali gus menewaskan penjaga gol Vietnam, Tan Truong Bui, semalam.

Cuma, Rajagobal tidak lokek pujian kepada barisan pemain yang jelas mencetus rasa bangga buatnya.

Kerana sejak awal permainan, rintangan menanti memang tidak mudah. Vietnam barisan jauh lebih tersusun dan kemas berbanding Laos yang ditumpaskan sebelum ini. Malah untuk beberapa detik awal, mereka lebih kerap mengatur gerak ancaman buat menguji kubu skuad negara.

Selepas saling mematahkan ancaman cuba dijelmakan, Vietnam beroleh peluang pertama pada minit ke-26 apabila umpanan lintang jauh melepasi Mohd Sabre Mat Abu dan S Kunanlan dalam kawasan penalti untuk ditanduk Mai Tien Thanh.

Namun penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sempat melayangkan diri untuk menepis keluar ancaman.

Empat minit kemudiannya, Kunanlan meledakkan rembatan dari jarak 25 meter yang bagaimanapun terus ke dakapan penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong manakala umpanan lintang dari sebelah kanan, beberapa minit kemudiannya, melepasi Safiq Rahim untuk menanduk ke sasaran.

Dominasi babak kedua jelas milik skuad negara. Terbukti menerusi cubaan K Gurusamy yang sipi pada minit ke-46, tandukan Ahmad Fakri Saarani yang sedikit melewati palang pada minit ke-57 serta cubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan benteng lawan di atas garisan pada minit ke-62.

Vietnam dipaksa lebih bertahan, dengan dihadkan sesekali mengatur ancaman yang ditangani cantik barisan benteng penuh berdisiplin diterajui Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabre Mat Abu dan Sharbinee di gawang.

Pemecah kebuntuan gol akhirnya ditemui skuad negara pada minit ke-84. Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena kaki pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Masuk ke padang, nikmati detik hebat ini'





BABAK pertama terikat tanpa jaringan. Apa yang dilakukan kesebelasan negara tampak lebih kepada melunturkan sebarang percaturan taktikal Vietnam.

Tetapi segalanya berubah pada babak kedua apabila dominasi dan ancaman ketara milik negara dalam laluan menang 1-0 dan meraih emas bola sepak temasya kali ini.

Lantas, apa rahsianya? Jurulatih, K Rajagobal berkongsi juga apa mesejnya kepada pemain, sebaik tamat upacara penyampaian hadiah di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, malam tadi.

"Saya katakan kepada pemain bahawa mereka sudah melakukan tugas yang baik pada 45 minit pertama. Vietnam langsung tidak berjaya memperolehi jaringan. Cuma, ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Ketika itu, mereka kerap dan cepat hilang penguasaan bola. Peluang yang ada juga tidak dimanfaatkan.

"Saya tegaskan kepada penyerang-penyerang saya, jika mereka tidak agresif pada babak kedua, saya tidak akan teragak-agak mengeluarkan mereka, tidak kira siapa.

"Saya mahu mereka yakin dengan diri sendiri. Mereka sudah buktikan dengan kemaraan sejauh ini. Beraksi di final yang tiada siapa percaya pada mulanya. Jadi, jangan biarkan tekanan ataupun harapan tinggi mengganggu mereka lagi.

"Saya mahu mereka fikirkan bagaimana perasaannya nanti apabila dapat membawa balik emas. Lebih utama, saya mahu mereka masuk ke padang dan menikmati detik bersejarah buat mereka ini. Bermain, dan nikmatilah detik ini," katanya.

Ianya jelas menjadi kerana Vietnam yang sebelumnya berbangga dengan kelebihan psikologi selepas menang 3-1 di peringkat kumpulan, akhirnya akur dengan hakikat betapa malam tadi, kesebelasan negara adalah pemenang yang berhak.

Lawan itu kini pulang dengan kecewa dan dipaksa terus menanti - tanpa pernah sekalipun merasai nikmat dikalungkan pingat emas bola sepak Sukan Sea dalam sejarah penyertaan mereka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Impian jadi kenyataan


UNTUKMU MALAYSIA... Pemain negara merealisasikan impian negara untuk meraih pingat emas
di pentas Sukan SEA selepas 20 tahun.





VIENTIANE, Laos - Selepas menanti selama 20 tahun, akhirnya pingat emas acara bola sepak Sukan SEA kembali berada dalam genggaman Malaysia.

Skuad negara kendalian K. Rajagobal mengakhiri kemarau selama 20 tahun itu apabila berjaya membenam Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional.

Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup buat barisan muda negara melakar sejarah penuh gemilang di bumi Laos, sekali gus membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas ke-40 semalam.

"Selepas kita menanti 20 tahun, kini anak-anak buah saya sudah mengembalikan semula pingat emas acara bola sepak Sukan SEA buat Malaysia. Kami sememangnya berhak meraih untuk pingat emas ini.

"Selama ini, kita menunggu untuk bergelar juara Sukan SEA dan akhirnya para pemain saya telah merealisasikan impian seluruh peminat bola sepak Malaysia. Saya harap, dengan kejayaan ini, ia akan kembali mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia," kata Rajagobal.

Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 1-0. Pada Sukan SEA 2001 juga di Kuala Lumpur, skuad negara turut melangkah ke final, namun tewas 0-1 kepada Thailand.

Mengulas lanjut kejayaan anak-anak buahnya mengulangi pencapaian pada Sukan SEA 1989, Rajagobal berkata, kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan menjadi antara kunci utama mereka ditabalkan selaku juara pada temasya kali ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


09 December 2009

mimpi yang indah

Assalamualaikum w.b.t semua...

pernahkah anda terfikir tentang MEMAKSA@PAKSAAN@TERPAKSA n such things tu terbahagi kepada beberapa pecahan? ini antara pecahannya, dan saya pasti masih terdapat banyak lagi pecahannya :

1)MEMAKSA seseorang melakukan perkara yang mereka TIDAK sukai sedangkan perkara itu memberi kebaikan kepada mereka
2)MEMAKSA seseorang melakukan perkara yang mereka AMAT sukai sedangkan mereka suka melambat-lambatkannya malah tidak mengendahkannya
3)MEMAKSA seseorang untuk TIDAK melakukan perkara yang mereka AMAT sukai kerana perkara itu tidak memberi kebaikan kepada mereka
4)MEMAKSA seseorang untuk TIDAK melakukan perkara yang mereka TIDAK sukai kerana membawa keburukan kepada mereka
5)MEMAKSA seseorang ......+......+...... + AMAT or TIDAK sukai bla-bla-bla....

pilihlah PAKSAAN mana yang sesuai untuk kita, dibenarkan memilih lebih daripada satu andai kita menghadapi segala macam situasi yang memerlukan keadaan terPAKSA, andai kita mahukan PAKSAAN ditiadakan dalam dunia Allah ini, maka carilah dunia lain yang Allah tiada kekuasaan-Nya ke atas dunia itu... FAKE IT TILL YOU MAKE IT... Rasulullah pun pernah berkata... ada antara amal yang kena diPAKSA sebelum menjadi darah daging... tak pernah salah untuk seorang hamba itu bersyukur... it's just there... just happen...

kita juga meMAKSA diri untuk belajar, bekerja, menjadi hamba kepada-Nya, taat kepada ibu bapa, guru n etc. plus ibubapa kita juga meMAKSA kita untuk melakukan sesuatu perkara untuk kebaikan kita dan kita wajib mematuhinya selagi tidak melanggar hukum syarak... dan pelbagai situasi lain yang saya percaya kalian juga pernah, sedang dan bakal melaluinya...

segelintir golongan wanita di luar sana, pemakaian mereka sudah cukup menggambarkan tahap nilai akhlaknya... bak kata salah seorang pelakon syurga cinta : "...daripada awek yang dok add aku dalam facebook tu, semua benda nak TERKELUAR...", sementelah dengan segelintir golongan adam juga begitu...

gerakan yang disifatkan sebagai radikal Islam sebagai contoh gerakan Sister's in Islam (SIS) yang melabelkan diri mereka sebagai pejuang hak wanita Islam, namun majlis tertinggi dan segelintir ahli yang menganggotainya tidak juga mengamalkan Islam... bertudung pun sekadar memenuhi syarat... mengenakan selendang namun mendedahkan bonjolan rambut ber'blower' mereka... inikah yang dikatakan pejuang islam? mereka pernah suatu ketika menyuarakan kebebasan hak wanita dalam agama Islam... mereka menjunjung ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 256 yang berbunyi :
"tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam),..."

mereka menjunjung dan membahaskan ayat ini ke merata-rata tempat... namun,sekadar sampai di situ sahaja ayat ini mereka ambil, jika kita semak semula dalam al-Quran, ayat 256 ini masih panjang lagi... kita akui jika dicanangkan atau disambungkan ayat itu hingga ke penghujungnya dan ditambah pula beberapa ayat selepas itu sudah mampu menjelaskan secara keseluruhan maksud tiada paksaan dalam agama itu... mari kita semak...

ayat 256 :"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul (tali) yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,"

ayat 257 :"Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya,"

ayat 284 :"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,"

ayat 285 :"Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali","

ayat 286 :"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir","

ada suatu gerakan yang memperjuangkan artikel 11 suatu ketika dahulu tapi masih kekal aktif sehingga sekarang (Gerakan Inter-Faith Commision -IFC-) juga memperlihatkan supaya kebebasan diberikan kepada semua warganegara MALAYSIA yang berumur 18 tahun ke atas untuk menetapkan pilihan agama mereka sendiri, bermakna :

>orang yang menganut agama ISLAM boleh kekal dengan agamanya atau menganut kristian, buddha, hindu dan agama lain
>orang yang menganut agama KRISTIAN boleh kekal dengan agamanya atau menganut islam, buddha, hindu dan agama lain
>orang yang menganut agama BUDDHA boleh kekal dengan agamanya atau menganut islam, kristian, hindu dan agama lain
>orang yang menganut agama HINDU boleh kekal dengan agamanya atau menganut islam, kristian, buddha, dan agama lain
>orang yang menganut AGAMA LAIN boleh kekal dengan agamanya atau menganut islam,kristian, buddha, dan hindu

tetapi Islam melarang keras perkara sebegini, agama bukan perkara main-main... jika keluar daripada Islam (murtad atau golongan riddah)... hukuman bunuh menanti seterusnya kepada si pelaku setelah nasihat, bimbingan dan tempoh diberikan untuk dia kembali semula ke dalam agama Islam namun tidak diendahkannya... itu hukuman hudud... hukuman hudud boleh melepaskan si pelaku daripada menerima hukuman Allah yang maha berat di akhirat kelak atas kesalahan yang dilakukan di dunia ini... namun jika si pelaku terlepas hukuman di dunia... maka azab Allah yang maha perit bakal ditanggung di akhirat kelak...

but we've HIM, yes... no matter what... come hell or high water....=) Allah is enough for us...

best regard's,

faiz aizudeen ismail
www.deenulfareast.blogspot.com

08 December 2009

~Kewujudannya Diragui~

Assalamualaikum W.B.T

Salam satu malaysia~... huk2... gila gempak post title... segan gak guna perkataan ni... tp dalam pekeliling UiTM da diwartakan supaya guna tagline "1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dalam setiap surat rasmi berkuatkuasa serta-merta... Padanlaa... Format surat rasmi terbaru kot, tak pernah belajar pun kat sekolah dulu kena letak tagline n etc ni smua... revised syllabus... then kena ikut laa... sekarang ni pun sedang berhempas pulas menghabiskan bacaan novel "Mikhail" karangan Ramlee Awang Murshid... di samping pelbagai rujukan ilmiah yang lain...
Hari sabtu bersamaan 5 dis 2009 merupakan detik keberangkatan pulang ke selangor daripada kelantan... dekat ngan sebulan gak stay kat kelantan start drpd 15 nov lagi... di samping sambutan eidul adha 1430 H yang agak berlainan daripada tahun sebelumnya... kenapa? ermm... tak tahu camner nak menggambarkannya... hehe.. selain sambutan raya, sempat juga membawa diri berkunjung ke Pengkalan Kubor - Kawasan Bebas Cukai- sempadan Malaysia-Thailand selain exit Rantau Panjang... Alang-alang berkunjung ke sana, sempat juga tibai beberapa helai pakaian di samping tumpang belian dan tempahan jersey adik dalam pelaburannya... dapat harga murah gila kot beli banyak-banyak...

Kat bawah ni antara caption sepanjang road tour to Pengkalan Kubor... first timer berkunjung ke sini... nama je orang Kelantan, tapi tidak semua tempat di negeri Cik Siti Wan Kembang ni aku berjaya jelajahi... Semestinya pembaca sekalian pun begitu juga kan?


pemandangan dari menara di pantai sri tujuh














kawasan sempadan Malaysia-Thailand melalui lautan kelihatan benteng batuan di sebelah kanan milik Malaysia manakala di sebelah kiri milik negara jiran







Sepanjang keberadaan di kelantan, banyak juga pengalaman yang aku timba, selain menyertai usrah zon timur di rumah Kak Shaliani di Pulau Melaka, walaupun sebenarnya aku ahli zon tengah, berkunjung ke rumah kenalan yang lain, ziarah menzarahi dan pelbagai lagi per kara menarik yang sukar digambarkan melalui mata pena... maaf buat sahabat-sahabat zon timur coz tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam program yang kalian jalankan... terpaksa berangkat ke tanah air... harapanku untuk menyertai program zon tengah pula di sana nanti... namun tidak juga kesampaian kerana aku akan melabuhkan pula diri ke kampus di Penang dalam jangka masa program zon tengah itu dijalankan... huhu... sadis.. xpelaa...

5 Dis 2009 menyaksikan kepulangan aku ke Selangor... Alhamdulillah... kali ini seperti tahun yang sama, dan saat yang sama, pulang dengan menaiki Malaysia Airlines... kalau tahun lepas naik Air Asia... da siap packing daripada rumah nenda di Kedai Piah, lantas bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa... tiba di terminal jam 3 petang... Departure dalam kol 4.30pm... selesai check in and tagging... kami 6 beradik bergerak ke ruang legar atas terminal untuk nikmati juadah atas angin... kedengaran pengumuman daripada petugas terminal menyatakan flight kami mengalami kelewatan selama 45 minit dan dijangka berlepas pada jam 5.15pm... selang setengah jam kemudian, petugas terminal megumumkan pesawat kami mengalami penjadualan semula dan dijangka berlepas pada jam 5.30 pm pula... itulah pengalaman yang wajib ditempuh oleh semua penumpang atau pun insan yang menggunakan khidmat pengangkutan udara ini... delayed-delayed-delayed... perkara biasa...


bagasi yang sudah ditagging





















Tiba di KLIA tepat jam 6.30pm... sempat merakamkan suasana di tempat 'parking' pesawat dan hangar... ntahlaa.. rasa minat mendalam melihat penyelenggaraan pesawat dan kerja lapangan sebegini... itulah sebabnya memilih bidang kejuruteraan mekanikal dalam bidang aeronautik... alhamdulillah...























Tinggal lagi seminggu tempoh stay kat rumah... then 12 hb da kena berangkat ke Penang... Trying to manage my time wisely... hehe...

nota kaki : ermm,,, kurang mahir lagi dalam menyelaraskan gambar :-( dan apesal kuar background putih plak ni.. haishhh...


07 December 2009

Boleh Jadi, Kandungan Babi Sudah Menjalar ke Tubuh Kita!!!


Christein Meindertsma
Kecuali suara khas jeritannya, kandungan hewan ini seakan menginvasi kehidupan manusia. Dari permen hingga peluru dan senjata kimia!

Bagi mereka yang mengkonsumsi daging babi, ketika menikmati sepotong bacon sandwich, mungkin hanya sedikit yang bertanya-tanya kemana perginya bagian tubuh lain dari babi yang telah mengorbankan nyawanya untuk manusia itu. Seorang penulis yang penasaran, Christein Meindertsma , mencoba melacak kemana saja bagian-bagian tubuh babi itu pergi.

"Seperti kebanyakan orang, saya hanya sedikit mengetahui apa yang terjadi setelah seekor babi meninggalkan rumah jagal. Oleh karena itu saya berusaha untuk mencari tahu. Saya mendatangi seorang teman peternak babi yang setuju mengizinkan saya untuk mengikuti salah satu dari hewan-hewannya."

Dengan nomor identitas 05049 yang tertulis pada label kuning yang melekat di telinganya, perjalanan seekor babi berakhir dalam keadaan yang menakjubkan. Bagian-bagian tubuhnya digunakan paling tidak untuk 185 keperluan yang berbeda. Mulai dari pabrik permen dan shampo, hingga roti, body lotion, bir, dan peluru.



Christein Meindertsma

Christein berkata, "Saya sangat terkejut ketika saya mulai mengetahui betapa luar biasa dan bervariasinya kegunaan dari seekor babi. Sepertinya pada masa sekarang ini, babi tidak lagi sekedar dipandang sebagai hewan , tapi lebih sebagai bahan baku mentah industri dengan jenis pemanfaatan berbeda yang jumlahnya tidak terbayangkan."



Proses Piramid Pig Fat bahan baku Untuk Makanan & Cosmetik dll


Makanan & Agar Agar/Gel yg kebanyakan dibuat dari bahan Gelatin

Permen Percy Pigs
[Menurut catatan babi dengan nomor identitas 05049 yang diikutinya, sebanyak 4,9 pon dari total bobot tubuhnya 272 pon, digunakan untuk pembuatan permen kenyal. Sementara 4,8 pon digunakan untuk pembuatan permen liquorice. Dalam proses tersebut, kolagen dikeluarkan dari babi, kemudian diubah menjadi gelatin. Dari sini kemudian, penggunaannya dalam proses produksi makanan semakin beragam, terutama sebagai agen pembentuk gel.

Meskipun tidak semua permen di Inggris mengandung gelatin babi, tapi banyak yang menggunakannya. Termasuk permen produksi Marks & Spenser yang sangat populer dan sesuai namanya, yaitu permen Percy Pigs.

Tidak hanya permen yang mengandung gelatin. Dalam bir, anggur, dan jus, gelatin babi digunakan untuk menghilangkan warna keruh dari minuman. Gelatin itu bekerja sebagai agen pencerah, dengan cara bereaksi dengan tannin dalam cairan dan menyerap keruh.

Sebagian eskrim, whipped cream, yogurt, dan juga mentega, mengandung gelatin. Demikian pula makanan hewan peliharaan. Yang lebih mengejutkan, sejumlah produk obat-obatan juga mengandung gelatin. Semuanya, mulai dari penghilang rasa sakit hingga multivitamin.


Berbagai produk makanan, Yoghurt & kosmetik yg menggunakan Gelatin
Produk-produk kebersihan diri dan kecantikan, juga dibuat dengan bahan babi. Asam lemak dikeluarkan dari lemak tulang babi, yang digunakan dalam shampo dan conditioner untuk memberi efek tampilan yang bersinar, sepeti mutiara. Jenis asam ini juga bisa ditemui di sejumlah body lotion, alas bedak, dan krim anti kerut.

Glycerin yang dihasilkan dari lemak babi, juga digunakan sebagai bahan dalam pembuatan berbagai macam produk pasta gigi.

Christein yang berasal dari Belanda, adalakalanya bertemu dengan beberapa perusahaan yang enggan untuk membantu dalam petualangannya mengikuti perjalanan sang babi. Sebagian perusahaan lainnya menyatakan, tidak sadar jika produk mereka mengandung elemen yang diambil dari bagian tubuh babi, karena ada pihak antara yang terlibat dalam proses produksi dan distribusinya.

Kebingungan konsumen juga tidak terbantu dengan hanya melihat label bahan pembuatan produk, karena tidak dijelaskan dari mana bahan-bahan itu diambil.

Menurut Food Standards Authority, tidak ada kewajiban hukum bagi produsen untuk menyebutkan secara khusus, apakah gelatin yang mereka gunakan berasal dari babi atau hewan lain. Bila disebut secara khusus dengan sebutan suiline gelatin, seringkali membingungkan. Karena suiline bukanlah kata yang dikenal masyarakat umum (dalam bahasa Inggris).

Menurut Richard Lutwyche, seorang peternak babi yang berpengalaman lebih dari 60 tahun, Ketua Traditional Breeds Meat Marketing Company dan seorang anggota dari British Pig Association, alasan terbesar dari kebingungan masalah produk babi ini karena kebanyakan peternakan babi berskala industri.

"Di Inggris, peternakan komersial besar mengirim babi-babi mereka ke sejumlah rumah jagal besar. Tempat pejagalan yang akan menjual babi-babi itu ke pasar yang berbeda, berdasarkan produksinya," kata Lutwyche.

"Apapun yang tidak bisa mereka jual, maka mereka harus membakarnya. Maka adalah demi kepentingan mereka, untuk menjual sebanyak mungkin yang mereka bisa."



Bagian daging & Lemak Babi


"Ada ungkapan lama yang mengatakan, 'bicara soal babi, Anda bisa memanfaatkan semuanya, kecuali bunyi jeritannya.' Selama lebih dari 100 tahun penggunaannya berkembang pesat," ujar Lutwyche.

Yang mengejutkan, banyak produk lain yang juga dibuat dengan babi sebagai bahannya. Seperti negatif film yang menggunakan kolagen dari tulang babi. Sepatu yang menggunakan kulit babi dan lem tulang dari babi untuk meningkatkan kualitas bahan-bahan kulit lainnya. Serta cat yang menggunakan lemak tulang babi untuk memperkuat efek bersinarnya.

Sebagian pabrik rokok menggunakan hemoglobin dari darah babi untuk membuat filter pada rokok.

Lain kali jika membeli roti, mungkin Anda perlu melihat kemasan pembungkusnya. Sebagian produsen menggunakan L-cysteine, yaitu protein yang dibuat dari bulu babi atau hewan lain, yang berguna untuk melembutkan adonan.

Penggunaan paling aneh dari babi yang berhasil ditemukan Christein adalah dalam pembuatan peluru dan bahan peledak. Gelatin tulang babi digunakan untuk memasukkan bubuk mesiu ke dalam peluru.

Sulit rasanya untuk tidak terkesan dengan variasi dan fleksibitas dari hewan ini, yang bisa digunakan untuk berbagai macam keperluan industri.

Sepertinya tidak ada yang terbuang dari babi nomor 05049 itu. Moncongnya menjadi makanan camilan untuk anjing. Sementara kupingnya menjadi bahan percobaan dalam pembuatan senjata kimia, karena kesamaannya dengan jaringan kulit/daging manusia.

Pembuat tato seringkali membeli potongan dari kulit babi untuk melatih keterampilan mereka, karena kesamaannya dengan kulit manusia. Alasan yang sama digunakan untuk mengobati pasien yang terkena luka bakar.

Babi memberi kontribusi besar dalam bidang kedokteran, dengan insulin yang dihasilkannya, obat pengencer darah dari heparin dan katup jantung babi. Semuanya bisa dimanfaatkan.

Berikut daftar penggunaan bagian-bagian tubuh babi dalam berbagai macam produk:


Hati Hati Permen Mengandung Bahan Babi
1. Ujicoba senjata kimia: karena kesamaan jaringan kulit /daging babi dengan manusia.

2. Eskrim: gelatin mencegah kristalisasi gula dan memperlambat proses pencairan.

3. Pupuk: dibuat dari bulu babi yang diproses.

4. Mentega rendah lemak: gelatin digunakan untuk memperbaiki teksturnya.

5. Bir: gelatin digunakan untuk mencerahkan warna minuman agar tidak keruh.

6. Pelembut pakaian: asam lemak dari tulangnya memberi warna

7. Kuas cat: dibuat dari bulu babi.

8. Jus buah: gelatin membuat warnanya tampak cerah.

9. Shampo: asam lemak dari tulang digunakan untuk membuat penampilannya terlihat seperti mutiara.

10. Lilin: asam lemak dari tulang memperkeras bahan lilin (wax) dan meningkatkan titik lumernya.

11. Roti: protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan adonan.

12. Peluru: gelatin dari tulang digunakan untuk mempermudah proses pemasukan bubuk mesiu ke dalam cangkang peluru.

13. Tablet obat: gelatin digunakan untuk pembungkusnya agar lebih keras.

14. Bubuk pembersih / deterjen: asam lemak dari tulang, digunakan untuk mengeraskan serbuknya.

15. Cat: asam lemak dari tulang digunakan untuk meningkatkan efek kilaunya.

16. Tamborin: dibuat dari kantung kemih babi.

17. Minuman anggur: gelatin menyerap elemen keruh sehingga membuat cairannya bening

18. Kertas: gelatin dari tulang digunakan untuk meningkatkan kekakuan dan mengurangi kelembaban.

19. Heparin: digunakan untuk mencegah terjadinya pembekuan darah, diambil dari lendir yang ada di usus babi.

20. Sabun: asam lemak dari tulang digunakan untuk memperkeras dan memberi warna sabun.

21. Gabus: gelatin tulang digunakan untuk merekatkannya.

22. Insulin: diambil dari pankreas babi, karena hampir mirip dengan struktur kimia dalam tubuh manusia.

23. Yogurt: kalsium dari tulang babi ditambahkan ke dalam proses pembuatan yogurt.

24. Rokok: hemoglobin dari darah babi digunakan dalam pembuatan filter rokok yang diharapkan bisa mengurangi efek kimia yang masuk kedalam tubuh perokok.

25. Negatif film: gelatin tulang babi digunakan sebagai zat perekat pada lembaran film.

26. Makanan anjing: hemoglobin darah babi digunakan sebagai zat pewarna merah.

27. Terapi fotodinamik: hemoglobin digunakan dalam obat untuk merawat retina mata. Obat itu diaktifkan dengan menembakkan sinar laser ke dalam mata.

28. Pelembab: menggunakan asam lemak tulang babi.

29. Camilan anjing: moncongnya digoreng.

30. Krayon: asam lemak digunakan untuk mengeraskannya.

31. Sepatu / tas: lem tulang babi digunakan untuk meningkatkan tekstur dan kualitas kulit (hewan apapun). Di samping itu banyak juga sepatu yang terbuat dari kulit babi (bisa dilihat dari corak bintik pada kulit)

32. Rem kereta: abu tulang babi digunakan dalam proses produksinya.

33. Pasta gigi: glycerin babi digunakan utuk membentuk tekstur pastanya.

34. Lem transparan: lem sangat kuat yang digunakan dalam industri perkayuan, diturunkan dari kolagen babi.

35. Masker wajah: kolagen untuk menghilangkan kerut.

36. Energi alternatif: bagian-bagian sampah yang tersisa digunakan sebagai bahan bakar untuk listrik.

37. Energy bar: kolagen yang diproses merupakan sumber protein yang murah untuk para binaragawan atau mereka yang ingin membentuk tubuhnya.

38: Keju krim: gelatin menjadikannya stabil.

39. Whipped cream: gelatin memperbaiki teksturnya.

40. Permen: gelatin babi digunakan untuk bahan perekat dan pembuat gel, dan memastikan bahwa adonan permen mencapai tekstur tertentu. Sering digunakan untuk pembuatan jenis permen liquorice, permen kenyal dan permen karet.

Bagi Muslim, orang vegetarian, Yahudi, dan orang-orang lain yang berharap bisa menghindari produk terbuat dari bahan babi, berita tentang penggunaan babi yang begitu luas bukanlah sebuah berita bagus. Kerja rumit yang harus dilewati oleh produsen makanan global dan proses industri, seakan memastikan bahwa hampir tidak mungkin menghindari babi sama sekali.

Namun, bagi seorang Muslim ada kunci yang selalu harus diingat, yaitu bahwa yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, di antara keduanya ada yang samar-samar atau syubhat. Maka barang siapa yang menjaga diri dari perkara yang syubhat, berarti ia telah selamat. [di/dm/www.hidayatullah.com]
Related Posts with Thumbnails