hadith of the day
pendokong
07 March 2009
VIII Penantian yang Suram, Namun Menyinar di Sebalik Ketinggian Harapan
adakah kita mampu untuk mengubah segalanya walaupun kita ditakhlifkan sebagai pemimpin yang mampu untuk mencorakkan segala sesuatu? seringkali dipersoalkan kepada kita, mana peranan kita setelah ditakhlifkan untuk memegang proksi masing-masing, mana perubahan yang kita lakukan untuk mengubah kejahilan kepada kebenaran setelah memegang proksi tersebut?? besar manakah perubahan yang kita mampu lakukan untuk mengubahnya?? sejauh manakah perubahan itu memberi impak kepada orang yang dipimpin?? atau kita sekadar duduk berdiam diri, sehingga munculnya sesuatu isu barulah kita sibukkan diri untuk menangani isu tersebut?? seperti ketua kampung yang hanya muncul apabila wakil rakyat melawat ke kampung-kampung, datang menerima anugerah berpakaian baju batik pada hari itu sahaja, pada hari lain, kelibatnya sepi di masjid-masjid, surau-surau dan majlis tahlil penduduk kampung, malah gotong-royong pun tidak pernah nak ambil bahagian...
persoalan yang timbul sebaik sahaja kita memegang proksi tersebut, kadangkala kalau diterjemahkan ke dalam bahasa keldai, mungkin keldai juga akan tertawa (Kapt. Mohd Hafiz),, mana mungin kita mampu melakukan perubahan yang terlampau drastik sebaik sahaja memgang proksi berkenaan... itu baru pimpinan yang kecil, kita bayangkan dalam kepimpinan negara, para ulama yang handle,,tapi maksiat masih berleluasa dan kejahilan juga bertambah ampuh dan sukr digugat, takkanlaaa kita nak persoalkan di mana peranan ulama??? mereka sudah berusaha yang terdaya untuk melaksanakan apa yang sepatutnya... jadi terpulanglah kepada manusia tersebut sama ada hendak menerimanya atau melemparkannya jauh ke belakang... sebaiknya kita perlu menerima yang baik walaupun yang baik itu datangnya daripada orang yang kita sanggah... dan keburukan x jua kita perlu tolak, kerana mungkin daripada keburukan itu kita boleh lakukan ssuatu kebaikan tetapi jangan sampai matlamat menghalalkan cara....
jelas ke tidak benda ni?? persoalan yang sering juga diajukan.. bila kita jawab jelas, mungkin kita jelas padawaktu tersebut, andai kata kita lontarkan kembali persoalan tersebut kapada orang yang bertanya, mampukah dia menjawab sebaiknya, atau aakah hanya bat-buat jelas dan buat-buat faham kerana takut orang di bawah pimpinannya tidak paham langsung, kalau inilah pendekatan yang diambil, nescaya hancur luluhlaa persauan atau kelab yang berada di bawah pimpinan orang yang memimpin itu, bagaimana matlamat hendak dicapai, dan bagaimana hendak mematuhi arahan jika kita tidak percaya kepada orang yang memberi arahan itu?? melainkanada bukti yang khusus daripada pendirian yang kita teguhkan...
cuba kita ambil sedikit masa, renungkan apa yang telah berlaku, ama ada yanag baik atau buruk, ambillah dan amalkanlah walau sekelumit kebaikan yang perlu, kecemerlangan seseorang tidak dinilai dari kejayaan yang ditempa, namun dinilai pada bagaimana cara mereka berusaha melepaskan diri dan menghapuskan belenggu yang mengikat mereka daripada menempuh kejayaan yang diinginkan,,, kita ambil contoh seorang juruterbang, kecemerlangan juruterbang tidak dinilai daripada aspek pengendalian pesawat pada cuaca yang indah tanpa sebarang masalah teknikal pada pesawat yang diterbangkan... tetapi kecemerlangan juruterbang itu terserlah pada bagaimana dia mengendalikan pesawatnya dengan selamat pada cuaca yang buruk dan pesawatnya mempunyai masalah teknikal yang serius... (kapt. Mohd Hafiz)
sepatutnya kita ambil pendekatan yang positif dalam menangani sesuatu perkara yang berbeza, carilah pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah tanpa menjadi seorang yang rigid dan statik dalam melakukan kerja... wallahu a'lamm...
01 February 2009
VII Di Bawah Satu CAhayA
Keberangkatan pulang ke Pulau Pinang untuk meneruskan pengajian dalam erti kata berjuang dalam bidang pendidikan, ternyata tidak semudah yang disangkakan. Bukan kerana keperluan kepada passport tetapi masalah transport. Mencabar minda juga lagaknya. Ternyata menguji kesabaran. Naluri hati mengatakan, mungkin inilah kaffarah@bayaran di atas dosa dan maksiat yang dilakukan selama ini. Hati ini bertanggapan bahawa andai peluang terbuka luas, pasti akan disapu sepenuhnya tanpa berfikir panjang. Baik perkara kebaikan mahupun kemungkaran. Namun ternyata, hala tuju kearah kemungkaran ternyata lebih jelas dan wadhih.
Kerapkali hati ini berdoa dengan rintihan, “Ya Allah, kekalkanlah keislamanku, mantapkanlah aqidahku, tambahkanlah keimananku, murahkanlah rezekiku, permudahkanlah segala urusanku dan ampunkanlah segala dosaku sama ada yang zahir atau tersembunyi,” Namun aku pasrah jua atas ketentuan dan akur dengan kehendak ilahi. Sesungguhnya Dia mengurniakan ujian hanyalah untuk menguji sejauh mana ketaqwaan hamba-Nya. Ujian yng dilemparkan sememangnya setanding dengan kemampuan manusia tersebut. Makhluk yang bernama manusia hanya pabila dalam keadaan payah dan kesulitan, barulah merintih meminta pertolongan ar-Rahman, namun jika berdepan kesenangan, tak tahulah di mana Allah diletakkan.
semakin jauhku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku,
-cebisan lirik daripada sebuah kumpulan nasyid kontemporari.
“setiap kali mung tergelincir, Dia akan tarik mung balik, tarik sampai mung kembali ke jalan yang mung perlu tempuhi, tapi andai kita tak endahkan sign yang diberikan, malah kita teruskan jua dengan kesesatan yang dilakukan, sampai satu tahap, Dia akan lepaskan kita ibarat layang-layang yang terputus tali. Hanyut dibuai arus dunia ,” kata-kata al-akh Azrul Azuan, Presiden BADAR KISAS dalam versi KELANTAN-MELAKA yang dimodified masih terpahat kukuh dalam ingatan.
Berbalik kepada kisah yang ingin dikongsikan, journey yang mencabar ini bermula tika aku bersiap untuk packing barang selang seketika sebelum menjengah ym, berconference dengan classmate yang kini melata di seluruh dunia. SMS yang diterima daripada seorang sahabat menyatakan perjalanan esok mungkin berlaku perubahan. Pertemuan yang dijangka pada jam 9, berlanjutan hingga ke tengahari. SMS seterusnya yang berkunjung tiba memungkinkan aku untuk menghidupkan enjin kenderaan menuju ke stesen KTM Subang JAya sambl ditemani kakanda. Sesampainya di stesen KTM Klang, seribu memori bertandang kembali ke benakku. Mana tidaknya, di sinilah port yang aku kerapkali kunjungi sewaktu tibanya musim cuti. Pendidikan yang aku terima di salah sebuah sekolah berdekatan dengan tempat ini menjadi antara asbab memungkinkan aku berdiri di tempat aku berada sekarang. Suasana tidak berubah, walaupun sudah lebih tiga belas bulan aku mennggalkan tempat ini. Apalah perubahan yang diharapkan sangat dalam tempoh tersebut.
Penantian di stesen komuter semakin berlajutan. Hati mulai panas. Mana tidaknya, aku kerap menunggu sedari pagi lagi. Hati ini kerapkali berzikir memohon ketenangan dan dijauhkan segal musibah. Zikir al-Ma'thurat tidak lekang di bibir. Hanya kita mampu merancang, tapi Allah jualah yang menentukan segalanya. Perkhabaran dari sahabat menyatakan, aku mungkin terpaksa menunggu lagi, servis masih berjalan. Hurmm, patience in progress... Selang setengah jam kemudian, beliau pun tiba. Katanya, brake pula kurang menyengat. Lalu, diambil keputusan untuk menyelenggaranya di
Masalah demi masalah berkunjung tiba. Bermula dengan masalah brake, mungkin hydraullic liquid kurang kot.. Kemudian masalah angin tayar. Sesampainya di lebuhraya memeasuki RAwang, perkara yang aku jangka terjadi. Tayar pancit! Agak bertuah tempat tersadainya kenderaan itu tinggi. Orang boleh nampak kot. LAntas berbekalkan pengalaman yang ada, aku tolong pape yg patut.Tukar tayar spare... Nampak kelainan pada tayar ganti tersebut. Merekah dan haus. Errmm, sempat sampai Insya-Allah. Perjalanan diteruskan sambil menikmati pemandangan yang terhampar indah.
angin bayu menghembus
dan mengulai lembut
bukit yang menjadi
pasak bumi
Pada mulanya menyangkakan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan pula yang turun di tengahari. Ketika melintasi terowong di Sg.Perak menghala ke utara, kedengaran bunyi angin tayar mendecit. Kereta mula bergerak perlahan. Sesudah melalui terowong tersebut, jalan yang menurun menuruni cerun bukit memungkinkan kereta untuk accelerate semula. Tapi stereng mulai bergegar dan pergerakan kereta menjadi tidak seimbang. Kenderaan diberhentikan di bahu jalan. Sahabatku menjeling. Aku
menunggu ketibaan tayar baru
isk3... pengalaman...
Ingatkan dekat... rupanya nun jauh di Kuala Kangsar. Jarak yang mungkin diambil mungkin dalam satu jam setengah hingga ke dua jam. Pihak staff mengarahkan aku berdiri di luar lane jalan. Untuk safety agaknya. Dahlaa kawasan tu cerun bukit. Kiri kanan bukit n dikelilingi hutan. Toleh sana nampak bukit, kalau x nmpk bukit hutanlaa jawabnya... dan begitulaaa sebaliknya. Nasib baik pandangan atas nampak awan.. Agak lama juga penantian aku di situ. Mungkin sepanjang hari ini, masa banyak terbuang dengan penantian. Benarlah.. apa yang pernah dikata... penantian itu satu penyeksaan... Hati kecil ini mulai gelisah. Ditambah dengan bunyi desiran dari kenderaan yang bersimpang siur. Namun, menjadi semakin gelisah. Mana tidaknya, pokok dalam jarak 30 meter dihadapanku mulai bergoyang. Firastku mengatakan, angin mungkin. Tapi masakan pokok di sebelahnya juga bergoyang?? Kawanan KERA liar!!! Persekitaran hutan. Janganlaaa makhluk Allah ni mendekatiku. Fikiran2 liar mula menyerbu. Lantas dinafikan oleh kewarasan akal fikiran yang masih boleh lagi tenang. "Cepatlaa ko sampai wahai sahabatku," hati kecil ini mula berbisik. Tidak putus2 aku berdoa agar Allah melindungiku daripada makhluk ganas dan liar ini. Kawanan kera ini kadangkala bergaduh sesama sendiri. Daripada yang kecil hingga yang besar, yang tua dan juaga yang masih bayi. Kerapkali mereka menjeling ke kedudukanku. Diorang bawak sepupu-sepapat sekali ker?? Apa yang memeranjatkanku, salah seekor daripada kera tersebut melompat-lompat ke kiri dan ke kanan dan meluru ke hadapan menuju papan tanda highway dan mengoncang-goncangkannya. Agak kuat juga bunyi yang dihasilkan. Ini yang menambahkan kerunsingan hati. Tindakan binatang liar ini kalau dalam keadaan terdesak,mana boleh kita jangka. Walaupun kita punya ilmu pertahanan diri yang ampuh.
Panggilan telefon dari sahabatku sedikit melegakan hati. Mana tidaknya, dalam tempoh hampir satu jam menunggu, ditambah pula dengan pengalaman bersama kera liar, tuhan jer tau perasaan yang aku alami sekarang. Katanya on da way menuju ke tempat aku berada sekarang. Kataku, "cepatlaa sket, keliling aku da tumbuh kera ni, siap jeling2 aku lagi," Selang setengah jam kemudian, mereka tiba. Aku pun tolonglaa apa2 yang patut. Setelah siap segala benda yang patutu dibuat, sahabatku ini menghulurkan sedikit upah@sumbangan ikhlas buat kedua-dua orang staff PLUS ini. Namun ditolak dengan baik dan mengarahkan kami segera meneruskan perjalanan memandangkan hari semakin gelap. Kami akur dengan arahan mereka. Dalam hatiku, aku puji cara gerak kerja mereka. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Lantas kami meneruskan perjalanan yang berbaki hampir seratus kilometer lagi. Berhenti seketika di Hentian R&R Sg Perak. Melangsaikan hutang solat Asar dan menantikan kedatangan waktu Maghrib di surau yang disediakan. Perjalanan yang ku rentasi dan masalah yang timbul sepanjang hari ini benar2 memberi suatu kelebihan dan pengalaman menarik yang sukar dicari di mana-mana. Kadangkala benda yang kita x jangka pun boleh terjadi. Jadi bersedialah menghadapi apa jua perkara pun.
Lamunanku terhenti apabila kereta melintasi Tol Juru. Sudah hampir tiba ke destinasi lagaknya. Cepatlaa sampai, aku tak tertanggung lagi bebanan berada di dalam kereta dalam meneruskan perjalanan. Semoga cepat sampai. Aminnn.....
11 January 2009
VI Happy New Year!!!
Agak lama tidak menjenguk malah meng"update" medium bidang penulisan ini sejak sekian kalinya. Kesuntukan masa memenuhi kehendak mahasiswa barangkali. Lagi dua minggu mungkin berpeluang merasai keseronokan berada bersama keluarga semula dalam tempoh seminggu sempena ketibaan Tahun OX dalam kelendar Cina. Mungkin dalam tempoh tersebut, ad kesempatan untuk melapangkan fikiran yang sudah sedia kusut dalam melayan segala mehnah dan tribulasi yang tidak jemu2 menyerang. Sememangnya perlu merisikokan kemungkinan.
Anjakan ke semester kedua dari semester pertama benar2 memberi pelbagai impak dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang kini sedang menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang. Sememangnya cabaran di setiap semester ternyata berlainan. Melihatkan kepada subjek yang terpaksa diambil dan jam kredit yang ternyata semakin bertambah walaupun satu jam sememangnya menimbulkan pelbagi tanggapan dan persepsi. Mampukah kehidupan ini diteruskan?Atau mungkin hanya tersungkur di tengah perjalanan yang belum lagi jelas hala tuju masing2. Wallahua`lam.... Tapi kelebihan berada di dalam sebuah gerakan yang bertunjangkan Islam benar2 memberikan gambaran yang positif dan sememangnya semangat itu atau ruhul dan niat semakin diperbaharui dari semamsa ke semasa. Minda ini mulai terbuka dek kemajuan pemikiran dan persoalan yang ditabur dan kini Alhamdulillah semakin bercambah dalam menghadapi dunia maya sebgai satu persediaan menghadapi kehidupan realiti pada masa akan datang.
Banyak jua bebanan dan tanggungjawab yang bakal digalas selepas pentakhlifan. Cabaran sebenar baru sahaja bermula. Namun, diri ini amat berharap agar perjuangan ini sentiasa berterusan dan jauh dari segala fitnah yang mungkin bakal membantutkan usaha-usaha penggerak dakwah dalam membangunkan daulah islamiyyah. Sememangnya hakikat kehidupan pada masa ini, agama Islam itu sendiri tidak memerlukan pengikut yang ramai, tetapi memerlukan pendokong dan penggerak dalam memastikan Islam adalah agama yang tertinggi dan tiada suatu agama lain pun yang boleh menggugat ketertinggiannya. Nak mengharapkan pengikut yang ramai pun masih belum pasti tugas yang tergalas itu terlaksana sepenuhnya. Kerana umat Islam pada akhir zaman ini sememangnya ramai namun ibarat buih di lautan. Sifat buih itu sendiri banyak namun mudah pecah dan dihanyutkan ke mana-mana kemudian hilang begitu sahaja. Sarjana barat juga menyebut, Umat Islam sekarang ibarat sedang berlumba-lumba membelitiket kapal yang hendak karam yang destinasinya belum pasti lagi ke mana dan keselamatan atau kondisi kapal itu bakal menterjemahkan segala-galanya.
Sememangnya hidup ini perlu jua diteruskan walaupun kita amat mengharapkan kehidupan ini sampai ke noktahnya kerana kita tidak mampu lagi menanggung bebanan yang ditakhlifkan. Namun, kita perlu sedar bahawa Allah tidak akn menguji hambanya ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya dan dari situ ternyata malah kezahirannya sudah jelas bahawa kita ini adalah hamba yang lemah. Pabila ditimpa ujian yang sekelumit pun, sudah mula mengeluh dan menyalahkan takdir. Mungkin inilah keperibadian umat Islam sekarang. Di manakah semangat jihad itu hilang? Jangan kecilkan skop jihad hanya sekadar peperangan semata-mata, malah sebgai seorang pelajar, jihad dalam bidang pendidikan sememangnya tugas utama tanpa mengabaikan tuntutan syariat yang lain. Sama-samalah kita fikirkan....
04 January 2009
IX - Bulan Baru Harapan Baru
www.iLuvislam.com
Ustaz Nordin bin Bayadi , JAIS
editor: kasihsayang
Bagi mereka yang meniru budaya ini, mereka merasakan bahawa seri persekitaran hidup mereka akan hilang apabila peristiwa April Fool ini tidak diraikan.
Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam.
Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.
Sejarah
Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.
Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
April Fools' Day
April 1st 2001 in Denmark, regarding Copenhagen's new metro
Masyarakat Kini
Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol.
Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.
Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.
Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool. Sesungguhnya ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam . Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya : Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab;:Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)"
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~
>>iluvislam.com
27 December 2008
V MINGGU MESRA SISWA
Cuti yang berbaki tiga minggu lagi terpaksa dikorbankan. Terasa bagaikan khidmat diperlukan. Bukan sekadar kerahan tenaga, malahan masa, kasih sayang dan wang ringgit. Pada mulanya merasakan agak terbeban, namun bila difikirkan semula, natijahnya amat menguntungkan. Petang 12 Dis, sesudah menyiapkan lapahan daging di dataran, mobil selularku menerima pesanan ringkas. Datangnya daripada dua insan. Mungkin sewajarnya aku wala' kepada kedua-duanya kerana merekalah yang memimpinku. Dua insan ini bergelar YDP dan S/U yang memegang jawatan dalam College Representaive Council. Tidak tergerak untuk mereply mesej yang diberikan. Mungkin jika terdapat sebarang kemusykilan, barulah aku berbuat demikian.
Kerahan tenaga bermula seawal kami sampai di kampus @ Kolej Zamrud. Tugasan kami mungkin lebih terarah kepada bantuan dalam hal-hal pejabat dan sebagainya. Kemaskini fail, checking dari bilik ke bilik (kolej 9 tingkat, setiap aras ad 30 bilik), distribute fail, kunci n so on dari bilik ke bilik dan lain-lain. Rutin harian:

ditugaskan sebagai runner dan penunjuk arah, lost communication juga timbul, xde line time melintasi ground zero
short briefing

sedang menunggu giliran
complicated issues n ideas
staf yang agak sempoi bagi kami
kepuasan bila tugasan hampir berakhir, patutnya wat solat syukur kot
Rasanya sampai di sini dahulu kot. Banyak juga pengalaman yang ingin dikongsi. Tapi masih menunggu masa yang sesuai. Sememangnya kena merisikokan peluang yang mendatang.
13 December 2008
IV menyingkap segenap perjalanan
Sesudah solat, lantas beristighfar ke hadrat ilahi, mengucapkan syukur kerana telah menyelamatkan kami sepanjang perjalanan sejauh 500 km KBR-KUL (Kota Bharu-Kuala Lumpur).
AirAsia.com
selamat tiba di LCCT tepat jam
Mengharung perjalanan selama lebih kurang 45 minit benar-benar menimbulkan seribu satu persoalan ditambah pula dengan terpegun dengan keajaiban penciptaan alam semesta. Jikalau hendak dihitung, mungkin inilah kali ketujuh aku berpeluang untuk menggapai awan. Last sekali aku terbang pun awal tahun 2008. Merentasi Laut China Selatan dari negeri di bawah bayu ke LCCT selama 2 jam 45 minit, pulang ke tanah air setelah menjalani Program latihan khidmat Negara PLKN. Perjalanan yang agak membosankan. Ketiduran mungkin sebanyak lima kali bisa. Terhibur seketika melihat telatah adikku yang agak cuak di atas free seationg yang disediakan. terkial-kial dia mengikat seatbelt. Mungkin sudah lama agaknya tidak menaiki kapal terbang. Keletahnya yang paling lucu apabila flight Airbus ini meluncur laju untuk berlepas. Situasi sama juga berlaku apabila pesawat mula landing.











