hadith of the day

pendokong

13 December 2008

IV menyingkap segenap perjalanan

Melangkah masuk ke rumah menimbulkan seribu satu kelainan. Inikah rumahku? Seperti belum pernah aku melihat situasi sebegini rupa, kemas n agak teratur, sejuk mata memandang. Laungan abi yang menggesa kami agar menyegerakan solat yang masanya kian meninggalkan kami memecahkan lamunanku, ternyata belum aku tunaikan waktu keempat solat tersebut, melihat jam di tangan tepat menunjukkan 6.50 pm. Lantas bergegas menuju ke sumber air yg berdekatan untuk mengambil wudhu'. "Tayammumjelaa, cepat sikit," getus hati kecilku. tapi impian itu berkubur. Kemudahan dah ada nak rukhsoh lagi? Haishh...

Sesudah solat, lantas beristighfar ke hadrat ilahi, mengucapkan syukur kerana telah menyelamatkan kami sepanjang perjalanan sejauh 500 km KBR-KUL (Kota Bharu-Kuala Lumpur).


AirAsia.com
gah dengan tagline
"NOW EVERYONE CAN FLY"










selamat tiba di LCCT tepat jam
1745 H









Mengharung perjalanan selama lebih kurang 45 minit benar-benar menimbulkan seribu satu persoalan ditambah pula dengan terpegun dengan keajaiban penciptaan alam semesta. Jikalau hendak dihitung, mungkin inilah kali ketujuh aku berpeluang untuk menggapai awan. Last sekali aku terbang pun awal tahun 2008. Merentasi Laut China Selatan dari negeri di bawah bayu ke LCCT selama 2 jam 45 minit, pulang ke tanah air setelah menjalani Program latihan khidmat Negara PLKN. Perjalanan yang agak membosankan. Ketiduran mungkin sebanyak lima kali bisa. Terhibur seketika melihat telatah adikku yang agak cuak di atas free seationg yang disediakan. terkial-kial dia mengikat seatbelt. Mungkin sudah lama agaknya tidak menaiki kapal terbang. Keletahnya yang paling lucu apabila flight Airbus ini meluncur laju untuk berlepas. Situasi sama juga berlaku apabila pesawat mula landing.
Kurang lima minit, pesawat sudah pun terapung di angkasa. Segera aku melontarkan pandangan ke luar. Alam yang terbentang luas umpama sendang menanti untuk diteroka. Agungnya ciptaan maha pencipta! Bak kata Rrama dalam filem Cicakman-2, "Artistik!"

pandangan sudut sebelah kiri
~sempat melihat fenomena matahari terbenam

pandangan sudut sebelah kanan
~awan yang bergumpal umpama kapas @ gula-gula kapas kot
finger licking
Alangkah kerdilnya diriku di hadapan-Mu wahai tuhanku. Itu sahaja yang mampu terucap oleh hati kecilku. Sekali-sekala pesawat bergegar kerana melanggar awan kecil. Pesawat yang meluncur laju dengan kelajuan 660 km/jam jikalau melanggar awan yang juga berarak kencang, alamat bergegarlah pesawat. Timbul juga kegusaran di hati. Hmm, inilah balasan gelakkan adik sendiri tadi. Haishh..
Gegaran semasa landing mengejutkan diri daripada tidur. Tiba jua ke destinasi yang dituju. Sedang berkira-kira, apakah yang ingin dilakukan selepas ini. Wait n see.

4 comments:

  1. salam..
    waaah ak tgk ayat hang makin puitis ..
    syabas inspektor sahab..syabas..ngeh3
    well happy new year 2009 n 1430 hijriah..
    all da bes in averything u do!!

    ReplyDelete
  2. baru 2 jam weyh~
    kitorg nek flight 14 jam!!
    rasa nk muntah tido dlm flight~
    sabo jelaa
    hikhik

    ReplyDelete
  3. ilaa madh..

    waalaikumussalam...
    tahniah3...
    nanti laa lagi puitis ak buat..
    melankolik sket2 kot...

    ReplyDelete
  4. ilaa syaima...

    haha.. sape suh gi jauh2...
    nek flight dahlaa bosan...
    klw ak nek..
    24 jam kot...

    ReplyDelete

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails