hadith of the day

pendokong

09 August 2011

BUSY?

~10 Ramadhan pertama kian ke penghujung, Kita pula bagaimana? Andai menjadi hamba kepada Ramadhan, maka Ramdhan akan berlalu meninggalkan kita, Jadilah hamba kepada Allah yang Maha Kekal~

"...Orang beriman melihat hari di hadapannya sebagai kesempatan untuk meraih cinta dan redha Allah serta untuk mendapatkan Syurga. Untuk itu dia perlu bekerja keras melakukan pekerjaan yang baik. Bagaimanapun sibuknya, dia tetap waspada agar tidak lalai dari mencari redha Allah. Dia meneladani doa Nabi Sulaiman AS, sebagaimana difirmankan dalam ayat ke-19 Surat An Naml, dengan harapan bahawa Allah akan memberinya petunjuk dalam kegiatannya sepanjang hari..."

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh. " (QS An Naml, 27:19)

nota sneakers : terlampau sibuk sangat atau sengaja buat-buat sibuk? perlu diingat, tidak salah untuk sengaja kita menyibukkan diri daripada terlibat dalam perkara-perkara yang kurang berfaedah. Siapalah kita kalau terlampau sibuk sampai meringankan tanggungjawab menunaikan dan meninggalkan apa yang dikehendaki-Nya. Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan Nabi Sulaiman yang mempunyai pelbagai urusan urusan pentadbiran melibatkan manusia, jin, haiwan, tumbuhan dan semua makhluk di atas muka bumi ini, namun masih mempunyai jua kesempatan menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya yang bersyukur...

No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails