hadith of the day

pendokong

21 November 2009

-: alhamdulillah... aku semakin tenang... :-

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM w.b.t....

Alhamdulillah... telah berjaya sampai di kampung halaman... setelah sekian lama merantau di tanah permatang... Permatang Pauh lagaknya... perjalanan di atas Transnasional BTTRWORTH- K.BHARU JERTEH selama 6 jam lebih benar2 membuat aku memikirkan dan membayangi apa yang telah aku lalui dan lakukan selama ini... dan perancangan yang aku bakal rancang di masa hadapan seiring dengan persediaan yang rapi untuk menjayakannya... ditemani adik aku yang kini sedang menuntut di MRSM Kepala Batas dalam tingkatan 4, perjalanan di tengah kepekatan malam dalam menuju ke destinasi negeri Che Siti Wan Kembang itu kami harung dengan penuh keletihan dalam nada yang mengantuk... ketiduran sepanjang perjalanan... hanya sesekali (selalu gak rasanyer)
tersedar pabila bas terhuyung-hayang kekanan dan kiri menempuh laluan yang berbukit dan berliku sepanjang lebuhraya BKE dan Gerik...

Ternyata, aku telah berupaya menghabiskan sisa pengajian selama satu sem di Permatang Pauh... tinggal lagi 3 semester untuk dipenuhi... Kertas ujian terakhir berakhir pada 14/11/2009... Di kesempatan itu jugalah, pelbagai kemahuan diri dituruti lantas mengorbankan apa yang aku cuba pertahankan selama ini... (apa yer??? aku pun x tau)... Sempat menapak ke Queensbay petang tu jugak....(men kat arcade, round2), then balik singah Jusco Perda lakk, xtau nak buat apa sebenarnya... 16 haribulan da kena gi BTN, tapi terpaksa batalkan penyertaan atas urusan keluarga.
Benar-benar aku tersentuh dengan tarbiyah yang dianugerahkan Allah kepada hamba-Nya ini, tarbiyah yang meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam lubuk hati sanubari. Aku benar-benar mengharapkan, kesedaran yang aku alami ini berkekalan dan aku tidak pula melakukan kesalahan yang sama.
ujian adalah...
tarbiyah dari Allah....
-in team
Rasanya tidak perlu untuk menceritakan pengalaman yang aku lalui. Biarlah ia menjadi pengalaman, perasaan, perubahan, ukhuwah, pemahaman dan pengorbanan kami sembilan orang dalam generasi ke-6 yang tersemat kukuh dalam lipatan minda dan tersimpan rapi dalam diri. Sesungguhnya, selepas ini, satu pengharapan, satu semangat dan satu sasaran untuk dicapai ke arah tujuan dan matlamat hidup yang sempurna sekadar yang termampu. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails