hadith of the day

pendokong

27 December 2008

V MINGGU MESRA SISWA

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat. Tapi, banyak pula dugaan yang datang. Kadangkala kita minta cerdik, tapi banyak pula masalah kerapkali berkunjung tiba. Kadangkala kita minta kebahagiaan, tetapi huru hara tetap jua menghalang. Dugaan menjadikan pemikiran kita kuat, sekuat tembok yang menahan setiap badai yang mendatang. Masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah. Jadikan tekanan sebagai satu kelebihan. SUBHANALLAH. Betapa Hebatnya ALLAH. Telah berkata Jibrail a.s., " Wahai Tuhanku, Engkau sampaikanlah hajat hamba-Mu," Maka Allah berfirman, " Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai rintih suaranya," - Anas ibn Malik r.a.

Cuti yang berbaki tiga minggu lagi terpaksa dikorbankan. Terasa bagaikan khidmat diperlukan. Bukan sekadar kerahan tenaga, malahan masa, kasih sayang dan wang ringgit. Pada mulanya merasakan agak terbeban, namun bila difikirkan semula, natijahnya amat menguntungkan. Petang 12 Dis, sesudah menyiapkan lapahan daging di dataran, mobil selularku menerima pesanan ringkas. Datangnya daripada dua insan. Mungkin sewajarnya aku wala' kepada kedua-duanya kerana merekalah yang memimpinku. Dua insan ini bergelar YDP dan S/U yang memegang jawatan dalam College Representaive Council. Tidak tergerak untuk mereply mesej yang diberikan. Mungkin jika terdapat sebarang kemusykilan, barulah aku berbuat demikian.

Kerahan tenaga bermula seawal kami sampai di kampus @ Kolej Zamrud. Tugasan kami mungkin lebih terarah kepada bantuan dalam hal-hal pejabat dan sebagainya. Kemaskini fail, checking dari bilik ke bilik (kolej 9 tingkat, setiap aras ad 30 bilik), distribute fail, kunci n so on dari bilik ke bilik dan lain-lain. Rutin harian:

0500H - Khidmat diri n Solat Subuh
0700H - Breakfast, tp selalunya memang lewat pun
0800H - Bergerak ke pejabat kolej
1300H - Lunch n Solat Zohor
1400H - Kembali berkhidmat n settle semua tugasan
1730H - Solat n riadah
1845H - dinner n solat
2100H - kerja diteruskan
0000H - light off

Agak meletihkan. Tapi still memanjatkan kesyukuran, kalau x buat awal, last minute mesti trouble nyer. Macam blok siswi (my exco said that). Makanan pun terpaksa guna duit sendiri. Cafe x dibuka. Selera Ibu kat tepi kampus menjadi mangsa. Terima kasih Pak Tam n Mak Tam.





makanan ruji stiap pagi, tu pun time cafe bukak klw x, kosonglaa poket






Tunggu punya tunggu, akhirnya segala tugasan hampir selesai. Namun tugas baharu pula menjelma. Pihak atasan mengarahkan agar semua sekretariat membantu pihak Pembantu Mahasiswa MMS bagi melancarkan lagi hari pendaftaran. Baru plan nak angkat kaki gi Jusco. Ada yang mengeluh namun kebanyakannya bersetuju dengan satu syarat, pihak exco juga terlibat dalam memberikan guidelines. Ringannya syarat, baik xyah buat syarat.

Hari yang ditunggu menjelma jua. Tanggal 26 Dis menyaksikan kami bertungkus-lumus mengerah segenap tenaga dan melayan segala mehnah dan tribulasi yang kerap jua timbul. Pendaftaran Mahasiswa Baru bagi ambilan Disember-April 08/09. Uitm je yang buat ambilan. Agak tertekan dari awal penglibatan sehingga ke hari berkenaan. Namun kata-kata Us Zulkifli Dahalan sentiasa dipegang. Jadikan tekanan sebagai satu kelebihan. Mendalam juga kata-kata tersebut. Ada makna yang terpalit yang mungkin bagi sesetengah orang susah untuk dirungkaikan.

barisan sekretariat yang banyak mencurah tenaga, mungkin dipuji atas gerak kerja, namun banyak juga ditegur sebab 'attitude'










ditugaskan sebagai runner dan penunjuk arah, lost communication juga timbul, xde line time melintasi ground zero










short briefing






sedang menunggu giliran

complicated issues n ideas

staf yang agak sempoi bagi kami








kepuasan bila tugasan hampir berakhir, patutnya wat solat syukur kot

Rasanya sampai di sini dahulu kot. Banyak juga pengalaman yang ingin dikongsi. Tapi masih menunggu masa yang sesuai. Sememangnya kena merisikokan peluang yang mendatang.

13 December 2008

IV menyingkap segenap perjalanan

Melangkah masuk ke rumah menimbulkan seribu satu kelainan. Inikah rumahku? Seperti belum pernah aku melihat situasi sebegini rupa, kemas n agak teratur, sejuk mata memandang. Laungan abi yang menggesa kami agar menyegerakan solat yang masanya kian meninggalkan kami memecahkan lamunanku, ternyata belum aku tunaikan waktu keempat solat tersebut, melihat jam di tangan tepat menunjukkan 6.50 pm. Lantas bergegas menuju ke sumber air yg berdekatan untuk mengambil wudhu'. "Tayammumjelaa, cepat sikit," getus hati kecilku. tapi impian itu berkubur. Kemudahan dah ada nak rukhsoh lagi? Haishh...

Sesudah solat, lantas beristighfar ke hadrat ilahi, mengucapkan syukur kerana telah menyelamatkan kami sepanjang perjalanan sejauh 500 km KBR-KUL (Kota Bharu-Kuala Lumpur).


AirAsia.com
gah dengan tagline
"NOW EVERYONE CAN FLY"










selamat tiba di LCCT tepat jam
1745 H









Mengharung perjalanan selama lebih kurang 45 minit benar-benar menimbulkan seribu satu persoalan ditambah pula dengan terpegun dengan keajaiban penciptaan alam semesta. Jikalau hendak dihitung, mungkin inilah kali ketujuh aku berpeluang untuk menggapai awan. Last sekali aku terbang pun awal tahun 2008. Merentasi Laut China Selatan dari negeri di bawah bayu ke LCCT selama 2 jam 45 minit, pulang ke tanah air setelah menjalani Program latihan khidmat Negara PLKN. Perjalanan yang agak membosankan. Ketiduran mungkin sebanyak lima kali bisa. Terhibur seketika melihat telatah adikku yang agak cuak di atas free seationg yang disediakan. terkial-kial dia mengikat seatbelt. Mungkin sudah lama agaknya tidak menaiki kapal terbang. Keletahnya yang paling lucu apabila flight Airbus ini meluncur laju untuk berlepas. Situasi sama juga berlaku apabila pesawat mula landing.
Kurang lima minit, pesawat sudah pun terapung di angkasa. Segera aku melontarkan pandangan ke luar. Alam yang terbentang luas umpama sendang menanti untuk diteroka. Agungnya ciptaan maha pencipta! Bak kata Rrama dalam filem Cicakman-2, "Artistik!"

pandangan sudut sebelah kiri
~sempat melihat fenomena matahari terbenam

pandangan sudut sebelah kanan
~awan yang bergumpal umpama kapas @ gula-gula kapas kot
finger licking
Alangkah kerdilnya diriku di hadapan-Mu wahai tuhanku. Itu sahaja yang mampu terucap oleh hati kecilku. Sekali-sekala pesawat bergegar kerana melanggar awan kecil. Pesawat yang meluncur laju dengan kelajuan 660 km/jam jikalau melanggar awan yang juga berarak kencang, alamat bergegarlah pesawat. Timbul juga kegusaran di hati. Hmm, inilah balasan gelakkan adik sendiri tadi. Haishh..
Gegaran semasa landing mengejutkan diri daripada tidur. Tiba jua ke destinasi yang dituju. Sedang berkira-kira, apakah yang ingin dilakukan selepas ini. Wait n see.

17 November 2008

II perjuangan yang baru bermula...

baru je balik from penang "two days b4 yesterday" (my friends teached me this).... esok plak da kna berangkat ke pulau mutiara tu balik... final exam ends last friday... 4 my course only,,, original date at 18 nov 4 all UiTM students.... bas at 0930 h tommorow, depart from Shah Alam Terminal seksyen 17.. anyone volunteer to hire me??

tp alhamdulillah... ad pengisian jugak cuti ni... xlaa duduk kat "baiti" smpi naik sem... dr awal sem xde pape nk join, except 4 sports; taekwondo of coz... tup3 akhir sem dipanggil join program under student representative council, MPPUITMPP,

~1st programme begins 18-22 nov, venue around penang... islamic programme actually... mybe islamic leadership kot.. klw kat former school dipnggl ILC...
~2nd programme 22 nov until 2nd 0f dis >>too long...
Karnival Sukan Siswa UiTM Malaysia (KARISMA).. reperesent Uitm Penang in taekwondo, hopefully will win any medals... my senior said, its a tough fight there..
~3rd programme
Minggu Mesra Siswa (MMS) uitm penang 4 students intake dis/jan 09.... only in-charge on college management...

tp yg kesiannya...
kna balik sndri plak time rya haji ni... becoz of dis programmes lol... x syok arr... xleyh konvoi ngan family macam dulu... luckily, time nk balik umah balik... dpt balik all 2gether, n after rya haji... kna balik kampus 20th++ 4 da third programme... huhh,, wat a packed management...
hopefully it will promising a new experience 4 better life in future...

fi naharan madhiyan, kna arrange JPA scholarship, fulfill pape yg patut, alhamdulillah dpt gak penajaan dlm negara, wlwpun x b'pluang ke luar negara... actually da diberi pluang... cuma course yg ditwarkn x memenuhi kehendak naluri hati yg mndalam..
~medical course in middle east~, my study in engineering pun da best daa.. xkn nk tukar kot... lgpun klw gi awal rsa cam xley manage diri sndri... too young... tp ni x leyh jd alasan... ikhwan2 pun rmai yg dah gi... gurlz pun da rmai kat oversea... mybe my stands will change other preceptions, smua orng ad kemampuan masing2, n my ability bukan ke arah itu, then t'paksa dismiss... i got my friends who actually took that opportunity, da fly da pun, n hopefully he will suceed... n back to that scholarship, kna maintain pointer woo... klw x kna tarik balik... huhu...

ni laa da first blog n da first step acting as a blogger,,,
barang pun x packing lg ni... tenenenenet.....

I mengharap resonansi dalam kehidupan..


Siapa yang bergelar muslim wajib beramal, mempertahankan agamanya seterusnya berdakwah kepada orang lain. Itulah yang dinamakan 'Amal Islami '. Islammempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri, begitulah juga Amal Islami. Diantara rukun-rukun Amal Islami yang telah disebut oleh ulamak ialah :
1) Amal Fardi (Bekerja untuk islam secara solo)
2) Amal Jama'ie (Bekerja untuk Islam secara berjemaah)
3) Amal Ijtima'ie (Bekerja untuk Islam melalui pentas yang lebih luas)


edited from islamic sources.....
Related Posts with Thumbnails