hadith of the day

pendokong

30 July 2010

Teguran Yang Membina~ Bukan Yang Menghina

Berhemah Dalam Menegur
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : hembusan kasturi
Editor : naadherah



‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”

Firman Allah dalam
surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.


Allah telah mengingatkan kita dalam
surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan,‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam
surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”


Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Panduan

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama,
tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepatdan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.


Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah
Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,

‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam
surah Thaha ayat 44yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,
maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan
enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan
kesalahan.


Bangga

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah
dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam
surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

26 July 2010

malam nisfu syaaban~kedatangannya diinsafi

salam seperjuangan...

hamdalah... permulaan hari isnin bagi minggu keempat penuh bercahaya... seiring ketenangan naluri yang memukau hati... dengan kelas pada hari pertama ini dibatalkan secara mengejut... tiada kuliah langsung pada hari isnin ini... berkat nisfu sya'aban barangkali (masya-Allah)... hari ini juga dikejutkan dengan masalah hati yang mengejut... maaf ya... saya terpaksa tolak demi menjaga hati banyak pihak... memandangkan sekarang ini bukan lagi masanya... waqi' kita di kampus adalah dalam bidang akademik... jadi jihad akademik adalah jihad tertinggi... perlu diketepikan soal hati dan perasaan buat sementara waktu... sehingga betul-betul bersedia dan i-Allah di saat itu... Allah akan menemukan kita dengan yang selayaknya... i-Allah...

saya mendapat kiriman emel ini daripada seorang sahabat... mohon kebenaran untuk publish di sini untuk tatapan umum yer... mungkin juga garapan ini hasil tulisan seseorang... tapi saya tidak tahu siapa... jadi saya minta izin gak untuk publish di sini... semoga kalian juga beroleh pahala hasil tebaran ilmu ini... i-Allah...

NISFU SYA'ABAN
26 July selepas maghrib adalah malam nisfu syaaban..jadi puasa adalah pada 27 July. Dalam kalendar Islam perubahan tarikh adalah selepas maghrib..

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa (sebaik saja masuk maghrib), 26hb Julai, 2010 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1431H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Solat Maghrib

2. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

3. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan

ii) Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik (hajat masing-masing)....

4. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

5. Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

6. Baca surah ikhlas 1000x

7. Solat Isyak

8. Berpuasa pada siangnya (hari Selasa 27 July)

25 July 2010

Langkah Tercipta~UNIC

Langkah Tercipta

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Pengirim : Tengku Hafiz

22 July 2010

Sesi Julai/ Dis 2010

Alhamdulillah...

Baru je selesai tugasan di EM Workshop Fakulti Kejuruteraan Mekanikal... Tugasan hari ini, KIMPALAN... atau WELDING... Badan rasa nak landing je sebelum start subjek MEM 360 ni... mana tidaknya sesi ini merupakan sesi kuliah terakhir pada hari ini... subjek MEA 311 aerospace structure b4 dis class pun da tersengguk-sengguk... Xtaulaa kenapa ngantuk sangat hari ni... semalam time meeting JPKZ pun ngantuk gak... Kaffarah kot... nak bersih dosa... Luckily Dr Ong yang baik hati itu memberi rehat yang mencukupi untuk kami recover balik... xnak buat da pasni... huhu... hamdalah~

ni safety boot yang baru nk pakai sem ni untuk workshop, time part 2 x pernah beli pun, nek2 part 5 kena beli n pakai, klw x pakai, xleh masuk workshop, safety precaution habaq hang!
price: MYR X9.99
lain drpd classmate nyer... lawa x??

At this practical session, we've been provided with 6 pieces of mild steel to be weld... That means, three trials to be made and we'll be submitting only da best... But we've been advice by the lab assistant to take some precautions and make a free trial on the scrap before being welded on the real mild steel... Our group today consists of 8 students and divided by 3 groups A, B and C... Unlucky 4 my group, that is Group C b'coz there is only two members... Well that doesn't matter, we'll try our best...

ni specimen yang dibekalkan, ad 3 set mild steel semua, my group labelled C

We've only one and half hour's left to submit the project... I'm been nervous a lot... Da try weld banyak kali, tapi still result x cemerlang, BURUKNYER!!! Mana tidaknya, last skali experience welding bila semester 2... da 3 sem tinggal benda ni, tup2 naik semester 5 kena buat balik... My partner also having da same situation... Then bila da agak yakin sket, beralihlah kepada real part, first trial...
inilaa hasilnya... nak tergelak gak, banyak hole, klw examine under microscope, mesti dpt detect bnyk fatigue... xpe... cuba lagi...

For the second trial, my partner take over, then, he complained that he was not able to weld yet... Then the second trial also facing the same results... We've try again, still practicing until we feel very confident to weld... For the third trial....

ALHAMDULILLAH!!!

dapat juga welding dengan 'baik'... xlah elok mana pun... but at least we feel very satisfied... dan inilah hasilnya...

Sangat2 puas hati, wlwpun satu group dua orang je... hepy~ pas habis welding sakit mata gak ah.. masuk asap n etc... bak kata my friend - kenyet3~...
End of da session... sharp at 1800H... mengabadikan kenangan... hehe~

yang ni gambar time semester 2, ngah belek2 folder tetiba jumpa gambar ni, memorable!!!

Inilah permulaan sem ni... tetiba diberi kekuatan untuk update blog... wlwpun da dekat 3 minggu lecture start... sem ni amek 5 subjek dengan 15 credit hour, jadual pun da x berapa pack... hamdalah~ Allah beri kemudahan n nikmat... berbanding sem lepas yang agak terkejar-kejar masa... rasa semangat nak kejar balik sem ni n recover balik mana2 yang terlepas... that's all for now... hari sabtu kena pegi Perak... ad function... kena EL program ohaiyo JPKZ... sori hasbullah bin harun!!!
daa~!!!!

kasut futsal baru!!!
price: MYR X5X.00



pemergianmu....

Anis Amirah Ahmad Lutfi (08/01/88 - 18/07/10)


Al-Fatihah..

Pulangnya ke pangkuan Ilahi pada 06 Sya'ban 1431H, jam 11.00 pagi sebagai seorang syuhada'..

Moga dicucuri rahmat dan redha oleh-Nya..

InsyaAllah.. syurga untukmu..

Semoga keluarganya diberi ketabahan dan kesabaran dalam kehidupan ini..

Amin..

p/s : sejujurnya, saya tidak berapa mengenali Allahyarhamah... tapi saya berpeluang dan pernah bekerjasama dengan Allahyarhamah suatu masa dahulu secara tidak formal... moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah... moga dijanjikan dengan tingkatan syurga firdausi bagi serikandi islam ini... i-Allah... mungkin selepas ini giliran kita pula... sama-sama muhasabah dan mujahadah untuk tingkatklan amalan... seiring persediaan yang rapi... moga kita juga dikurniakan khusnul khatimah... ameen~


21 July 2010

Kudamba RedhaMu~Devotees

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan


04 June 2010

Umrah~ di kala diberi peluang


Alhamdulillah syukur...

Berkesempatan menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat semalam, sebagai meraikan sorang sahabat dan keluarganya yang bakal menunaikan umrah di tanah suci selama 20 hari bermula hujung minggu ini. Teringat juga seorang kenalan seperjuangan di Penang yang bakal juga melaksanakan umrah bersama keluarganya juga hujung minggu ini... Tahniah diucapkan kerana dipilih sebagai tetamu Allah... Moga kalian beroleh umrah yang mabrur... Ada juga jemputan untuk ke Stadium Malawati Shah Alam untuk solat hajat perdana, namun terpaksa ditolak kerana memikirkan aulawiyat ke atas sahabat yang ingin menunaikan umrah ini... (^.^)v... plus hujan renyai-renyai memberatkan lagi hati untuk ke stadium walaupun memikirkan kepentingan perjuangan saudara kita yang amat kita sayangi...

Berpeluang buat kesekian kalinya solat mahghrib di masjid negeri... memandangkan majlis tersebut bermula selepas solat Isyak... Gah dikenali sebagai masjid yang mempunyai sebuah kubah yang terbesar di Asia Tenggara... sudah banyak bezanya perubahan di masjid ini berbanding kunjungan saya buat kali terakhir entah tahun yang ke berapa... tapi bukan isu itu yang saya ingin rencanakan... kisahnya bermula begini...

Sedang azan berkumandang, saya bergerak meninggalkan kereta di tempat letak kereta berhampiran pancuran air utama dengan ditemani seorang rakan sekolah ketika di tingkatan lima dahulu, kawan satu taman perumahan... selesai mengambil wudhuk, lantas bergerak ke ruang solat utama... dan menanti bilal iqamat seketika dan berniat i'tikaf...

Selesai bilal melaungkan iqamat, jemaah masjid mula memenuhi saf2 utama... kebiasaan yang berlaku di Malaysia, jemaah liat untuk merapatkan saf, meluruskan saf dan membetulkan saf... saya pun tidak tahu di mana silapnya dan apakah kewajaran mereka berbuat demikian?? adakah dengan memberi alasan...

"panaslah bila dok dekat!!!"

"rapat2 peluhlah aku, lagipun orng sebelah aku, bau badannya macam vavi!!!"

dan pelbagai lagi alasan yang dikemukakan untuk menidakkan kepentingan saf yang telah disyariatkan... namun lain yang berlaku di masjid ini, mungkin sudah wujud di masjid2 lain, namun inilah yang petama kali berlaku di hadapan saya, dengan sokongan petugas2 masjid, mereka bertungkus lumus menyuruh jemaah yang agak liat untuk meluruskan saf agar menyegerakan perbuatan mereka, sehingga petugas masjid melihat sof telah rapat dan seimbang di kiri dan kanan, barulah mereka mengangkat takbir, walaupun ketika itu imam sudah hampir nak ruku'! itu pun ada juga segelintir jemaah yang enggan berbuat demikian, namun mereka akur pada arahan petugas masjid dalam keadaan yang "blurisme," apabila menyedari kelakuan mereka yang tidak sedar liat ini dipandang serong oleh jemaah masjid yang lain...

terfikir saya seketika, di masjid lain... saya tidak nampak ada orang yang akan memastikan saf lurus selain imam sahaja yang mengumumkan...

"lurus dan rapatkan saf, sahu sufu fakum...."

andainya mereka menyedari akan kepentingan saf, semua jemaah pasti berebut-berebut mnencari saf yang pertama di belakang imam dan menarik sesiapa sahaja di sebelah mereka agar merapatkan saf tanpa menanti imam menyuruh mereka berbuat demikian... adakah mereka tidak mempercayai hikmah di sebalik penekanan aspek meluruskan saf sepertimana yang telah terbukti oleh penemuan sains yang pabila aktiviti ini berlaku, akan ada perpindahan dan pengecasan semula ion-ion, cas-cas positif dan negatif, di dalam badan seseorang itu... subhanallah!!!

pada zaman Rasululullah, etika penekanan aspek saf amat dititikberatkan, sehinggakan ada sahabat yang sanggup memegang pedang untuk mencantas kaki-kai mereka yang tidak meluruskan saf... namun kita pada hari ini, mengambil ringan aspek ini... sehinggakan apabila saf telah lompong ketika sedang solat, x reti2 lagi bergerak dengan langkahan yang teratur untuk merapatkan saf...

wallahua'lam...

caption di bawah pula, merupakan sekadar perkongsian kunjungan saya dan rakan-rakan di i-city seksyen 7 shah Alam untuk melihat kemeriahan pesta lampu-lampu....

credits to abdul wafi, zharif zulkifli, nazrul fazli, azhar bujal, megat ibrahim, uia students n intec student,



Related Posts with Thumbnails