hadith of the day

pendokong

04 June 2010

Umrah~ di kala diberi peluang


Alhamdulillah syukur...

Berkesempatan menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat semalam, sebagai meraikan sorang sahabat dan keluarganya yang bakal menunaikan umrah di tanah suci selama 20 hari bermula hujung minggu ini. Teringat juga seorang kenalan seperjuangan di Penang yang bakal juga melaksanakan umrah bersama keluarganya juga hujung minggu ini... Tahniah diucapkan kerana dipilih sebagai tetamu Allah... Moga kalian beroleh umrah yang mabrur... Ada juga jemputan untuk ke Stadium Malawati Shah Alam untuk solat hajat perdana, namun terpaksa ditolak kerana memikirkan aulawiyat ke atas sahabat yang ingin menunaikan umrah ini... (^.^)v... plus hujan renyai-renyai memberatkan lagi hati untuk ke stadium walaupun memikirkan kepentingan perjuangan saudara kita yang amat kita sayangi...

Berpeluang buat kesekian kalinya solat mahghrib di masjid negeri... memandangkan majlis tersebut bermula selepas solat Isyak... Gah dikenali sebagai masjid yang mempunyai sebuah kubah yang terbesar di Asia Tenggara... sudah banyak bezanya perubahan di masjid ini berbanding kunjungan saya buat kali terakhir entah tahun yang ke berapa... tapi bukan isu itu yang saya ingin rencanakan... kisahnya bermula begini...

Sedang azan berkumandang, saya bergerak meninggalkan kereta di tempat letak kereta berhampiran pancuran air utama dengan ditemani seorang rakan sekolah ketika di tingkatan lima dahulu, kawan satu taman perumahan... selesai mengambil wudhuk, lantas bergerak ke ruang solat utama... dan menanti bilal iqamat seketika dan berniat i'tikaf...

Selesai bilal melaungkan iqamat, jemaah masjid mula memenuhi saf2 utama... kebiasaan yang berlaku di Malaysia, jemaah liat untuk merapatkan saf, meluruskan saf dan membetulkan saf... saya pun tidak tahu di mana silapnya dan apakah kewajaran mereka berbuat demikian?? adakah dengan memberi alasan...

"panaslah bila dok dekat!!!"

"rapat2 peluhlah aku, lagipun orng sebelah aku, bau badannya macam vavi!!!"

dan pelbagai lagi alasan yang dikemukakan untuk menidakkan kepentingan saf yang telah disyariatkan... namun lain yang berlaku di masjid ini, mungkin sudah wujud di masjid2 lain, namun inilah yang petama kali berlaku di hadapan saya, dengan sokongan petugas2 masjid, mereka bertungkus lumus menyuruh jemaah yang agak liat untuk meluruskan saf agar menyegerakan perbuatan mereka, sehingga petugas masjid melihat sof telah rapat dan seimbang di kiri dan kanan, barulah mereka mengangkat takbir, walaupun ketika itu imam sudah hampir nak ruku'! itu pun ada juga segelintir jemaah yang enggan berbuat demikian, namun mereka akur pada arahan petugas masjid dalam keadaan yang "blurisme," apabila menyedari kelakuan mereka yang tidak sedar liat ini dipandang serong oleh jemaah masjid yang lain...

terfikir saya seketika, di masjid lain... saya tidak nampak ada orang yang akan memastikan saf lurus selain imam sahaja yang mengumumkan...

"lurus dan rapatkan saf, sahu sufu fakum...."

andainya mereka menyedari akan kepentingan saf, semua jemaah pasti berebut-berebut mnencari saf yang pertama di belakang imam dan menarik sesiapa sahaja di sebelah mereka agar merapatkan saf tanpa menanti imam menyuruh mereka berbuat demikian... adakah mereka tidak mempercayai hikmah di sebalik penekanan aspek meluruskan saf sepertimana yang telah terbukti oleh penemuan sains yang pabila aktiviti ini berlaku, akan ada perpindahan dan pengecasan semula ion-ion, cas-cas positif dan negatif, di dalam badan seseorang itu... subhanallah!!!

pada zaman Rasululullah, etika penekanan aspek saf amat dititikberatkan, sehinggakan ada sahabat yang sanggup memegang pedang untuk mencantas kaki-kai mereka yang tidak meluruskan saf... namun kita pada hari ini, mengambil ringan aspek ini... sehinggakan apabila saf telah lompong ketika sedang solat, x reti2 lagi bergerak dengan langkahan yang teratur untuk merapatkan saf...

wallahua'lam...

caption di bawah pula, merupakan sekadar perkongsian kunjungan saya dan rakan-rakan di i-city seksyen 7 shah Alam untuk melihat kemeriahan pesta lampu-lampu....

credits to abdul wafi, zharif zulkifli, nazrul fazli, azhar bujal, megat ibrahim, uia students n intec student,



Related Posts with Thumbnails