hadith of the day

pendokong

23 May 2009

Arah+Haluan+Direction+Pathways???

Alhamdulillah...

selamat jua tiba di tanah air setelah sekian lama tidak pulang sejak chinese new year...
mngkin mncapai dua bulan lagaknya...b4 dis,, ad gak rasa nk balik... apabila memikirkan tanggungjawab sebagai anak belum terlaksana sepenuhnya.. mungkin tahap separuh pun tak tercapai lagi...alasannya mungkin pelbagai,, sama ada boleh diterima atau tidak,,, terpulang kepada penilaian diri sendiri...

sepatutnya pulang seawal 10 hb lima lagi,,, tetapi atas komitmen persatuan n perkara2 lain,, terpaksa jua ditangguhkan walaupun hati ini meronta-ronta minta dilepaskan untuk terbang pulang... habis sahaja final exam subjek BEL 260 yang dibuat dalam masa dua jam wlwpun masa yg diperuntukkan hanya 3 jam (xpelaa,, jimat sejam,ad juga wat dlm masa sejam).. trgesa2 kaki ini melangkah pulang ke bilik untuk last packing b4 brtolak ke TERENGGANU...

sebelum melangkh keluar mnuju ke bilik grakan JPK, 3110c berbunyi, :REMINDER NOTE; Jumpa Akh MAD, distribute softcopy Unit :
owh,, terlupa.... biasalah fitrah manusia... luckily Allah ingatkan melalui selular sbg asbab.. kna jumpa abg mad... nk bg softcopy untuk prbntngn daurah plak... naseb baik da call beliau smlm,, n dia pun da agree nk jumpa... da settle smua... file dlm pendrive plak corrupted... trdelete time scan antivirus kot... AVIRA... jnis antivirus ni bhya sket klw x dikendalikn carefully... bley trdelete file yg kadangkala kita x perasan pun kita delete.. hmm... hilang hbis file unit dlm tu... hopefully my assisstant got dat softcopy..

da settle smua... bawklaa turun smua stuff untuk ke TERENGGANU... PROGRAM BAKTISISWA DAYA WAWASAN (OPKIM)... wlwpun clash ngan program lain,, ak lebih memilih program ni,, xtaulaa knape.. keje Allah smua ni... lebih kepada khidmat masyarakat dan program anak angkat sbnrnyer... nntilaa bukak satu site len plak citer pasal program ni,, syok gak... tunggu punya tunggu jam 1530 driver uitm penang baru sampai... dlm jadual 1430 spatutnya... erm lmbt plak sampai destinasi nnti.. ibtidaa ul musafiran fi as saa`aah arrabi`ah tamaman bi jamiaatul haafilah..
drivernyer pak cik POZI,, knal dia pun melalui fahimi... agak peramah gak,,, pndi buat lawak... dok trgelak je spnjng prjalanan... laluan PENANG-TERENGGANU kalau dilalui memang menjanjikan seribu satu keseronokan... baik pemandangan, 'keadaan' jalan dan kemudahan lain... maleh gak nak citer...

smpi ke destinasi jam 2330 h.. transit di UiTM Chendering,, x brp jauh gak ngan tmpt program.. malam tu bley plak kluar cari makan.. wlwpun da agak lewat klw ikut 'budaya' kat sana.. blik jam 0230 h,, seb bek guard kat ci2 murah hati,,, bley je slumber bg kami msuk.. time tu driver dah cuak,,, mmng sempoi arr guard kat chendering,,, nak dibndingkn ngan penang... mmng jauh gila standard disiplin... dhlaa smua muka bjet garang jer.. x smua gak...

habis program OPKIM tu 16 mei.. brsamaan hari guru, nak balik penang mcm x brbaloi jer... stay jerlaa kat trngganu tu.. rumah pak cik pun dekat jer.. kat setiu... tinggal semalaman kat setiu.. keesoknnya plak bertolak ke kelantan.. rumah atuk... smpt dua malam jer... pagi esok tu plak.. pas subuh.. drive keta wira my sis from ketereh ke gua musang... 2 jam setengah perjalanan...petang tu plak.. da kna balik selangor.. sampai lewat gak arr kat umah... dalam 2330 wlwpun smpi kat hentian putra dlm 2130... perut lapar... berenti jap kat Mc D.. drive thru coz my sis mmng da ad sticker tu.. erm,, melantak gak arr mlm tu.. seb bek my sis x kaco skali... takut gak.. dalam aktif memboikot nieyh,, terkantoi jgak,,

cuti-cuti malaysia ak kali ini,,, bknnyer pe.. sesajer mempromosikn ZOOM Malaysia...
PENANG-TERENGGANU-KELANTAN-SELANGOR (in meantime laluan dia KEDAH-PERAK-PAHANG-KL)hmm...
da kena blik kmpus plak 20 hb 6 ni... cpat sngt... hmmm.

21 May 2009

X Lebih Setahun ditinggalkan... Kekal Terasa Kehilangannya....

* PENDIDIKAN

Sekolah Terbilang: Gedung ilmu
Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my

KISAS menyediakan bahan rujukan lengkap bagi memberi peluang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu.

Kisas himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.

Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.

Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.
LITERASI komputer antara pendekatan dilakukan Kisas bagi membentuk pelajarnya celik teknologi maklumat.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak.

"Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

"Satu lagi perbezaan Kisas berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa.

"Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.

Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan Kisas bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.

Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.

Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.

Info

Pencapaian terbaik Kisas 2008

Antarabangsa

# Johan - Kem Tutti Fratelli International

# Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition

# Finalis - Mondialogo School Contest

Kebangsaan

# Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

# Johan Kem Penulis Muda

# Johan Pertandingan Folio Pengguna

# Johan Debat Bahasa Arab

-seharusnya.... nikmat yang dikurniakan perlu dihargai sewajarnya...
andai hilang pasti tidak ketemu penggantinya...-

>>far-to-east!!!
Related Posts with Thumbnails