hadith of the day

pendokong

01 February 2009

VII Di Bawah Satu CAhayA



Keberangkatan pulang ke Pulau Pinang untuk meneruskan pengajian dalam erti kata berjuang dalam bidang pendidikan, ternyata tidak semudah yang disangkakan. Bukan kerana keperluan kepada passport tetapi masalah transport. Mencabar minda juga lagaknya. Ternyata menguji kesabaran. Naluri hati mengatakan, mungkin inilah kaffarah@bayaran di atas dosa dan maksiat yang dilakukan selama ini. Hati ini bertanggapan bahawa andai peluang terbuka luas, pasti akan disapu sepenuhnya tanpa berfikir panjang. Baik perkara kebaikan mahupun kemungkaran. Namun ternyata, hala tuju kearah kemungkaran ternyata lebih jelas dan wadhih.

Kerapkali hati ini berdoa dengan rintihan, “Ya Allah, kekalkanlah keislamanku, mantapkanlah aqidahku, tambahkanlah keimananku, murahkanlah rezekiku, permudahkanlah segala urusanku dan ampunkanlah segala dosaku sama ada yang zahir atau tersembunyi,” Namun aku pasrah jua atas ketentuan dan akur dengan kehendak ilahi. Sesungguhnya Dia mengurniakan ujian hanyalah untuk menguji sejauh mana ketaqwaan hamba-Nya. Ujian yng dilemparkan sememangnya setanding dengan kemampuan manusia tersebut. Makhluk yang bernama manusia hanya pa
bila dalam keadaan payah dan kesulitan, barulah merintih meminta pertolongan ar-Rahman, namun jika berdepan kesenangan, tak tahulah di mana Allah diletakkan.

semakin jauhku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku,

semakin cubaku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku,

-cebisan lirik daripada sebuah kumpulan nasyid kontemporari.

“setiap kali mung tergelincir, Dia akan tarik mung balik, tarik sampai mung kembali ke jalan yang mung perlu tempuhi, tapi andai kita tak endahkan sign yang diberikan, malah kita teruskan jua dengan kesesatan yang dilakukan, sampai satu tahap, Dia akan lepaskan kita ibarat layang-layang yan
g terputus tali. Hanyut dibuai arus dunia ,” kata-kata al-akh Azrul Azuan, Presiden BADAR KISAS dalam versi KELANTAN-MELAKA yang dimodified masih terpahat kukuh dalam ingatan.

Berbalik kepada kisah yang ingin dikongsikan, journey yang mencabar ini bermula tika aku bersiap untuk packing barang selang seketika sebelum menjengah ym, berconfe
rence dengan classmate yang kini melata di seluruh dunia. SMS yang diterima daripada seorang sahabat menyatakan perjalanan esok mungkin berlaku perubahan. Pertemuan yang dijangka pada jam 9, berlanjutan hingga ke tengahari. SMS seterusnya yang berkunjung tiba memungkinkan aku untuk menghidupkan enjin kenderaan menuju ke stesen KTM Subang JAya sambl ditemani kakanda. Sesampainya di stesen KTM Klang, seribu memori bertandang kembali ke benakku. Mana tidaknya, di sinilah port yang aku kerapkali kunjungi sewaktu tibanya musim cuti. Pendidikan yang aku terima di salah sebuah sekolah berdekatan dengan tempat ini menjadi antara asbab memungkinkan aku berdiri di tempat aku berada sekarang. Suasana tidak berubah, walaupun sudah lebih tiga belas bulan aku mennggalkan tempat ini. Apalah perubahan yang diharapkan sangat dalam tempoh tersebut.

Penantian di stesen komuter semakin berlajutan. Hati mulai panas. Mana tidaknya, aku kerap menunggu sedari pagi lagi. Hati ini kerapkali berzikir memohon ketenangan dan dijauhkan segal musibah. Zikir al-Ma'thurat tidak lekang di bibir. Hanya kita mampu merancang, tapi Allah jualah yang menentukan segalanya. Perkhabaran dari sahabat menyatakan, aku mungkin terpaksa menunggu lagi, servis masih berjalan. Hurmm, patience in progress... Selang setengah jam kemudian, beliau pun tiba. Katanya, brake pula kurang menyengat. Lalu, diambil keputusan untuk menyelenggaranya di Penang nanti. Aku hanya menurut kata-katanya. Dia kan drebar...

Masalah demi masalah berkunjung tiba. Bermula dengan masalah brake, mungkin hydraullic liquid kurang kot.. Kemudian masalah angin tayar. Sesampainya di lebuhraya memeasuki RAwang, perkara yang aku jangka terjadi. Tayar pancit! Agak bertuah tempat tersadainya kenderaan itu tinggi. Orang boleh nampak kot. LAntas berbekalkan pengalaman yang ada, aku tolong pape yg patut.Tukar tayar spare... Nampak kelainan pada tayar ganti tersebut. Merekah dan haus. Errmm, sempat sampai Insya-Allah. Perjalanan diteruskan sambil menikmati pemandangan yang terhampar indah.

angin bayu menghembus

dan mengulai lembut












bukit yang menjadi

pasak bumi










Pada mulanya menyangkakan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan pula yang turun di tengahari. Ketika melintasi terowong di Sg.Perak menghala ke utara, kedengaran bunyi angin tayar mendecit. Kereta mula bergerak perlahan. Sesudah melalui terowong tersebut, jalan yang menurun menuruni cerun bukit memungkinkan kereta untuk accelerate semula. Tapi stereng mulai bergegar dan pergerakan kereta menjadi tidak seimbang. Kenderaan diberhentikan di bahu jalan. Sahabatku menjeling. Aku cuba untuk keluar. Namun pintu dihadang oleh divider. Tayar pecah!!! Tayar belakang di sudut sebelah kanan. Sesudah meloloskan diri dari kenderaan, aku mengintai ke belakang. Benarlah kata sahabatku. Layak diberi gelaran as-siddiq kot. Fuhh... Suasana cemas dirasai. Sahabatku lantas mendail nombor kecemasan di tiket transit tol yang diambil tadi. Talian hotline PLUS. Ada juga brader tow truck datang menjenguk. Kami menafikan permintaannya untuk tarik kereta. Alasannya, dah hubungi pihak PLUS. Kata brader tersebut, kalau pihak PLUS x cukup equipment, call dia, lantas menghulurkan kad perniagaan. Dalam hati kecilku berbisik, xkanlaa pihak PLUS x cukup equipment kot. Tindakan kami membiarkan sahaja tow truck berlalu pergi dan menuruti pergerakannya dengan ekor mata sehingga hilang dari pandangan. Menunggu lagi ketibaan bantuan dari PLUS Ronda. Sesungguhnya tempat itu amat terpencil, namun banyak jua kenderaan yang lalu-lalang. Mereka menunjukkan rasa simpati, tidak kurang juga yang x sampai hati lantas membunyikan hon kenderaan memberi amaran kerana berhenti di bahu jalan tanpa mampu untuk memahami masalah yang kami hadapi. Sesungguhnya benarlah, rakyat Malaysia amat berhemah. Selang seketika kemudian pihak PLUS Ronda pun tiba. Agak lama gak, staff tu meniliti kecederaan yang dialami. Memandangkan tayar asal pancit n tayar spare pun pecah, pihak PLUS mengambil keputusan menuju ke kedai tayar berdekatan. Beli tayar secondhand laa,,,, low budget.... Terpaksalah aku menunggu di tempat tu, sementara sahabatku follow pihak PLUS ke kedai tayar berdekatan.


menunggu ketibaan tayar baru

isk3... pengalaman...












Ingatkan dekat... rupanya nun jauh di Kuala Kangsar. Jarak yang mungkin diambil mungkin dalam satu jam setengah hingga ke dua jam. Pihak staff mengarahkan aku berdiri di luar lane jalan. Untuk safety agaknya. Dahlaa kawasan tu cerun bukit. Kiri kanan bukit n dikelilingi hutan. Toleh sana nampak bukit, kalau x nmpk bukit hutanlaa jawabnya... dan begitulaaa sebaliknya. Nasib baik pandangan atas nampak awan.. Agak lama juga penantian aku di situ. Mungkin sepanjang hari ini, masa banyak terbuang dengan penantian. Benarlah.. apa yang pernah dikata... penantian itu satu penyeksaan... Hati kecil ini mulai gelisah. Ditambah dengan bunyi desiran dari kenderaan yang bersimpang siur. Namun, menjadi semakin gelisah. Mana tidaknya, pokok dalam jarak 30 meter dihadapanku mulai bergoyang. Firastku mengatakan, angin mungkin. Tapi masakan pokok di sebelahnya juga bergoyang?? Kawanan KERA liar!!! Persekitaran hutan. Janganlaaa makhluk Allah ni mendekatiku. Fikiran2 liar mula menyerbu. Lantas dinafikan oleh kewarasan akal fikiran yang masih boleh lagi tenang. "Cepatlaa ko sampai wahai sahabatku," hati kecil ini mula berbisik. Tidak putus2 aku berdoa agar Allah melindungiku daripada makhluk ganas dan liar ini. Kawanan kera ini kadangkala bergaduh sesama sendiri. Daripada yang kecil hingga yang besar, yang tua dan juaga yang masih bayi. Kerapkali mereka menjeling ke kedudukanku. Diorang bawak sepupu-sepapat sekali ker?? Apa yang memeranjatkanku, salah seekor daripada kera tersebut melompat-lompat ke kiri dan ke kanan dan meluru ke hadapan menuju papan tanda highway dan mengoncang-goncangkannya. Agak kuat juga bunyi yang dihasilkan. Ini yang menambahkan kerunsingan hati. Tindakan binatang liar ini kalau dalam keadaan terdesak,mana boleh kita jangka. Walaupun kita punya ilmu pertahanan diri yang ampuh.


Panggilan telefon dari sahabatku sedikit melegakan hati. Mana tidaknya, dalam tempoh hampir satu jam menunggu, ditambah pula dengan pengalaman bersama kera liar, tuhan jer tau perasaan yang aku alami sekarang. Katanya on da way menuju ke tempat aku berada sekarang. Kataku, "cepatlaa sket, keliling aku da tumbuh kera ni, siap jeling2 aku lagi," Selang setengah jam kemudian, mereka tiba. Aku pun tolonglaa apa2 yang patut. Setelah siap segala benda yang patutu dibuat, sahabatku ini menghulurkan sedikit upah@sumbangan ikhlas buat kedua-dua orang staff PLUS ini. Namun ditolak dengan baik dan mengarahkan kami segera meneruskan perjalanan memandangkan hari semakin gelap. Kami akur dengan arahan mereka. Dalam hatiku, aku puji cara gerak kerja mereka. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Lantas kami meneruskan perjalanan yang berbaki hampir seratus kilometer lagi. Berhenti seketika di Hentian R&R Sg Perak. Melangsaikan hutang solat Asar dan menantikan kedatangan waktu Maghrib di surau yang disediakan. Perjalanan yang ku rentasi dan masalah yang timbul sepanjang hari ini benar2 memberi suatu kelebihan dan pengalaman menarik yang sukar dicari di mana-mana. Kadangkala benda yang kita x jangka pun boleh terjadi. Jadi bersedialah menghadapi apa jua perkara pun.


Lamunanku terhenti apabila kereta melintasi Tol Juru. Sudah hampir tiba ke destinasi lagaknya. Cepatlaa sampai, aku tak tertanggung lagi bebanan berada di dalam kereta dalam meneruskan perjalanan. Semoga cepat sampai. Aminnn.....




Related Posts with Thumbnails