hadith of the day

pendokong

11 January 2009

VI Happy New Year!!!

Tahun Baharu Masihi + Tahun Baharu Hijriyyah yang disambut malah diraikan hampir serentak di semua tempat di Malaysia. Bagaimana kedatangan tahun baharu ini diraikan?? Adakah sama penerimaan bagi orang yang sedar akan hakikat untuk membezakan yang mana satu keperluan atau kehendak, dan yang mana satu penting atau lebih utama ataupun sebaliknya????

Agak lama tidak menjenguk malah meng"update" medium bidang penulisan ini sejak sekian kalinya. Kesuntukan masa memenuhi kehendak mahasiswa barangkali. Lagi dua minggu mungkin berpeluang merasai keseronokan berada bersama keluarga semula dalam tempoh seminggu sempena ketibaan Tahun OX dalam kelendar Cina. Mungkin dalam tempoh tersebut, ad kesempatan untuk melapangkan fikiran yang sudah sedia kusut dalam melayan segala mehnah dan tribulasi yang tidak jemu2 menyerang. Sememangnya perlu merisikokan kemungkinan.

Anjakan ke semester kedua dari semester pertama benar2 memberi pelbagai impak dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang kini sedang menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang. Sememangnya cabaran di setiap semester ternyata berlainan. Melihatkan kepada subjek yang terpaksa diambil dan jam kredit yang ternyata semakin bertambah walaupun satu jam sememangnya menimbulkan pelbagi tanggapan dan persepsi. Mampukah kehidupan ini diteruskan?Atau mungkin hanya tersungkur di tengah perjalanan yang belum lagi jelas hala tuju masing2. Wallahua`lam.... Tapi kelebihan berada di dalam sebuah gerakan yang bertunjangkan Islam benar2 memberikan gambaran yang positif dan sememangnya semangat itu atau ruhul dan niat semakin diperbaharui dari semamsa ke semasa. Minda ini mulai terbuka dek kemajuan pemikiran dan persoalan yang ditabur dan kini Alhamdulillah semakin bercambah dalam menghadapi dunia maya sebgai satu persediaan menghadapi kehidupan realiti pada masa akan datang.

Banyak jua bebanan dan tanggungjawab yang bakal digalas selepas pentakhlifan. Cabaran sebenar baru sahaja bermula. Namun, diri ini amat berharap agar perjuangan ini sentiasa berterusan dan jauh dari segala fitnah yang mungkin bakal membantutkan usaha-usaha penggerak dakwah dalam membangunkan daulah islamiyyah. Sememangnya hakikat kehidupan pada masa ini, agama Islam itu sendiri tidak memerlukan pengikut yang ramai, tetapi memerlukan pendokong dan penggerak dalam memastikan Islam adalah agama yang tertinggi dan tiada suatu agama lain pun yang boleh menggugat ketertinggiannya. Nak mengharapkan pengikut yang ramai pun masih belum pasti tugas yang tergalas itu terlaksana sepenuhnya. Kerana umat Islam pada akhir zaman ini sememangnya ramai namun ibarat buih di lautan. Sifat buih itu sendiri banyak namun mudah pecah dan dihanyutkan ke mana-mana kemudian hilang begitu sahaja. Sarjana barat juga menyebut, Umat Islam sekarang ibarat sedang berlumba-lumba membelitiket kapal yang hendak karam yang destinasinya belum pasti lagi ke mana dan keselamatan atau kondisi kapal itu bakal menterjemahkan segala-galanya.

Sememangnya hidup ini perlu jua diteruskan walaupun kita amat mengharapkan kehidupan ini sampai ke noktahnya kerana kita tidak mampu lagi menanggung bebanan yang ditakhlifkan. Namun, kita perlu sedar bahawa Allah tidak akn menguji hambanya ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya dan dari situ ternyata malah kezahirannya sudah jelas bahawa kita ini adalah hamba yang lemah. Pabila ditimpa ujian yang sekelumit pun, sudah mula mengeluh dan menyalahkan takdir. Mungkin inilah keperibadian umat Islam sekarang. Di manakah semangat jihad itu hilang? Jangan kecilkan skop jihad hanya sekadar peperangan semata-mata, malah sebgai seorang pelajar, jihad dalam bidang pendidikan sememangnya tugas utama tanpa mengabaikan tuntutan syariat yang lain. Sama-samalah kita fikirkan....

04 January 2009

IX - Bulan Baru Harapan Baru

April Fool: Menghina Islam dan Martabat Insan
www.iLuvislam.com
Ustaz Nordin bin Bayadi , JAIS
editor: kasihsayang



Bagi mereka yang meniru budaya ini, mereka merasakan bahawa seri persekitaran hidup mereka akan hilang apabila peristiwa April Fool ini tidak diraikan.

Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam.

Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Sejarah

Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.

Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

April Fools' Day
April 1st 2001 in Denmark, regarding Copenhagen's new metro


Masyarakat Kini

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol.

Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.

Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool. Sesungguhnya ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam . Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya : Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab;:Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)"
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~

>>iluvislam.com
Related Posts with Thumbnails