hadith of the day
pendokong
27 November 2009
...:::SALAM EID ADHA 1430H:::...
24 November 2009
......alhamdulillah, kenangan dahulu menyerbu kembali.....
curi2 ambik drpd blog schoolmates dulu....
Sayangi Sekolah: Misi berjaya
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
PASUKAN SMKA Melor menjuarai Pertandingan Reka Bentuk Jambatan Antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, baru-baru ini. |
SMKA Melor antara sekolah aliran agama terbaik negeri, kebangsaan
SEKOLAH Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, Kota Bharu, Kelantan kini antara sekolah disegani kerana mencatat pencapaian cemerlang sejak tiga tahun lalu.
Berstatus SMKA Gred A luar bandar, sekolah itu mencapai kecemerlangan setelah memfokuskan hala tujunya, iaitu kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang proaktif, berdaya saing dan inovatif
Kejayaan sekolah itu diiktiraf apabila menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori SMKA Kebangsaan 2009 dan Anugerah Kualiti SMKA Kebangsaan 2009 oleh Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.
Pengetuanya, Ramli Awang, berkata tumpuan sekolah itu terhadap perancangan program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pemantapan sahsiah pelajar sejak awal tahun lagi.
WAKIL SMKA Melor, (dari kiri) Muhamad Ruzaiman Mohd Ismail, Ilman Ziat dan Nor Hanna Halim menunjukkan piala selepas menjuarai Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009. |
Selari dengan misi mentarbiyahkan pelajar untuk mencapai kegemilangan dalam semua aspek terbabit, katanya, setiap aspek dibangun, disubur dan dizahirkan dalam bentuk dokumentasi dan tugas harian pihak pengurusan sekolah serta guru hingga membawa kepada pencapaian membanggakan.
“Dalam peperiksaan SPM 2008 contohnya, kita berjaya mendahului SMKA lain di negeri Kelantan dengan mencatat pencapaian lulus 100 peratus dalam empat subjek iaitu Kimia, Pendidikan Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Prinsip Perakaunan.
“Malah secara keseluruhan, SMKA Melor menduduki tangga keenam dalam kedudukan 10 sekolah terbaik SPM peringkat negeri dan ketujuh di kalangan 10 SMKA peringkat kebangsaan, tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, pencapaian peringkat PMR 2008 juga tidak kurang hebatnya apabila 40 daripada 142 calon memperoleh 9A dengan lulus keseluruhan 99.3 peratus.
Ramli berkata, warga sekolahnya sentiasa menerima perubahan dengan pemikiran positif dan tidak pernah menganggap tanggungjawab diamanahkan sebagai bebanan, sebaliknya cabaran dalam merealisasikan aspirasi pendidikan negara.
“Perancangan dan hala tuju sekolah dijadikan agenda utama selari dengan objektif mendidik pelajar dengan keperibadian Islam dan membekalkan mereka ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
“Malah, kita juga berusaha mengembangkan potensi, minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan pelajar dengan menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum berteraskan akademik mahupun sukan,” katanya.
Beliau menjelaskan, usaha itu berhasil apabila pencapaian pelajar dalam aktiviti terbabit meningkat, antaranya muncul johan Pertandingan Model Jambatan Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia 2009.
Selain itu, johan Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009, tempat kedua Pertandingan Essei Kepenggunaan Kebangsaan 2008, tempat ketiga Pidato Majlis Keselamatan Jalan Raya anjuran Shell Malaysia 2008.
Seterusnya, menduduki tempat ketiga Tilawah al-Quran Kebangsaan 2009 (Lelaki), pingat perak kategori perempuan 14 hingga 17 tahun Kejohanan Taekwando Kebangsaan 2007.
INFO: SMKA Melor
Sumber: Berita Harian, segmen: Pendidikan.
1 Ibnu Sina (2003)- Mr Zulkifli
2 Ibnu Rushd (2004)- x ingt nama
3 Ibnu Sina (2005)- x ingt nama
4 Ibnu Sina (2006)- x ingt nama
biarpun ada orng akan melabelkan aku sebagai seorang yang tumpang kaki atas kejayaan orng lain, bila nama tenggelam... x muncul2, bila nama harum subur mekar kembali, entah ceruk mana sekalipun pasti ada orng akan mengakui kehebatan yang dihubungkaitkan dengan empunya diri...
namun aku sesekali tidak akan ambil pusing pun setiap kata-kata atau sangkaan buruk itu, lebih baik bersangka baik dengan orang lain, buang jauh-jauh sifat sangka buruk tu wahai MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN ISMAIL!!! walaupun hanya berjaya melengkapkan pengajian selama tiga tahun berbanding sahabat ku yang len complete set lima tahun, tapi aku rasa terpanggil untuk meluahkan sekalung PENGHARGAAN buat sekolah lamaku itu.... TAHNIAH!!! moga kejayaan yang ditempa itu berterusan... i-ALLAH...
21 November 2009
-: alhamdulillah... aku semakin tenang... :-
ASSALAMUALAIKUM w.b.t....
Alhamdulillah... telah berjaya sampai di kampung halaman... setelah sekian lama merantau di tanah permatang... Permatang Pauh lagaknya... perjalanan di atas Transnasional BTTRWORTH- K.BHARU JERTEH selama 6 jam lebih benar2 membuat aku memikirkan dan membayangi apa yang telah aku lalui dan lakukan selama ini... dan perancangan yang aku bakal rancang di masa hadapan seiring dengan persediaan yang rapi untuk menjayakannya... ditemani adik aku yang kini sedang menuntut di MRSM Kepala Batas dalam tingkatan 4, perjalanan di tengah kepekatan malam dalam menuju ke destinasi negeri Che Siti Wan Kembang itu kami harung dengan penuh keletihan dalam nada yang mengantuk... ketiduran sepanjang perjalanan... hanya sesekali (selalu gak rasanyer) tersedar pabila bas terhuyung-hayang kekanan dan kiri menempuh laluan yang berbukit dan berliku sepanjang lebuhraya BKE dan Gerik...
Ternyata, aku telah berupaya menghabiskan sisa pengajian selama satu sem di Permatang Pauh... tinggal lagi 3 semester untuk dipenuhi... Kertas ujian terakhir berakhir pada 14/11/2009... Di kesempatan itu jugalah, pelbagai kemahuan diri dituruti lantas mengorbankan apa yang aku cuba pertahankan selama ini... (apa yer??? aku pun x tau)... Sempat menapak ke Queensbay petang tu jugak....(men kat arcade, round2), then balik singah Jusco Perda lakk, xtau nak buat apa sebenarnya... 16 haribulan da kena gi BTN, tapi terpaksa batalkan penyertaan atas urusan keluarga.
07 November 2009
harapan demi harapan
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi
kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma
pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta
sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta
ingin aku mengulagi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi
~firdaus-nilai cinta
da xtau nak tulis aper.. hurmm...