hadith of the day

pendokong

28 May 2010

kuntum khoiru ummatin ukhrijat linnaas

Alhamdulillah, berkesempatan mengikuti kuliah subuh pada pagi jumaat di Masjid al-Mukminun USJ 2..

Us. Zulkifli nama murabbi tesebut..

Saya tertarik dengan isi kuliah ustaz tersebut, penceritaan tentang umat manusia zaman kini, direlatekan dengan pemuda yang bernama Qarun & Samiri pada zaman Nabi Musa dan dikonklusikan dengan umat Nabi Muhammad S.A.W. Sungguh bernas nas dan ayat yang dikemukakan. Ditambah dengan sokongan dalil dan huraian ayat yang ringkas namun mudah difahami mengikut waqi' jemaah subuh pada pagi tadi.

Saya tertarik dengan kupasan beliau tentang amar ma'ruf nahi munkar yang selalu dipandang enteng dan diambil mudah oleh umat 1Malaysia sekarang. Ujarnya begini:

Konsep amar ma'ruf nahi munkar dapat diklasifikasikan kepada empat bahagian:
1. amar ma'ruf nahi munkar (menyuruh kepada ma'ruf, mencegah kemungkaran)
2. amar ma'ruf amar munkar (menyuruh kepada ma'ruf, menyuruh kemungkaran)
3. nahi ma'ruf amar munkar (mencegah kepada ma'ruf, menyuruh kemungkaran)
4. nahi ma'ruf nahi munkar (mencegah kepada ma'ruf, mencegah kemungkaran)

Rasanya tidak perlu kepada huraian selanjutnya, kerana saya pun dalam proses memahamkan dan mengaitkan perkara tersebut dengan situasi terkini.

Ujarnya lagi:

" Pada zaman Rasulullah, ada sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, adakah jika wujud dalam golongan mereka yang suka melakukan kemungkaran itu orang yang soleh, adakah mereka akan dibinasakan juga?" Jawab Rasulullah, "YA. Kerana orang yang soleh itu tidak menggunakan ilmu dan kepakaran yang ada untuk mencegah kemungkaran yang berlaku dihadapannya," Huraian hadis ini ada menyebut, orang yang soleh itu hendaklah menggunakan kepakaran yang sedia ada untuk mencegah kemungkaran tersebut. Namun jika dia tidak mampu atau berjaya, hendaklah dia berhijrah meninggalkan kawasan tersebut. Tunggulah bala Allah ke atas golongan yang melakukan kemungkaran itu,"

" Situasi ini dapat dianalogikan sebagai, dua golongan yang sedang belayar di lautan. Satu golongan berada di atas bahtera dan satu lagi golongan berada di bahagian bawah bahtera. Apabila sampai di kawasan air bersih, sesuai untuk diminum, mandi dan mendapatkan bekalan air bersih, kedua-dua golongan ini memerlukan bekalan air tersebut dan masing-masing naik ke atas kapal untuk mendapatkan bekalan air tersebut. Namun, golongan bawah kapal merasakan kesukaran hendak naik ke atas kapal apabila setiap kali hendak mendapatkan bekalan air tersebut. Jadi mereka membuat perancangan untuk tebuk sahaja dinding kapal di bahagian bawah agar kesulitan mereka dapat diatasi, bekalan air pun senang dapat tanpa memikirkan akibat atas perbuatan mereka. Jika golongan di atas kapal yang menyedari hal ini dan mereka membiarkan sahaja usaha tersebut tanpa ada terdetik di hati mereka untuk menghalang, nescaya bukan golongan bawah sahaja yang karam, malahan golongan yang berada di bahagian atas juga akan turut binasa,"

Pada hemat saya, contoh berkenaan sudah mencakupi kesemua huraian yang disertakan. Jadi apa kondisi dan situasi saya jika disuruh mengklasifikasikan diri ini berada di kategori yang mana? Pembaca sekalian? Renung-renungkan dan selamat beramal!!! Wallahua'lam...




2 comments:

jangan lupa untuk tinggalkan jejak!!!

Related Posts with Thumbnails