sekadar perkongsian~ gambar terpaksa di 'remove' demi menjaga hati banyak pihak... maaf ya tuan punya entri ... rentetan daripada en...
hadith of the day
pendokong
30 May 2010
Benchmarking~Road Tour Kenyalang pt.4
4th Day (14th of May)
Seperti semalam, kami bertolak dari tempat penginapan sekitar jam 0700H. Berpeluang breakfast di pertengahan jalan. Destinasi kami pagi ini; Kampung Budaya atau lebih dikenali pelancong antarabangsa sebagai Sarawak Cultural Village. Rugi kiranya kalau berkunjung ke Sarawak tetapi melepaskan peluang berkunjung ke sini. Hal ini kerana, kemajuan infrastruktur di Sarawak menjadikan kami seperti berada di semenanjung gamaknya. Tiket masuk harga biasa mencecah RM 45-60, tetapi dengan student cardholder harga tiket dikurangkan sehingga RM 15. Diskaun sehingga RM 30!!! Berbaloi dengan pengalaman yang kami terima.
Di sinilah terkandung pelbagai warisan khazanah dan himpunan etnik di negeri Sarawak. Tapi ini bukanlah titik noktah kunjungan kami ke Sarawak. Banyak lagi tempat menarik yang wajib dilawati, namun kami tidak berkesempatan untuk melawatinya memandangkan kami menyedari bahawa kunjungan kami ke Sarawak atas tiket perwakilan dan bukannya percutian. Rumah Panjang, Rumah Tinggi, Rumah Iban, Rumah Penan dan sebagainya terdapat di sini. Boleh dikatakan, jika berkunjung ke sini, kita dapat memahami secara keseluruhan apa yang berlaku di Sarawak. Daripada yang misteri, dengan disajikan dengan tengkorak manusia sebagai santapan permulaan, sehinggalah perkara yang remeh-temeh. Semuanya ada di sini. Kami juga berpeluang mencuba pelbagai alat tradisi masyarakat bumiputera Sarawak. Sape, sumpit, pakaian etnik dan sebagainya. Kemuncak lawatan kami di sini berakhir dengan persembahan daripada pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak di auditorium yang disediakan.
kegirangan yang jelas terpancar sebaik memasuki pintu gerbang Kg Budaya
peserta bergaya dengan baju tradisi etnik negeri Sarawak
bergambar bersama salah seorang penduduk tetap di situ
terkejut melihat tengkorak di atas kepala
tanpa segan silu mengacau nenek tua yang sedang menganyam
mengasah bakat yang terpendam
nasib x roboh je jambatan ni
inilah pakar pembuat sape
di auditorium untuk menyaksikan persembahan
gah di pintu gerbang, tiba untuk pulang
Kunjungan kami berakhir jam 1245H. Seterusnya kami dibawa ke kawasan Bandar untuk juadah tengahari sebelum dibawa ke Swinburne University of Technology. Swinburne merupakan antara salah sebuah IPTS terkemuka di Malaysia. Mana tidaknya, hampir keseluruhan cawangannya berada di Australia dan hanya kampus Sarawak merupakan satu-satunya cawangan Swinburne di Malaysia.
LUNCH HOUR
Sama seperti slot di UNIMAS, pengisiannya juga tetap serupa, Cuma berlainan di Swinburne, kerana slot kami dihadiri oleh unit korporat, wakil school of engineering, wakil Swinburne Students Council, dan wakil pelajar school of engineering. Di sini pengalaman yang kami terima cukup berbeza. Hampir keseluruhan peserta lawatan ini bertukar bahasa serta-merta. Daripada loghat pelbagai negeri yang pekat, kami mampu bertutur dalam bahasa inggeris pelat versi kacukan Germany dan Australia. Tambahan pula, rata-rata pelajar yang turut serta dalam taklimat itu merupakan pelajar antarabangsa. Nepal, Nigeria, Bangladesh, Hong Kong, China, Australia, New Zealand dan sebagainya.
Prof Anatoli
wakil Swinburne Sarawak Student Council
sesi penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan
kek lapis~!
Selesai di Swinburne, kami bergegas menuju ke kilang pembuatan kek lapis antara yang popular di Sarawak. Kilang Kek Lapis Dayang nama diberi. Namun bukanlah kilang seperti yang kami sangka. Hanya rumah kedai seuunit yang diubah suai mengikut citarasa pengusahanya. Walaupun kami tidak dipertotonkan kaedah pembuatan kek lapis ini, namun bila melihat kepada deretan kek lapis yang siap tersusun rapi di rak yang disediakan dan katanya siap sedia untuk dipos ke merata tempat sehinggalah ke luar negara, hati kami berbunga riang. Harga amat berpatutan. Bermula RM 10-RM35 sebungkus. Para peserta pula sibuk memilih dan tidak ketinggalan juga yang sedang bersantai sambil leka menikmati juadah kek lapis yang disediakan. Leka dibuai mimpi indah di perjalanan pulang, sedar-sedar sahaja kami telah tiba di tempat penginapan. Pengalaman yang berharga diterima pada hari ini. Saya pula hilang habis suara. Apalah nasib Pengarah Program. Saya sedikit terkilan kerana tidak mampu menyumbang sepenuhnya dalam lawatan ini. Ibarat sebagai seorang peserta yang tidak melakukan apa-apa. Mujurlah beban saya sepenuhnya diringankan oleh barisan jentera perwakilan yang tidak jemu-jemu membantu saya dalam melaksanakan tugasan. Thanx a lots u guys!!! Sedang menanti hari terakhir esok yang semestinya masih menjanjikan pengalaman yang menarik. I-Allah… Sweet Dreams… Sleep Tight…
"Yakinlah dengan kemampuan DIRI selagi keyakinan itu mampu membawa seribu ERTI berlandaskan 'syariatullah' dan 'sunnatullah', sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara, sementelah dengan walau apa jua strategi yang dilakukan untuk mencapai sesuatu" - faizz DEEN-
Kek Lapis tu sedap :p
ReplyDeletewahh.. sempat gak dia merase yer.. congratz!!!
ReplyDeletebestnya g jalan2.
ReplyDeletejom... nak ikut?
ReplyDelete