hadith of the day

pendokong

27 November 2009

...:::SALAM EID ADHA 1430H:::...

Alhamdulillah, berkesempatan menyambut Aidil Adha buat kesekian kalinya, kali ini sambutan di Kelantan, bermula dengan solat sunat hari raya di Surau Kg Pulau Gajah, Pengkalan Chepa... usai solat, segera bertolak ke Kg Kedai Piah, Ketereh untuk sesi penyembelihan dan pelapahan daging... dua ekor lembu berjaya ditumbangkan kepunyaan nenda sendiri, hik3... x payah wakil2 kot....
Esok lakk i-Allah akan bertolak semula ke Kg Pulau Gajah untuk sesi korban seterusnya... kali ni sekor lembu plak, I-Allah... tak sabar rasanya nak tunggu hari esok, tapi sebelum tu layan NUR KASIH episod akhir malam ni!!! huhu...
Ucapan saya sebagai wakil empunya blog ini ingin bertitah, kepada seluruh tanah jajahan dan segala jajah takluknya....
" Beta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H, semoga dapat menghayati natijah dan intipati di sebalik pengorbanan ini, selamat menyembelih kepada bakal-bakal penyembelih dan yang bakal disembelih, kepada warga UiTM Penang, khususnya warga kolej Zamrud, dalam melapah dan meratah daging, jangan dilupakan lembu-lembu yang sedang meragut di padang ragut belakang kolej kita.. Setakat ini dahulu, WASSALAM.."



24 November 2009

......alhamdulillah, kenangan dahulu menyerbu kembali.....

curi2 ambik drpd blog schoolmates dulu....

Sayangi Sekolah: Misi berjaya

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my


PASUKAN SMKA Melor menjuarai Pertandingan Reka Bentuk Jambatan Antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, baru-baru ini.

SMKA Melor antara sekolah aliran agama terbaik negeri, kebangsaan

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, Kota Bharu, Kelantan kini antara sekolah disegani kerana mencatat pencapaian cemerlang sejak tiga tahun lalu.

Berstatus SMKA Gred A luar bandar, sekolah itu mencapai kecemerlangan setelah memfokuskan hala tujunya, iaitu kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang proaktif, berdaya saing dan inovatif


Kini, SMKA Melor berada dalam kelompok 10 sekolah terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.


Kejayaan sekolah itu diiktiraf apabila menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori SMKA Kebangsaan 2009 dan Anugerah Kualiti SMKA Kebangsaan 2009 oleh Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.

Pengetuanya, Ramli Awang, berkata tumpuan sekolah itu terhadap perancangan program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pemantapan sahsiah pelajar sejak awal tahun lagi.

WAKIL SMKA Melor, (dari kiri) Muhamad Ruzaiman Mohd Ismail, Ilman Ziat dan Nor Hanna Halim menunjukkan piala selepas menjuarai Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009.

Selari dengan misi mentarbiyahkan pelajar untuk mencapai kegemilangan dalam semua aspek terbabit, katanya, setiap aspek dibangun, disubur dan dizahirkan dalam bentuk dokumentasi dan tugas harian pihak pengurusan sekolah serta guru hingga membawa kepada pencapaian membanggakan.

“Dalam peperiksaan SPM 2008 contohnya, kita berjaya mendahului SMKA lain di negeri Kelantan dengan mencatat pencapaian lulus 100 peratus dalam empat subjek iaitu Kimia, Pendidikan Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Prinsip Perakaunan.

“Malah secara keseluruhan, SMKA Melor menduduki tangga keenam dalam kedudukan 10 sekolah terbaik SPM peringkat negeri dan ketujuh di kalangan 10 SMKA peringkat kebangsaan, tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, pencapaian peringkat PMR 2008 juga tidak kurang hebatnya apabila 40 daripada 142 calon memperoleh 9A dengan lulus keseluruhan 99.3 peratus.

Ramli berkata, warga sekolahnya sentiasa menerima perubahan dengan pemikiran positif dan tidak pernah menganggap tanggungjawab diamanahkan sebagai bebanan, sebaliknya cabaran dalam merealisasikan aspirasi pendidikan negara.

“Perancangan dan hala tuju sekolah dijadikan agenda utama selari dengan objektif mendidik pelajar dengan keperibadian Islam dan membekalkan mereka ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.

“Malah, kita juga berusaha mengembangkan potensi, minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan pelajar dengan menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum berteraskan akademik mahupun sukan,” katanya.

Beliau menjelaskan, usaha itu berhasil apabila pencapaian pelajar dalam aktiviti terbabit meningkat, antaranya muncul johan Pertandingan Model Jambatan Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Malaysia 2009.

Selain itu, johan Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Kebangsaan 2009, tempat kedua Pertandingan Essei Kepenggunaan Kebangsaan 2008, tempat ketiga Pidato Majlis Keselamatan Jalan Raya anjuran Shell Malaysia 2008.

Seterusnya, menduduki tempat ketiga Tilawah al-Quran Kebangsaan 2009 (Lelaki), pingat perak kategori perempuan 14 hingga 17 tahun Kejohanan Taekwando Kebangsaan 2007.

INFO: SMKA Melor

  • Ditubuhkan 4 Mac 1990 menggunakan peruntukan Projek Bank Dunia.
  • Pada awal penubuhan hanya menawarkan satu mata pelajaran iaitu Bahasa Arab.
  • Enrolmen 665 pelajar dan 21 kelas.
  • Berstatus sekolah kawalan di bawah kendalian Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran.

  • Sumber: Berita Harian, segmen: Pendidikan.

    nota kaki : sekolah ini pernah menjadi medium pendidikan aku sejak tingkatan satu hingga tingkatan tiga, sebelum aku berpindah ke KISAS... banyak juga kenangan dan ingatan aku di sana, teringat hilai tawa, jeritan dan gurauan rakan-rakan dan tenaga pengajar, termasuklah mak cik dewan makan dan tukang kebun sekolah termasuk pengawal keselamatan...

    1 Ibnu Sina (2003)- Mr Zulkifli
    2 Ibnu Rushd (2004)- x ingt nama
    3 Ibnu Sina (2005)- x ingt nama
    4 Ibnu Sina (2006)- x ingt nama

    biarpun ada orng akan melabelkan aku sebagai seorang yang tumpang kaki atas kejayaan orng lain, bila nama tenggelam... x muncul2, bila nama harum subur mekar kembali, entah ceruk mana sekalipun pasti ada orng akan mengakui kehebatan yang dihubungkaitkan dengan empunya diri...

    namun aku sesekali tidak akan ambil pusing pun setiap kata-kata atau sangkaan buruk itu, lebih baik bersangka baik dengan orang lain, buang jauh-jauh sifat sangka buruk tu wahai MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN ISMAIL!!! walaupun hanya berjaya melengkapkan pengajian selama tiga tahun berbanding sahabat ku yang len complete set lima tahun, tapi aku rasa terpanggil untuk meluahkan sekalung PENGHARGAAN buat sekolah lamaku itu.... TAHNIAH!!! moga kejayaan yang ditempa itu berterusan... i-ALLAH...

    21 November 2009

    -: alhamdulillah... aku semakin tenang... :-

    BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

    ASSALAMUALAIKUM w.b.t....

    Alhamdulillah... telah berjaya sampai di kampung halaman... setelah sekian lama merantau di tanah permatang... Permatang Pauh lagaknya... perjalanan di atas Transnasional BTTRWORTH- K.BHARU JERTEH selama 6 jam lebih benar2 membuat aku memikirkan dan membayangi apa yang telah aku lalui dan lakukan selama ini... dan perancangan yang aku bakal rancang di masa hadapan seiring dengan persediaan yang rapi untuk menjayakannya... ditemani adik aku yang kini sedang menuntut di MRSM Kepala Batas dalam tingkatan 4, perjalanan di tengah kepekatan malam dalam menuju ke destinasi negeri Che Siti Wan Kembang itu kami harung dengan penuh keletihan dalam nada yang mengantuk... ketiduran sepanjang perjalanan... hanya sesekali (selalu gak rasanyer)
    tersedar pabila bas terhuyung-hayang kekanan dan kiri menempuh laluan yang berbukit dan berliku sepanjang lebuhraya BKE dan Gerik...

    Ternyata, aku telah berupaya menghabiskan sisa pengajian selama satu sem di Permatang Pauh... tinggal lagi 3 semester untuk dipenuhi... Kertas ujian terakhir berakhir pada 14/11/2009... Di kesempatan itu jugalah, pelbagai kemahuan diri dituruti lantas mengorbankan apa yang aku cuba pertahankan selama ini... (apa yer??? aku pun x tau)... Sempat menapak ke Queensbay petang tu jugak....(men kat arcade, round2), then balik singah Jusco Perda lakk, xtau nak buat apa sebenarnya... 16 haribulan da kena gi BTN, tapi terpaksa batalkan penyertaan atas urusan keluarga.
    Benar-benar aku tersentuh dengan tarbiyah yang dianugerahkan Allah kepada hamba-Nya ini, tarbiyah yang meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam lubuk hati sanubari. Aku benar-benar mengharapkan, kesedaran yang aku alami ini berkekalan dan aku tidak pula melakukan kesalahan yang sama.
    ujian adalah...
    tarbiyah dari Allah....
    -in team
    Rasanya tidak perlu untuk menceritakan pengalaman yang aku lalui. Biarlah ia menjadi pengalaman, perasaan, perubahan, ukhuwah, pemahaman dan pengorbanan kami sembilan orang dalam generasi ke-6 yang tersemat kukuh dalam lipatan minda dan tersimpan rapi dalam diri. Sesungguhnya, selepas ini, satu pengharapan, satu semangat dan satu sasaran untuk dicapai ke arah tujuan dan matlamat hidup yang sempurna sekadar yang termampu. Alhamdulillah.

    07 November 2009

    harapan demi harapan

    andainya kau menghayati
    sejarah cinta yang sejati
    pasti akan kau memahami
    pesonanya bukanlah mimpi

    kasih Rahmah tak bertepi
    tika suami ditandang duga
    rahsia tulus rindu Zulaikha
    sabar menanti dalam setia
    harapan menjelma

    pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
    wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
    menafikan pepatah, cinta itu buta

    sesungguhnya keimanan
    yang menuntun langkah cinta
    menuju redha
    dilingkari keikhlasan
    yang bersulam kejujuran
    pasti akan terserlah kemurnian cinta

    ingin aku mengulagi
    sejarah cinta yang suci
    bersamamu insan terpilih
    menzahir makna cinta sejati
    tak sekadar mimpi

    ~firdaus-nilai cinta
    da xtau nak tulis aper.. hurmm...

    22 October 2009

    Peluang Yang Ada Jangan Disiakan... Kelak Mengundang Penyesalan yang Tidak Sudah...

    Semoga Kau Istiqamah
    www.iluvislam.com
    Kiriman: jaybee_gurlz_90*
    Editor : b_b




    “Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”

    Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang dikenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.

    “Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

    Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

    “Boleh juga”

    Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.

    “Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

    “Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”

    “Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

    “Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”

    Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.

    “Kita harus mengenali siapa mad’u1 kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u1 kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

    Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…

    “Zinnirah, awak marah saya ke?”

    Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

    “Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”

    Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

    Zinnirah menghela nafas.

    “Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

    “Mestilah yang dalam kotak tu.”

    “Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

    Khalida diam, merenung jauh…


    * * *


    Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

    “Zinnirah”

    Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..

    “Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

    “Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”

    “Apa dia?”

    “Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

    Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie3.

    “Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

    Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

    “Terima kasih Zinnirah..”

    Zinnirah senyum.

    “Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

    “Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

    “Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

    “Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

    “Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”


    * * *


    Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..

    Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak


    Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…


    * * *


    “Assalamualaikum…”

    Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…

    “Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

    “Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

    “Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

    “Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

    Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..

    Semoga kau istiqamah sahabatku!

    19 October 2009

    On Vacation.... Stress-Strain for Final Exam

    Alhamdulillah... Allah meyakinkan aku untuk meneruskan kehidupan... berbekalkan dengan nikmat Iman dan Islam yang pada dasarnya sanubari ini mengharapkan nikmat ini dikekalkan ke atas diri yang lemah ini dengan senantiasa bertambah dari hari ke hari... Final exam kian memuncak... ditambah dengan assignment yang berlambak... solidwork, lab report, thesis [ada ker?]... yang mana due date pun rapat2... kena sentiasa pandai membahagikan masa antara akademik, persatuan, kesatuan dan penyatuan [da bnyak pengalaman kan]... perlu juga ada masa untuk mengislahkan diri sendiri... jangan asyik terkejar-kejar nikmat duniawi, sehingga request untuk ukhrawi terabai begitu sahaja.... jangan sampai yang dikejar x dapat, yang dikendong pula berciciran... selang dua minggu lagi untuk final exam membuka tirai... dan dalam masa dua minggu itu jugalah diri ini kena pandai melabuhkan tirai bagi aktiviti2 yang kurang berfaedah... tapi harus diingat, peranan sebagai hamba, khalifah, anak, thulab, dai'e, dan sahabat perlu sentiasa diawasi dan dijaga kerana tanpa peranan ini,,, apalah sangat tujuan kita untuk bergerak di atas bumi al-Khaliq ini....

    Entry kali ini sekadar nak berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan sekelas pada ahad lepas.... ni pun memenuhi undangan mereka secara last minute, klw ikutkan... memang malas rasa nak pergi... tapi klw jenjalan konvoi motor ramai2 ni memang xleh tolak kot.... pernah mengharapkan perkara sebegini berlaku pun dulu... btw, tempat tu pun ak x penah gi lagi
    [xlah ramai sngt pun.. 6 buah moto je]. Azman yang start ajak time ngah chat ngan beliau kat ym scra kebetulan.... Pagi Ahad tu... tunggu ngan Azahari kat depan pintu pagar UiTM... seketul2 lakk yg smpi... smlm dan2 je janji lepas subuh terus gerak.... tengok2... dhuha dah masuk pun x gerak lagi... haru... klw bab masa... memang x bley ubah mentaliti... termasuklah ak sendiri [agak poyo di situ]..... Mula2 planning ke Sedim.. memandangkan tempat ni agak famous kat UiTM Penang... coz da bnyk persatuan buat program diorang kat tempat ni... lastly tukar plan.. Ke BUKIT HIJAU. nun jauh ke Kulim... x jauh jugak ngan Sedim.. area Kulim... dekat ngan Pekan Malau... dari kampus.. dalam sejam jugak perjalanan...

    mula2 nak sampai ke tapak program-sesat~
    hafizul, raziman, azman, azahari and faizz

    S
    ampai je kat Bukit Hijau, bayar tiket masuk RM 0.50, terus je park motor.... then motor ak plak buat hal, xleyh start, as a mechanical student, selenggara laa sket motor tu... buang spark plug, cuci sket, then try start balik... tp kental gak motor ak ni... x mau jugak wlw ape cara skalipun, kawan2 ad gak tolong smpi peluh2 dibuatnya... keriangan nak mandi sungai pun tergendala jap... mandi peluh je bnyk,,, dahlaa panas,, thanx guys coz helping... then ak wat keputusan, kita mandi je dulu, bg enjin sejuk... pasni settle lain...

    time mula2 sampai ke taman rekreasi bukit hijau n ngah usha2 tempat

    breakfast~ shukri support... nasi lemak + kuih
    in circle- humaidi, azahari, fahmi, faizz n syukri

    mengabadikan kenangan di tepi waterfall bukit hijau
    sejuknyer~


    sempat melantak nasi lemak dalam swimming suit... lapar~
    dari pagi lagi x makan...


    ader citer lucu time ni... ader orng lemas~
    muntah oren plak tu...
    padanlaaa nama sungai kat depan tu sungai badang
    then salahkan aku plak~ adoiii~~

    faizz, isa, humaidi n azahari

    jambatan penghubung ke dunia kedua~

    abadikan kenangan kat pintu gerbang
    dari kiri- isa, raziman, anuar,fahmi, hafizul, syukri, faizz, humaidi, azahari n azman~

    Habis je mandi, n da siap2 caption, makan n so on... bergeraklah pulang... memang aku da gitaw awal2 kat diorng, aku ngan azahari kena balik awal coz nak memenuhi jemputan rumah terbuka YB Arif Shah... ak gitaw, klw nak stay lama xper ah, ak ngan azahari nak gerak dulu.. then diorng pun ambik langkah drastik untuk balik gak.. coz hr tu pun cuaca asyik mendung jer... sampai je kat motor, nak try start, tp spark plug x habis bakar... tersadai lagi motor aku... hurmm.. last2 tnyer orng kat situ mana tmpt servis motor, kena hantar bengkel laa jwbnyer... diorng gtaw dekat pekan Malau, dalam 6 km drpd Bkt Hijau... aku agak x brp jauh dah... then terpaksa laa pooling motor smpi ke workshop,,, thanx azahari coz snggup tarik motor aku... ak pool ngan fahmi je ngan X-cite Modenas...

    Sampai kat bengkel, pomen tu usha2 jap... then dia kate kena tinggal motor tu kat ci2,, petang karang bru amek.. nak kena tukar coil ngan spark plug... aku pun terduduk lemah, lesu... pikir2 jap,,, then tnyer opinion kawan2 len... diorng kata xpelaa,, bley je nk tunggu,, ak pun agree ngan diorng... [thanx kawan2.. hati kecil berbisik] then diorng letakkan syarat yang kena jenjalan gi Sedim sementara tunggu motor aku ciap... ak pun apa lagi... angkat kakiler... tumpang motor fahmi lagi... Sedang mencari laluan ke Sedim, time tu baru kol 1pm... moto siap dlm pkul 4 pm... sempat gak solat kat msjid berdekatan n having a lunch.... nampak je signboard sg sedim.. hati berbunga riang kembali...
    tiket masuk ke Sg Sedim, RM 1.00

    Ramai orng time tu kat Sg Sedim, kawasan riadah aktiviti sekeluarga kan... rata-rata pengunjung bekeluarga kat situ.. tak kurang juga couple2 yg berlambak tambah2 time tu gerimis... budak2 ni apalagi,,, katanya nak cuci mata.. lagi sakit mata adalaaa.... [ghuddul basor faiz...] then diorng decide nak nek rope walk lakk... jambatan gantung merentas hutan.... tp x jadi... tengok2 harga dia mcm x affordable jer... then trun balik.... dapat gambar kat bawah pun okaylaa.....

    kat pintu gerbang TREE TOP WALK-Sg. SEDIM

    upacara tandatangan plak perasmian antara NYDP n YDP JPKZ

    Da settle semua, hujan pun makin lebat... x banyak yang boleh diteroka kat Sedim tu... terpaksa balik gak... then amik moto kat Malau, pusing balik ke Bukit Hijau... otw je pun... moto pun ak tengok da mcm siap kat workshop tu... tnyer brader tu... dia kater spark plug punyer pasai, tambah lagi kunci pendua suis kat bawah seat yang ak psang untuk safety pun might affect that problem too... tnyer abng tu... brp?? dia tunjuk lima jari kat tapak tangan... ak pun agree jer... da wat kuar note rm50, coz ak ingat dia tukar dalam skali n dia memang plan nak buat cam2... last2 dia kata rm 5 jer... harga upah pasang spark plug... fuhh.. selamat...Alhamdulillah... then teruskan perjalanan balik ke kampus....

    perjalanan pulang ke kampus- menunggu seseorang~

    Sampai kat kampus dalam jam 5.30pm.... selamat juga sampai... otw balik tadi, lalu kot Kulim Hi-Tech Industrial Park, leklok jalan straight jer..... dtnglaa mat rempit wat mcm2 freestlye kat belakang kitorang... [cuak gak, maner tau tetiber ader road block ke kat depan, ngan aku2 skali terangkat plak] superman je memanjang... gerun gak kitorang tengok... byngkan klw tetiba accident ke,,, ape ker... x ke sayang nyawa sendiri ke diorng ni... berani mati, klw hantar jihad ker, boleyhlaa dapat syahid kan.. [tp kena tengok niat gak] melayang cam2 je kot... ni laa berkat doa diorng... " ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..." memang lurus jalan diorng ni... hehe... nauzubillahimin zalik dari melakukan perkara yang membahayakan nyawa tu....

    At last sampai jgk di kampus, da lepas solat asar jer... terus terbang atas katil membayangkan aksi mat rempit td,,, sampai tertidur... bngun2 jer.. da maghrib..... Wlaupun x dpt gi open house YB tu... tp bersyukur gak coz Allah bagi kesempatan untuk meluangkan masa bersama rakan... then terfkirkan balik assignment yang berlambak... kena rancang leklok untuk siapkan ni.. hihi...

    btw ~Selamat Hari Lahir:.:MUHAMMAD FAIZZUDDIN BIN ISMAIL:.:19 okt 1990, 29 rabiulawal 1411H, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan: ameen~ [menghari lahirkan diri sendiri, sedang menantikan tuntutan hadiah drpd pihak berwajib]

    Related Posts with Thumbnails