hadith of the day

pendokong

23 May 2011

Kembara Ilmu~~

Kembara Ilmu

Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

senilagu: abai os
senikata: frizdan
penerbit: faizal osman



22 May 2011

Pandang-Pandang, Jeling-Jeling Muslim Care

Basmalah wa Salam w.b.t

Alhamdulillah, baru sahaja selesai T.O.T (Training of Trainers) bagi "...Program Pandang-Pandang, Jeling-Jeling..." anjuran NGO Muslim Care Society di SAMTTAR, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

Tempat program kira-kira setengah jam hingga 45 minit durasi perjalanan jika anda dari kawasan Subang Jaya atau yang sewaktu dengannya. Butiran penuh program ini seperti yang terdapat di paparan banner di bawah [klik untuk paparan lebih besar]. Iklan di IluvIslam.com

Satu lagi program bercorak motivasi islamik dan pembangunan lahiriah dan spiritual merangkumi pelbagai aspek penting dalam diri sebagai seorang pelajar. Mewakili pihak program, saya ingin menjemput dan mengalu-alukan teman-teman siber untuk menyumbang apa jua bentuk sumbangan untuk menyegarkan dan meransang (ayat adik-adik SAMTTAR) keberlansungan program ini. Apa jua bentuk sumbangan boleh dilakukan dengan menghubungi pihak yang terlibat seperti pada banner di atas ataupun tinggalkan footprints anda di sini!

25 April 2011

H. M. M. 2011

Hikayat Merong Mahawangsa(2011): Antara jerat epik dan harapan bangsa


deenulfareast@movie says : edit sket coz terlalu panjang!

Korang sedar atau tak, aku campur-aduk bahasa dalam entri kali ni,? Yeap, sebab itulah semangat filem ini, yang Bissme nyatakan sebagai "1 Malaysia". Syazwan menyatakan filem ini "commendable", dengan skrip yang begitu ketat. Kawan yang aku bawa dari ofis menyatakan filem ini MANTAP dan tidak rasa bosan, malah mengujakannya dari awal hingga akhir.

Bagi aku?

Ini verdict aku selepas menontonnya:

Agak menghiburkan dalam beberapa momen, kejantanan yang bermain dalam dunia plastik (same goes to 300 what!), talky, kelam-kabut dan tidak terkawal. Secara keseluruhan, perasaan aku berbaur, tetapi tidak bermakna filem KRU kali ini gagal, malah buat aku, setakat ini, inilah filem KRU yang paling memahami cerita dan garapan, malah melebihi Magika, dan untuk itu, inilah filem KRU yang paling berjaya setakat ini.

Hal "kelam-kabut" dan "tiada kawalan" yang dinyatakan di atas sebenarnya subjektif, kerana Yusry selaku pengarah filem ini ingin menyatakan sikap "rojak", dan bagai aku, kiranya, dia berhasil dari segi itu.

Jika kalian dari kumpulan sejarah ini, kalian akan rasa tersinggung dengan filem ini kerana ini merupakan intepretasi Amir Hafizi dan Yusry KRU menelusuri sejarah lama orang Kedah. Sebagai konsep, aku begitu teruja dan mengucapkan tahniah kepada Amir dan Yusry atas kerana mengintepretasikan suatu pemahaman sejarah yang segar akan hikayatnya. Garuda yang dibayangkan merupakan kumpulan lanun berkuasa sihir, Jentayu merupakan kapal Merong Mahawangsa, kata kiasan dalam ucapan orang Melayu menyatakan bahasanya perlu dibaca berulang kali kerana intinya kaya dengan simbolisme, Langkasuka datang daripada nama ibu Merong, Lang (lakonan mantap walaupun pendek Umi Aida, walaupun hal ini tidak dinyatakan dalam filem), ideal kenapa kisah "bersejarah" ini tidak dimasukkan dalam senarai data sejarah orang Rom mahupun Cina dinyatakan dengan bersahaja - bagaimana dua negara ini "malu" ditundukkan kebijaksanaan dan kehebatan mereka oleh seorang Melayu campur, ideal dunia Melayu yang sudah lama berlayar sungguh indah, serta pembinaan sebuah negara kota yang dahulunya tanah kampung mempunyai makna yang tersendiri.

Malah ada satu bahagian, yang kiranya, Amir dan Yusry telah memberi tempat yang begitu indah buat pantun Melayu, pertamanya, pantun yang diingati oleh Merong Mahawangsa daripada ibunya, telah dijadikan suatu mutiara kata yang tidak jelas tetapi menimbulkan pancawarna; ia merupakan kata bidalan cinta dua orang yang tidak pernah bertemu, prophecy kedatangan seorang raja bagi orang Melayu, dan akhirnya, satu puisi yang tragis tetapi berkesan. Penggunaan pantun di sini, kiranya berjaya dari segi pengisian cerita, penciptaan misteri, dan sekali gus memaparkan lapisan demi lapisan yang ia boleh pergi. Aku mengaku, bahagian akhir sewaktu Merong Mahawangsa "memahami" pantun ibunya itu apabila berlawan dengan Taji, lantas melakukan apa yang dia telah lakukan, membuatkan bulu roma aku berdiri. Malah aku nyaris-nyaris menangis atas kuasa pilu (poignant) yang berjaya disemarakkan dalam babak akhir itu.

Ini adalah kerana, epik merupakan genre filem yang paling susah hendak dibikin kerana belanjanya tetapi paling disanjungi oleh mana-mana negara pembikin filem. Secara tuntas, Amir dan Yusry menyatakan dengan jujur, janganlah pandang filem ini sebagai filem serius sepertimana Puteri Gunung Ledang, Suryothai, atau Naresuan, tetapi lebih kepada bertih jagung seangkatan Queen Langkasuka. Nilai komersial itu tidak merunsingkan aku, malah, aku menyedari Yusry banyak membuak semangat Pirates of the Caribbean, contohnya apabila babak Putera Rom cuba mendapatkan Merong di pasar Goa. Malah dialog demi dialog (buat aku, ianya membosankan) antara Putera Rom dan Merong mengingatkan aku kepada dialog-dialog kena-mengenakan Keira Knightly-Orlando Bloom-Johnny Depp.

Ada beberapa hal lagi yang mencuitkan yang mungkin akan dibikin spekulasi, sepertimana pemahaman "penyatuan dua kampung", aku merasakan, secara sinikal, KRU sengaja mahu mempamerkan filem ini tepat pada masanya sebelum PRU kita atas makna "tersirat" penyatuan. Kalian mungkin akan berspekulasi bahawa Geruda itu PAS kerana simbol-simbol "purnama mengambang" yang jelas, dan kemudian Merong dan Langkasuka itu UMNO kerana simbol kerisnya (yang datang dari atas angin). Hal ini mungkin lebih mencuitkan jika anda tonton pengkahiran filem ini serta makna pantun yang dinyatakan.

Satu lagi yang aku jumpa, aku sedar, kepala hotak Amir Hafizi ni boleh tahan lucahnya. Dari Jin Notti, Magika hingga projek KRU sekarang, aku tersedar Amir ni suka dengan lawak-lawak lucah, yang kadang-kala membingitkan. Bagi aku, lawak-lawak lucah ini (yang ingin menyerupai Pirates of the Caribbean) sesuai buat mentaliti orang Malaysia tetapi mungkin kelihatan "murah" buat penonton luar. Satu contoh merupakan babak Merong menegur Putera Rom memakai skirt, yang bagi aku agak corny, lebih-lebih lagi dituturkan dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu, dengan projek lunak yang tinggi kos ini, terlalu besar buat bahu Yusry. Secara serius, Yusry mempunyai impian yang maha ikhlas dan suci, tetapi impiannya itu, masih dicalarkan dengan beberapa masalah atas kerana, aku tampak dengan jelas, kepakaran teknikal kita yang masih belum setaraf, walaupun Indonesia dan Thailand. Ya, kebanyakan babak filem ini "betul" tetapi tampak "janggal" atas kerana beberapa hal. Aku tidak suka dengan mainan warna sephia yang sengaja untuk memaparkan kelam dan malam. Aku memahami ini disengajakan untuk membandingkan "masa" perantaraan kisah ini diceritakan dan kisah Merong tersebut, tetapi Ya Rabbi, buruknya! Kadang-kadang kelihatan "pasir-pasir putih" yang berkeliaran di atas layar. Kemudian runut lagunya, walaupun aku teruja, tidak memberi impak yang sepatutnya terhadap imej di layar. Aku juga tidak menyukai suntingan yang tidak begitu terkawal serta sudut tangkapan kamera yang begitu bermain-main (kejap-kejap terbang, kejap-kejap ke darat), inilah kelemahan Yusry dan pengarah penggambarannya dalam memahami bila syot fokus dan bila syot luas dilakukan. Ini menyebabkan kuasa sinematik filem ini merundum dan tidak dapat dipegang dengan erat.

Aku begitu teruja dengan kesan CGI dan seni pengarahannya sekurang-kurangnya, yang bagi aku, bolehlah dikatakanimpressive bagi sebuah filem tempatan, dan bagi aku berjaya mengatasi Puteri Gunung Ledang. Lakonan pula, aku bangga dengan lakonan Rahim Razali walaupun kemunculan awalnya membuak ramai penonton menjerit "GANDALF!" (ada satu babak ni yang aku terkekeh sorang melihat Rahim isap "rokok" yang membayangkan yang dia tengah "high", aku tahu babak ni disengajakan), Umi Nazeera yang bagi aku sempurna, malah merupakan antara pelakon yang akan menggegarkan industri kita. Setiap gerak-gerinya, kata-katanya cukup dimakan, dirasai, kita seakan bercium dengannya. Malah Stephen Rahman Hughes pun kalah dengan ucapan Braveheartnya terhadap kata-kata akhir Umi tentang "panah", "parut" dan "jiwa". Umi merupakan bintang bersinar dan suatu yang ditunggu-tunggu dalam filem ini.

Pelakon-pelakon lain agak sederhana. Aku menyukai Gavin, tetapi atas kerana kekurangan kuasa imej, Gavin tidak diberi peluang drama yang sebenar, yang kadang-kala kamera cuba lari dari Gavin. Walaupun begitu, aku nampak Gavin ada potensi. Mano Maniam buat aku pula terlalu OTT. Craig Fong terlalu kayu, termasuk si puteri dan inangnya yang terjerat dalam filem yang salah. Tiba-tiba sahaja aku terbayang French & Saunders di tengah-tengah filem. Stephen Rahman Hughes? Tuhan, kita rupanya mempunyai our own Arnold Schwazeneger. Serius, filem ini memerlukan seorang Merong yang bukan sahaja tangkas, action hero ala-ala Hollywood, tetapi juga seorang thinking actor (mengikut kedalaman skripnya), dan tanggungjawab ini kelihatan susah dipikul oleh Stephen Rahman. Satu babak sahaja memaparkannya, bila Stephen bertanya, "Does it hurt?" pada seorang soldadu yang rebah ditikam ("hello, tentulah sakit?!"). Hanya seorang pelakon yang ada karisma dan wit boleh menyampaikan babak selamba itu dengan berkesan, dan bukan dengan wajah satu dimensi yang kosong.

Percubaan kareografi lawan dan aksi juga kurang menyengat, yang aku sedar, hal ini berlaku dalam mana-mana filem tempatan kita. Beberapa plot turut dipersoalkan seperti bagaimana Puteri Cina tiba-tiba dapat melepaskan diri dengan inangnya di pulau Garuda. Tetapi hal-hal ini, kiranya, aku lihat tidak akan mendatangkan masalah buat penonton kita, memandangkan ada banyak hal hiburan yang terisi yang boleh diikuti oleh mereka. Tetapi bagaimana pula dengan penonton luar?

Inilah persoalan yang paling susah dan subjektif yang ditangani oleh Yusry dan kumpulannya. Filem ini dibuka (dan ditutup) dengan penulisan hikayat (yang kita tonton, di sini, kita memahami, pembikin filem cuba "menulis kembali sejarah", satu semangat pascamoden yang enak). Hal ini agak "besar" dan penting buat kita penonton Malaysia, khususnya Melayu, kerana di sini, kita diperlihatkan bagaimana dengan kedatangan Islam, penulisan itu diperturunkan (secara fakta, hal ini agak salah kerana sebelum itu lagi, orang Melayu sudah ada sistem penulisannya, Pali) dan bagaimana bermulanya tamadun dengan penulisan dan penceritaan. Tetapi buat penonton luar, aku risau mereka "care less" berkenaan hal ini. Jika kalian rujuk mana-mana filem epik, Cleopatra, The Ten Commandments, Spartacus, Braveheart, Gladiator, Troy, Naresuan, Suryothai, kalian akan sedar, filem mereka digerakkan dengan satu watak sebagai "pemegang naratif". Pemegang naratif ini merupakan "tingkap" kepada penonton, dan dia tidak semestinya watak utama filem.
Rujuk filem Alexander dan bagaimana filem itu "kucar-kacir" apabila pemegang naratifnya ialah Anthony Hopkins (sekarang kalian faham kenapa Oliver Stone memerlukan seorang pelakon hebat seperti Anthony untuk membuka Alexander?) Filem Oliver Stone itu berlainan sedikit kerana "fakta" yang diceritakan dipersoalkan oleh si penulis, berlaku retorik dan hal ini mengundang konflik menarik. Di dalam filem Yusry ini, penulisan "naratif" (kita fahami, teks cerita ini) ditulis secara "satu hala", menyatakan apa yang kalian tonton ini, walaupun tampak "unreal" merupakan hal yang "real" berlaku. Aku tahu,Alexander versi Director's Cut lebih baik (adakah ini bermakna kita dapat menonton extended version filem ini?) apabila dikaitkan dengan gaya ini tetapi meletakkan seorang pencerita sebagai pembuka memang berisiko, walaupun hal itu merupakan hal yang amat mengikut semangat abad ke-21.

Aku merasakan, filem ini sepatutnya digerakkan oleh Putera Rom, si orang luar yang baru hendak mengenali hidup, kekasaran, kebebasan dan kemuliaan dunia Merong Mahawangsa (Melayu). Rujuk Pirates of the Carribean dan anda akan sedari filem itu pun bermula dengan Orlando Bloom sebagai penggerak naratif, dan bukan Johnny Depp, walaupun filem itu milik bintang itu. Apabila filem ini dimulakan dengan "mengejut" secara naratif, antara Putera Rom dan Puteri Cina yang agak pendek dengan montaj-montaj, kita tidak sempat untuk mengenali Putera Rom tersebut. Malah pembangunan watak hanya berlaku waktu dialog antara Merong dan Putera Rom di atas Jentayu, yang bagi aku, agak kelam-kabut, kerana kita perlu mencari pengakaran, to whom should we root for. Malah sejarah dan perkembangan kisah Merong juga "dimulakan" dengan mimpi. Banyak enigma yang tidak dinyatakan (adakah kerana Merong campuran orang asing, orang Melayu membencinya?) dan ini membuat kita menjerit, wehhh nak extended version!! Jika mungkin, kita dipaparkan satu arch yang indah berkenaan Putera Rom yang dahulunya pandang rendah terhadap bangsa asing, kemudian berubah rupa bila bertemu Merong, mungkin ada sesuatu yang boleh diakarkan di sini. Kerana, semua penceritaan seakan-akan laju dan kelam-kabut untuk menuju ke barisan penamat.

Di sinilah aku tampak sedikit kerosakan filem gah ini, yang aku risau tidak dapat diterima oleh pihak luar. Tetapi aku berharap, dengan filem ini, filem Malaysia boleh juga menjelajah ke serata dunia, walaupun ada cacat-celanya, untuk diperkenalkan bahawa Malaysia mengambil cabaran untuk membikin filem yang lebih baik dan menunggu untuk diletakkan di peta dunia perfileman.



nota sneakers :: antara movie yang menjadi mangsa semasa sisa masih berbaki di bumi Utara Malaysia hak milik Allah, double thumbs-up! with double jerk! berkesempatan menonton hasilan daripada download (pastikan yang ori! ke mana cheq oii? tidak hormat sensitiviti langsung! erk?!)

Hamba-MU ~ Mawi ft Akhil Hayy


"...Diharapkan selepas ini Edry akan terus bersemangat untuk mencipta lagu-lagu berunsurkan keTuhanan dan dakwah daripada mencipta lagu-lagu yang melalaikan dan hiburan lagho semata-mata. Dan semoga menjadi inspirasi juga kepada komposer-komposer lain. Dengarkan nanti Mawi dan Akhil Hayy nyanyi lagu Hambamu..."

Title : Hamba-Mu
Artists : Mawi ft Akhil Hayy
Composer : Edry Abdul Halim KRU

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisimu ku berserah
Terimalahku... Hamba mu Allah

Oh ho oh ho.....
Hambamu Allah.....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisimu ku berserah
Terimalahku... Hamba mu Allah

Allah... Allah... Yaaa...

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah...)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah...)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisimu ku berserah
Terimalahku... Hamba mu Allah

Oh ho oh ho.....
Hambamu Allah.....

Oh ho oh ho.....
Hambamu Allah.....

nota sneakers :: first time dengar lagu ni time pelancaran Imam Muda Musim 2! boleh layan kat playlist di sidebar....

22 April 2011

Ana Mahu Seperti Beliau~

Nejmuddin Erbakan; Jurutera gerakan Islam

Prof Dr Nejmuddin Erbakan adalah merupakan seorang pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga tahun 1997 dan dianggap sebagai Al-Mursyid Al-Ruhiy kepada gerakan Islam Turki. Pada tanggal 27 Feb 2011 yang lalu beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun selepas ditimpa penyakit dalam tempoh yang agak lama.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1926 di Bandar Sinop, Turki. Bapanya ialah Mehmet Sabri merupakan seorang hakim di Bandar Cilicia dan ibunya ialah Kamer.

Pada tahun 1943 beliau telah menamatkan pengajian menengahnya di Istanbul dan pada tahun 1948 beliau telah mendapat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan Mekanikal di Istanbul Technical University (ITU) dengan pencapaian CGPA 4.00. Kecemerlangannya telah menarik minat pihak Universiti dan menawarkannya kerja sebagai tutor. Kemudiannya pihak Universiti telah menghantar beliau menyambung pengajian di RWTH Aachen University, German di mana beliau telah mendalami bidang pembangunan enjin kereta kebal.

Kemudian beliau kembali semula ke Turki dan dilantik sebagai Profesor di ITU pada tahun 1965 sedangkan umurnya baru 29 tahun. Nejmuddin Erbakan mula aktif dalam politik setelah tamat pengajian di Fakulti Kejuruteraan dan setelah mendapat pengalaman yang luas dalam bidang industri. Pada tahun1969 beliau telah menjadi ahli Parlimen di Bandar Konya.

Pada tahun 1970 Erbakan dengan kerjasama gerakan tarekat Al-Nursiyyah telah menubuhkan sebuah Parti Islam pertama di Turki yang kemudiannya diharamkan oleh kerajaan. Pada tahun 1972 beliau menubuhkan pula Parti Sejahtera Nasional. Pada tahun 1980 beliau dipenjarakan kerana menggerakkan demonstrasi besar-besaran di Turki bagi menentang penjajahan Yahudi ke atas Palestin.

Pada tahun 1996 Erbakan telah menubuhkan Parti Refah dan memenangi 185 kerusi yang dipertandingkan dan berjaya membentuk kerajaan campuran di Turki bersama dengan Parti Jalan Benar.

Pada tahun 1998 Parti Refah diharamkan dan Erbakan dilucutkan jawatan kerana dituduh mencemarkan dan melakukan aktiviti menggugat kedaulatan sekular di Turki. Beliau juga dihalang terlibat dengan politik selama lima tahun. Namun beliau telah menubuhkan parti baru bernama Parti Fadhilah yang digerakkan oleh salah seorang pembantunya tetapi turut diharamkan pada tahun 2000. Selepas tamat tempoh halangan berpolitik pada tahun 2003 Erbakan kembali menubuhkan Parti baru iaitu Parti Sa’adah namun pergerakannya yang cenderung kepada perjuangan Islam dapat dihidu oleh pemerintah sekular dan akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan selama dua tahun ketika umurnya mencecah 77 tahun.

Pada tahun 2008 kerajaan Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan telah mengeluarkan kenyataan rasmi pengampunan ke atas Erbakan. Erdogan adalah merupakan anak didik Erbakan dan berjaya meneruskan usaha yang pernah di asaskan oleh Najmuddin Erbakan melalui Parti Keadilan dan Pembangunan Turki yang juga mempunyai kecenderungan Islam. Asas kesedaran Islam yang dipupuk oleh Erbakan akhirnya berputik dan disambung oleh Erdogan yang memerintah Turki hingga kini.

Begitulah kisah hidup ringkas seorang pejuang yang lahir dalam sebuah negara sekular yang sangat anti kepada setiap usaha mengembalikan kedaulatan pemerintahan khilafah Islam di Turki yang lumpuh pada semenjak 1924. Kegigihan Nejmuddin Erbakan di dalam mengasaskan gerakan Islam dan menubuhkan Parti Islam di Turki, kini telah menampakkan hasilnya di mana sokongan semakin meningkat terhadap gerakan Islam di Turki. Semoga Allah Taala memberkati segala usaha beliau dan merahamti rohnya serta ditempatkan bersama golongan para Syuhada dan Solihin.

daripada US Zurizan M Daud



21 April 2011

2012?

Sekali baca header, mesti ingat dikaitkan dengan filem 2012 atau The End Days kan? OH, Tidak...

Jersi Baru (Away) 2012 from Duniaku

(antara fanz liverpool)





Vostok-1 Pilot

Serius Fakta - Fakta Mengenai Penerbangan Ke Angkasa Manusia Pertama : Yuri Gagarin - Blog Serius

Sempena Ulang Tahun ke-50





Laporan asal SPACE.COM

nota sneakers :: di kala hati resah menunggu final paper pertama...


Related Posts with Thumbnails