hadith of the day

pendokong

21 April 2011

Jom Berangan Jap~

Serius - Khas Buat Peminat Liverpool FC

Jangan nangis



Laporan asal Sokernet

nota sneakers :: daaa~

NASA - Jarang Kita Lihat

Serius Cool - Space Shuttle : Gambar RARE dari NASA (12 Gambar)-Blog Serius

Khas untuk Space Geeks macam aku

Era space shuttle bakal berakhir tahun ini setelah 30 tahun berkhidmat kepada NASA. Pihak NASA kini dalam proses melancarkan 2 lagi shuttle ke angkasa lepas dalam bulan Jun sebelum 3 shuttles yang masih wujud dijadikan bahan pameran muzium. It is a sad day. Sebenarnya antara benda yang aku hendak buat sebelum aku mati ialah melihat sendiri pelancaran space shuttle dari Cape Canaveral. Guess I will never get the chance now.

Anyway dibawah ialah gambar Shuttle Discovery sedang disiapkan untuk menjadi bahan pameran muzium. Ianya shuttle yang paling banyak melakukan misi ke angkasa lepas dengan 39 misi dan melakukan perjalanan sebanyak 148,221,675 batu! WOWOW!

Juga dibawah korang boleh lihat tapak pelancaran shuttle 39B diranapkan kerana ianya tidak diperlukan. Boleh tengok rupa safety room yang digunakan dalam kecemasan. Semua ini tidak pernah ditunjukkan kepada orang awam. Bagi aku... these rare photos are awesome!

Goodbye STS programme....... we will miss you. Godspeed!

1. Discovery mendarat untuk kali terakhir 9 Mac 2011
2. Discovery di hangar shuttle di Florida
3. Roket booster sedang ditarik semula ke Cape Canaveral selepas jatuh kedalam laut.



4. Booster yang berjaya ditarik semula kini disimpan untuk kegunaan masa hadapan. NASA menyimpan boosters yang sedia ada just in case ianya boleh digunakan semula untuk misi angkasalepas bukan menggunakan shuttle
5. Bahagian roket tujahan depan dibuka bagi membuang sisa bahan api toksik. Ini untuk memastikan bila ianya dipamerkan di muzium kelak ia tidak akan membahayakan pelawat.
6. Roket tujahan utama shuttle juga ditanggalkan dan dibersihkan dari sisa toksik.



7. 8.9 - Ini ialah terowong ke bilik kecemasan dibawah platform pelancaran shuttle 39B. Ianya sudah terbina sejak zaman misi Apollo lagi. Ianya sebuah bilik berkubah besi yang diletakkan diatas bebola getah gergasi. Fungsinya ialah sebagai bilik tahan api sekiranya berlaku kecelakaan pada roket yang berada diatasnya. Sepanjang sejarah platform 39B, bilik ini tidak pernah digunakan sekalipun.



10 - Bahagian dalam bilik kecemasan yang dipanggil "Rubber Room".
11.12 - Platform 39B shuttle sedang dalam proses pemusnahan. Ianya bakal diubah kepada platform pelancaran roket konvensional.



Laporan asal The Atlantic

nota sneakers : akhirnya sudah jumpa jawapan kepada persoalan, ke mana tercampaknya propulsive tanks@boosters yang "tercabut & tercampak" daripada kapal angkasa semasa launching... Subjek Propulsion - Rocket Thrust nyer pasal...


20 April 2011

Boleh Tahan...

ARSENAL 1-1 LIVERPOOL

(dramatic penalty)






17 April 2011

Yang Penting Sejauh Mana Kita Telah Melangkah - iluvislam

....seronok untuk dikongsi....

Amar merupakan seorang pemuda yang kuat bekerja. Keluarganya merupakan antara yang termiskin di kampung. Hidup mereka 'ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Kesusahannya menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah seusia 16 tahun untuk memberi peluang kepada adik-adiknya yang lain meneruskan persekolahan. Sejak itu berbagai pekerjaan telah dia lakukan. Dia tidak pernah peduli kerana sedar dia hanya berkelulusan PMR. Asalkan kerjanya halal, dia tidak pernah menolak kerana segala-galanya adalah untuk meneruskan kehidupan dan menyara ibu dan adik-adik yang disayangi.

Bapanya pula tidak bertangungjawab, meninggalkan mereka sekeluarga sewaktu dia berusia 9 tahun. Sejak itu ibunya yang bertungkus lumus bekerja menyara mereka lima sekeluarga tetapi kerana penyakit kronik yang dihadapi ibunya, dia selalu merasa penat dan akhirnya dia sudah tidak mampu lagi melakukan pekerjaan seperti biasa. Mengambil tanggungjawab sebagai anak sulung, Amar tekad berhenti belajar dan berkerja untuk menyara keluarga.

Suatu hari, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dua orang adik kesayangannya terlibat dalam kemalangan ketika menunggang basikal pulang ke rumah. Selepas koma selama tiga hari, kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir. Amar seperti tidak percaya dan menangis sepanjang malam, merintih pemergian orang tersayang. Dalam tangisan itu, dia berkata :

"Ya Tuhan, apakah dosaku sehinggakan semua ini terjadi kepada ku? Sudahlah aku miskin, bapaku pergi tanpa rasa tanggungjawab dan sekarang adik-adik yang aku sayangi dan sanggup aku lakukan apa sahaja untuk mereka telah pergi. Kenapa ini terjadi kepada ku?"

***

Nurul adalah antara pelajar terbaik di universiti. Dalam usia 21 tahun, dia memang menarik perhatian ramai lelaki bukan sahaja dengan keayuan wajahnya tetapi juga kerana sikap lemah lembut dan berakhlak yang menghiasi dirinya. Sesiapa sahaja yang pertama kali bertemu dan bertentang mata, pasti merasa tenang. Dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh motivasi, dia boleh diandaikan sebagai wanita melayu idaman lelaki.

Tidak apa yang perlu dihairankan kerana dia datang bukan daripada keluarga sebarangan. Bapanya ialah ahli perniagaan manakala ibunya pula ustazah disebuah sekolah agama. Dua orang adik lelakinya masih bersekolah. Sejak kecil lagi, mereka memang diberi didikan agama. Dia sentiasa bersyukur kerana dikurniakan keluarga bahagia. Setiap kali cuti semester, dia pasti tidak melepaskan peluang untuk pulang ke rumah.

Bapanya adalah antara ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya. Syarikat kepunyaan bapanya mempunyai rangkaian di beberapa buah negara Asia. Sehingga suatu ketika, akibat perbuatan khianat oleh musuh-musuh perniagaan, syarikatnya muflis. Akibatnya, kerana tidak percaya yang empayar perniagaan yang dibinanya telah runtuh, bapanya menghadapi tekanan mental. Nurul sangat sedih terhadap perkara yang terjadi kepada keluarganya tetapi dia redha. Dia percaya setiap yang berlaku ialah ujian daripada Allah S.W.T untuk menguji keimanannya. Setelah beberapa tahun, berkat usahanya dan keluarganya, bapanya kembali normal dan membina kembali syarikat tersebut.

***

Dua cerita yang saya bawakan diatas hanyalah rekaan semata-mata, tetapi mungkin pernah anda temui dalam kehidupan seharian dan yang ingin saya sampaikan ialah orang yang miskin dan merana hidupnya kadang-kadang menjadi lebih miskin. Bagaimana? Setiap kali ujian datang, dia selalu mengeluh dan mempersoalkan. Lain pula dengan orang yang kaya terus menjadi kaya. Setelah sekian lama hidup senang dan kemudian di timpa musibah, dia berupaya menerima hakikat kehidupan yang manusia tidak selalunya berada di atas.

Namun ada juga manusia yang hidup menderita, sengsara, miskin tetapi kerana ketabahan menjalani kehidupan, berusaha dan yakin yang suatu hari nanti nasibnya akan berubah, akhirnya dia berjaya keluar daripada kemiskinan. Anak-anak yang dulunya ditatang dengan penuh kasih sayang, didikan agama, dibesarkan dengan penuh kesusahan dan apabila besar dapat menolong kembali si ibu bapa. Segalanya susah payah ibu bapa terbalas.

Dari mana kita berasal, sama ada kaya atau miskin, keluarga bahagia atau bermasalah tidaklah penting. Sebenarnya yang penting sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. Kita tidak mempunyai hak untuk menentukan dari mana kita dilahirkan. Semuanya telah pun ditentukan oleh Allah S.W.T sebelum kita dilahirkan. Namun, kita sentiasa mempunyai peluang ke mana dan sejauh mana kita mahu melangkah.

Jika anda berada di titik A (andaikan sebagai titik paling bawah) dan setelah bertahun-tahun berusaha, akhirnya anda berada di titik M. Bandingkan dengan orang yang berada dititik D dan selepas beberapa tahun hanya mampu berada di titik N. Jika dibandingkan, anda lebih berjaya kerana anda bergerak lebih jauh darinya mamandangkan anda berada di titik yang paling bawah.

Oleh itu, bersyukurlah kepada Allah S.W.T jika anda sudah bergerak jauh dari tempat bermula dan kehidupan anda kini lebih baik kerana tanpa kekuatan tenaga, semangat dan pemikiran yang diberikan Allah S.W.T tidak mungkin anda mampu bergerak sejauh itu.

Realiti Sebuah Kehidupan : Kita Ialah Hamba Tuhan

Memang realiti sebuah kehidupan iaitu kita adalah hamba tuhan. Tidak kira perkara yang kita lakukan semuanya dalam pengetahuan Allah S.W.T. Kesedihan, kegembiraan, kemarahan yang dirasai adalah liku-liku kehidupan yang menjadikan kehidupan kita penuh warna-warni.

Sedarkah kita yang kadang-kadang kita berusaha sedaya mungkin tetapi masih gagal merealisasikan cita-cita dan harapan. Kita bukannya tidak bekerja bersungguh-sungguh, malah telah mencuba yang terbaik untuk meningkatkan prestasi dibidang yang kita ceburi.

"Apakah pilihan kita?"

Jika kita berasa kecewa dengan apa yang kita miliki tentu kita akan terus beroleh kekecewaan. Perkara yang kita fikir itulah yang kita akan dapat. Lebih baik untuk kita muhasabah diri dan merenung hikmah yang tersembunyi disebalik perkara yang terjadi. Jika kita memilih untuk terus berusaha dan tidak membelakangkan Allah S.W.T, pastinya kita akan diberi laluan untuk berjaya kelak.

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mencari tempat untuk meluahkan perasaan. Manusia memerlukan manusia lain untuk hidup. Hiduplah bermasyarakat supaya di waktu kita susah, ada yang sudi membantu dan mahu berkongsi cerita. Orang yang mempunyai masalah dan tidak menjumpai tempat meluahkannya akan merasa bebanan, dia akan merasai kehidupan di dunia terlalu berat dan sarat dengan masalah. Perasaan ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diduga. Justeru, untuk bangkit semula kita harus mencari teman dan rakan yang dipercayai dan akan bersama-sama melayari kehidupan dengan kita.

Ujian : Bukan Untuk Dikesalkan

"Pernahkah anda rasa keseorangan, rasa tidak mempunyai sesiapa, rasa yang hidup anda sudah tidak berguna?"

Kepulangan anda ke kampung halaman tidak sangat bermakna. Orang lain hidup dalam keadaan bahagia dan gembira dengan keluarga, anda pula rasa tertekan. Kawan yang dulunya sama-sama bergelak ketawa, kini menjadi lawan. Janji-janji manis mahu sehidup semati bersama kekasih kini menjadi cuka kehidupan yang cukup perit untuk ditelan.

Sesungguhnya Allah S.W.T, Maha Mengetahui. Justeru, usah dikesal dan dirungut jika ujian datang tanpa disangka dan tanpa diminta. Hadapinya dengan penuh ketenangan dan percaya yang Dia akan sentiasa bersama kita selagi kita percaya. Tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa kita akan kekal menjadi diri sendiri tatkala kita berada di puncak. Kita mungkin berubah tanpa kita sedari, namun segala sesuatu yang akan berlaku esok sudah berada di dalam genggaman-Nya.

Allah S.W.T mencintai kita lalu dia memberi ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita sebelum kita mencapai ke puncak. Tujuannya, agar kita sentiasa mengingati-Nya dalam perjalanan kita mencapai impian diri. Namun manusia, seringkali melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba sewaktu senang. Apabila musibah datang, barulah mahu diingati pencipta-Nya dan pada waktu ini, bibir mula tidak kering dari meminta pertolongan Allah S.W.T, meminta agar diberi kesabaran dalam menempuh ujian-Nya. Baru kita ingat akan musibah itu ialah ujian. Di waktu senang, kita lupa tentang ujian daripada Allah S.W.T untuk melihat masih bolehkah kita mengingti-Nya atau terus hanyut dalam kesenangan hidup di dunia.

Namun, selalu kita kehairanan. Sudah letih bibir menyebut nama Allah S.W.T, meminta agar diberi pertolongan dan kekuatan untuk bangkit semula daripada kegagalan. Hidup ini terasa perit dan jerih tetapi sayang, doa masih tidak dimakbulkan. Jadi, adakah kita mahu berputus asa? Usah begitu kerana Allah S.W.T masih mahu kita merintih kepada-Nya sebelum doa kita dimalbulkan.

Kita sudah lama hidup dalam kesenangan jesteru apabila jatuh, Allah S.W.T memberi masa yang lama dan panjang untuk bangkit semula dengan harapan agar kita sedar dan bangun daripada tidur yang panjang. Jadi, apabila kita sudah berada dipuncak semula, kita tidak akan mengulangi perkara yang telah berlaku yakni hanya mengingati Allah S.W.T di waktu susah.

Firman Allah S.W.T :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Maksudnya : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Jadi ingatlah, yang penting di dalam kehidupan adalah sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. kita tidak punyai pilihan untuk menentukan tempat kita bermula kerana itu adalah takdir Allah S.W.T tetapi kita mempunyai kemampuan untuk ke mana dan bagaimana kita melangkah. Di dalam langkah kita itu, pasti akan diberi ujian. Namun, ujian itu bukan untuk ditangisi dan dikesalkan tetapi untuk menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T.

- Artikel iluvislam.com


10 April 2011

...Ridho ka wal Jannah...

Nama-nama Syurga

*Sekadar gambar hiasan

Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.

1. Syurga Firdaus

Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya sebagai berikut:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)

2. Syurga ‘Adn

Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:

- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

“(iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:30-31)

- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Thaha:75-76)

- Orang yang banyak berbuat baik.

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.” (Fathir:32-33)

- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.” (Ar Ra’d:22-23)

3. Syurga Na’im

Syurga Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman :8)

“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Hajj:56)

4. Syurga Ma’wa

Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:

- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)

- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah SWT dan menahan diri dari hawa nafsu buruk. “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).” (An-Nazi’at:40-41)

5. Syurga Darussalam

Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT. Firman Allah SWT: “Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (Al-An’am:127)

6. Syurga Darul Muqamah

Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman Allah SWT: “Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu “. (Fathir :34-35)

7. Syurga Al Maqaamul

Syurga Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (Ad-Dukhan:51)

8. Syurga Khuldi

Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT: “Katakanlah:” Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Al-Furqan:15)

Wallahualam

Posted @ www.isuhangat.net

nota sneakers : indahnya nikmat kurniaan-Mu... layan Ku Damba Redha-MU~Devotees...


01 April 2011

2:117

Jangan Salah Guna 1000 Dinar-iluvislam

Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Langit

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal.

Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

يَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.""(Al-Baqarah 2: Ayat ke 117)


29 March 2011

Keputusan Dalam Keputusan... Terputuskah?

Permohonan Ke IPTA Sesi 2011/2012

Kementerian Pengajian Tinggi menerima 120,000 permohonan bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dan 69,606 Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sehingga 23 Mac lepas.

Permohonan itu diterima sejak Aplikasi Dalam Talian untuk kedua-dua program itu dibuka mulai 10 Jan lepas dan akan berakhir 4 April ini.

"Mulai tahun 2011, Pusat Pengambilan Setempat bagi permohonan dan pemilihan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan diselaras oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi atau UPU, dan Kementerian Pengajian Tinggi," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu berkata calon boleh memohon program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di 350 institusi di seluruh negara. Kelayakan pemohon ialah dari lulusan SPM atau lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lulusan sekolah menengah.

"KPT menyasarkan 100 peratus daripada 467,970 calon lepasan SPM Tahun 2010 akan mengemukakan permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), TEVT dan ILKA," kata kenyataan itu. Calon wajib menyemak Syarat Khas Kelayakan Program Pengajian yang layak dimohon berdasarkan keputusan peperiksaan melalui i-MAS-C-U (Intelligence Management Admission System Checking To University) di http://imascu.upu.mohe.gov.my bagi memastikan mereka tidak memohon program pengajian yang tidak layak.

Menurut kenyataan itu, pemohon boleh mendapat khidmat runding cara tatacara permohonan dan peluang pengajian tinggi melalui bimbingan agensi yang berperanan sebagai pemudah cara di Karnival Pengajian Tinggi Negara kali ketujuh di Mines, Seri Kembangan, Selangor pada 2 hingga 3 April mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan syarat program boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.

- Kuala Lumpur, 28 Mac 2011 (BERNAMA)

kenangan terindah 2008-2011~ hebat!!! syukran Ya Robb!

nota sneakers : masih dalam debaran menanti keputusan, moga langkah yang diambil seiring petunjuk Yang Maha Mengetahui menjadi penunjuk jalan ke langkah seterusnya...

layan~ INI LANGKAHKU~Shoutul Harakah


Related Posts with Thumbnails