hadith of the day

pendokong

23 March 2010

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU
www.iluvislam.com
tuan mohd rezza
editor: azzahra_solehah

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.


13 March 2010

Jutaan Terima Kasih JPK Mutiara

JEJAK GEMILANG!!! SMTSP - JPK MUTIARA UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...

Pada minggu ini diberi ruang dan peluang untuk menjalani satu lagi aktiviti khidmat masyarakat. Kali ini bertempat di Sekolah Menengah Teknik Seberang Prai (SMTSP) bagi tahun 2010. Sejujurnya program ini bukanlah program anjuran pihak JPK Zamrud. Hanya menjadi jemputan hasil kolaborasi dengan pihak JPK Mutiara. Pada dasarnya pihak JPK Zamrud merancang aktiviti ini sebagai timbal balik program Exco Sukan & Rekreasi JPK Zamrud yang terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir atas pelabagai kekangan dalaman dan luaran. Namun terpaksa akur dengan arahan pihak Penasihat agar merangka satu lagi program yang lain bagi menggantikan program yang dibatalkan dan menolak sepenuhnya program jemputan ini untuk dijadikan sebagai salah satu program JPKZ. Namun kami tetap jua menghadiri program ini untuk memenuhi jemputan pihak JPK Mutiara sebagai salah satu medium mencari dan menambah pengalaman untuk pemantapan aktiviti akan datang serta mengeratkan lagi hubungan sesama pihak perwakilan yang berlainan kolej.



suasana di dewan yang menjadi tapak perjalanan program khidmat masyarakat ini






Kami tiba di SMTSP tepat jam 8 pagi memandangkan majlis perasmian bermula jam 8.30 pagi. Meriah sambutan yang kami terima di sekolah ini walaupun ketika kami melaksanakan program ini, cuti sekolah sudah bermula. Namun jelas terpancar di raut wajah pelajar berkenaan yang seakan-akan melupakan seketik keghairahan ingi n bercuti dengan bersama-sama memberi kerjasama kepada kami untuk mengajurkan program seperti ini. Tugas saya pada hari itu lebih kepada pemantau memandangkan pihak JPK Mutiara telah menetapkan MT JPKZ untuk 'beraksi' sebagai pemantau dan crew. Manakala yang selebihnya terlibat sebagai fasilitator dan pembantu yang bertangunggjawab memastikan perajalanan majlis itu berjalan lancar.

Selama sehari suntuk majlis berkenaan, banyak pengalaman yang kami timba memandangkan program ini merupakan program sekolah pertama yang kami jalankan. Pengisian berbentuk LDK dan perkongsian ilmu antara pihak kami dan pelajar sekolah berkenaan seakan-akan memberi kesan yang mendalam kembali kepada kami. Bayangkanlah sudah beberapa tahun zaman sekolah telah ditinggalkan, dan pada hari ini kembali ke sekolah walaupun bukanlah sekolah sendiri dan mencurah pengalaman kepada mereka sebagai salah satu persediaan dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini walaupun dalam kalangan kami bukanlah yang selayaknya untuk berbuat demikian.


barisan jawatankuasa pelaksana, fasilitator, crew dan peserta program JEJAK GEMILANG



Hasilan program ini benar-benar memberi 1001 manfaat kepada saya khususnya dan pihak yang terlibat amnya. Walaupun ada yang menganggap program ini hanyalah sebagai pelengkap kepada aktiviti tahunan jawatankuasa masing-masing, dan ada juga yang beranggapan program ini hanyalah sebagai memnuhi masa lapang di hujung minggu, tidak kurang juga yang memasang angan-angan untuk mencari mata air di sini dan pelbagai lagi tanggapan lain, namun terpulanglah kepada niat individu itu masing-masing. Selagi mana dia meletakkan niat berpaksikan melakukan sesuatu hanya kerana Allah, selagi itulah amaln itu akan menjadi ibadah kepadanya. namun jika sebaliknya, ia akan menjadi kosong dan kuranglah keberkatan dan ma'rifah daripada apa yang dihajati. Di bawah ini dipaparkan sedikit captions di sekitar sekolah berkenaan. Maaf, hanya JPKZ sahaja....


bergerak melangkah ke surau dan kantin yang berdekatan ketika sesi rehat yan pertama














keriangan jelas terpancar di wajah para fasilitator

dari kiri : syarizal, faizz, ilham sani, danial, dan izwan









Captions di bawah ini memaparkan scene di TUGU yang menjadi MERCU TANDA SMTSP berdekatan dengan surau :





















































Jutaan terima kasih daripada pihak JPKZ kepada JPK Mutiara dengan ucapan semoga terus maju ke hadapan dalam melaksanakan program pemantapan yang lebih mapan....


01 March 2010

A.S.H. for H.A.K. UiTM Pulau Pinang



Alhamdulillah...

Nikmat yang diberi-Nya bertambah, betapa diri ini menginsafi kurniaan-Nya... Kali ini bertempat di Laman Perdana pada tanggal 5 Februari 2010. Mungkin tarikh ini sudah basi dan sudah sebulan lamanya, namun saya merasakan tarikh ini masih lagi mekar dalam ingatan.

Tiga hari sebelum itu saya sudah mendapat jemputan daripada pihak pengelola Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan dan Kelab Pelajar UiTM Pulau Pinang 2009 yang diserahkan oleh Unit Aktiviti Pelajar.. (credit to Pn Salina and Cik Che Nolia). Enam jemputan semuanya. Antaranya:

1. Penasihat JPK Zamrud
2. Presiden JPK Zamrud @ wakil 2009
3. Presiden JPK Zamrud @ wakil 2010
4. Naib Presiden JPK Zamrud @ wakil 2009
5. Naib Presiden JPK Zamrud @ wakil 2010
6. Calon Anugerah Kepimpinan Siswa Harapan 2009

Jemputan ke-5 dan ke-6 semuanya atas nama saya :-P...

Ini pula post daripada siswi yang mendapat anugerah sama dengan saya [link]

Yang saya hairan, anugerah itu diletakkan atas nama fakulti FKM yang menjadi fakulti pengajian saya dan bukannya JPK Zamrud yang saya wakili. Pada hemat saya, kebanyakan yang menyumbang mata untuk anugerah itu lebih 98 peratus daripada pihak JPK Zamrud yang telah menjadi tempat saya mencurahkan keringat selama ini. Tapi itu tidak menjadi masalah sebenarnya. Mungkin pihak penganjur ingin menitikberatkan bahagian akademik dan bukannya bahagian penglibatan luar akademik. Bagi pihak fakulti, anugerah ini juga untuk anda walaupun saya tidak melibatkan diri sepenuhnya untuk fakulti. Ribuan kemaafan dari pihak saya :-(... Bagi pihak JPK Zamrud pula, Alhamdulillah, lebih tiga tahun walaupun tidak berturut-turut, anugerah ini disandang oleh barisan JPK Zamrud. Tahniah diucapkan. Paling istimewa, anugerah ini didedikasikan kepada papa, mama dan keluarga saya. Jutaan terima kasih atas sokongan, dorongan dan nasihat kalian buat diri ini dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Alhamdulillah, telah selamat piala dan jambangan bunga yang diperoleh diabadikan di rumah untuk menjadi tatapan sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan.












Untuk pengetahuan semua, pihak JPK Zamrud juga memenangi satu anugerah dalam majlis ini. Sebagai pengakhirannya, semoga apa yang kita lakukan mendapat balasan atau ganjaran yang setimpal daripada Penilai Hati yang amat tulus. Wallahua'lam.
Terima Kasih semua untuk anugerah ini...

daripada


28 February 2010

~sesungguhnya aku (Rasullullah s.a.w) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak~

Untukmu Rasulullah
www.iLuvislam.com
Penulis: hudaukhwah
Editor: b_b

Sayu hatiku mengungkap rindu,
Kepada insan kekasihku,
Teringinku mendakap wajahmu,
Wajah yang bercahaya,
Mengalahkan sang suria.

Ya Rasulullah,
Cair qalbuku,
Sebak qalbuku,
Melihat dirimu,
Sinar akhlakmu,
Indah peribadimu,
Kata-katamu,
Indah menusuk qalbuku...

Ya Mustofa,
Resah hatiku,
Pilu hatiku,
Melihat dirimu,
Disisih ummatmu,
Tidak pernah mereka sedar,
Pahit, pedih yang kau hadapi,
Tika Jibrail datang bertemu,
Membawa wahyu dari Ilahi,
Pasti basah peluh di dahi,
Menahan beratnya amanah ini...

Ya Rasulullah,
Cintanya dirimu kepada ummatmu,
Saat Izrail menarik nyawamu,
Menahan pedih nyawa ditarik,
Tika nyawa dihujung kerongkongmu,
Kalimah 'UMMATI!' terpatri dibibirmu,
Tanda kasih pada ummatmu...

Berakhirlah hidup seorang insan,
Berakhirlah ujian,
Berakhirlah keperitan,
Tubuh muliamu terbujur kaku,
Terkulai layu di pangkuan isterimu yang dicintai,
Tangisan sahabat mula bergema,
Merantapi pemergianmu,
Susah untuk menerima,
Pemergian seorang insan,
Insan bernama Muhammad,
Telah pergi buat selamanya,
Bergembiralah engkau Ya Rasulullah,
Bertemu habib yang kau cintai,
Bergembiralah engkau Ya Muallim,
Berumahkan istana di taman syurga...

Ya Rasulullah,
Tidak tahan hati ini,
Rinduku padamu kini menguasai,
Butir mutiara membasahi pipi,
Hatiku meronta ke sana sini,
Sudah letih ku menunggu lagi,
Meraut ketenangan diwajahmu...

Ya Habibi,
Syafaatkanlah diri ini,
Agar tenang bersemadi di sini,
Moga bertemu di taman Ilahi,
Di taman Syurga Firdausi...



Selawat dan Salam hadiah dariku, buatmu cintaku, UNTUKMU, YA RASULULLAH.......
salam Maulidur Rasul 1431H/2010M

19 February 2010

~exam crisis~

entitled : berehat sebentar bersama kit-kat
interval : 23/02/2010 - 01/03/2010
9 R'awal 1431H - 15 R'awal 1431H
mood : tests, quizzes, assignments, commitments n etc (fiqh aulawiyat and priorities)



23/02/10 - MEC 221
24/02/10 - MEC 241
25/02/10 - MEC 251
26/02/10 - CSC 130
28/02/10 - ELE 290
01/03/10 - MAT 235

31 January 2010

semua dah faham ker???

"Ada soalan tak? Kalau tiada soalan, kita teruskan pada bab seterusnya," bertanya seorang pensyarah di dalam kelas dengan harapan ada yang bertanyakan soalan. Tetapi ternyata tiada soalan yang dikemukakan.

"Mungkin semua belum jelas dengan apa yang kita pelajari, tapi tidak mengapa, saya yakin akan ada soalan daripada benak pemikiran kamu semua sepanjang pengajaran saya selepas ini," jelas pensyarah itu lagi sambil matanya melilau melihat wajah sayu pelajar harapan bangsa yang mempunyai persepsi dan latar belakang pelbagai rupa di institusi pengajian tinggi tempatan itu.

"Ada sebarang soalan atau kemusykilan sehingga ke bab ini?" pensyarah muda itu bertanya lagi di akhir waktu pembelajaran. namun tiada juga persoalan yang diajukan.

"Kalau tiada soalan saya anggap semua sudah faham dengan bab ini. Pulang ke rumah masing-masing nanti, sudah boleh mengulangkaji tajuk ini dan tajuk akan datang. Tidak rugi belajar awal kerana ia bakal memberi nilai tambah kepada pemahaman kita selepas ini. Saya alukan kedatangan kamu semua di bilik saya pada bila-bila masa untuk bertanyakan masalah dalam memahami bab ini. Jadi, sampai di sini sahaja kuliah kita dan i-Allah kita akan berjumpa lagi pada sesi akan datang. Terima kasih semua,"

Situasi di atas ini merupakan senario yang biasa berlaku di institusi pengajian tidak kira rendah atau tinggi. Mungkin di peringkat IPT sudah biasa berlaku. Namun kita perlu akui, istilah makan suap seperti yang dipraktikkan di peringkat pendidikan rendah dan menengah kadangkala sememangnya mustahil untuk dilaksanakan dan diaplikasi di peringkat pengajian tinggi kerana suasana, biah dan waqi' yang sememangnya berlainan dan berbeza. Tidak salah menggunakan kaedah ini, namun kebanyakan usaha sememangnya bergantung kepada diri sendiri. Andai dirafa'kan kebergantungan kepada Allah, sememangnya itulah yang terbaik setelah bertungkus-lumus berusaha sedaya upaya. Di peringkat tinggi, masing-masing akan berlumba mencari posisi yang terbaik untuk terus maju ke hadapan dalam bidang akademik seiring dengan kemajuan bidang lain. Namun ada juga yang terkapai-kapai keseorangan tanpa mereka sedari. Paling tidak dia hanya mengikut arus waktu sehingga betul-betul tamat sepenuhnya tanpa dia sedari bahawasanya dialah yang selayaknya mengatur dan merancang kehidupannya dengan teliti. Bila ditanyakan apa pengalaman yang kamu timba sehingga sampai di peringkat ini? Dia menjelaskan bahawa dia sendiri pun tidak menyedari apa yang berlaku. Seingatnya pada awal dahulu ketika dia mendaftar masuk dengan semangat yang berkobar-kobar, dan proses pengajian selama tiga tahun dirasakan terlalu singkat dengan aktiviti luaran yang dia jalani dengan mengetepikan akademik. Hasilnya, akademik entah ke mana dan pengalaman bercampur baur dan tidak seperti yang dia harapkan.

Tidak salah rasanya mengajukan soalan andai soalan itu pun kita sudah tau jawapannya. ataupun soalan itu dikategorikan sebagai bodoh tapi biarlah soalan bodoh itu berkait rapat dengan subjek yang kita ambil. Mungkin dengan bertanya sekali lagi, kefahaman kita bertambah berlipat kali ganda berbanding teman sekuliah yang lain. Contoh terdekat, kita ambil situasi pada zaman Rasulullah, ketika Rasulullah menyampaikan pengisian dalam majlis ilmu yang dihadiri para sahabat sohibiyin sijn, Rasulullah bertanyakan soalan kepada jemaah yang hadir di mana dalam kalangan jemaah itu sememangnya sudah tau jawapannya namun mereka memberi reaksi bahawa mereka tidak tahu. Lalu Rasulullah menjelaskan jawapannya. Di sini kita dapat ambil inisiatif betapa tawadhuknya dan merendah diri yang diterapkan Rasulullah dalam diri sahabat. Mungkin kita beranggapan mereka sudah gaharu cendana pula, sudah tua bertanya pula, kura-kura naik perahu.... dan sebagainya. Namun atas sifat merendah diri dan hormatkan sang pengajar di hadapan dalam sesi liqa' dan musyafahah ini, cukup takjub jika kita dapat menghayati situasi yang berlaku pada waktu itu. Ada satu pantun berbunyi begini :

Buah durian berduri-duri,
Jatuh tergolek di atas tanah,
Kesian durian tu.

Hanyalah sekadar selingan sahaja...
Jika kita bandingkan situasi yang berlaku pada zaman Rasulullah dengan situasi kita pada hari ini, ternyata amat jauh bezanya. Bila ditanyakan soalan semua tunduk membisu seakan-akan malas menimbulkan soalan, dengan harapan sesi pembelajaran tamat lebih awal dan buat revision sendiri di rumahlah, baru faham. Samapai satu tahap, sikap menangguh kerja menjadi rutin harian. Saya juga akui, kadangkala tidak terlepas daripada berbuat demikian. Sememangnya jika banyak tanggungjawab penting yag kita pegang, seharusnya kita mampu menyesuaikan diri dengan suasana dan pandai membahagikan dan memperuntukkan masa dengan selayaknya.

Jumaat lepas saya ada menghadiri satu taklimat anjuran kampus untuk menghargai lawatan rasmi Naib Canselor yang baharu dilantik memandangkan kampus kami merupakan kampus cawangan pertama yang beliau lawati memandangakan beliau juga merupakan mantan pengarah kampus cawangan ini. Semua kakitangan diwajibkan hadir tanpa sebarang alasan oleh TP Hal Ehwal Pelajar malahan semua warga kampus juga diwajibkan mematuhi sahsiah rupa diri. Makanya kuliah in interval 9am-12pm dibatalkan bagi memberi lintas hormat kepada NC yang baharu ini. Wow, alhamdulillah... Gembiranya kawan saya bukan kepalang bila mendapat berita ini. Kuliah x kuliah sama sahaja bagi saya kerana saya pun bersama MT semua Jawatankuasa Perwakilan diwajibkan hadir ke sesi taklimat ini sebagai badan induk wakil pelajar. Kami ditempatkan di dewan yang berlainan dengan staf tetapi bersebelahan namun disediakan sesi tayangan via LCD n Projector dari dewan bersebelahan. Usai taklimat NC, sesi soal jawab dibuka. Kiranya NC menunggu hampir 10 minit saya kira untuk menunggu soalan pertama terpacul daripada mulut hadirin yang hadir. Kami di dewan bersebelahan tidak pula diberi peluang untuk bertanyakan soalan. Tapi tidak mengapa kerana tiada soalan pun yang membelenggu diri kami. Bukan itu yang saya nak jelaskan. Cuma situasi yang berlaku sebentar tadi, suatu jangka masa yang agak lama untuk bertanyakan soalan yang pertama. Situasi berat bertanyakan soalan juga berlaku dalam kalangan para kakitangan malahan para pensyarah itu sendiri. Kita sendiri mampu melihat jika dibandingkan situasi dalam kuliah dan dalam sesi taklimat ini, saya anggap perhubungannya lebih kurang sama. Jika pensyarah mengharapkan anak muridnya bertanyakan soalan, dalam sesi taklimat ini, pensyarah pula yang tidak bertanyakan soalan. Jadi barokah kepada anak muridnya kadangkala tidak sampai. Saya ingin gariskan di sini bahawa saya tidak menyalahkan pihak tenaga pengajar, dan bukan salah mereka pun. tetapi situasi yang mendokong senario di atas ini memungkinkan situasi yang sama berlaku bila mereka handle situasi. Mungkin masa keadaan. Tidak salah pun bertanyakan soalan walaupun soalan itu terlalu bodoh sekalipun tetapi mestilah harus berkait dengan apa yang disampaikan. Tolak ke tepi istilah loyar buruk kerana tidak memberi manfaat pun melainkan jika itu salah satu cara untuk menghiburkan hati kita namun kadang-kadang sahaja boleh diaplikasi dan bukannya selalu.

Jadi seharusnya kita mengambil pendekatan dalam diri masing-masing baik golongan yang mengajar, golongan yang belajar, golongan yang diajar dan golongan yang terpelajar untuk beusaha sedaya mungkin untuk melakukan dan mencapai yang terbaik sehingga sampai ke kemuncaknya. Ingatlah pembelajaran itu daripada buaian sehingga ke liang lahad. Proses pembelajaran itu berterusan dalam kehidupan seharian sehinggalah kita dipanggil oleh ar-Rahman. Setiap ilmu yang dipelajari masih ada huraian dan perkembangannya. Bermakna, tiada istilah dan situasi yang boleh diklasifikasikan sebagai AKU DAH HABIS BELAJAR!!!


01 January 2010

Salam Tahun Baru



makin bertambah tahun, makin berkurang usia yang dilewati, azam tahun baru??? sempurnakan azam-azam yang x terlaksana... dan yang pastinya dalam melaksanakan azam ini, sewajarnya tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan...
Related Posts with Thumbnails