hadith of the day

pendokong

27 July 2009

Program Baktisiswa Daya Wawasan OPKIM sesi MEI 09

Alhamdulillah.... setelah sekian lama menangguhkan penulisan yang selama ini di"peram" dalam benak pemikiran atas beberapa faktor termasuk faktor SWOT (strength+weakness+opportunity+threaten)erk.. ada ker?? saat ini... dikuatkan juga jari jemari dan sebagainya... hurmm... entri kali ini ingin berkongsi pengalaman tentang program khidmat masyarakat yang dijanjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud UiTMPP dan sempat juga aku sertai...(mungkin dah basi kot)... tapi untuk remindkan balik or refresh pengalaman aku kat sana... boleyh gak kot citer sedikit sebanyak... lagipun dah lama da x "update",,, hurmm.... entri kali ini mungkin kesinambungan daripada entri sebelumnya yang aku janjikan untuk dimasukkan dalam blog ni... *wink*wink*


antara group yang pertama sampai
ke tempat program

from left - khudhairi, faiz, kechek, fitri
4tgrpher - hasroy



Citernyer bermula begini...
Group aku time 2 gerak awal ke sana... dalam 5 orang semuanya... termasuk pengarah program... 2 terengganuian,2 selangorian, and sorang johorian (rosak bahasa).... sebilangan peserta yang lain secara keseluruhannya datang keesokan paginyer pada 12 MEI bertolak daripada kampus... diorang sampai pun dlm kol 2 pm... straight 2 da point... aku sesaudara angkat ngan khudhairi berkeluarga angkat dengan keluarga MD Sharif Md Nor dan isteri... anak jati terengganu... Khudhairi xper ah... trully ganu... aku nihh.. terengganu celup on da spot... (ngabe kok sih)





bersama keluarga angkat







Tugas aku di sana bukan setakat peserta program, malah terlibat juga sebagai AJK Sukan & Rekreasi bagi program ini... berperanan untuk merangka aktiviti riadah dan sukan sepanjang lima hari program dijalankan (capub jer keje).. jadi bidan terjun sebenarnya.. ganti salah seorang commitee yang takleh join program tu... dalam jawatan JPK pun ganti beliau gak.... ambik alih portfolio Exco Disiplin & Keselamatan... muda lagi kot... hurmm... berusaha untuk memegang amanah dengan sebaiknya "...demi satu amanah semangat membara... berapi...-hisham in-team"

Back to da topic.... secara keseluruhannya, x banyak masa bersama keluarga angkat dapat diluangkan bersama... masing-masing terikat ngan tugas n komitmen sendiri sebagai seorang peserta, termasuklah aku n khudhairi... minta maaf banyak2 ma n ayah.... masa tertentu banyak diluangkan untuk memenuhi program yang dijadualkan dalam tentatif....




antara barisan ajk pelaksana OPKIM 09

from left- kechek, fitri, abid, hasroy, faiz, kamarol






Nak diceritakan satu2 agak susah gak, short term memory... sekadar yang aku ingat jerla... part pling best time sukaneka... time ni laa nampak penglibatan semua penduduk Kg Undang, Chendering, Terengganu......

tapi first day tu,, start ngan riadah dulu... terpaksalah pegang hailer and bazirkan air liur untuk handle program pagi tu...luckily perut dah berisi,,, mama buatkan nasi lemak n teh panas,, alhamdulillah, tapi seryes meragam perut time program,,, adoii yaiii...tambahan pula.. selepas riadah, diselitkan dengan senaman tai-chi lakk.... cadangan Belia 4B kg Undang..


peserta program bersemangat sertai program riadah dengan semangat yang dipaksa





antara peserta yang aku buli untuk menjadi PIC setelah ak kehabisan idea....hohoho... sori guys.....






usai slot riadah pagi tu berakhir,,, kami dibawa untuk meninjau keliling kampung ... masing2 dengan transport sendiri... yang dibekalkan oleh keluarga angkat... macam-macam... motorsikal, basikal, kaki dan sebagainya... lawatan tersebut berakhir dengan lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Pertanian Kg. Undang....kami juga diberi peluang untuk menjadi seorang "petani" yang tak bertauliah ketika itu....


aku macam biasalaa.. dengan khudhairi, masing2 berebut nak bawak motor, huhu....








masing-masing dengan pokok kelapa pandan yang siap sedia untuk dikuburkan










ni tempat kelapa pandan aku... entah hidup ke idaknyer... wallahu a'lamm




Part sukaneka yang paling mencabar kredibiliti aku time tuh.... hurmm,,, camnerlaa ak nak handle sesuatu program pun ternilai kat situ... Setelah persiapan demi persiapan dibuat sebelum bertolak ke Terengganu, akhirnya segalanya selesai.....
Dengan jenis permainan yang pelik-pelik atas permintaan penduduk kampung sendiri, sehinggalah penyediaan hadiah termasuk hamper2 skali... itu antara yang termasuk dalam skop gerak kerja Ajk Sukan & Rekreasi,,,, Thanx a lot to other commitee and participant yang turut membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memudahkan kerja aku... huhu,, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua...


setia dengan hailer sampai ke akhir program





Alhamdulillah, segala program yang diatur bergerak lancar walaupun kesulitan demi kesulitan dialami namun dapat ditangani dengan sekadar yang mampu.... malam penutup kemuncak program diserikan dengan persembahan daripada peserta dan penduduk kampung. Pentomin, sajak, sketsa, nasyid dan tarian endang yang tidak asing bagi pihak JPK....
Keesokannya merupakan hari terakhir kami di tempat program sebelum bertolak pulang kepada keluarga kandung masing-masing



sempat membacakan doa selamat di akhir program...








monumen yang kami tinggalkan kepada kg. undang...
kreatif kan??





banyak pengalaman, pengajaran dan berbagai-bagai lagi perkara positif yang dapat ditimba daripada program ini, selain daripada mengeratkan silaturrahim bersama keluarga angkat....
Ada yang masih lagi segar di ingatan, saat-saat manis yang diraih bersama peserta program dan sebagainya lagi.. Nilai-nilai agama juga dititikberatkan dalam program ini... Masih lagi menginsafi diri dan meningkatkan lagi kesedaran sebagai seorang hamba kepada Khaliqnya... terima kasih kepada penganjur program, pihak kg. undang dan sewaktu dengannya, para peserta program dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini,,, sekalung penghargaan untuk mereka, jasa kalian hanya Allah yang mampu jua membalasnya...hati kecil ini berharap., dapat kembali melawat kg undang dan berjumpa bersua muka dengan keluarga angkat walaupun sehingga ke saat ini dapat lagi kedengaran khabar berita di hujung talian..... semoga ukhuwah dan ta'aruf yang terjalin kekal selamanya...
Related Posts with Thumbnails