hadith of the day

pendokong

07 March 2009

VIII Penantian yang Suram, Namun Menyinar di Sebalik Ketinggian Harapan

dalam kehidupan seharian yang serba mencabar, apakah kita berada di suatu landasan yang tepat dan benar dalam melayari bahtera kehidupan? jika benar... maka beruntunglah kita dihidupkan di atas muka bumi ini, kerana jalan yang kita tempuh memungkinkan kita untuk mencapai apa yang dihajati bertunjangkan keredhaan Allah dengan mudah, namun jika sebaliknya, terpulanglah kepada cara penilaian kita...

adakah kita mampu untuk mengubah segalanya walaupun kita ditakhlifkan sebagai pemimpin yang mampu untuk mencorakkan segala sesuatu? seringkali dipersoalkan kepada kita, mana peranan kita setelah ditakhlifkan untuk memegang proksi masing-masing, mana perubahan yang kita lakukan untuk mengubah kejahilan kepada kebenaran setelah memegang proksi tersebut?? besar manakah perubahan yang kita mampu lakukan untuk mengubahnya?? sejauh manakah perubahan itu memberi impak kepada orang yang dipimpin?? atau kita sekadar duduk berdiam diri, sehingga munculnya sesuatu isu barulah kita sibukkan diri untuk menangani isu tersebut?? seperti ketua kampung yang hanya muncul apabila wakil rakyat melawat ke kampung-kampung, datang menerima anugerah berpakaian baju batik pada hari itu sahaja, pada hari lain, kelibatnya sepi di masjid-masjid, surau-surau dan majlis tahlil penduduk kampung, malah gotong-royong pun tidak pernah nak ambil bahagian...

persoalan yang timbul sebaik sahaja kita memegang proksi tersebut, kadangkala kalau diterjemahkan ke dalam bahasa keldai, mungkin keldai juga akan tertawa (Kapt. Mohd Hafiz),, mana mungin kita mampu melakukan perubahan yang terlampau drastik sebaik sahaja memgang proksi berkenaan... itu baru pimpinan yang kecil, kita bayangkan dalam kepimpinan negara, para ulama yang handle,,tapi maksiat masih berleluasa dan kejahilan juga bertambah ampuh dan sukr digugat, takkanlaaa kita nak persoalkan di mana peranan ulama??? mereka sudah berusaha yang terdaya untuk melaksanakan apa yang sepatutnya... jadi terpulanglah kepada manusia tersebut sama ada hendak menerimanya atau melemparkannya jauh ke belakang... sebaiknya kita perlu menerima yang baik walaupun yang baik itu datangnya daripada orang yang kita sanggah... dan keburukan x jua kita perlu tolak, kerana mungkin daripada keburukan itu kita boleh lakukan ssuatu kebaikan tetapi jangan sampai matlamat menghalalkan cara....

jelas ke tidak benda ni?? persoalan yang sering juga diajukan.. bila kita jawab jelas, mungkin kita jelas padawaktu tersebut, andai kata kita lontarkan kembali persoalan tersebut kapada orang yang bertanya, mampukah dia menjawab sebaiknya, atau aakah hanya bat-buat jelas dan buat-buat faham kerana takut orang di bawah pimpinannya tidak paham langsung, kalau inilah pendekatan yang diambil, nescaya hancur luluhlaa persauan atau kelab yang berada di bawah pimpinan orang yang memimpin itu, bagaimana matlamat hendak dicapai, dan bagaimana hendak mematuhi arahan jika kita tidak percaya kepada orang yang memberi arahan itu?? melainkanada bukti yang khusus daripada pendirian yang kita teguhkan...

cuba kita ambil sedikit masa, renungkan apa yang telah berlaku, ama ada yanag baik atau buruk, ambillah dan amalkanlah walau sekelumit kebaikan yang perlu, kecemerlangan seseorang tidak dinilai dari kejayaan yang ditempa, namun dinilai pada bagaimana cara mereka berusaha melepaskan diri dan menghapuskan belenggu yang mengikat mereka daripada menempuh kejayaan yang diinginkan,,, kita ambil contoh seorang juruterbang, kecemerlangan juruterbang tidak dinilai daripada aspek pengendalian pesawat pada cuaca yang indah tanpa sebarang masalah teknikal pada pesawat yang diterbangkan... tetapi kecemerlangan juruterbang itu terserlah pada bagaimana dia mengendalikan pesawatnya dengan selamat pada cuaca yang buruk dan pesawatnya mempunyai masalah teknikal yang serius... (kapt. Mohd Hafiz)

sepatutnya kita ambil pendekatan yang positif dalam menangani sesuatu perkara yang berbeza, carilah pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah tanpa menjadi seorang yang rigid dan statik dalam melakukan kerja... wallahu a'lamm...
Related Posts with Thumbnails